The New Minded The New Minded The New Minded The New Minded

Isnin, 17 April 2017

Keyword Hari Ini https unsecure kenapa ?

10 comments

https

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar kalian semua? Lama tak update blog ni sampai ranking pun menjunam jatuhnya.. hehe.. Tapi alhamdulillah nasib ler keyword yang datang dari search engine masih ada lagi dan tak menjunam kalau tak jenuh nak kena rebuild semula ni. 

Maaf la ye agak sibuk beberapa bulan ni disebabkan tengah create satu sistem database baru untuk syarikat menggunakan Microsoft Access.. Nanti saya akan buat tutorial disini berkenaan cara untuk menggunakan microsoft access ni dan beberapa cabaran dan dugaan yang akan hadapi.. Insyallah ada masa saya akan share kan untuk rujukan ramai supaya senang nak solve masalah tu, takde la jadi macam saya ni nak kena cari correct script untuk beri command supaya papar kan rekod yang diinginkan itu di report.. 

Okay back to topic, hari ni agak free sedikit sebab dah siap create that sistem.. So ada la masa sedikit untuk tengok blog ni.. Masa tengah tengok blog ni dibahagian keyword search apa yang saya jumpa adalah

https unsecure kenapa
Okay memandangkan sekarang ni mungkin akan agak ramai yang ingin intergerate http to https kan so kebanyakkan akan terjadi https tu tak fully https. Ini disebabkan oleh mix content yang terdapat didalam laman web tersebut. Mix content ni yang selalunya terjadi adalah daripada gambar.. Ia adalah common problem terutama sekali di bahagian homepage atau sidebar yang ada statik gambar. Jika gambar tersebut tiada https ia akan menjadikan https tu tidak green lock seperti ini ;-

green lock

Lagi satu kenapa unsecure https adalah disebabkan oleh widget yang diinstallkan di blog / website tu telah dikategorikan sebagai spam. Ini akan buatkan terus blog tu jadi unsecure https its mean red. Lagi satu kalau widget yang diinstallkan itu tidak support https ia akan jadi mix content ini bermakna https itu menjadi warna kelabu bukan hijau. 

So, untuk pengguna blogger saya telah membuatkan satu artikle bagaimana untuk membetulkan mixed content ini untuk memastikan https anda itu green lock. 


Selamat mencuba.






Read More

Ahad, 26 Mac 2017

Jalan-jalan di Singapura part-2

1 comment

capati 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Lama tak bersiaran diblog.. Laptop saya ini rosak semula, Baca article sebelum ni Repair Chip Display sesudah setahun ia rosak semula.. Hampir seminggu juga laptop ini berada di kedai sementara nak tunggu part sampai.. Yang rosaknya kali ini adalah cip grafik ati radeon, hmm.. tukar baru je la terus senang nanti kang rosak balik.. harga tukar RM280.

Masa otw ke singapore minggu lepas ada dapat call dari kedai komputer tu katanya dah jumpa problem dilaptop ni selepas 3 ari jugak ler dia mencari apa problemnye sebab tiba-tiba ja screen laptop ini keluar display elok pulak.. haha.. so 3 ari la juga dia mencari puncanya akhirnye jumpa apa yang problem. Masa tu deal le dengan shah untuk order part dengan price chip tu alhamdulillah semua berjalan lancar, so kena tunggu dalam 4 hari lagi untuk barang sampai dan test run in laptop. So far hasil kerja kedai repair laptop ni memang terbaik la.. Siap tambah lagi anti grip yang hilang dekat bawah laptop .. hehehe.. 

Okay, ini nak citer jejalan ke Singapore A day trip juga kali ni tapi kali ni kami bermalam dijohor sebelum ni terus balik ke kl kan. Masa nak pergi ke Singapore pada waktu tu jalan agak jem juga sebab musim cuti sekolah 😀😀 so agak lewat juga kali ni tiba disingapore dalam jam 2 pm gitu baru sampai ke singapore. 

Masjid Angullia
Tiba je di Singapore terus mencari jalan ke Masjid Angullia untuk solat zuhur, seperti biasa menggunakan apps navigation Here WeGo , tapi maps tu kena dowload dulu baru boleh guna tanpa guna internet, insyallah akan tiba ke destinasi dengan betul. 

Masa tengah nak solat tu, ternampak pulak motor yamaha mcm fz150 ni.. fuh smart juga.. disitu ada tulis version 2.0 ..

ni motornya..
Okay lepas je solat disini, terus ke kedai makan untuk lunch dulu.. Kita pergi ke kedai vegeterian nama kedai tu Ananda Bhavan Veg. Restaurant ia terletak dihadapan main entrance mustafa centre.

Apa menu saya makan disini adalah, capathi dengan teh susu.. Capathi memang sedap dan lembut kuah dhal pun sedap. teh susu pun kaw sedap ooo.. tak rugi ler kalo anda try minum teh disini. capathi set ini berharga SGD6.40 ia ada dua keping capathi. 

set chappathi + veg

teh ais dengan teh susu panas
Teh susu panas ia memang sedap dan puas hati.. 

Lepas dah makan jejalan dulu didalam mustafa centre ni.. ada satu yang menarik perhatian saya iaitu air buah ni.. 

air juice
saya sorg je ke yang tak pernah jumpa air uji cha, momo & yuzu ni? anda pernah jumpa ke? fuh harga dia nak beli dekat RM10 sekotak kecik tu.. 😂

restoran victory
Sebelum pulang ke Johor kita dinner dulu di restoran victory ia terletak di hadapan Masjid Sultan. Gambar makanan takde sebab dah lapar dah terus makan je tak menyempat nak amik gambar. Harga makanan disini macam lebih murah sedikit dari zam-zam.  Nasi beriyani pun sedap juga lembut.. Pada saya kalau nak makan nasi beriyani boleh ke victory tapi kalau nak makan murtabak boleh ke restoran zam-zam sebab murtabak di zam-zam agak garing sedikit dan ia kena dengan selera saya. Apa2 pun kedua-dua kedai ini menyediakan makanan yang sedap.. 

Okay itu sahaja post kali ini, insyallah ada masa saya akan update lagi post di blog ini..
Assalamualaikum..









Read More

Khamis, 9 Mac 2017

A Day Trip Ke Singapura Dari Kuala Lumpur

13 comments

Nasi Beriyani Kambing
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit mengenai A Day Trip Ke Singapore dari Kuala Lumpur, tempoh perjalanan ini adalah hanya sehari iaitu bertolak dari kuala lumpur jam 10 pagi sehingga jam 4.30 petang berada di Singapore dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 11 malam.. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Singapore lebih kurang 4 - 5 1/2 jam...Checkpoint yang dilalui ketika memasuki Singapura ini adalah melalui Tuas Checkpoint. Disini agak tidak sibuk sedikit.. Kenderaan yang memasuki ke Singapore akan dikenakan bayaran @ tol. 

Selepas dah settle dicheckpoint Tuas saya telah meneruskan perjalanan ke Arab Street untuk menjamu selera Nasi Beriyani dan Murtabak daging yang sedap di sana.. 

Victoria St.
Saya parking kereta di berhampiran Jalan Victoria St. Di sini terdapat dua cara payment untuk parking pertama adalah coupon dan menggunakan kad parking. Kalau parking diluar ditepi jalan menggunakan kupon parking 60sen 1/2 hour.  Semasa tiba tu hujan pula turun, fuh nasib la ada payung lebih dalam kereta tu dan menggunakan porch beg kalis air dari hypergear takdela basah passport dalam tu.. 

Singapore Zam Zam
Dari Victoria St. nak ke kedai makan Singapore Zam Zam ni tak jauh pun dekat je ia terletak berhadapan dengan Masjid Sultan.. Tapi waktu kami sampai tu hujan lebat tengah turun agak basah la juga waktu tu.. 


Menu yang ada di Sini
Makanan yang sedap disini adalah Nasi Beriyani dan Murtabak. Jom lihat makanannya..


Nasi Beriyani Kambing
Murtabak Daging Saiz Medium

Selepas dah makan lunch disini, saya menunaikan solat jamak di Masjid Sultan yang terletak berhadapan dengan kedai makan ini.. 

Masjid Sultan

Ruang Solat
Masjid Sultan ini  cantik. Kalau anda datang sini anda patut datang ke masjid Sultan ini.

Jika anda nak bershopping di Singapore ni anda boleh terus pergi ke Mustafa Center.. Disini barang agak murah dan juga terdapat money changer didalam bangunan tersebut.. 

Sepanjang saya berjalan di Singapore ini saya menggunakan navigation maps daripada Microsoft iaitu Here WeGo download je free.. Takde internet pun masih boleh guna lagi untuk pergi ke tempat yang diinginkan itu tapi pastikan nama tu betul kalau tak, tak dapat nak cari sebab connection internet tu tiada. Tapi kena download dulu map singapore tu.. tak besar pun saiz filenye tu kecik je.. hehe..

Ni antara barang yang dibeli ketika berada di Mustafa Center.. Pada hari tersebut 1SGD = RM3.16

SGD 35.00

Scuderia Ferrari Black EDT
Next visit insyallah akan ke Marina Bay pula.. One Day Trip tak banyak tempat yang boleh nak visit.. Okay itu je post kali ini insyallah ada masa lagi saya akan update lagi post di blog ini yer.. :)


Read More

Sabtu, 25 Februari 2017

Review Hypergear Sling Pac Machin Bag

8 comments

Sling Pac Machin
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar semua? Lama betul saya tidak update blog ni kan.. Agak sibuk sedikit sekarang ni.. Sekarang ni macam seminggu sekali je post akan dipublish.. Idea nak keluarkan ni banyak sangat tapi tu la kekangan masa.. Insyallah saya akan cuba juga update yer.. Jangan makin lari dah la reader-reader saya tu... 😂😂

Okay hari ini saya nak review sedikit mengenai sling pac machin bag by hypergear ni.. Actually baru je beli beg ni kebetulan sekarang ni memang all the time ride motor on the road tambah lagi sekarang ni musim hujan so tiba-tiba masa jejalan tadi termasuk pula store hypergear di klcc ni.. 

Bag ni ada beberapa warna antaranya kuning, hijau, biru dan hitam.. Yang warna hijau tu serius lawa ooo.. tapi sayangnya stok habis.. ni la masalahnya bila barang lawa stok abis yang tinggal cuma display set.. kalau display set tu dapat diberi 50% off dari harga asal memang confirm la amik tapi malangnya tidak ada.. hurmm.. kedekut juga dah la tinggal display set jer.... 

Memandangkan warna hijau tu stok habis, jadi terfikirla untuk ambil warna kuning sebab saya ni ride awal pagi waktu gelap2 tu biar pakai beg warna kuning biar sebatu lagi orang dah nampak kehadiran diri ni.. hahaha... biasala waktu pagi2 ni jalan raya sibuknnya fuh.. tu tak kena lagi kalau driver yang dah lambat g keje lagi la...  Pas ni pakai warna kuning harap2 nampak la biji mata tu kehadiran ni.. 


Gadget Pouch Poche

Yang menariknya beg kuning tu dia ada cop tulis motoride "born to ride"... :D :D tu yang menarik perhatiannya.. katanya beg ni model baru.. 

Tadi terbeli juga pouch beg agak besar juga pouch beg ni boleh muat satu botol 500ml, hp, beg duit, kunci dll.. 

ruang dalam beg sling pac machin
Ruang dalam beg ni agak besar.. Seperti dalam gambar diatas ia boleh memuatkan laptop size 14.1 inch, buku size A5, charger, mouse, bekal, A4 folder file dan botol air 500ml.. Di dalam tu juga ada disediakan tiga ruang compartment net tuk letak apa2 je; letak kunci ke, sticky note, dll... Di bahagian depan beg ada satu zip dalam tu agak besar ia boleh memuatkan wallet, handphone & dll.. 

Harga beg sling pac machin ini RM240.00 yang pouch bag tu RM120.00

ok jadi model jap...
Okay jadi model kejap.. haha.. macam ni beg ni bila di pakai saya pakai beg letak dibelakang sebab senang nak bawa motor.. tali ia boleh dipanjangkan lagi.. Sekarang ni hypergear tengah ada offer tu boleh la pergi singgah tengok2 mana tahu ada berkenan..Sebelum terlupa katanya ada waranty 1 tahun.. Kena register di laman web dorang http://www.hyper-gear.com/register pastikan resit tu simpan yer.. hehe.. kalo boleh tag beg tu simpan sekali :D :D


Okay jumpa lagi next article yer.. Nak berblogwalking pula.. hehe..






Read More