Agama : Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah Agama : Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah - The New Minded Agama : Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah Agama : Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah Agama : Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah Langkau ke kandungan utama

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Agama : Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah



Bab : Orang yang Diupah dan Mengupah


Imam Syafi'i berkata :"Apabila pengupah dan yang diupah bercanggah mengenai
jumlah upah, maka sesungguhnya Abu Hanifah mengatakan, yang dijadikan pedoman
ialah perkataan pengupah bersama sumpahnya jika dia telah melakukan pekerjaan.

Pendapat ini yang menjadi pandangan Abu Yusuf. Tetapi Ibnu Abi Laila mengatakan,
yang dijadikan dasar ialah perkataan pengupah, kecuali jika upah yang dia sebutkan
lebih kecil daripada upah yang biasa diberikan bagi pekerjaan seperti itu.


Jika orang yang diupah belum mengerjakan pekerjaan, maka kedua-duanya dapat
disuruh bersumpah lalu mencari kesepakatan baru menurut pandangan Abu Hanifah, dan
seharusnya demikian pula menurut Ibnu Abi Laila. Lalu di kemudian hari Abu Yusuf
mengatakan :"Jika perbezaan upah itu tidak terlalujauh, maka aku menerima perkataan
orang yang diupah sambit memerintahkan kepadanya untuk bersumpah. Tapi jika
perbezaan itu terlalu jauh, maka aku tidak menerima pemyataan mereka, namun
menetapkan padanya upah yang biasa diberikan untuk pekerjaan yang seperti itu."


Imam Syafi'i berkata :"Apabila seseorang mengupah orang lain, lalu kedua-duanya
saling membenarkan bahawa antara mereka terdapat transaksi upah mengupah, namun
mereka berbeza mengenai besarnya upah pekerjaan itu, dan jika pekerjaan belum
dimulai, maka kedua-duanya seperti saling bersumpah lalu mencari kesepakatan baru.
Tapi jika pekerjaan telah dikerjakan, maka kedua-duanya harus bersumpah lalu
dikembalikan kepada upah yang biasa diberikan bagi pekerjaan serupa ; sama ada
jumlahnyi lebih besar atau lebih sedikit dar i apa yang dikatakan oleh orang yang
diupah."


Imam Syafi'i berkata : "Jika seseorang menyewakan seekor haiwan untuk digunakan
mengangkut 10 kg barang misalnya, lalu diangkat padanya 11 kg dan mengakibatkan
haiwan tersebut binasa, maka penyewa harus menanggung ganti rugi atas harga haiwan
seluruhnya dan juga membayar upah.


Sementara Abu Hanifah mengatakan, penyewa hanya menanggung ganti rugi sesuai
dengan kadar beban tambahan. Seperti apabila dia menyewa untuk mengangkut barang
seberat 10 kg, tapi dia temyata mengangkut barang seberat 11 kg, maka penyewa hanya
mengganti rugi untuk satu bahagian daripada sebelas bahagiannya yang ada. Datam hal
ini dia menetapkan bahawa haiwan tersebut binasa akibat muatannya yang lebih dari 10
kg.




Kemudian menurut Abu hanifah, apabila penyewa menyewa haiwan itu untuk
mengangkut barang sejauh 100 batu, namun temyata dia melebihkan jarak tersebut
kemudian haiwan itu mati, maka penyewa harus mengganti rugi haiwan itu seluruhnya.
Padahal, seharusnya-menurut asas perkataannya-bahawajarak 100 batu das selebihnya
yang menjadi penyebab haiwan itu binasa, sehingga sepatutnya penyewa hanya
menanggung sesuai kadar kelebihan itu, sebab Abu Hanifah berpandangan bahawa
penyewa dituntut untuk mengganti rugi atas kematian haiwan yans disewa apabila digunakan melebihi dari kesepakatan..


rujukan
Husein Abdul Hamid, MUKHTASAR KITAB AI-Umm Fi Al-Fiqh IMAM AL-SYAFFI , Jilid 2


If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It

Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner