Disember 2013 Disember 2013 - The New Minded Disember 2013 Disember 2013

Sabtu, 21 Disember 2013

Akibat Seorang Berkerjaya Jadi Seperti . . .

Leave a Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Satu penemuan yang telah berjaya saya jumpa ketika scroll2 newsfeed dkt fb  kan terjumpa la satu petikan pasal seorang anak yang tidak mendapat kasih sayang seorang ayah dia, dimana ayah di selalu sibuk dengan kerja sehinngggaa .. . . .  nak tahu apa jom bace petikan ini..

Mungkin sudah ramai yang tahu petikan ini tapi saya just nak share kepada anda semua sebagai tanda peringatan..

ANAK : " Ayah , boleh adik tanya satu soalan ?"
AYAH : "Ya pasti, apakah ia? "
ANAK : " Ayah, berapa banyak duit yang ayah dapat dalam satu jam? "
AYAH : "Itu bukan urusan kamu. Mengapa bertanya perkara seperti ini. ?"
ANAK : "Adik hanya mahu tahu. Beritahulah adik, berapa banyak yang ayah dapat dalam 1 jam?"
AYAH : "Macam-macam lah kamu ni, ayah boleh dapat kalau sejam dalam RM100"
ANAK : "Oh (Dengan kepalanya ke bawah ) ! .
ANAK : " Ayah , boleh adik pinjam RM50? "

SI AYAH MULA MERASA MARAH.

DAD : . . " Jika satu-satunya sebab adik tanya kat ayah berapa yang ayah dapat dalam satu hari semata-mata sebab nak minta duit dan beli mainan yang entah apa-apa atau buat benda yang membazir, baik pergi tidur sekarang! Orang penat kerja setiap hari nak bagi makan dia, dia pula boleh sesuka hati nak minta-minta macam tu. Jangan buat perangai macam ni lagi...ayah tak suka faham! Pergi masuk tidur sekarang!!!

Budak kecil itu teruse tersenyap setelah dimarahi oleh ayahnya lantas terus beredar masuk ke bilik dan menutup pintu...

Si Ayah duduk semula dengan kemarahan yang meluap memikirkan tindakan anaknya. Berani dia bertanya soalan itu hanya untuk mendapatkan wang ?

Selepas kira-kira satu jam atau lebih , lelaki itu tenang, dan mula berfikir :

Mungkin ada sesuatu yang dia benar-benar perlukan untuk membeli dengan RM50, lagipun bila difikirkan anaknya itu jarang meminta duit sebegitu. Si ayah mula mengorak langkah pergi ke pintu bilik budak lelaki tersebut dan membuka pintu.

AYAH : "Adik dah tidur ke?"

ANAK: "Belum lagi ayah".

AYAH : "Ayah da fikir...ayah minta maaf sebab marah adik tadi...nah! RM50 yang adik minta...guna dengan sebaiknya..jangan membazir...

Budak kecil itu terus duduk dan tersenyum.

ANAK : "Oh, terima kasih ayah ! "

Kemudian , mencapai di bawah bantal , dia menarik keluar beberapa keping duit yang telah renyuk dan mula menyusunnya. Si ayah mula memandang dengan riak kurang senang dan mula hendak menghamburkan marah. Budak kecil tersebut perlahan-lahan mengira duit tersebut dan kemudian memandang ke arah bapanya.

DAD : "Kenapa adik nak lebih banyak duit, ni kan dah banyak ni! Nak beli apa ni sehingga perlu duit yang banyak sangat".

SON : "Hari tu adik tak cukup duit, sekarang dah cukup. Ayah, adik dah ada RM100 sekarang...Ayah ambiklah duit ni...dan pulang awal ke rumah esok boleh? Adik rindu nak makan malam dengan ayah.

Si Ayah yang mendengar kata-kata anaknya terus memeluk erat budak kecil tersebut. Betapa sebenarnya dia telah banyak mengabaikan anaknya yang sememangnya memerlukan perhatian dia setelah kematian ibunya. Sedangkan dia, selalu sibuk bekerja.

Moral of the story, sesibuk mana pun kita....jangan sampai orang-orang kesayangan kita terabai. Harta yang paling berharga adalah keluarga kita. Renungkan

Read More

Sabtu, 14 Disember 2013

Cerita Kelakar

3 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ini saya nk update mengenai satu cerita yang mungkin dah ramai tahu kan.. Cerita ini berkisahkan Seorang Anak yatim yang berumur 9 tahun tinggal bersama ayah nya yang sedang sakit... Nama budak ini adalah Ahmad

    Cerita bermula begini...

    Setiap hari budak ini mandikan ayahnya, jaga ayahnya dengan baik setelah ibunya meninggal ketika dia berumur 7 tahun.. Setelah beliau menjaga ayahnya itu akhirnya ayahnya telah meninggal dunia.. kini beliau menjadi anak yatim piaitu...

    Ketika di sekolah... Ustazah masuk ke kelas budak ini dan bertanyakan soalan kepada anak muridnya...

Ustazah : Murid2 siapa nak masuk syurga??

Murid2 : Semua angkat tangan kecuali Ahmad..

ustazah berasa hairan.. Kenapa Ahmad ni tidak angkat tangan?? Lantas soalan kedua ustazah itu tanya..

Ustazahh : Murid2 siapa nak masuk neraka???

Murid2 : Semua tidak angkat tangan...

Ustazah berasa kehairanan lagi kerana Ahmad tidak angkat tangan juga.. Kemudian...

Ustazah : Ahmad... Kamu nak masuk apa???

Ahmad : Ustazah, ayah saya cakap walauapapun terjadi saya mesti masuk bomba...

Ustazah tersenyum keseorangan..

hehehe.. kalau tak kelakar tu wat2 jer la ketawa yer... hahaha..

jom bace post2 lain...

thanks visit here...


Read More

Rabu, 11 Disember 2013

Reunion (need idea anda)

5 comments




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Memandangkan saya ini dah lama jarang2 nak update.. Ha amik kaw ranking site jatuh teruk2 sangat.. hahahha.. First2 hari tu dah lama perasan kan.. Pas tu wat dono je.. Padan muka sendiri jatuh ranking site.. hahaha.. Haish ni penat ni nak kasi up balik.. Takpe2 sebagai pengajaran..

Hari ini nak tanya sikit kepada blogger or readers yang tengah baca ini kan.. Agak2 korang la kan, apa aktiviti yang anda akan buat sewaktu reunion dengan member2 sekelas??

Kalo ada idea nak kongsi leh la bagi taw yer.. Tgh mencari idea gak nie.. Kalau ada tempat menarik2 dekat area kl and selangor boleh la kongsi yer.. hehe.. Thanks..

Kepada my group SM3K3T2 serius tak sabar nak jumpa anda semua wei... Insyallah aq cuba plan sebaik mungkin untuk reunion korang nie r... hahaha..



Read More

Jumaat, 6 Disember 2013

Contest SEO Eridy

10 comments




Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Memandangkan saya dah lama tak join contest2 ni kan.. Sekali sekala nak gak join...

Firstly apa yang menarik mengenai contest seo eridy ini adalah hadiah dia.. hahahahaha..
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Amacam menarik kan?? hahaha.. So saje2 jer la test nasib tengok try join Contest Seo Eridy ni yang di url http://eridy.com nie.. 

Secondly pemenang akan ditentukan melalui blog anda ranking keberapa di google page.. Ha!! ni lagi best.. hahaha.. Thanks bro Eridy bagi idea wat macam tu next time boleh la guna untuk blog contest saya pulak yer.. hahhaa..

Nie merupakan tarikh2 yang anda perlu tahu jika nak join. 

Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini (diawalkan) – 11.12.13 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
Contest bermula : 12.12.13 – 30.12.13

Akhir kata, persaingan agak sengit ni.. hahahhaha... Saya join suka2 jer.. Kalau menang alhamdulillah... hehehe.. Selain daripada itu support kepada rakan member blogger lain yang buat contest.. hehe..

JOM JOIN KLIK SINI

Read More

Rabu, 4 Disember 2013

Mencari Designer Flyers / Iklan Murah

4 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, hari ini saya ingin mengupdate mengenai "mecari designer flyers / iklan murah"..

Adakah anda sedang mencari designer yang boleh buat artwork untuk anda bagi flyers?? Tapi anda ingin kan yang murah?? Anda baru sahaja berkecempuri dalam bidang perniagaan dan tidak mempunyai modal yang besar untuk membayar artwork yang mahal...

Kini saya ada penyelesaiaanya... Anda boleh gunakan perkhidmatan saya untuk menghasilkan artwork mengikut citarasa anda..

Antara format artwork yang saya tawarkan adalah .ai , .pdf , .gif , .jpg .psd , .png

Saya sudah ada pengalaman hampir 2 tahun dalam proses pembuatan flyers menggunakan format .ai..

Antara contoh artwork yang telah saya hasilkan seperti berikut :-





Artwork jenis apa yang saya boleh lakukan ? 

  • Flyers 
  • Business Card
  • Iklan utk diletakkan di website
  • Iklan berbentuk animasi
  • Edit gambar
Mesti anda tertanya2 berapakah harga untuk satu artwork??

Bagi harga adalah bergantung kepada kesusahan kerja, kesemua harga tidak akan melebihi RM100 per artwork.

Berapa Lama Akan Mengambil Masa untuk Siap ?

Selalunya saya akan amik masa dalam 0 - 3 hari untuk menyiapkan satu artwork. Tapi tengok juga keadaan masa itu jika tidak banyak tempahan dan juga kesusahan tugasan.

Bagaimana dengan bayaran ??

Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya, anda boleh memberikan deposit kepada saya dahulu sebagai pendahuluan dan selepas siap anda boleh membuat bayaran penuh. Sekiranya anda telah melakukan deposit dan ingin membatalkan daripada menggunakan perkhidmatan saya duit anda akan dipulang 1/2 dari deposit tersebut.

Jika anda berminat boleh tinggalkan komen diruang bawah ini berserta dengan emel akan saya hubungi anda secepat mungkin... 




Read More