Teknik Melabur ASB Pelajar Universiti Teknik Melabur ASB Pelajar Universiti - The New Minded Teknik Melabur ASB Pelajar Universiti Teknik Melabur ASB Pelajar Universiti

Selasa, 2 Disember 2014

Teknik Melabur ASB Pelajar Universiti

19 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda nak RM 10 000  selepas anda graduasi ???
Disini saya akan tunjuk cara bagaimana untuk anda mendapat RM 10 000 selepas anda graduasi.
Cara saya akan tunjuk adalah ASB Simpanan BUKAN ASB Loan 




Situasi 1 (update 2016)

Berdasarkan gambar diatas dengan simpanan RM 200 sebulan selama 4 tahun anda akan memperolehi RM 9 600.   Menarikkan tengok akaun ada RM 9 600 tidak termasuk dividen lagi, anda hanya seorang pelajar sahaja boleh mengumpul duit hampir RM 10k..
Sila lihat gambar diatas untuk lebih detail (situasi 1).


Situasi 2 (update 2016)

Situasi dua menunjukkan jika anda menyimpan RM100 sebulan.
Sila lihat gambar untuk lebih detail.


Dividen

Gambar diatas menunjukkan jumlah duit anda selepas 15 tahun didalam ASB. Wa menarik anda ada RM20k. Sila lihat gambar untuk lebih detail.


Gambar diatas menunjukkan setelah anda tamat pengajian 4 tahun dan duit baki terakhir itu jika anda biarkan selama 15 tahun didalam asb dgn dividen 6% ia akan mencapai 20k.. Tapi seelok-eloknya anda buat la penambahan duit didalam akaun tu supaya aktif dan nilai akan jadi lebih banyak.


Bagaimana anda nak mengawal perbelanjaan anda??
Gambar dibawah saya akan tunjuk kiraan belanjaan harian.


Belanjaan Harian
Perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan sebagai seorang pelajar la.. Makan dua kali sehari.. Tidak la mewah cuma sederhana.. Tapi kalau dah hari2 masuk starbuck memang la tak cukup duit ptptn tu..

Adakah mustahil untuk anda mendapat RM10k selepas anda graduasi ? ?

Mengikut kiraan saya di atas jika setiap pelajar pandai menguruskan kewangan dia akan mempunyai asset apabila sudah graduasi dan juga dapat membayar semula pinjaman ptptn mereka dengan kadar segera.

Jadi jika anda ingin mengguna pakai ilmu ini silakan dan jika anda ingin berkongsi dengan rakan silakan.
Sama2 kita belajar menguruskan kewangan.

Saya telah memberi idea untuk anda berfikir sejenak.

Anda usaha anda dapat.. Ingat TIADA Jalan Mudah untuk Berjaya tapi Banyak Cara untuk Berjaya.


Untuk mereka yang bekerja pula nantikan artikel yang terbaru akan dibuat.

Kenapa saya pilih 6% dividen sedangkan ia lebih dari itu?

Sebab ini untuk elak To good, To be true biar nampak sikit dividen tu tapi secara ideanya anda dah dapatkan macam mana cara nak kawal cash flow anda tu.

Sebelum akhiri artikel ini, saya ingin memperingatkan sebagai seorang pelajar tugas anda adalah untuk belajar dan dapatkan result yang bagus.. Nak bersuka-suka tu boleh tapi berpada-pada.. Makan lah secara sederhana dan guna duit anda ada itu secara berhemah..

Artikel ini dibuat bukan untuk menjadi anda seorang kedekut tapi untuk melatih diri anda tidak boros apabila sudah masuk alam perkejaan nanti dan anda akan lupa pasal hutang ptptn tu nak bayar bile. Jadi dari sekarang la didik diri anda untuk mengawal aliran duit anda. Tiada siapa boleh kawal hanya diri anda sendiri yang boleh kawal. Saya cuma bagi idea bagaimana untuk melakukannya sahaja. 

Gunakan sebaik mungkin fasiliti yang telah diberikan kepada anda oleh pihak univseriti atau kolej seperti wifi, pengangkutan dan beberapa lagi fasiliti yang turut diberi oleh pihak kerajaan seperti voucher buku untuk membeli buku pengajian anda serta kad diskaun siswa itu juga ada kebaikkanya apabila anda gunakan di KLIA Transit Rail.

Artikel ini telah diupdate semula pada 4 Ogos 2016...

Sila baca dan faham betul2 setiap isi yang ada didalam gambar diatas dan penerangan saya.. Terdapat dua situasi.. Setiap situasi berlaianan caranya..


Gambar 2014...



 
























































If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

19 ulasan :

  1. saya student di melaka.. kalau nk melabur asb ni bank mana yg lebih baik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akaun asb simpanan boleh buka dimana-mana cawangan asb.. Sy buka akaun asb simpanan di CIMB bank.. boleh la cuba disana.. kena bawa la duit sikit masa nak buka akaun tu.. nnti terus masuk dalam akaun asb tu senang..

      Padam
  2. Student nak makan sebulan pun da rm300.. rm300x5 bulan=rm1500.. campur belanja buku, tambang balik kampung apa semua da rm1800.. pinjaman ptptn setelah ditolak yuran pngajian, bersih dpt rm1900.. baki rm100÷12=rm8 sebulan.. maknanya yg tinggal utk simpan kat asb setahun boleh rm100 shj.. tiap2 bulan masuk rm8.. So tips ni x valid bg peminjam ptptn.. melainkan kena ikat perut, x balik kampung, dan kedekut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo okay.. sy rasa en.ridzuan tak baca betul2 ni apa yang terdpt didalam gmbr tu... xpe artikle ni tahun 2014 skrg dah 2016 nk masuk 2017.. nnti sy akan update artikle yg baru..

      Padam
  3. rm200..fuh banyak tu. masa student dulu asal hujung sem je abis da duit ptptn, korek sampai licin. bagusnya klo simpan duit asb lebih awal, beranak pinak awal, menikmati dividen n bonus..dah habis blajar baru ada kesedaran nak menyimpan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang banyak.. itu jikalau dapat duit poket dari parents untuk tujuan extra money utk anak mereka semasa tgh study.. So, jika tak perlu guna duit parent bg seeloknye disimpan dalam tabung utk elakkan dari membazir tak tentu hala...

      yup jika diikutkan duit ptptn yg diberi akan cukup untuk duit makan sahaja sehingga hujung sem.. Jika di kendalikan dgn bagus dan cermat..

      takpe yg penting kesedaran utk menyimpan duit tu dah ada itu tannda yang bagus.. Semoga berjaya..

      Padam
  4. Asb ni blh msukkan ikut mana-mana bank pon eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh pergi ke bank rhb, cimb dan maybank yg ni antara bank yang senang nak cari la takpun pergi je pejabat pos pun boleh lagi senang nak cari...

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. salam en hasif, boleh ke nak check duit asb mnggunakan internet banking? ke kena pegi di agen2 asb jugak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Check asb guna IB?
      Setahu sy check duit asb melalui buku je yg ada.. Kalau selain Dr tu tak sure la.. Kena call hotline asb la tanya.

      Padam
    2. Check asb guna IB?
      Setahu sy check duit asb melalui buku je yg ada.. Kalau selain Dr tu tak sure la.. Kena call hotline asb la tanya.

      Padam
  7. Nak tanya dokumen apa yang perlu saya bawak utk daftar asb kat maybank or cimb?. Saya student dan tak bekerja. Lepastu apa beza ASN, WAWASAN 2020, ASM , Amanah saham Didik?

    BalasPadam
  8. Nak tanya dokumen apa yang perlu saya bawak utk daftar asb kat maybank or cimb?. Saya student dan tak bekerja. Lepastu apa beza ASN, WAWASAN 2020, ASM , Amanah saham Didik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap bawa ic dgn salinan ic serta duit rm20 kot.. tak sure la kena tanya dgn ejen dah tak berapa nak ingat procedure dia.. beza dia dah adalah dividen.. boleh rujuk laman web asnb
      http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_2funds.php

      Padam
  9. bila dah ada rm 10000 dalam bank , keluar U je dah boleh bayar duit downpayment kereta

    BalasPadam
  10. asmkm, nak tanye, kalau sy buat asb yg automatik tolak rm100 dari akaun maybank tu, memang tiada buku akaun ke?

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Jadi selepas 4thn tu kita blh ambik kembali duit tersebut atau tidak?or kene tggu sampai 15thn bru blh keluarkan duit tersebut?

    BalasPadam