Ketika di Pameran Komputer Ketika di Pameran Komputer - The New Minded Ketika di Pameran Komputer Ketika di Pameran Komputer

Rabu, 2 Oktober 2013

Ketika di Pameran Komputer

3 comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.. Apa khabar anda ketika ini? Sihat ker? Diharapkan anda berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera..

Hari ini tertiba terbuka hati nak update satu cerita yang direka khas oleh saya ini.. Kalau tak berapa nak best tu sorry la yer.. hehehe.. Masih dalam peringkat belajar lagi..

Hari ini tajuk yang akan saya berceritakan adalah "Ketika di Pameran Komputer " .. Nak taw cerita ni lebih lanjut mengenai apa ?? Jangan Tunggu lagi jom baca..

     Kisah ini bermula disebuah kawasan perkampungan yang tidak pernah lagi sejarah kampung tersebut diadakan pameran Komputer. Bila para penduduk yang tahu mengenai pameran akan diadakan disitu mereka berasa seronok kerana kemungkinan besar kampung mereka akan dimasukkan didalam muka hadapan akhbar.. haha.. Kerana telah memecahkan rekod kampung tersebut.. Kira book of record la macam tu.. haha.. Para pengajur giat mempromosikan mengenai pameran itu dikampung tersebut.. Di gantungkan kain rentang mengenai pameran di setiap simpang jalan utama kampung tersebut supaya orang kampung tahu dan hadir pada hari tersebut..

   Pihak penganjur telah berhabisan beribu ringgit untuk mempromosikan mengenai pameran tersebut, mereka promosi di radio, laman sosial, surat khabar tempatan dan melalui flyers2..

   Akhirnya, tiba juga hari2 yang dinantikan oleh penduduk kampung tersebut iaitu pada tanggal 17 Mei 2013 - 20 Mei 2013 yang berlangsung agak lama iaitu selama 3 hari khas untuk kampung itu sahaja.. Pelbagai barang dijual ketika pameran tersebut dari sekecil2 sehinggalah sebesar2 barang.. Kesemua peniaga sudah bersiap sedia untuk melayani pelanggan yang akan datang pada hari tersebut..

   Hampir kesemua penduduk kampung meluangkan masa mereka untuk melihat pameran tersebut.. Ketika di pameran komputer tersebut ada seorang lelaki yang pertama kali berjumpa dengan pameran seperti ini.. Perbualan beliau dengan sales consultant adalah seperti berikut :

Pelanggan (P) : Hai, selamat pagi.

Sales Consultant (SC) : selamat pagi. apa yang boleh saya tolong?

P : Saya datang sini nak belajar pasal table ini boleh?

SC : (berasa pelik) Errr.. Apa yang tuan nak tahu yer?

P : saya nak tahu macam ne bentuk table... errr tablot.. err tah apa tah sebut dia.. susah sgt, ala yang guna2          jari je tu..

SC : oooo.. maksud tuan tablet yer.. Sebentar saya amikkan yer..

P : Okay..

SC : okay tuan disini ada tiga jenis tablet yang berlainan size skrin yang pertama ni 5" , yang kedua 7" dan             yang ketiga ni 10".. spek dia yang paling ok adalah yang ketiga ini dia besar and senang nak tgk movie..         bla...bla..bla...

10 minit kemudian selepas habis SC menerangkan apakah itu tablet...

P : oooo.. apa yang tuan cakap tu saya dah tahu sebenarnya.. yang nak taw bape harga yang tuan jual disini?

SC : (geram sedikit penat ckp je kalau dah taw) oh.. harga dekat sini paling murah yang ada iaitu kalo yang           7" RM300, 10" RM800.. So encik berminat yang mana??

P: Wow mahal nya.. ermmm.. Tak boleh kurang ke??

SC : Tak boleh la encik harga kami memang telah bagi yang paling murah punya..

P : ermm.. sy tak ada duit la encik.. kalau kita wat sistem barter boleh??

SC : (berasa pelik) Ha??? sorry kami terima cash or card sahaja..

P : Tapi dekat sini kami memang guna sistem barter..

SC : ( terdiam dan berasa pelik lagi) Sorry kami tidak boleh terima begitu

P : oh ye ker.. Tak pela kalo macam tu yer.. ( dalam hati apa la SC ni aq nak tukar dengan jam aq lagi mahal      dia punya tab pun xnak)

SC: ok encik.. (lantas SC terus pergi tanya dengan urusetia mengenai hal ini)

Akhirnya ternyata memang penduduk disana masih menggunakan sistem barter untuk membeli barang.. Dan mereka masuk di muka hadapan disetiap akhbar mengenai pameran tersebut.. Pihak pengajur dipersalahkan dan ditanggung kerugiaan kerana tidak menyiasat betul2 tempat yang hendak dibuat pameran..

Pengajaran

1. Jangan kita ingat negara sudah moden dan maju tetapi kita perlu tahu yang masih ada lagi yang                
   menggunakan sistem barter ini.

2. Setiap perkara yang perlu kita lakukan itu perlulah dikaji dengan teliti sebelum menyesal dikemudian hari.


If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

3 ulasan :

  1. sistem barter dah x sesuai zaman skrg.. sbb org2 sekarang mmg pandai menipu..

    BalasPadam
  2. Btl gak tu.. Tp masih ade lg tu yg gunakannye.

    BalasPadam