si kura-kura dan kawannya si kura-kura dan kawannya - The New Minded si kura-kura dan kawannya si kura-kura dan kawannya

Ahad, 17 Februari 2013

si kura-kura dan kawannya

3 comments





assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ape kabo? sihat ke anda??

ari nie merupakan post yg pertama mengenai category bedtime story.. hehe..
tajuk bedtime story untuk kali nie adalah mengenai si kura-kura dan kawannya..

Cerita bermula bergini,

Pada suatu pagi yang indah dan damai, burung-burung berkicauan dipersada awan2 dan diatas dahan pokok2 dan air terjun yang berbunyi seakan-akan bunyi pistol melepaskan peluru serta suasana hutan yang damai dengan kehijaaun flora nyer. Terdapat sekumpulan kura-kura dan sekumpulan arnab tinggal di hutan itu.. Mereka tidak pernah bertegur dan berdamai ketika berjumpa mesti akan bergaduh dan bertengkar serta akan cabar mencabar antara satu sama lain..

Ketika kura-kura sedang berjalan untuk cari makanan pada pagi tersebut dia terserempak dengan seekor arnab yang bernama putih manakala kura-kura itu bernama yb.. Putih memangil si yb dengan nada suara yang kuat dan sombong yang berbunyi HEY YB YANG LEMBAB LAGI HODOH.. si yb pandang hanya tersenyum dengan tingkah laku putih itu.. Yb membalas "iyer wahai cik putih, ada apa2 yang blh sy bantu" dengan nada yang sopan dan lembut.. si putih membalas " kau tak payah nak tunjuk baik la si lembab, apa kata kita tgk sape lagi laju dan sape yang lembab.. kita buat satu pertandingan iaitu pertandingan MENGANYAM KETUPAT , sempena nak musim raya nie kan.. amacam ada berani nak join?? ujar si putih, yb hanya mengangguk sahaja..

Maka bermula lah pertandingan itu, ramai penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan itu antara si putih dan yb, penyokong-penyokong masing2 membawa sepanduk dan alat2 muzik bagi memeriahkan lagi pertandingan itu, ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk membuka gerai makanan untuk dijual kepada para penonton sungguh bijak org business ini.

Dengan kiraan satu dua dan mula, maka pertandingan itu bermula dengan rasmi si putih dan yb bertungkus lumus untuk menyiapkan secepat yang mungkin dan sebanyak yang mungkin, mereka diberi masa selama 5 minit untuk menyiapkan dan sape yang dapat hasilkan dengan banyak dialah juaranyer..

Si putih dengan perassan bangga diri dan bongkak kata kepada yb "HEY YB KO PUNYE TANGAN TU PENDEK TAK MUNGKIN AKAN DAPAT MENYIAPKAN SATU KETUPAT DENGAN MASA DI BERI TU.. HAHAHAHA.." penonton di situ semua ketawa kepada yb. Yb pun balas dengan semangat yang aku ada nie tak mungkin aku akan kalah dengan kau putih..

Yb terus memikirkan bagaimana hendak mencepatkan proses bagi menang dalam pertandingan ini.. Ramai penonton arnab telah meningal kan tempat pertandingan utk pergi bersiar2 kerana mereka dah tahu yang arnab pasti akan menang..

akhirnye Yb mendapat satu idea, idea dia adalah dengan meminta pertolongan dari kawan-kawannye untuk tolong beliau bagi menang pertandingan itu, di dalam pertandingan itu tidak meletakkan apa-apa syarat bagaimana care nk menang oleh itu, tidak salah utk yb memangil kawan2nye tolong beliau..

kawan-kawan yb dtg turun dan tlg yb, arnab terkejut dengan semangat kerjasama yang ade oleh kura2 itu, dia nak panggil kawan2 nyer tp semua nyer dah hilang pegi ke tempat lain..

5 minit dah berlalu, akhirnye yb menang pertandingan itu, manakala putih kalah dalam pertandingan tersebut..
putih berasa malu dan insaf kerana mengejek yb dengan mengatakan die lembab dan akan kalah dalam pertandingan tersebut.

Pengajaran :

= kita hendaklah menolong antara satu sama lain bagi memudahkan kerja rakan2 kita
= janganlah kita bersikap sombong dan bongkak kerana sifat itu tidak baik dan akan kembali ke atas kita
   semula.
= kita perlu lah ada semangat setia kawan dan kerjasama didalam satu pasukan...

thank you for your reading this story...
let share this story to your friends.. thanks
have a nice day =)

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

3 ulasan :

  1. Sikap sombong dan bongkak harus kita elakkan sama sekali....

    BalasPadam