Barang Keperluan Masuk Hutan Selama 12 Hari Barang Keperluan Masuk Hutan Selama 12 Hari - The New Minded Barang Keperluan Masuk Hutan Selama 12 Hari Barang Keperluan Masuk Hutan Selama 12 Hari

Selasa, 4 Ogos 2015

Barang Keperluan Masuk Hutan Selama 12 Hari

11 comments

Beg Pakaian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya nak berkongsi sedikit mengenai beberapa barang keperluan yang saya prepare untuk masuk hutan 12 hari.

Agak lama juga camping kali ini saya akan berada di dalam hutan... Ini merupakan pengalaman pertama saya camping hampir 2 minggu di dalam hutan.. hahaha.. Paling lama pun 5 hari itu pun dah rasa macam orang baru lahir bila keluar hutan.. hmmm.. Agak mencabar juga kem kali ini.. 

Beg pakaian amat penting ketika proses pencarian dilakukan sebelum anda beli. Macam saya memilih beg berukuran 60cm tinggi ( ~60L ) , 10L beg kalis air ( dry bag ) dan sleeping bag. 

Mengapa saya pilih beg diatas.. Tujuan dry bag adalah bagi mengelakkan barang-barang seperti kertas, ubat, alat gadjet dan lain-lain yang diperlukan ketika ekspedisi dari basah terkena hujan ataupun redah sungai. Jadi dry bag ini agak penting juga la kan.. 

Sleeping beg saya pilih jenis yang nipis sebab ringan. Kalau suka yang tebal pun takde masalah.


Lampu Suluh



Lampu suluh juga amat penting kita berada dalam hutan. Jadi untuk kem kali ini saya bawa 3 jenis torchlight.
Pertama jenis yang besar tu jenama everyday, kedua size medium (standard) jenama sonic bateri 2x size D dan ketiga jenis kecik jenama energizer.

Banyak juga saya bawa lampu masuk hutan kali ini kan.. hahaha.. org kata bia lebih jangan kurang. Mana la tahu kan incase torchlight tu rosak so ada backup.. Setiap torchlight ada kelebihan masing2.. Tapi jika anda ada duit lebih beli la torchlight yang mahal tu, yang boleh adjust2 lens dia tu.

Dan jangan lupa bawa bateri yang mencukupi ya. Macam saya belum lagi pack bateri. hehe..

Pakaian
Pemilihan pakaian juga amat penting untuk masuk hutan ini. 

Kali ini saya memilih untuk mencuba pakaian jenama keluaran dari Reebok. 
Saya memilih baju running lengan panjang (2x), seluar short 2in1 for running dalam itu ada tight, topi , topi warna hitam mcm skop kepala tu untuk tidur malam, stokin paras knee.

Ok setakat apa yang saya telah cuba buat masa ini iaitu 10km (41 minit) excercise menggunakan baju running warna biru, seluar short 2in1 dan stokin amat selesa dan tak panas, badan tak basah peluh serap ke baju yang penting baju masih ringan walaupun diserap peluh. Not bad.. Hope dia memberi kerjasama la dalam hutan nanti.. Nnti lepas keluar hutan saya akan update semula.

Aik ni je ke baju yang saya akan bawa? Haha.. Ini baju untuk saya berjalan disana nanti. 
Baju untuk tidur dan baju lain itu masih ada juga.. Yang itu belum saya pack lagi.. Tapi dalam perancangan 
1x baju sejuk
6x baju tidur
2x seluar track
3x baju spare
1x seluar yang orang buat kawad tu ada poket kat tepi. Seluar zaman sekolah menengah dulu.. 

Memandangkan musim hujan baju saya kena bawa lebih. hmmm. Maybe list itu saya akan ubah dan kurangkan tengokla mcm mana nnti.. haha..

Tactical Boot
Untuk pemilihan kasut, untuk kali ini saya ingin mencuba tactical boot. Tak berat ke? Ringan je baru +-550g setiap satu.. 
Kenapa saya pilih tactical boot? Sebab dia ada support dekat bahagian ankle dan juga dia cover saya punya kaki ketika jalan. So takdela sakit kan jika terlanggar duri ke or apa2 je. Sebab kaki itu penting.. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya belum guna lagi kasut ini dalam hutan xpe nnti saya update lepas saya keluar dari hutan. Insyallah..

Setakat apa yang saya dah try tactical boot ini kalis air dekat tepi2 dia tu so setakat hujan no problem la tak basah lagi kaki anda dekat dalam tu. Saya dah try simbah air dekat kasut ini. Lepas tu katakan anda rendam kasut ini dalam air, kasut bahagian dalam totaly basah dan penuhi air dekat tepi tu ada lubang jadi air akan keluar dengan sendirinya yang ini saya dah test. Bagi saya takdelah berat sangat ketika ada air dalam kasut itu. Jadi agak selesa la ketika berjalan takdelah kalau guna sportshoes bila basah rasa bertakung je air kan dalam kasut itu.


Makanan
 Ini merupakan sebahagian makann yang saya ada la.. Yang ada lagi takde dalam gambar ini Sardin Besar 2 tin dan Biskut Jacob Hi-Fiber Dalam kotak 400g+- 2kotak, dan maggi kari 2 bungkus dan serunding pack kecik2 untuk sekali makan 12 hari. hahaha terlebih cukup dah kan..

Ubat
Okay mengenai ubat, ini merupakan ubat penting untuk anda. First Aid berserta dalam nya berisi. Ubat Malaria bagi mencegah terkena malaria sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Insect repellen ini saya menggunakan keluaran cosway sebab memang dah lama guna yang prolin tu botol biru agak berkesan juga. Tambah lagi baunya yang wangi hehe.. 

Lepas itu ubat cirit birit, sakit perut, ubat demam, ubat asma or apa2 ubat yang berkaitan dengan anda.

Waktu tengah tulis article ini barang saya belum habis pack lagi and masih ada some barang belum di cari and beli lagi. Baru menyediakan sahaja.. 




If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

11 ulasan :

  1. good luck! dah lama tinggalkan aktiviti masuk hutan ni...lama sangat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Sekali sekala kena juga masuk hutan.. :)

      Padam
  2. bestnya.. tak pernah lagi merasa macam ni.. merasai nikmat kehidupan tanpa pembangunan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nnti try la.. Bnyk juga taman rekrasi skrg nie..

      Padam
  3. seronoknya..dh lama tak ber 'teambuilding' masuk hutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hope seronok la. .. Hampir 14hari dalam hutan. Hahaha

      Padam
  4. laamaanya 12 hari tu.. eeerk..

    BalasPadam
  5. Bestnya kalau dapat pergi camping camtu...

    BalasPadam
  6. salam singgah jalan2 di sini...wahh...bestnya dapat masuk hutan...sesekali tu kita kena juga kan lihat keindahan dalam hutan ni...hihi...Diana pernah sekali jak masuk hutan tu dah lama masa zaman sekolah menengah jak...rindu juga nak masuk hutan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg best lihat keindahan dlm hutan... Ooo Ha apa kata pergi ke hutan ye.. Banyak dah taman rekreasi skrg nie.. Boleh buat bbq.. Sdp tu...

      Padam