2015 2015 - The New Minded 2015 2015

Selasa, 29 Disember 2015

Free 1GB - UMI Umobile Promotion December 2015

Leave a Comment



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada pengguna telco umobile kini ada berita gembira buat anda..

Sempena akhir tahun 2015, umobile ada memberi 1GB free qouta internet kepada pengguna UMI Plans dan juga Kepada postpaid.

Jadi kepada yang masih tidak tahu mengenai ini lagi sempat lagi untuk anda renew plan Unlimited Mobile Internet (UMI) sebelum 31 December 2015 untuk menikmati 1Gb qouta internet untuk 30hari.

             

Apa yang paling seronok adalah FREE video streaming di youtube mulai jam 2.00 am..

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan qouta internet secara percuma dari umobile ini..

Read More

Sabtu, 12 Disember 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015!

3 comments

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Read More

Selasa, 8 Disember 2015

Apabila Kecewa Terjadi

4 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apabila kecewa terjadi habis kesemua blog - blog dan buku - buku yang dulu rajin aku baca dan update tinggal begitu aje...

Hampir 9 bulan masih terpahat lagi sakit tu di hati ni.. and then semalam member bawa teman hantar parent dia di airport lepas tu dia ajak pergi jalan - jalan..

Masa pergi jalan banyak la juga tempat kami pergi pertama mall Oceanus, mall ni masih baru ada la sempat aku sambar satu jacket disini.. memang smart.. lepas tu dekat situ dia punya pemandangan pantai pergh memang awesome, cantikk sangat.. Tak sempat nak amik gambar because bateri abis lak masa tu.. Sambil makan kek secret recipe sambil release stress and tengok kapal - kapal ada dekat situ. nice la juga pemandangan di situ..

Next kami pergi mall baru juga dikenali sebagai Imago, okay dekat sini memang besar banyak butik-butik je dekat sini.. Yang best butik louis banyak pilihan jaket jeans dia ada.. maybe sbb baru buka lagi kan stok un banyak.. Jadi jalan - jalan masuk la popular book setelah sekian lama tak masuk ke sana..

Pusing - pusing dalam tu tiba-tiba minat nak baca tu muncul kembali, haha.. tertarik dengan tajuk buku ni "DO less Achieve More".. Jadi aku pun amik la satu tapi belum baca lagi.. baru je beli semalam kan..

Lepas tu kami pulang.. Jadi aku rasa terubat la sikit rasa pedih hati ni kan.. dan mood untuk berblog pun macam kembali balik la kot.. Insyallah..

Read More

Ahad, 6 Disember 2015

Plan Trip Ke Singapura

Leave a Comment

Tempat Menarik Di Singapura
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa Plan Trip ke Singapura ?.. Tiba-tiba rasa macam nak pergi ke singapore pula.. haha.. 

Cuti semester ni kan lama hampir sebulan juga balik di rumah, tiada buat apa-apa pun dirumah baik pergi jalan kan.. Jadi rasa macam nak lawat Singapore beberapa hari and then balik semula ke Malaysia la kan.. 

So, planning mahu pergi beberapa tempat dahulu untuk kali ini. Kalau ikutkan senarai yang dibuat maybe 5 kawasan akan dilawat. Boleh lihat gambar diatas dalam bulatan merah tu.. kalau sempat mahu juga pergi ke bulatan kuning tu.

Tempat yang di dalam bulatan merah tu nama dia :
  • Q = National Museum of Singapore
  • R = Merlion Park
  • U = Fountain of Wealth
  • W = Singapore Flyer
Tempat yang di dalam bulatan kuning tu :
  • A = Labrador Nature Reserve
  • D = Singapore Cable Car
  • F  = Sentosa
Jadi jika ikut pengiraan saya la kan 5 tempat didalam bulatan merah tu boleh di lawat sebab masing - masing dekat antara satu sama lain boleh dikatakan walking distance la kalau tak pun boleh naik public transport.

Kenapa saya pilih 5 tempat itu terlebih dahulu? Sebab itu merupakan salah satu macam simbolik / landmark dekat singapore la kan.. Jadi bagus lawat disitu dulu baru pergi ke tempat-tempat lain..

Jadi jika dalam bulatan kuning tu agak jauh juga la jika dilihat di map ni.. hmm. macam tak sempat mahu pergi untuk kali ni.. maybe next time.. 

Jadi sekarang tengah survey sama ada naik bus Nice di kl ke singapore or naik flight ke jb and jb naik shuttle bus ke singapore.. 

Hope berjaya la hasrat cuti ni pergi ke singapore.. hehe.. kena tengok dulu bajet kalau cukup dapatla pergi ke singapore kalau tidak next time je la.. 



Read More

Selasa, 1 Disember 2015

Kehabisan Idea Menulis

Leave a Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama betul tidak update blog ini.. Ada beberapa post yang berada di dalam draft tapi tidak dipublishkan..

Entahlah maybe artikle itu tidak sesuai utk dipublish kan..

Actually telah kehabisan idea sy untuk menulis blog ini.. Idea nak digenerate un tiada dah. Adakah dah tiba masa untuk berhenti dalam dunia blog ini.. hurm.. Mood un tidak dalam condition yang baik sejak beberapa bulan ni.

Maybe akan berehat untuk seketika waktu ya.. Jumpa lagi..

Kepada yang ada idea utk menulis
or ada benda nak di review tinggal la diruang komen ya..

Read More

Sabtu, 3 Oktober 2015

Cara Mengawal Cash Flow Pelajar Universiti

5 comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perkongsian mengenai cara mengawal cash flow pelajar universiti.

Sebelum saya memulakan perkongsian ini, ingin saya bertanyakan terlebih dahulu kepada anda, adakah RM10 cukup untuk digunakan bagi membeli makanan pada satu hari ? ? ?

Jika anda menjawab tidak.. Mungkin anda perlu membaca perkongsian ini..

Berikut saya akan rungkaikan bagaimana anda boleh spent sebanyak RM310 untuk 31 hari bermakna RM10 sehari.

Bil.
Perkara
Nilai (RM)
1.
Nasi
1.50
2.
Ayam
2.00
3.
Sayur
1.00
Jumlah
4.50

Jadi anda telah lihat jadual diatas bagaimana saya susunkan harga makanan untuk sekali makan. 

Jadi jika anda makan satu hari dua kali yakni makan tengahari dan malam jumlah anda belanja untuk makanan seharian anda adalah sebanyak RM9.00. Jadi bila ada baki RM1.00 itu anda boleh memasukkan didalam tabung dan bila cukup sebulan boleh masuk didalam akaun tabungan anda. 

Jadi jika anda mengamalkan situasi seperti ini dalam masa 4 tahun tempoh pengajian anda ketika di universiti anda telah mempunyai wang simpanan sebanyak RM30 X 48 = RM 1 440.00. Ini adalah duit hasil dari lebihan makanan seharian anda itu.

Jadi soalan seterusnya yang mungkin anda akan tertanya, ala itu untuk makan, untuk benda lain-lain ?

Jadi disini saya akan senaraikan benda lain-lain itu.
Bil.
Perkara
Nilai (RM)
1.
Reload (30hari)
31.80
2.
Wayang
10.00
3.
Karoke
8.00
Jumlah
49.80
Oleh itu, jika benda lain-lain yang anda fikirkan itu termasuk didalam jadual diatas bermakna anda akan spent sebanyak RM49.80 sebulan untuk entertainment anda sendiri. 
Oleh itu, sebulan anda akan spent sebanyak RM349.80 termasuk untuk hiburan anda sekali. 
Ini merupakan data kehidupan seorang pelajar yang biasa la. 
Ini adalah nasihat sedikit, jika anda masih ada anak yang kecil didiklah mereka untuk berjimat ajar mereka cash flow yang betul dan yang penting sekali ajar mereka menabung dan tunjukkan duit mereka yang ada didalam akaun simpanan itu supaya mereka ada semangat untuk terus menabung bila tengok angka itu meningkat beri motivasi kepada mereka untuk terus menabung.

Read More

Isnin, 28 September 2015

Do Not You Know (Hindi Mo Ba Alam)

1 comment




Do you not know that I hurt
Every time you leave and not goodbye
I want you to know that I was tatampo
When I forget the upward

(same chords on 1st stanza )
Do you not know that I hurt
When you see someone you're chatting
I want you to know that I'll be here
Can I even inter curious

Chorus
But the arrival of the night here in the ' next king
Love you not I repent
And when you awake in the morning meek
The visible face
That to me is completely up to paligaya .

(same chords on 1st stanza )
Do you not know that I hurt
Whenever you 're sadder and eyes are crying
I wanted to let you know that would wipe
The sincerity of my love for you .


Original Versi

Hindi mo ba alam na ako'y nasasaktan
Sa tuwing ikaw ay aalis at hindi nag paalam
Nais kong malaman mo na ako'y nag tatampo
Pag nalimutan mo ang pasalubong ko

(same chords on 1st stanza)
Hindi mo ba alam na ako'y nasasaktan
Pag nakikita kitang may ibang ka kwentuhan
Nais kong malaman mo na ako'y nandirito
Pwede ba ako kahit maki usyoso

Chorus
Ngunit pag sapit ng gabi heto ka sa 'king tabi
Sa pag ibig mo 'di ako nag sisisi
At pag gising sa umaga maamo mong
Mukha ang nakikita
Na sa akin ay lubos na nagpa-paligaya.

(same chords on 1st stanza)
Hindi mo ba alam na ako'y nasasaktan
Sa tuwing ika'y na lulungkot at mata ay luhaan
Nais kong malaman mo yan ay pupunasan ko
Sa katapatan ng pagmamahal ko sa iyo.

Read More

Isnin, 21 September 2015

Coffee Boleh Mengurangkan Parkinson Disease ?

15 comments




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai kelebihan kopi kepada diri kita. Maklumlah kopi merupakan salah satu minuman mesti ada didalam menu harian kita. 

Coffee boleh mengurangkan risiko parkinson disease? Menurut david grotto didalam buku beliau 101 foods that could save your life, "In a study of over one million people, caffeine consumption was associated with reduced risk of Parkinson Disease in men but not in women.. Ooo jadi caffeine yang ada didalam kopi ni la rupanya dapat membantu mengurangkan risiko parkinson ini.. 

Didalam purata satu cawan kopi biasa mempunyai kafain sebanyak 60 dan 130mg. Seperti kita sedia maklum kafain ni sebenarnya bagus untuk membantu dari segi alertness kita tetapi jika terlalu banyak kita ambil boleh menyebabkan jitteriness dan irritability.

Selain itu, kopi juga dapat mengawal dari memory loss. Di dalam buku beliau juga mengatakan kajian dilakukan terhadap seorang lelaki tua dengan meminum sebanyak 3 cawan kopi setiap hari dapat membantu dalam less memory loss berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Decaffeinated coffee amat bagus didalam mengurangkan risiko type 2 diabetes, the review mengenai 15 hasil kajian terhadap kopi dan type 2 diabetes telah diterbit dalam The Journal of the American Medical Association, found that mereka yang minum kopi secara konsisten were at low risk. 

Jadi boleh amalkan perminuman kopi ini tapi part gula dan tahap kemanisan tu perlu dikurangkan kang terkena kencing manis lak.. 

Patot la orang dulu2 kuat ingatan mereka ya. Dah usia tua masih mampu dan ingat untuk memasak lagi. hebat.. 

Read More

Sabtu, 19 September 2015

Barli Boleh Mengurang Risiko Heart Disease ? Betul ke

7 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai barli boleh mengurangkan risiko heart disease.

Barli merupakan keluarga rumput yang di panggil Poaceae. 

Kenapa anda perlu mengambil barli sebagai makanan tambahan anda?

Barli memperolehi kebaikkan di dalam insoluble dan soluble fiber. Di dalam barli mempunyai kandungan beta-glucans yang tinggi berbanding other grain. Barli turut diperkayakan dengan iron, vitamin B, zinc, phosphorus dan copper. 

Selain itu, chromium yang terdapat didalam barli sangat penting didalam mengekalkan proper blood glucose level.  

According to David Grotto in he book 101 foods that could save your life, beta glucon fraction in barley, which is also found in oats and mushrooms, is associated with reducing the risk of heart disease.

People with celiac disease should not take it in place of wheat because barli is not gluten free.. 

Jadi sekarang anda tahu barli dapat membantu mengurangkan risiko heart disease mungkin lepas ini anda boleh amalkan didalam makanan harian.. 

Boleh buat sebagai minuman tapi jangan buh gula banyak sangat la.. Kalau tak letak gula lagi bagus.
Selamat mengamalkannya ye..

Read More

Isnin, 14 September 2015

Akhirnya Berwajah Baru

2 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Akhirnya berwajah baru juga sliding beg aku ni ye.. Yang lama punya yang berwarna kuning itu brand le coq sportif. Lebih kurang hampir 2 tahun kalau tak silap dia berkhidmat dengan aku akhirnya berganti dah dengan beg yang baru. 

Tapi sayangnya aku dengan beg itu hanya hati ni je tahu bertapa sayang dengan beg itu, kemana saje aku pergi sentiasa dia ada disisi, cukuplah dia dah berkhidmat hampir 2 tahun dengan aku masa untuk dia berehat pula.. Hujan panas jerebu telah di redahi olehnya.. Waa ayat sastera gitu.. hihi..

Actually lama sudah mencari beg ganti ni, aku sebenarnya tak suka jenis yang tinggi tu standard orang pakai tu, sebab susah aku nak berjalan asyik bergeser je dengan perut ni ha. hahaha.. Jadi itu merata aku cari yang ngam2 sama saiz macam yang kuning itu.. Punya la susah ooo mahu cari.. seriuss.. 

Aku mencari juga brand le coq sportif ni di klcc, pergi cari tutup dah dia.. hmmm.. jadi aku pun tak taw la mana lagi mahu cari le coq sportif ni. 

Jadi kali ni beg aku berzip.. hmmm agak leceh la aku nak angkat barang lepas ni.. haha.. merata juga cari beg tiada zip, tiada lak aku jumpa.. hmmm.. Itu pasal la aku sayang sama beg kuning itu.. hehe.. 



Jadi ini la beg baru tu... Simple je tiada corak2 itu yang aku suka... Ia agak lebar sedikit dari beg yang lama tu. Bagus juga dia lebar boleh muat masuk tab and charger.. hehe..  Lepas itu dia ada banyak zip dan banyak partition.. Ha kira ok la tu kan.. 

Ok itu je la cerita pasal beg berwajah baru... hope dia berkhidmat la dengan baik ye lepas ini.. hehe..

Read More

Sabtu, 12 September 2015

Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent

Leave a Comment

Prolin All Over Clear Lotion


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya akan menceritakan kelebihan produk Prolin All Over Clear Lotion yang telah saya gunakan ketika berada di dalam hutan.

Seperti anda sedia maklum di dalam hutan memang banyak nyamuk. Sewaktu saya didalam hutan tempoh hari selama 14 hari, naymuk dan agas memang agak banyak di kawasan kem saya itu. Jadi sebelum saya memasuki hutan saya telah membeli produk Prolin All Over Clear Lotion ini. Produk ni sebenarnya dah lama saya gunakan sejak waktu tinggal diasrama masa sekolah menengah lagi. 

Jadi selama 14 hari di dalam hutan saya memakai lotion ini.. 

Apa yang menariknya adalah cecair ini bau dia wangi amat menyegarkan hidung anda bila anda sapu di lengan. Wangi baunya.. Boleh dikatakan ia jadi macam minyak wangi untuk saya la didalam hutan pada masa itu. 

Selain itu, ia juga mengandungi bahan pelembap yang membantu kulit anda tidak kering jadi tidak perlu anda memakai lotion kan. 

Ia juga terbukti sebagai insect repellent ketika saya berada dalam hutan. Alhamdulillah saya dapat mengurangkan kehadiran nyamuk dan agas untuk hampiri di badan saya. Saya juga lihat agas pun dapat di kawal sebagai contoh ada satu malam tu khemah saya dimasuki agas agak banyak jadi saya dan rakan halau agas tu keluar dan menggunakan Prolin All Over Clear Lotion ini di badan dan tangan jadi terbukti agas tu tidak gigit sudah kami. 

Jadi kepada anda yang ingin membeli produk ini boleh dapati di cawangan COSWAY terdekat anda ya..



Read More

Khamis, 10 September 2015

Review Tactical Boot Di Hutan

3 comments

Tactical Boot
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Seperti yang saya janjikan saya akan membuat Reivew Tactical Boot Di Hutan.
Gambar diatas merupakan gambar boot saya. Berkilat lagi kan nampak cantik kan.. Memangla kasut baru lagi tu..

Tactical boot ini telah saya gunapakai ketika berada di dalam hutan selama 14 hari. Penggunaannya lebih 12jam satu hari kasut berada dikaki, malam masa nak tidur baru buka. 

Dari segi pengujian tahap pencapaiannya ketika harungi rintangan didalam hutan kira not bad la. 
Redah selut tiada hal, naik bukit turun tempat curam pun tiada masalah masih mempunyai cengkaman yang bagus. Quick dry ataupun cepat kering, sebenarnya ia agak lambat maklumla didalam hutan kan lembap tapi ia lembap diluar didalam kering itu yang syiok. 

Lagi satu pelapik boot itu kalau boleh anda bawa lebih, jika sedia ada basah boleh jemur dan guna lagi satu, main kompenan adalah pelapik kasut tu.. Sebab ia yang memberi keselesaan pada kaki anda supaya tidak rasa basah or lembap jadi dapat mengelakkan dari terkenanya kulat air. 

Semasa didalam hutan.. Lawakan dipenuhi dengan tanah.
Gambar diatas itu anda boleh lihat bertapa banyaknya selut di kawasan perkhemahan kami tu. Maklumla musim hujan jadi tanah jadi selut la citernye kan.. Walaupun selut banyak di kawasan kem tapi tactical boot ini tidak mengecewakan saya. Ia memberikan tugas yang cukup memuaskan. Saya gelar dia sebagai 4x4. 

Jadi apa kelebihan menggunakan tactical boot :-

  • ada support dibahagian ankle

  • boleh mengharungi pelbagai permukaan kawasan dengan memberikan tahap memuaskan

  • dapat lidungi kaki dari serangan kehidupan liar mengigit atau sengat di kaki anda ketika sedang berjalan

  • selesa. Pada saya ia agak selesa, kerana kaki anda tidak akan berselut dan kering.. haha.. buka kasut je bersih je tengok kaki.. 

  • Tahan or Durable.. Saya masuk sungai, berlalu dilaluan selut, salai boot saya di kawasan unggun api untuk bagi kering dan sekarang masih ok lagi.

  • Kalis air. Setakat hujan biasa2 tu didalam masih kering lagi. 

Jadi kepada anda yang masih mencari kasut apa yang sesuai untuk masuk hutan hujan tropika ini kan. Saya sarankan anda mencuba tactical boot. 

Kasut ini tidak la berat sangat cuma lebih kurang +-570g untuk satu kasut. 

Dalam hutan hari itu saya cuma bawa 2 pasang kasut sahaja. Yang pertama tactical boot dan kedua kasut getah biasa yang tiada spike itu just guna untuk bawa pegi tandas dan mandi je. Yang lain guna tactical boot.

Sebelum saya akhiri mesti anda terfikirkan bagaimana cara nak pillih tactical boot :-

  • mestilah tidak keras ya.. kasut tu anda boleh bengkok dan tapak tu anda boleh picit. Tapi kalau anda nak jenis yang keras ok ja tiada masalah.. citarasa masing2 lain.. tapi saya suka jenis yang lembut sebab senang nak jalan lama2 tidak sakit kaki.
  • kalis air/
  • ada lubang ditepi boot. Ini optional.. Pada pengalaman saya ada pro and contra dia jika ada lubang dengan tiada lubang. Kalau ada lubang anda masuk dalam sungai confirm air masuk dalam boot dan akan keluar la balik agak selesa. Kalau tiada lubang once air sudah masuk dalam boot agak sukar untuk air itu keluar. Jadi pada saya, saya suka yang ada lubang ditepi senang nak bagi air tu keluar dari boot.
  • Ada ankle support.

Okay jadi itu sahaja review saya mengenai tactical boot yang telah digunakan didalam hutan selama 14 hari dengan penggunaan +-13jam setiap hari selama 14hari.

Read More

Jumaat, 28 Ogos 2015

Sajak Terhiris Di Bumi Merdeka

Leave a Comment

Akhirnya semua terasa tersiksa
akar kuat yang dulu mengikat
kini telah menjadi longgar
oleh rasa takut seakan menyangkut


Matahari tak lagi silau dari teriknya
bulan tak mampu memantulkan pendar
menjadi cinta.
semuanya pudar kerana khabar telah meliar
tirani mencuri ketika rakyat terlelap


Maka marhain berdiri di tengah dingin
bersama orang-orang tertindas
menunggu sebuah kepercayaan
lahir dari kemerdekaan.


Nukilan,
KAMEELIA KAMEEL
Kuala Lumpur

Read More

Rabu, 26 Ogos 2015

Berakhirnya Kem Hutan 14 hari di hutan Sugud, Sabah

6 comments

Troop 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah akhirnya selesai dah kem hutan selama 14 hari di hutan sugud, sabah. 
Banyak pengalaman dan kenangan pahit dan manis ketika berada disana sepanjang 14 hari.

Untuk beberapa post akan mendatang saya akan membuat beberapa review produk yang saya gunakan ketika didalam hutan dan beberapa barang yang perlu anda bawa jika masuk hutan. Jadi keep update yer.

Post ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya ketika berada disana.. 

Kami perlu berjalan selama 30-40minit menuruni bukit untuk sampai ke base kem. Agak tinggi ooo bukit itu. Dengan mengangkut berat begpack saya 15kg dan handcarry lebih kurang 8kg boleh tahan juga penatnya itu. hahaha.. Serius masa berjalan itu dah terfikir macam mahu balik dah.. hahaha..

Pada hari pertama kami masuk kami perlu mensetupkan tempat pelbagai tempat telah kami bina seperti tapak khemah untuk wanita, tandas, dapur, dewan kuliah dan ruang mandi wanita dan ruang solat. Dalam masa dua hari diberikan kepada kami alhamdulillah berjaya kami siapkannya kesemua fasiliti tersebut.

Ini merupakan salah satu kem yang terlama pernah saya masuk iaitu 14 hari and tiada connection dengan dunia luar, tiada line internet mahupun line telefon. Fuh agak mencabar juga bagi saya. Tapi saya boleh tangani cabaran itu. Alhamdulillah. 

Memandangkan sekarang musim hujan, memang kami bermandikan hujan je la ketika berada didalam kem, bila dah hujan tanah pun jadi berselut paras2 buku lali tu dalam selut boleh tahan. Tapi alhamdulillah ada juga panasnya beberapa hari syukur..

Keadaan didalam hutan memang agak lembap sehinggakan mulut bila kita bercakap kuar asap gitu.. haha syiok juga main2 masa itu sebagai hiburan. Selain itu masalah kulat memang tidak dapat dielakkan, timbul kulat di beg memang amat menyakitkan hati tompok2 putih muncul dibeg buat hati makin gusar sudah dilap masih muncul itu perkara yang tidak dapat dielakkan jadi biarkan aje la kan.. 

Sampai ada juga beberapa rakan saya terkena infection kulat air di kaki mereka. Sungguh kesian melihat mereka. Saya juga terkena tapi alhamdulillah pencegahan awal saya buat dan dah pulih. Ini disebabkan kasut yang mereka guna itu basah dan stokin yang basah memberangsangkan pertumbuhan kulat air.

Aik saya menceritakan kisah tak best je kan.. abis part mana yang best? Sabar.. Saya akan menceritakan realiti apabila anda berada dihutan supaya anda berasa bersyukur berada dirumah.

Pada waktu makan pula paling seronok kami diberikan tugas untuk memasak group by group setiap hari. Pagi breakfast, lunch dan malam. Jadi kami makan 3 kali sehari.

Pada hari kedua khemah saya kena serangan semut.. fuhhhh.. perkara ini saya paling tidak boleh lupa.. Kalau anda katakan semut api dirumah anda sakit kena gigit ini semut hitam dalam hutan lagi 2x ganda sakit.. Serius.. Masa itu nak masuk khemah buka pintu tengok semut penuh dekat tingkap jadi saya un kibas la tingkap buang semut serius banyak gilerr.. Lepas tu lap lantai khemah cari la punca apa yang sebab semut datang rupa2nya maggi pecah sbb tu semut datang.. Bayangkan dengan kelembapan dalam khemah maggi yang pecah itu boleh kembang. haha. serius tak tipu..Jadi sy amik satu paket yang pecah itu bakar dan saya lap. Memandangkan waktu petang itu singkat sebab kena berkumpul semula saya sambung sebelah malam proses kemas maggi itu, rupa2nya ada lagi semut saya buka beg ada lagi saki baki maggi pecah di bahagian poket makanan maybe pecah waktu dalam flight kot.. Waktu mengemas tu hanya tuhan je tahu betapa sakitnya kena gigit dengan semut tu.. serius r.. memang menyesal giler rasa bawa maggi.. lepas ini macam taubat tak nak bawa dah masuk hutan.. haha.. 

Hari yang dinantikan telah tiba iaitu group camping 4 hari 3 malam. Macam dalam citer ALONE (555) tu. Menguji survival skill kita tu. 
Masa ini saat manis tercipta terlampau banyak sangat..

Kami dibekalkan 2 kanvas, 5 campbed dan 2 mess tin dan rasanaya 2kg beras dan 6 tin besar sardin, 1/2kg gula dan 360g milo untuk dimakan seramai 11 orang selama 4 hari 3 malam.

Kami punya kem site kena seberang sungai. Memandangkan saya malas nak buka tactical boot saya pun redah la sungai ok juga not bad tidak licin.

Setelah tiba dalam 15minit gitu hujan lebat turun.. Pergh.. basah kuyup kami.. kami tutup beg2 dengan kanvas diberi nasib la beg saya bawa tu beg waterproof jadi tak perlu risau la hujan2 ini kan. hehe.. memang kering je dalam itu..

Jadi bermula la kami menyiapkan tempat bersihkan tempat kem dan pasang kanvas.. 
Semasa rakan lain sibuk menyiapkan tempat saya sibuk membuat longkang di tapak khemah pergh agak memenatkan hanya menggunakan sebatang log dbh 6cm dijadikan sebagai cangkul. Jadi mula la proses menmbuat parit..

Lepas itu kami mula mencari kayu api memang citernya kayu api itu basah la kan tidak jumpa kering... 
Jadi ramai juga tangan membuat untuk menghidupkan api tapi tidak berjaya.. Jadi semua dah panik memandangkan hari pun dah lewat petang nak masuk senja dah.. Jadi saya duduk dan bertenang memikirkan apa cara boleh digunakan.. Kami diberi sebatang lilin dan 3 batang macis. 

Jadi saya mula arahkan mereka untuk menghiris buluh sebagai fire starter.. Mula2 kami buat gagal sebab buluh tu un basah.. jadi beberapa cubaan gagal saya terfikir untuk menggunakan gula sebagai bahan untuk memarakkan api. Ternyata berhasil.. hahaha.. Semua waktu tu terpinga-pinga kenapa gula jadi mereka pun blur la waktu tu. Sebab waktu time saya belasan tahun saya pernah diberitahu oleh cikgu saya gula ini boleh membantu untuk memarakkan api sebab kalau tak silap ada starch kot. Tah la lupa dah saya. Tapi apa pun teori cikgu saya beri dulu berjaya la akhirnya.. Kayu basah berjaya kami hidupkan dan api tidak padam selama 4 hari.. Alhamdulillah.. Jadi rahsia dia adalah gula.. 

fuh panjang juga rupanya.. group camping ini nanti saya buat post khas la kan.. baru syiok..

Jadi berkahirnya kem hutan dengan kem fire.. malam berhibur la katakan makan mewah ayam panngang.. fuh punya sedap dan nikmatnya... 

Minuman paling sedap dalam hutan adalah kopi panas dan air suam.. Ini Serius.. Kopi ye bukan nescafe kalau dapat kopi tempatan lagi sedap.. Saya dalam hutan ri tu minum kopi tempatan tu yang layan tu.. sedap..

Pada hari ke-14 masa untuk pulang pula saya perlu mengangkat beg pack seberat 11kg dan handcarry 3kg untuk mendaki bukit yang agak tinggi dengan kudrat sudah penat dalam hutan 14 hari 13 malam rasa macam nak naik helikopter jer naik atas itu.. serius penat gila... Masa mendaki itu lebih kurang 40-45minit.. Banyak juga berhenti-hentinya.. 

Alhamdulillah saya selamat dan kini saya seorang rimbawan... 

Nanti kan sambungan saya di post akan mendatang...



Read More

Khamis, 6 Ogos 2015

Peluang untuk rakan blogger

3 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya ingin membuka peluang kepada rakan blogger yang berminat untuk berniaga ataupun untuk kegunaan sendiri..

Insyallah sebelum 31/8 ni saya akan open untuk pendaftaran.. Lepas saya keluar dari kem hutan..

Maybe ejen dropship diperlukan nanti.

Apa yang anda akan dapat..

Keuntungan 1 barang RM10

Keuntungan 5 barang RM50

Keuntungan 5 barang darab 30 hari?

Rm50 x 30 = RM1500..

Hanya pegang handphone, tengok anak, tengok tv, tengok anak dirumah anda dapat side income rm1500.

Tak perlu rajin hanya 5 barang sehari..

Rugi anda lepaskan peluang ini..

Hint produk untuk wanita dan musim perayaan.. Produk meluas.

Berminat tinggal komen diruang komen "sy berminat" nanti sy akan inform bila dah ready..

Syarat?

1- ada whatsapp
2- ada handphone

Read More

Selasa, 4 Ogos 2015

Barang Keperluan Masuk Hutan Selama 12 Hari

11 comments

Beg Pakaian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya nak berkongsi sedikit mengenai beberapa barang keperluan yang saya prepare untuk masuk hutan 12 hari.

Agak lama juga camping kali ini saya akan berada di dalam hutan... Ini merupakan pengalaman pertama saya camping hampir 2 minggu di dalam hutan.. hahaha.. Paling lama pun 5 hari itu pun dah rasa macam orang baru lahir bila keluar hutan.. hmmm.. Agak mencabar juga kem kali ini.. 

Beg pakaian amat penting ketika proses pencarian dilakukan sebelum anda beli. Macam saya memilih beg berukuran 60cm tinggi ( ~60L ) , 10L beg kalis air ( dry bag ) dan sleeping bag. 

Mengapa saya pilih beg diatas.. Tujuan dry bag adalah bagi mengelakkan barang-barang seperti kertas, ubat, alat gadjet dan lain-lain yang diperlukan ketika ekspedisi dari basah terkena hujan ataupun redah sungai. Jadi dry bag ini agak penting juga la kan.. 

Sleeping beg saya pilih jenis yang nipis sebab ringan. Kalau suka yang tebal pun takde masalah.


Lampu Suluh



Lampu suluh juga amat penting kita berada dalam hutan. Jadi untuk kem kali ini saya bawa 3 jenis torchlight.
Pertama jenis yang besar tu jenama everyday, kedua size medium (standard) jenama sonic bateri 2x size D dan ketiga jenis kecik jenama energizer.

Banyak juga saya bawa lampu masuk hutan kali ini kan.. hahaha.. org kata bia lebih jangan kurang. Mana la tahu kan incase torchlight tu rosak so ada backup.. Setiap torchlight ada kelebihan masing2.. Tapi jika anda ada duit lebih beli la torchlight yang mahal tu, yang boleh adjust2 lens dia tu.

Dan jangan lupa bawa bateri yang mencukupi ya. Macam saya belum lagi pack bateri. hehe..

Pakaian
Pemilihan pakaian juga amat penting untuk masuk hutan ini. 

Kali ini saya memilih untuk mencuba pakaian jenama keluaran dari Reebok. 
Saya memilih baju running lengan panjang (2x), seluar short 2in1 for running dalam itu ada tight, topi , topi warna hitam mcm skop kepala tu untuk tidur malam, stokin paras knee.

Ok setakat apa yang saya telah cuba buat masa ini iaitu 10km (41 minit) excercise menggunakan baju running warna biru, seluar short 2in1 dan stokin amat selesa dan tak panas, badan tak basah peluh serap ke baju yang penting baju masih ringan walaupun diserap peluh. Not bad.. Hope dia memberi kerjasama la dalam hutan nanti.. Nnti lepas keluar hutan saya akan update semula.

Aik ni je ke baju yang saya akan bawa? Haha.. Ini baju untuk saya berjalan disana nanti. 
Baju untuk tidur dan baju lain itu masih ada juga.. Yang itu belum saya pack lagi.. Tapi dalam perancangan 
1x baju sejuk
6x baju tidur
2x seluar track
3x baju spare
1x seluar yang orang buat kawad tu ada poket kat tepi. Seluar zaman sekolah menengah dulu.. 

Memandangkan musim hujan baju saya kena bawa lebih. hmmm. Maybe list itu saya akan ubah dan kurangkan tengokla mcm mana nnti.. haha..

Tactical Boot
Untuk pemilihan kasut, untuk kali ini saya ingin mencuba tactical boot. Tak berat ke? Ringan je baru +-550g setiap satu.. 
Kenapa saya pilih tactical boot? Sebab dia ada support dekat bahagian ankle dan juga dia cover saya punya kaki ketika jalan. So takdela sakit kan jika terlanggar duri ke or apa2 je. Sebab kaki itu penting.. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya belum guna lagi kasut ini dalam hutan xpe nnti saya update lepas saya keluar dari hutan. Insyallah..

Setakat apa yang saya dah try tactical boot ini kalis air dekat tepi2 dia tu so setakat hujan no problem la tak basah lagi kaki anda dekat dalam tu. Saya dah try simbah air dekat kasut ini. Lepas tu katakan anda rendam kasut ini dalam air, kasut bahagian dalam totaly basah dan penuhi air dekat tepi tu ada lubang jadi air akan keluar dengan sendirinya yang ini saya dah test. Bagi saya takdelah berat sangat ketika ada air dalam kasut itu. Jadi agak selesa la ketika berjalan takdelah kalau guna sportshoes bila basah rasa bertakung je air kan dalam kasut itu.


Makanan
 Ini merupakan sebahagian makann yang saya ada la.. Yang ada lagi takde dalam gambar ini Sardin Besar 2 tin dan Biskut Jacob Hi-Fiber Dalam kotak 400g+- 2kotak, dan maggi kari 2 bungkus dan serunding pack kecik2 untuk sekali makan 12 hari. hahaha terlebih cukup dah kan..

Ubat
Okay mengenai ubat, ini merupakan ubat penting untuk anda. First Aid berserta dalam nya berisi. Ubat Malaria bagi mencegah terkena malaria sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Insect repellen ini saya menggunakan keluaran cosway sebab memang dah lama guna yang prolin tu botol biru agak berkesan juga. Tambah lagi baunya yang wangi hehe.. 

Lepas itu ubat cirit birit, sakit perut, ubat demam, ubat asma or apa2 ubat yang berkaitan dengan anda.

Waktu tengah tulis article ini barang saya belum habis pack lagi and masih ada some barang belum di cari and beli lagi. Baru menyediakan sahaja.. 




Read More

Isnin, 3 Ogos 2015

Lunch hari ini

2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini berjalan - jalan dengan mak sampai ke bangsar.. Haha jauh juga berjalan ari ni yer..

Pergi ke midvalley ingat nak cari barang nak masuk hutan nanti.
Cari2 tak de berkenan dekat hati..

Lepas tu turun ke nu sentral dkt kl sentral..
Pergi la masuk ke kedai reebok.. Dah beberapa kali aku masuk kedai tu usha baju dekat situ.. Ternyata masih murah ada sale up to 50% ooo.. Jadi baju yang berkenan ari tu tengok ada lagi. 
Apa lagi sambar la baju tu kan dgn beberapa brg lain..

Susah juga nak cari baju kain utk running lengan panjang ni.. Merata cari masuk sana sini takde. Hmmm..

Jadi lepas tu dah waktu utk lunch mencari kedai makan utk makan..

Tiba-tiba mak ajak masuk ke chicken rice shop.. Pup.. Dah bape kurun tah aq tak masuk chicken rice shop..

Dengan secara tiba-tiba ada dtg memori.. Aisemen..
Jadi aq pun mkn la sampai abis, biarkan memori tu duk diam2 aq nak makn dulu..

6day left before masuk hutan selama 12hari...

Read More

Rabu, 29 Julai 2015

Dah tua dah rupanya diri ni

8 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Topik hari ini nak cerita dah tua rupanya diri ini.. Cerita ini bermula pada hari ahad ari tu kena pening kepala sangat. Lepas itu minta tolong mak picitkan kepala. Tiba- tiba time mak belek-belek rambut ha amik ada uban satu.. 

Panjang juga rupanya uban aku ni.. Berkilat lagi warna putih tu.. Lepas itu mak aku pun cakap la dah tua dah rupanya kau ini.. hahaha.. Buat pertama kali rasa kena cabut uban rasa lega kepala lepas kena cabut uban itu. Rasa la hilang sikit pening kepala itu. Ada kaitan ke? 

Tiba-tiba aku teringat ini salah satu tanda umur dah pendek.. 

Dah lama tak guna camera lumia 920 ini.. sesekali guna cantik juga gambarnya.. guna closeup pencahayaan dibilik malap2 gitu.. masih berbisa rupanya lumia 920 ini.. 


Read More

Ahad, 26 Julai 2015

Acer Aspire P3 Windows 8 update 8.1 error

2 comments

acer aspire p3
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Perkara ini mungkin akan terjadi kepada para pengguna windows 8.0 yang update ke windows 8.1.

Macam saya berlaku dekat Acer Aspire P3 Windows 8 update 8.1 error.

Alkisah terjadi apabila saya ingin switch on tab itu ia auto update. Suka2 hati je nak auto update kan.. 
Semasa tengah update tu tiba-tiba jadi black screen. 
Jadi apa yang terjadi adalah switch off. 
Bila dah switch off dan switch on balik hanya keluar logo acer and then restart semula.. 

Jadi saya dah agak memang ada berlaku error ketika proses update itu terjadi. Jadi mula la proses pencarian kemungkinan error itu berlaku di google. Rupa2nya memang banyak orang duk discuss mengenai error ketika update 8.0 ke 8.1. hmmmm..

Bukan kita suka-suka nak update ke 8.1 kan.. dah tahu driver tu tak support tak yah la pegi update ke 8.1.. haish.. Lepas itu try la kan nak masuk bios untuk tab ni memang tak dapat la citernya. Sebab keyboard guna bluetooth and kekurangan alat la pulakkan.. 

Jadi apa jalan penyelesaiannya adalah hantar ke kedai komputer la.. Nak hantar center jauh juga lagi pun warranty dah tamat and kena tunggu beberapa hari.. hmmm.. Sekarang tab tu hantar tengah hari tadi lepas itu tadi malam dia call cakap dah siap esok boleh amik. yeay... alhamdulillah.. Tapi data tak boleh recovery la sebab dia cakap soket ssd tab ni tak match dengan dia ada, kena pegi center la kalau nak recovery data. Tapi den ni malas nak ke sana sini jadi cakap tak yah backup data tu biar je la.. 

Kenangan itu kenangan.. Jadi laptop baru..hmmm..

Apa yang perlu anda lakukan jika terjadi sebegini ?
  1. Cari box tab tu, dalam tu ada cd recovery windows. 
  2. Kalau ada beli microsoft office original amik lesen key tu.
  3. Pergi ke kedai serahkan kesemuanya dua barang tadi tu diaorang boleh settlekan masalah anda...
Den kena caj untuk repair ini RM70.00 .. Sebab bro tu dia bukak tab tu nak bawak kua ssd itu nak transfer file dalam tu ke external hard drive.. Last2 dia cakap tarak boleh buat.. haha.. Nasib la aq caya kat hang bro.. Banyak juga laptop aq repair dekat dia. 

Jadi tak sabar nak tunggu esok nak pegi amik tab tu.. hehe.. Siap minta tolong dia install driver printer and antivirus lagi tu.. hehe.. thanks ye bro.. baik betul dia tu.. 

Read More

Selasa, 21 Julai 2015

Surau Di Suria KLCC

6 comments

Ruang Solat Di Surau KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada mereka yang tertanya-tanya ada ke surau di Suria KLCC ?

Jawapanya ADA.

Ruang Solatnya agak besar dan selesa.

Mari kita lihat bagaimana cara nak pergi ke surau di KLCC ini.

Ada perlu turun sampai ke Level C (LG) dari escalator belah kiri anda Nampak kedai jam swatch > cold storage anda ikut je laluan itu straight sampai anda Nampak seperti di gambar 1 ini ada maybank and kedai camera.

Gambar 1
Gambar 2
 Anda terus je nanti Nampak ada signboard surau.
Anda akan Nampak pos Malaysia itu dah kira betul la destinasi yang anda ingin tuju itu.
Anda terus je nanti belok kiri ye ada Nampak signboard ke surau sebelum ke pintu keluar tu.

Signboard ke surau
Sebelum anda masuk ke ruang solat ada bahagian ruang menunggu.
Agak besar dan selesa siap ada kipas lagi.

Ruang Menunggu
Di surau KLCC ini juga turut menyediakan ruang menyusun kasut. Ha yang ini ok Nampak kemas je kasut disusun di rak takdelah nanti kena sepak kan letak dekat bawah.

Rak kasut

Ruang Mengambil Wudhuk
Ruang mengambil wudhuk juga bersih dan terjaga. Banyak juga disediakan paip2 di ruang mengambil wudhuk ini.
Jadi keseluruhan surau yang disediakan oleh suria klcc ini agak selesa dan cantik. Jadi kepada mereka yang tertanya-tanya dimana surau ini terletak di klcc kan hope article ini dapat membantu anda ye.
Jadi lepas ini tiada alasan lagi anda tidak menunaikan solat yer. :)

Read More

Ahad, 12 Julai 2015

Belajar Bukan Semata - Mata Untuk Dapat Pekerjaan

14 comments

Kekayaan Tida Dilihat Dari Harta
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama tidak update blog ini agak sibuk menyiapkan tempahan kuih raya. Bila saya tengok ramai yang post mengenai pelajar graduan seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Fuh ayatnya, jadi ini yang membuat saya terpanggil untuk menulis blog dan memberi sedikit pandangan saya. Kalau tak suka sila tekan X ok.
Ni saya nak habaq mai, menuntut ilmu itu mendapat pahala, menuntut ilmu tidak menjanjikan anda mendapat kerja selepas Berjaya graduate.
Betul saya cakap. Cuba anda fikir ada ke anda sign agreement yang mengatakan lepas kau belajar 4 tahun akan terus dapat kerja dengan sekian gaji. Tak ada kan. So, jangan nak mengungkit ler...
*terover lak.. haha..

Cuba kepada para graduan sekalian atau mereka yang masih tengah belajar perbetulkan niat dalam diri masing2, SAYA BELAJAR KERANA INGIN MENUNTUT ILMU DAN MENDAPAT KEREDHAAN OLEH ALLAH DAN MENDAPAT PAHALA.

Kepada para ibu dan ayah sekalian sila la perbetulkan niat anak-anak anda supaya mereka tahu apa tujuan sebenar mereka belajar. Kita hidup di dunia ini bertujuankan untuk mengumpulkan saham di akhirat.

Saya tahu memang kos hidup sekarang ini memang agak tinggi memang tidak dinafikan, tapi jika anda mengamalkan menabung dari zaman university lagi perkara ini tidak akan terjadi.

Apa anda terbeban dengan hutang PTPTN saya ada sudah bagi teknik cara nak langsaikan hutang anda tu.

Apa anda menganggur? Tak de kerja, tak de duit... Tu la siapa suh tak nak menabung dari kecik or dari zaman university. Jangan bagi alasan anda tidak ada duit. Biar sikit lama-lama banyak la.

Ini bukan soal orang miskin , kaya, tidak hidup susah sewaktu muda or sebagainya... Semua orang sama sahaja, jika anda usaha anda dapat, jika anda tidak berusaha anda tak dapat. Simple kan..

Jadi ini nasihat saya kepada mereka yang menganggur kan :
  1. pergi membuat bisnes bermulakan dari dropship lama-lama banyak la duit tu. Jangan sia-siakan 24 jam anda dengan duduk perhabiskan beras dekat rumah
  2. pergi la cari tender-tender dekat luar itu.
  3. cari ilmu baharu, gunakan otak yang graduan ijazah itu kan untuk keluar dari masalah yang anda hadapi tu. Cari la ilmu nak hidup.
  4. buka la gerai jual nasi lemak, goreng pisang, jual air.
  5. berniagala kalau rasa nak kaya. SEKIAN.....
Apa niaga nasi lemak and jual pisang goreng tepi jalan, come r saya ni ada ijazah.. Ha ni la masalahnya benda ini ada dalam fikiran kuno tu. Pastu complain asal rakyat sendiri macam pendatang dekat Negara sendiri.

Sudah tiba masanya kau bangun untuk ambil alih semua tugas ada yang orang luar duk niaga tepi jalan tu kau yang pegi amik...

Katakan satu hari kau dapat untung RM50.00 X 20 HARI = RM1000.00
Sape nak bagi kau RM1000.00.

Kepada mereka yang nak keluar dari belenggu mereka tu baca artikel saya ini. Insyallah boleh membantu walaupun sedikit.
 setuju dengan apa saya cakapkan? Jom share kpd mereka yang memerlukan..

Read More

Jumaat, 3 Julai 2015

Biskut Semperit Tradisional - RM25

4 comments

Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya akan menceritakan mengenai kuih semperit. Tempahan Biskut Raya 2015 kini dibuka.

Resepi biskut semperit merupakan resepi turun temurun dari mak saya sehinggalah kepada saya. Saya sendiri telah ceburi belajar membuat ini sejak umur saya 9 tahun lagi. Sehinggalah pada umur saya 16 tahun mak saya menyuruh saya membuat sendiri. 

Jadi sejak dari itu lah saya membuat sendiri biskut semperit ini. Jika kira pengalaman teknik pembuatan semua hampir 12 tahun telah saya ketahui dan belajar. Jika anda ingin tahu pengalaman saya membuat kuih ini secara sendirian hampir 5 tahun telah saya ceburi. 

Jadi ini merupakan kali ketiga saya menjual secara online dan promote di blog ini. Jika anda merupakan salah seorang yang mencari kepuasan dan kenikmatan biskut semperit yang rasa tradisional boleh la cuba biskut semperit yang saya lakukan ini.

Kebanyakkan feedback dari mereka yang telah membeli biskut semperit ini mengatakan :-
  •  "... sudah lama saya mencari rasa kuih semperit sebegini ..."
  • "... dik kuih ini memang sedap belum sempat raya lagi dah habis, akak nak repeat order lagi boleh ..."
Ini adalah merupakan bebera qoute dari pembeli yang pernah membeli kuih semperit ini. Jadi jika anda inginkan kuih semperit ini boleh membuat tempahan ye. 

Jadi berapa harga satu balang ?

RM25.00 satu balang mempunyai 50 keping. 

Kini 12% OFF - KOD - SEMPERIT

Penghantaran?

Percuma di kawasan ampang / tesco ampang sahaja.

Kawasan lain caj akan dikenakan bermula dari RM5.00.

Contoh kuala lumpur :- KL Sentral, Masjid Jamek, Sogo, KLCC = RM10

Postage?

Tidak Ada. Risiko kuih ini akan pecah adalah tinggi. 


Jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan kuala lumpur dan Selangor tersangat la rugi jika anda tidak mencuba biskut semperit ini.

" Mari rasai kenikmatan biskut semperit yang sebenar "

Jadi jom buat tempahan. klick Order Form button bawah ini.



Testimoni

                                         


Read More