Akibat Seorang Berkerjaya Jadi Seperti . . . Akibat Seorang Berkerjaya Jadi Seperti . . . - The New Minded Akibat Seorang Berkerjaya Jadi Seperti . . . Akibat Seorang Berkerjaya Jadi Seperti . . .

Sabtu, 21 Disember 2013

Akibat Seorang Berkerjaya Jadi Seperti . . .

Leave a Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Satu penemuan yang telah berjaya saya jumpa ketika scroll2 newsfeed dkt fb  kan terjumpa la satu petikan pasal seorang anak yang tidak mendapat kasih sayang seorang ayah dia, dimana ayah di selalu sibuk dengan kerja sehinngggaa .. . . .  nak tahu apa jom bace petikan ini..

Mungkin sudah ramai yang tahu petikan ini tapi saya just nak share kepada anda semua sebagai tanda peringatan..

ANAK : " Ayah , boleh adik tanya satu soalan ?"
AYAH : "Ya pasti, apakah ia? "
ANAK : " Ayah, berapa banyak duit yang ayah dapat dalam satu jam? "
AYAH : "Itu bukan urusan kamu. Mengapa bertanya perkara seperti ini. ?"
ANAK : "Adik hanya mahu tahu. Beritahulah adik, berapa banyak yang ayah dapat dalam 1 jam?"
AYAH : "Macam-macam lah kamu ni, ayah boleh dapat kalau sejam dalam RM100"
ANAK : "Oh (Dengan kepalanya ke bawah ) ! .
ANAK : " Ayah , boleh adik pinjam RM50? "

SI AYAH MULA MERASA MARAH.

DAD : . . " Jika satu-satunya sebab adik tanya kat ayah berapa yang ayah dapat dalam satu hari semata-mata sebab nak minta duit dan beli mainan yang entah apa-apa atau buat benda yang membazir, baik pergi tidur sekarang! Orang penat kerja setiap hari nak bagi makan dia, dia pula boleh sesuka hati nak minta-minta macam tu. Jangan buat perangai macam ni lagi...ayah tak suka faham! Pergi masuk tidur sekarang!!!

Budak kecil itu teruse tersenyap setelah dimarahi oleh ayahnya lantas terus beredar masuk ke bilik dan menutup pintu...

Si Ayah duduk semula dengan kemarahan yang meluap memikirkan tindakan anaknya. Berani dia bertanya soalan itu hanya untuk mendapatkan wang ?

Selepas kira-kira satu jam atau lebih , lelaki itu tenang, dan mula berfikir :

Mungkin ada sesuatu yang dia benar-benar perlukan untuk membeli dengan RM50, lagipun bila difikirkan anaknya itu jarang meminta duit sebegitu. Si ayah mula mengorak langkah pergi ke pintu bilik budak lelaki tersebut dan membuka pintu.

AYAH : "Adik dah tidur ke?"

ANAK: "Belum lagi ayah".

AYAH : "Ayah da fikir...ayah minta maaf sebab marah adik tadi...nah! RM50 yang adik minta...guna dengan sebaiknya..jangan membazir...

Budak kecil itu terus duduk dan tersenyum.

ANAK : "Oh, terima kasih ayah ! "

Kemudian , mencapai di bawah bantal , dia menarik keluar beberapa keping duit yang telah renyuk dan mula menyusunnya. Si ayah mula memandang dengan riak kurang senang dan mula hendak menghamburkan marah. Budak kecil tersebut perlahan-lahan mengira duit tersebut dan kemudian memandang ke arah bapanya.

DAD : "Kenapa adik nak lebih banyak duit, ni kan dah banyak ni! Nak beli apa ni sehingga perlu duit yang banyak sangat".

SON : "Hari tu adik tak cukup duit, sekarang dah cukup. Ayah, adik dah ada RM100 sekarang...Ayah ambiklah duit ni...dan pulang awal ke rumah esok boleh? Adik rindu nak makan malam dengan ayah.

Si Ayah yang mendengar kata-kata anaknya terus memeluk erat budak kecil tersebut. Betapa sebenarnya dia telah banyak mengabaikan anaknya yang sememangnya memerlukan perhatian dia setelah kematian ibunya. Sedangkan dia, selalu sibuk bekerja.

Moral of the story, sesibuk mana pun kita....jangan sampai orang-orang kesayangan kita terabai. Harta yang paling berharga adalah keluarga kita. Renungkan

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

0 ulasan :

Catat Ulasan