Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight) Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight) - The New Minded Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight) Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight)

Khamis, 24 Oktober 2013

Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight)

2 comments



        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Jangan terkejut lak saya nak update mengenai bagaimana nak turun berat badan dengan betul dan efektif.. Saya disini bukan nak jual produk or apa sahaja sales yer.. Saya disini hanya nak tolong anda yang sedang cari di google search or di mana2 sahaja searching tentang nak turunkan berat badan anda dan kembalikan shape badan anda.. Artikel kali ini akan panjang kalo anda nak tahu info boleh la baca yer kalo tak nak it's ok.. boleh share kepada member2 anda yang lain yer.. just sent je link post nie dekat dorg suh dorang bace..

     Entri kali ini merupakan hasil pembacaan saya dibeberapa website dan artikel yang ada serta pengalaman yang sikit saya ada ini.. Saya berharap artikel berguna kepada mereka yang mecari post sebegini..
Bagaimana Nak Turun Berat Dadan (How to loose my weight)  mengiikut dalam artikel yang ini  terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pemakanan , Senaman,  dan Faktor - faktor lain... Ini merupakan kongsian sahaja, kalau nak yang lebih sistematik sila rujuk pada yang pakar yer.. Bagi mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram, seseorang itu harus mengurangkan jumlah kalori sebanyak 3 500 kalori.

   Saya mulakan dengan pemakanan dahulu kerana setiap manusia akan makan setiap hari.. Adakah anda tahu jumlah kalori yang anda makan?? Adakah anda mengikut sistem piramid makanan? Adakah anda tahu apa yang anda makan?? Saya akan cerita beberapa jenis makanan yang khasiat dan boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan..


  1. Teh hijau :

    kenapa saya mula dengan teh hijau dahulu?? Adakah anda tahu khasiat teh hijau ini?? Teh hijau banyak khasiat nya antaranya boleh mengaktifkan metabolisme dan meningkatkan tenaga, kerana mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin yang mampu mebakar lemak sehingga 4 peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.

    - Dapat membantu mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah     sekiranya diambil selepas makan.
    - Mengurangkan risiko kanser
    - Mengatasi mata bengkak
    - Melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit
    - Menurunkan tekanan darah
    - Awet muda
    - Dapat mengurangkan nafsu makan
    * Tahukah anda 5 cawan teh hijau sehari hanya membakar 70 - 80 kalori sehari.. Tapi jangan minum air nie sahaja kena juga membuat senaman ini merupakan salah satu cara sahaja..
  2. Buah Epal ( merah / hijau ) :

    Mesti ramai yang suka makan epal kan.. Tapi adakah anda tahu khasiat buah tersebut?? Jika tidak tahu saya akan ceritakan.. Buah ini merupakan antara buah yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Kita perlu memakan sekurang-kurangnya 1 biji epal, satu kajian mengatakan mereka yang makan 5 biji buah epal seminggu memiliki fungsi paru - paru yang lebih sihat.. Subhanaallah..  Pengambilan epal dapat meyumbang kepada kesihatan jantung.

    - Sebiji epal wajar diambil setengah jam atau sejam sebelum makan hidangan utama pada waktu            tengahari atau malam kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.. So        boleh kurangkan daripada anda terlebih makan
    - Pengambilan 2 - 3 biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
    - Epal tidak mengandungi lemak sebalik mempunyai kandungan nutrient
    - Dapat membantu merendahkan paras kolestrol.
  3. Oat :

    Bila
     saya katakan oat mesti anda sudah terbayang.. eeeeee tak sedap la benda tu.. Yer betul memang tak sedap benda itu.. Tapi adakah anda tahu khasiat memakan oat ini ?? Biar makan benda yang tak sedap asalkan kesihatan badan kita terjaga.. Tahukah anda untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g oat setiap hari *mengikut gred oat yang anda ambil?? Bagi kepada pelajar or kalau anda mempunyai anak sila tukar pemakanan mereka yang makan megi kepada oat ini kerana ia mempunyai banyak khasiat dan kebaikkan..
    - Dapat mengurangkan kolestrol dalam badan
  4. Kurangkan Pengambilan Gula :

    Mesti agak susah untuk anda lakukan perkara ini kan?? hahaha... Adakah anda tahu berapa jumlah gram gula anda ambil setiap hari?? Mesti tak pernah terfikir kan.. Bagi mengelakkan dari anda terkena penyakit diabetes.
  5. Minum banyak air masak

    DIkatakan minum air masak dengan banyak boleh membuang toksin didalam badan kita, dan ada pantang larang mengatakan dilarang selang seli minum ketika makan.. Hanya sesudah makan rest sebentar dalam 2minit baru minum air.. Bagi mengelakkan perut buncit..
  6. Makan lebih banyak sayuran
    Makan lebih banyak sayur ketika makan adalah satu cara yang bagus untuk menurunkan berat badan anda.

    Ini adalah merupakan sedikit perkongsian mengenai pemakanan yang boleh anda ambil untuk mengurankan berat badan anda.. Yang penting anda perlu ikuti piramid makanan yang disediakan yer..
  7. Jangan makan benda yang berminyak dan berlemak
         Seterusnya, saya akan bercerita mengenai senaman... Mungkin anda memberi alasan.. ala malas la nak buat senaman nie. Leceh la.. Penat la.. tapi adakah anda tahu senaman merupakan salah satu cara yang boleh membakar kalori dengan cepat dan juga dapat meningkatkan stamina dalam badan anda itu??? Itu yang penting..
Antara senaman yang anda boleh lakukan  adalah : 

  1. jogging la dalam masa 30 minit setiap hari ataupun kalau guna treadmill boleh guna yang program untuk weight loss or jogging sejauh 2km setiap hari..
  2. Jika nak turun berat badan dengan cepat jogging tempat yang ada bukit atau cerun sikit ataupun anda naik tangga dari tingkat bawah hingga ke atas wat ulang kali sehingga anda rase penat..
  3. lakukan bumping dan juga situp..
  4. berbasikal
  5. dan juga beberapa jenis sukan yang boleh mengeluarkan peluh anda itu...
    Mesti pernah anda terfikirkan ala nanti pas sukan lapar la.. Memang betul lapar sebab anda telah membakar kalori dalam badan.. Tapi jika sebelum ini anda amik nasi 5 senduk cuba kurangkan kepada 4 senduk begitu la perumpamaanya.. Tak pun anda boleh makan buah.. 

   Akhir sekali, bahagian faktor - faktor lain yang boleh menyumbangkan untuk turun berat badan anda..

  1. Tidur secukupnya..
  2. Tenangkan fikiran means tidak terlalu stress..
    Kerana jika anda terlalu stress anda akan cenderung untuk mengambil makanan untuk hilangkan stress itu..
  3. Gunalah bengkung..
    Ini merupakan salah satu tips yang saya dapat dari seorang akak yang sudah veteran.. Dia cakap nak ilangkan perut buncit dgn dapat shape kembali senang jer gunalah bengkung.. tetapi ada satu formula dia bagi.. Orang cakap tak baik kedekut kan, so saya share la yer... Bagi ilmu free ni.. hahaha.. Semoga dengan ilmu ni anda dapat manfaatnya kan gunalah dengan sebaiknya dan ingat ilmu ini bukan untuk dijual nescaya jika anda fikir untuk jual ilmu ini tidak berkatlah duit yang anda dapat itu...
    Formula nya adalah anda dikehendaki menyapu kapur makanan + limau nipis diperut.. memang akan rasa panas gitu lepas itu balut guna bengkung before tidur.. Cuba lah try kalo dah berjaya meh2 datang sini bagi taw saya dah berjaya..
    Itu lah serba sedikit yang boleh saya kongsikan kepada anda.. Jika ada salah itu mohon diperbetulkan yer.. Setiap manusia adalah laku salahnya.. Mohon maaf jika ada salah info di website ini..




If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

2 ulasan :