Julai 2015 Julai 2015 - The New Minded Julai 2015 Julai 2015

Rabu, 29 Julai 2015

Dah tua dah rupanya diri ni

8 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Topik hari ini nak cerita dah tua rupanya diri ini.. Cerita ini bermula pada hari ahad ari tu kena pening kepala sangat. Lepas itu minta tolong mak picitkan kepala. Tiba- tiba time mak belek-belek rambut ha amik ada uban satu.. 

Panjang juga rupanya uban aku ni.. Berkilat lagi warna putih tu.. Lepas itu mak aku pun cakap la dah tua dah rupanya kau ini.. hahaha.. Buat pertama kali rasa kena cabut uban rasa lega kepala lepas kena cabut uban itu. Rasa la hilang sikit pening kepala itu. Ada kaitan ke? 

Tiba-tiba aku teringat ini salah satu tanda umur dah pendek.. 

Dah lama tak guna camera lumia 920 ini.. sesekali guna cantik juga gambarnya.. guna closeup pencahayaan dibilik malap2 gitu.. masih berbisa rupanya lumia 920 ini.. 


Read More

Ahad, 26 Julai 2015

Acer Aspire P3 Windows 8 update 8.1 error

2 comments

acer aspire p3
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Perkara ini mungkin akan terjadi kepada para pengguna windows 8.0 yang update ke windows 8.1.

Macam saya berlaku dekat Acer Aspire P3 Windows 8 update 8.1 error.

Alkisah terjadi apabila saya ingin switch on tab itu ia auto update. Suka2 hati je nak auto update kan.. 
Semasa tengah update tu tiba-tiba jadi black screen. 
Jadi apa yang terjadi adalah switch off. 
Bila dah switch off dan switch on balik hanya keluar logo acer and then restart semula.. 

Jadi saya dah agak memang ada berlaku error ketika proses update itu terjadi. Jadi mula la proses pencarian kemungkinan error itu berlaku di google. Rupa2nya memang banyak orang duk discuss mengenai error ketika update 8.0 ke 8.1. hmmmm..

Bukan kita suka-suka nak update ke 8.1 kan.. dah tahu driver tu tak support tak yah la pegi update ke 8.1.. haish.. Lepas itu try la kan nak masuk bios untuk tab ni memang tak dapat la citernya. Sebab keyboard guna bluetooth and kekurangan alat la pulakkan.. 

Jadi apa jalan penyelesaiannya adalah hantar ke kedai komputer la.. Nak hantar center jauh juga lagi pun warranty dah tamat and kena tunggu beberapa hari.. hmmm.. Sekarang tab tu hantar tengah hari tadi lepas itu tadi malam dia call cakap dah siap esok boleh amik. yeay... alhamdulillah.. Tapi data tak boleh recovery la sebab dia cakap soket ssd tab ni tak match dengan dia ada, kena pegi center la kalau nak recovery data. Tapi den ni malas nak ke sana sini jadi cakap tak yah backup data tu biar je la.. 

Kenangan itu kenangan.. Jadi laptop baru..hmmm..

Apa yang perlu anda lakukan jika terjadi sebegini ?
  1. Cari box tab tu, dalam tu ada cd recovery windows. 
  2. Kalau ada beli microsoft office original amik lesen key tu.
  3. Pergi ke kedai serahkan kesemuanya dua barang tadi tu diaorang boleh settlekan masalah anda...
Den kena caj untuk repair ini RM70.00 .. Sebab bro tu dia bukak tab tu nak bawak kua ssd itu nak transfer file dalam tu ke external hard drive.. Last2 dia cakap tarak boleh buat.. haha.. Nasib la aq caya kat hang bro.. Banyak juga laptop aq repair dekat dia. 

Jadi tak sabar nak tunggu esok nak pegi amik tab tu.. hehe.. Siap minta tolong dia install driver printer and antivirus lagi tu.. hehe.. thanks ye bro.. baik betul dia tu.. 

Read More

Selasa, 21 Julai 2015

Surau Di Suria KLCC

6 comments

Ruang Solat Di Surau KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada mereka yang tertanya-tanya ada ke surau di Suria KLCC ?

Jawapanya ADA.

Ruang Solatnya agak besar dan selesa.

Mari kita lihat bagaimana cara nak pergi ke surau di KLCC ini.

Ada perlu turun sampai ke Level C (LG) dari escalator belah kiri anda Nampak kedai jam swatch > cold storage anda ikut je laluan itu straight sampai anda Nampak seperti di gambar 1 ini ada maybank and kedai camera.

Gambar 1
Gambar 2
 Anda terus je nanti Nampak ada signboard surau.
Anda akan Nampak pos Malaysia itu dah kira betul la destinasi yang anda ingin tuju itu.
Anda terus je nanti belok kiri ye ada Nampak signboard ke surau sebelum ke pintu keluar tu.

Signboard ke surau
Sebelum anda masuk ke ruang solat ada bahagian ruang menunggu.
Agak besar dan selesa siap ada kipas lagi.

Ruang Menunggu
Di surau KLCC ini juga turut menyediakan ruang menyusun kasut. Ha yang ini ok Nampak kemas je kasut disusun di rak takdelah nanti kena sepak kan letak dekat bawah.

Rak kasut

Ruang Mengambil Wudhuk
Ruang mengambil wudhuk juga bersih dan terjaga. Banyak juga disediakan paip2 di ruang mengambil wudhuk ini.
Jadi keseluruhan surau yang disediakan oleh suria klcc ini agak selesa dan cantik. Jadi kepada mereka yang tertanya-tanya dimana surau ini terletak di klcc kan hope article ini dapat membantu anda ye.
Jadi lepas ini tiada alasan lagi anda tidak menunaikan solat yer. :)

Read More

Ahad, 12 Julai 2015

Belajar Bukan Semata - Mata Untuk Dapat Pekerjaan

14 comments

Kekayaan Tida Dilihat Dari Harta
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama tidak update blog ini agak sibuk menyiapkan tempahan kuih raya. Bila saya tengok ramai yang post mengenai pelajar graduan seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Fuh ayatnya, jadi ini yang membuat saya terpanggil untuk menulis blog dan memberi sedikit pandangan saya. Kalau tak suka sila tekan X ok.
Ni saya nak habaq mai, menuntut ilmu itu mendapat pahala, menuntut ilmu tidak menjanjikan anda mendapat kerja selepas Berjaya graduate.
Betul saya cakap. Cuba anda fikir ada ke anda sign agreement yang mengatakan lepas kau belajar 4 tahun akan terus dapat kerja dengan sekian gaji. Tak ada kan. So, jangan nak mengungkit ler...
*terover lak.. haha..

Cuba kepada para graduan sekalian atau mereka yang masih tengah belajar perbetulkan niat dalam diri masing2, SAYA BELAJAR KERANA INGIN MENUNTUT ILMU DAN MENDAPAT KEREDHAAN OLEH ALLAH DAN MENDAPAT PAHALA.

Kepada para ibu dan ayah sekalian sila la perbetulkan niat anak-anak anda supaya mereka tahu apa tujuan sebenar mereka belajar. Kita hidup di dunia ini bertujuankan untuk mengumpulkan saham di akhirat.

Saya tahu memang kos hidup sekarang ini memang agak tinggi memang tidak dinafikan, tapi jika anda mengamalkan menabung dari zaman university lagi perkara ini tidak akan terjadi.

Apa anda terbeban dengan hutang PTPTN saya ada sudah bagi teknik cara nak langsaikan hutang anda tu.

Apa anda menganggur? Tak de kerja, tak de duit... Tu la siapa suh tak nak menabung dari kecik or dari zaman university. Jangan bagi alasan anda tidak ada duit. Biar sikit lama-lama banyak la.

Ini bukan soal orang miskin , kaya, tidak hidup susah sewaktu muda or sebagainya... Semua orang sama sahaja, jika anda usaha anda dapat, jika anda tidak berusaha anda tak dapat. Simple kan..

Jadi ini nasihat saya kepada mereka yang menganggur kan :
  1. pergi membuat bisnes bermulakan dari dropship lama-lama banyak la duit tu. Jangan sia-siakan 24 jam anda dengan duduk perhabiskan beras dekat rumah
  2. pergi la cari tender-tender dekat luar itu.
  3. cari ilmu baharu, gunakan otak yang graduan ijazah itu kan untuk keluar dari masalah yang anda hadapi tu. Cari la ilmu nak hidup.
  4. buka la gerai jual nasi lemak, goreng pisang, jual air.
  5. berniagala kalau rasa nak kaya. SEKIAN.....
Apa niaga nasi lemak and jual pisang goreng tepi jalan, come r saya ni ada ijazah.. Ha ni la masalahnya benda ini ada dalam fikiran kuno tu. Pastu complain asal rakyat sendiri macam pendatang dekat Negara sendiri.

Sudah tiba masanya kau bangun untuk ambil alih semua tugas ada yang orang luar duk niaga tepi jalan tu kau yang pegi amik...

Katakan satu hari kau dapat untung RM50.00 X 20 HARI = RM1000.00
Sape nak bagi kau RM1000.00.

Kepada mereka yang nak keluar dari belenggu mereka tu baca artikel saya ini. Insyallah boleh membantu walaupun sedikit.
 setuju dengan apa saya cakapkan? Jom share kpd mereka yang memerlukan..

Read More

Jumaat, 3 Julai 2015

Biskut Semperit Tradisional - RM20

4 comments

Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya akan menceritakan mengenai kuih semperit. Tempahan Biskut Raya 2017 kini dibuka.

Resepi biskut semperit merupakan resepi turun temurun dari mak saya sehinggalah kepada saya. Saya sendiri telah ceburi belajar membuat ini sejak umur saya 9 tahun lagi. Sehinggalah pada umur saya 16 tahun mak saya menyuruh saya membuat sendiri. 

Jadi sejak dari itu lah saya membuat sendiri biskut semperit ini. Jika kira pengalaman teknik pembuatan semua hampir 12 tahun telah saya ketahui dan belajar. Jika anda ingin tahu pengalaman saya membuat kuih ini secara sendirian hampir 5 tahun telah saya ceburi. 

Jadi ini merupakan kali ketiga saya menjual secara online dan promote di blog ini. Jika anda merupakan salah seorang yang mencari kepuasan dan kenikmatan biskut semperit yang rasa tradisional boleh la cuba biskut semperit yang saya lakukan ini.

Kebanyakkan feedback dari mereka yang telah membeli biskut semperit ini mengatakan :-
  •  "... sudah lama saya mencari rasa kuih semperit sebegini ..."
  • "... dik kuih ini memang sedap belum sempat raya lagi dah habis, akak nak repeat order lagi boleh ..."
Ini adalah merupakan bebera qoute dari pembeli yang pernah membeli kuih semperit ini. Jadi jika anda inginkan kuih semperit ini boleh membuat tempahan ye. 

Jadi berapa harga satu balang ?

RM20.00 satu balang mempunyai 40 keping. 

Penghantaran?

Percuma di kawasan ampang / tesco ampang sahaja.

Kawasan lain caj akan dikenakan bermula dari RM5.00.

Contoh kuala lumpur :- KL Sentral, Masjid Jamek, Sogo, KLCC = RM10

Postage?

Tidak Ada. Risiko kuih ini akan pecah adalah tinggi. 


Jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan kuala lumpur dan Selangor tersangat la rugi jika anda tidak mencuba biskut semperit ini.

" Mari rasai kenikmatan biskut semperit yang sebenar "

Jadi jom buat tempahan. klick Order Form button bawah ini.



Testimoni

                                         


Read More