Oktober 2013 Oktober 2013 - The New Minded Oktober 2013 Oktober 2013

Selasa, 29 Oktober 2013

jom makan sate (satay) berserta resepi

3 comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Ha, kepada anda bilakah kali terakhir makan sate?? Mesti dah lama kan tak makan sate.. hehe.. Saya pun dah lama tak makan sate nie..

    Balik semenanjung nanti nak makan sate la.. dah lama sangat2 tak makan, sejak beberapa hari ini asyik terfikir je nak makan sate nie.. hahhaha.. So bila asyik2 terfikir ni kan mula lah tengok3 gambar pastu cari resepi la kan.. hahaha.. So sy nak share la resepi ni dengan anda semua bagaimana nak buat sate...

bahan-bahan ;

400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak

Bahan dikisar:-
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan
1 batang serai * 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

cara- cara

Perap ayam dengan bahan kisar selama 3jam ataupun semalaman..

cucuk ayam yg telah diperap pada lidi sate...

pastu bakar n makan... hehe

tapi kalo aq kan gune rempah nak wat bbq ayam je.. pun sedap gak.. hahaha.. selamat mencuba yer..

Read More

Khamis, 24 Oktober 2013

Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight)

2 comments



        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Jangan terkejut lak saya nak update mengenai bagaimana nak turun berat badan dengan betul dan efektif.. Saya disini bukan nak jual produk or apa sahaja sales yer.. Saya disini hanya nak tolong anda yang sedang cari di google search or di mana2 sahaja searching tentang nak turunkan berat badan anda dan kembalikan shape badan anda.. Artikel kali ini akan panjang kalo anda nak tahu info boleh la baca yer kalo tak nak it's ok.. boleh share kepada member2 anda yang lain yer.. just sent je link post nie dekat dorg suh dorang bace..

     Entri kali ini merupakan hasil pembacaan saya dibeberapa website dan artikel yang ada serta pengalaman yang sikit saya ada ini.. Saya berharap artikel berguna kepada mereka yang mecari post sebegini..
Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight)  mengiikut dalam artikel yang ini  terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pemakanan , Senaman,  dan Faktor - faktor lain... Ini merupakan kongsian sahaja, kalau nak yang lebih sistematik sila rujuk pada yang pakar yer.. Bagi mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram, seseorang itu harus mengurangkan jumlah kalori sebanyak 3 500 kalori.

   Saya mulakan dengan pemakanan dahulu kerana setiap manusia akan makan setiap hari.. Adakah anda tahu jumlah kalori yang anda makan?? Adakah anda mengikut sistem piramid makanan? Adakah anda tahu apa yang anda makan?? Saya akan cerita beberapa jenis makanan yang khasiat dan boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan..


  1. Teh hijau :

    kenapa saya mula dengan teh hijau dahulu?? Adakah anda tahu khasiat teh hijau ini?? Teh hijau banyak khasiat nya antaranya boleh mengaktifkan metabolisme dan meningkatkan tenaga, kerana mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin yang mampu mebakar lemak sehingga 4 peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.

    - Dapat membantu mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah     sekiranya diambil selepas makan.
    - Mengurangkan risiko kanser
    - Mengatasi mata bengkak
    - Melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit
    - Menurunkan tekanan darah
    - Awet muda
    - Dapat mengurangkan nafsu makan
    * Tahukah anda 5 cawan teh hijau sehari hanya membakar 70 - 80 kalori sehari.. Tapi jangan minum air nie sahaja kena juga membuat senaman ini merupakan salah satu cara sahaja..
  2. Buah Epal ( merah / hijau ) :

    Mesti ramai yang suka makan epal kan.. Tapi adakah anda tahu khasiat buah tersebut?? Jika tidak tahu saya akan ceritakan.. Buah ini merupakan antara buah yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Kita perlu memakan sekurang-kurangnya 1 biji epal, satu kajian mengatakan mereka yang makan 5 biji buah epal seminggu memiliki fungsi paru - paru yang lebih sihat.. Subhanaallah..  Pengambilan epal dapat meyumbang kepada kesihatan jantung.

    - Sebiji epal wajar diambil setengah jam atau sejam sebelum makan hidangan utama pada waktu            tengahari atau malam kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.. So        boleh kurangkan daripada anda terlebih makan
    - Pengambilan 2 - 3 biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
    - Epal tidak mengandungi lemak sebalik mempunyai kandungan nutrient
    - Dapat membantu merendahkan paras kolestrol.
  3. Oat :

    Bila
     saya katakan oat mesti anda sudah terbayang.. eeeeee tak sedap la benda tu.. Yer betul memang tak sedap benda itu.. Tapi adakah anda tahu khasiat memakan oat ini ?? Biar makan benda yang tak sedap asalkan kesihatan badan kita terjaga.. Tahukah anda untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g oat setiap hari *mengikut gred oat yang anda ambil?? Bagi kepada pelajar or kalau anda mempunyai anak sila tukar pemakanan mereka yang makan megi kepada oat ini kerana ia mempunyai banyak khasiat dan kebaikkan..
    - Dapat mengurangkan kolestrol dalam badan
  4. Kurangkan Pengambilan Gula :

    Mesti agak susah untuk anda lakukan perkara ini kan?? hahaha... Adakah anda tahu berapa jumlah gram gula anda ambil setiap hari?? Mesti tak pernah terfikir kan.. Bagi mengelakkan dari anda terkena penyakit diabetes.
  5. Minum banyak air masak

    DIkatakan minum air masak dengan banyak boleh membuang toksin didalam badan kita, dan ada pantang larang mengatakan dilarang selang seli minum ketika makan.. Hanya sesudah makan rest sebentar dalam 2minit baru minum air.. Bagi mengelakkan perut buncit..
  6. Makan lebih banyak sayuran
    Makan lebih banyak sayur ketika makan adalah satu cara yang bagus untuk menurunkan berat badan anda.

    Ini adalah merupakan sedikit perkongsian mengenai pemakanan yang boleh anda ambil untuk mengurankan berat badan anda.. Yang penting anda perlu ikuti piramid makanan yang disediakan yer..
  7. Jangan makan benda yang berminyak dan berlemak
         Seterusnya, saya akan bercerita mengenai senaman... Mungkin anda memberi alasan.. ala malas la nak buat senaman nie. Leceh la.. Penat la.. tapi adakah anda tahu senaman merupakan salah satu cara yang boleh membakar kalori dengan cepat dan juga dapat meningkatkan stamina dalam badan anda itu??? Itu yang penting..
Antara senaman yang anda boleh lakukan  adalah : 

  1. jogging la dalam masa 30 minit setiap hari ataupun kalau guna treadmill boleh guna yang program untuk weight loss or jogging sejauh 2km setiap hari..
  2. Jika nak turun berat badan dengan cepat jogging tempat yang ada bukit atau cerun sikit ataupun anda naik tangga dari tingkat bawah hingga ke atas wat ulang kali sehingga anda rase penat..
  3. lakukan bumping dan juga situp..
  4. berbasikal
  5. dan juga beberapa jenis sukan yang boleh mengeluarkan peluh anda itu...
    Mesti pernah anda terfikirkan ala nanti pas sukan lapar la.. Memang betul lapar sebab anda telah membakar kalori dalam badan.. Tapi jika sebelum ini anda amik nasi 5 senduk cuba kurangkan kepada 4 senduk begitu la perumpamaanya.. Tak pun anda boleh makan buah.. 

   Akhir sekali, bahagian faktor - faktor lain yang boleh menyumbangkan untuk turun berat badan anda..

  1. Tidur secukupnya..
  2. Tenangkan fikiran means tidak terlalu stress..
    Kerana jika anda terlalu stress anda akan cenderung untuk mengambil makanan untuk hilangkan stress itu..
  3. Gunalah bengkung..
    Ini merupakan salah satu tips yang saya dapat dari seorang akak yang sudah veteran.. Dia cakap nak ilangkan perut buncit dgn dapat shape kembali senang jer gunalah bengkung.. tetapi ada satu formula dia bagi.. Orang cakap tak baik kedekut kan, so saya share la yer... Bagi ilmu free ni.. hahaha.. Semoga dengan ilmu ni anda dapat manfaatnya kan gunalah dengan sebaiknya dan ingat ilmu ini bukan untuk dijual nescaya jika anda fikir untuk jual ilmu ini tidak berkatlah duit yang anda dapat itu...
    Formula nya adalah anda dikehendaki menyapu kapur makanan + limau nipis diperut.. memang akan rasa panas gitu lepas itu balut guna bengkung before tidur.. Cuba lah try kalo dah berjaya meh2 datang sini bagi taw saya dah berjaya..
    Itu lah serba sedikit yang boleh saya kongsikan kepada anda.. Jika ada salah itu mohon diperbetulkan yer.. Setiap manusia adalah laku salahnya.. Mohon maaf jika ada salah info di website ini..




Read More

Rabu, 23 Oktober 2013

ikan goreng kunyit naik harga

3 comments


gambar dari image google     
          Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari nie nak kongsi sedikit mengenai harga ikan goreng naik harga..  Nie gambar ikan gorenng tu.. Aku rasa mesti anda pernah makan kan ikan nie..


       Betapa terkejut nya aku masa nak bayar tadi dia cakap harga ikan ni RM3.50.. Pergh... Tak silap aku tiga minggu lepas harga ikan ni baru RM2.00 je seekor.. Macam mana blh naik hampir seganda harga ini?? Ni yang buat aku begitu musykil ni.. Nak kata rasa ikan tu lagi sedap sama jer rasa dengan yang sebelum ini..  
     Kalau sekarang ni harga ikan goreng seekor pun dah RM3.50 dekat tempat aku ni agak2 berapa lah harga ikan jenis yang sama lagi 5tahun???? Cuba la anda semua bayangkan... Apakah tahap ekonomi anda sekarang ini??? So aku sarankan kepada anda semua mula lah sikap menabung yer.. Beli la benda yang ada nilai yang tinggi pada masa akan datang.. Bagaimanakah kehidupan anak-anak anda or cucu cicit anda.. Anda perlulah membantu mereka dengan mengorbankan sedikit wang anda untuk menabung demi kesenangan mereka pada masa hadapan...

*perasaan kecewa dan terkejut mendegar harga sebegitu tinggi untuk seekor ikan..




Read More

Ahad, 20 Oktober 2013

Umur dah Meningkat

9 comments




            Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.. Adakah anda sihat hari ini?? Diharapkan anda berada dalam keadaan yang sihat.. Aminn.. Untuk tajuk hari ini mengenai "Umur dah Meningkat".. Cuba fikir berapakah umur anda sekarang ini?? Mesti terkejut kan tak sangka umur aku dah begitu banyak sebegini. Alhamdulillah kita sepatutnya bersyukur kerana diberi kan nikmat untuk terus hidup dimuka bumi ini..

           Agak pelikkan tiba-tiba je citer sal umur ni.. haha.. Cerita nya bergini.. Semalam selepas bangun tidur dari waktu petang je solat asar lepas tu duduk sambil tunggu nak maghrib.. Tiba-tiba terfikir berapakah umur aq tahun ni kan.. Alangkah terkejutnya bila taw dah nak masuk 20 tahun dah aq nie.. Aku pun termenung sejenak memikirkan apa yang telah aku wat selama hampir 20 tahun ini selain daripada pergi belajar..

         Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran masa itu, antaranya sudah cukup ke amalan aku untuk dibawa ke akhirat nanti, apa akan terjadi kepada aku pada masa akan datang, dah tua dah rupanya aku ini, apa yang aku buat selama aku hidup ini dan lain-lain.. Bila terfikir macam itu, naik juga bulu roma aku nie.. hehe.. Seram tu.. Tetiba terasa rindu pulak dengan mak dengan ayah aku yang berada di rumah tu.. ermm..

      So, kepada anda berapakah umur anda sekarang?? Pernah terfikir persoalan macam itu?? Tunggu apa lagi jom muhasabah diri yer.. Ada ayat mengatakan ni apa yang aku faham la kan kalau salah mohon perbetulkan " tidak kira siapa yang memberi ucapan / nasihat sama ada latar belakang beliau baik or jahat, setiap ayat yang baik keluar dari mulut dia itu perlu lah kita ambil....." ada sambungan dia aku x bape nak ingat..



Read More

Isnin, 14 Oktober 2013

Today Is A Good Day

2 comments

         

      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Ha, mesti terfikir2 kan apa tu "Today Is A Good Day" ?? Cer teka2 cepat.. haha.. Saya rasa happy sangat hari ini..

           Ha, mesti tak sabar kan nak taw apa dia.. Actually saya dah lama tak balik semenanjung nie asyik2 dekat borneo je kan.. Dah sebulan disana.. So, sempena nak raya ni saya balik la Semenanjung dah nak hampir seminggu la kira disini.. Rasa kejap je dah nak seminggu.. ermm.. dah kena balik borneo balik.. tapi it's ok atleast i got a good day today.. hehe..

           Hari ini pagi2 lagi dah kua rumah dalam kul 930am gitu.. Terus g breakfast di kedai mamak makan before tengok wayang.. Kepada anda yang belum tengok cerita kartun baru "Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 " boleh la pergi tengok best sangat.. haha.. Promote jap.. kalau nak taw trailer dia apa gi search dekat youtube yer.. haha.. Selepas tengok wayang pegi makan la kan ofcourse perut lapar kan sebab dah tengahari.. So pegi la makan pizza dengan dia.. Beliau teringin sangat nak makan pizza yer so pergi la kami makan pizza setelah hampir dua bulan tunggu nak makan pizza akhir nye dapat jua dia makan yer.. hahahaha.. Nasib dua bulan kalau 2 tahun macam ner tu?? haha.. After that we go karok before balik.. Karok lu sejam macam2 lagu nyanyi... Pas tu balik..

       Kepada si dia, i got a nice day today with u and thanks everything for today i cannot forget it.. hehe.. =)
Take care of yourself... See you next time maybe January 2014... hahahahaha..
bye2 semenanjung here i come borneo..



Kepada mereka yang belum join sila2 la join yer.. hehe.. promote jap

Read More

Rabu, 2 Oktober 2013

Ketika di Pameran Komputer

3 comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.. Apa khabar anda ketika ini? Sihat ker? Diharapkan anda berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera..

Hari ini tertiba terbuka hati nak update satu cerita yang direka khas oleh saya ini.. Kalau tak berapa nak best tu sorry la yer.. hehehe.. Masih dalam peringkat belajar lagi..

Hari ini tajuk yang akan saya berceritakan adalah "Ketika di Pameran Komputer " .. Nak taw cerita ni lebih lanjut mengenai apa ?? Jangan Tunggu lagi jom baca..

     Kisah ini bermula disebuah kawasan perkampungan yang tidak pernah lagi sejarah kampung tersebut diadakan pameran Komputer. Bila para penduduk yang tahu mengenai pameran akan diadakan disitu mereka berasa seronok kerana kemungkinan besar kampung mereka akan dimasukkan didalam muka hadapan akhbar.. haha.. Kerana telah memecahkan rekod kampung tersebut.. Kira book of record la macam tu.. haha.. Para pengajur giat mempromosikan mengenai pameran itu dikampung tersebut.. Di gantungkan kain rentang mengenai pameran di setiap simpang jalan utama kampung tersebut supaya orang kampung tahu dan hadir pada hari tersebut..

   Pihak penganjur telah berhabisan beribu ringgit untuk mempromosikan mengenai pameran tersebut, mereka promosi di radio, laman sosial, surat khabar tempatan dan melalui flyers2..

   Akhirnya, tiba juga hari2 yang dinantikan oleh penduduk kampung tersebut iaitu pada tanggal 17 Mei 2013 - 20 Mei 2013 yang berlangsung agak lama iaitu selama 3 hari khas untuk kampung itu sahaja.. Pelbagai barang dijual ketika pameran tersebut dari sekecil2 sehinggalah sebesar2 barang.. Kesemua peniaga sudah bersiap sedia untuk melayani pelanggan yang akan datang pada hari tersebut..

   Hampir kesemua penduduk kampung meluangkan masa mereka untuk melihat pameran tersebut.. Ketika di pameran komputer tersebut ada seorang lelaki yang pertama kali berjumpa dengan pameran seperti ini.. Perbualan beliau dengan sales consultant adalah seperti berikut :

Pelanggan (P) : Hai, selamat pagi.

Sales Consultant (SC) : selamat pagi. apa yang boleh saya tolong?

P : Saya datang sini nak belajar pasal table ini boleh?

SC : (berasa pelik) Errr.. Apa yang tuan nak tahu yer?

P : saya nak tahu macam ne bentuk table... errr tablot.. err tah apa tah sebut dia.. susah sgt, ala yang guna2          jari je tu..

SC : oooo.. maksud tuan tablet yer.. Sebentar saya amikkan yer..

P : Okay..

SC : okay tuan disini ada tiga jenis tablet yang berlainan size skrin yang pertama ni 5" , yang kedua 7" dan             yang ketiga ni 10".. spek dia yang paling ok adalah yang ketiga ini dia besar and senang nak tgk movie..         bla...bla..bla...

10 minit kemudian selepas habis SC menerangkan apakah itu tablet...

P : oooo.. apa yang tuan cakap tu saya dah tahu sebenarnya.. yang nak taw bape harga yang tuan jual disini?

SC : (geram sedikit penat ckp je kalau dah taw) oh.. harga dekat sini paling murah yang ada iaitu kalo yang           7" RM300, 10" RM800.. So encik berminat yang mana??

P: Wow mahal nya.. ermmm.. Tak boleh kurang ke??

SC : Tak boleh la encik harga kami memang telah bagi yang paling murah punya..

P : ermm.. sy tak ada duit la encik.. kalau kita wat sistem barter boleh??

SC : (berasa pelik) Ha??? sorry kami terima cash or card sahaja..

P : Tapi dekat sini kami memang guna sistem barter..

SC : ( terdiam dan berasa pelik lagi) Sorry kami tidak boleh terima begitu

P : oh ye ker.. Tak pela kalo macam tu yer.. ( dalam hati apa la SC ni aq nak tukar dengan jam aq lagi mahal      dia punya tab pun xnak)

SC: ok encik.. (lantas SC terus pergi tanya dengan urusetia mengenai hal ini)

Akhirnya ternyata memang penduduk disana masih menggunakan sistem barter untuk membeli barang.. Dan mereka masuk di muka hadapan disetiap akhbar mengenai pameran tersebut.. Pihak pengajur dipersalahkan dan ditanggung kerugiaan kerana tidak menyiasat betul2 tempat yang hendak dibuat pameran..

Pengajaran

1. Jangan kita ingat negara sudah moden dan maju tetapi kita perlu tahu yang masih ada lagi yang                
   menggunakan sistem barter ini.

2. Setiap perkara yang perlu kita lakukan itu perlulah dikaji dengan teliti sebelum menyesal dikemudian hari.


Read More