Berakhirnya Kem Hutan 14 hari di hutan Sugud, Sabah Berakhirnya Kem Hutan 14 hari di hutan Sugud, Sabah - The New Minded Berakhirnya Kem Hutan 14 hari di hutan Sugud, Sabah Berakhirnya Kem Hutan 14 hari di hutan Sugud, Sabah

Rabu, 26 Ogos 2015

Berakhirnya Kem Hutan 14 hari di hutan Sugud, Sabah

6 comments

Troop 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah akhirnya selesai dah kem hutan selama 14 hari di hutan sugud, sabah. 
Banyak pengalaman dan kenangan pahit dan manis ketika berada disana sepanjang 14 hari.

Untuk beberapa post akan mendatang saya akan membuat beberapa review produk yang saya gunakan ketika didalam hutan dan beberapa barang yang perlu anda bawa jika masuk hutan. Jadi keep update yer.

Post ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya ketika berada disana.. 

Kami perlu berjalan selama 30-40minit menuruni bukit untuk sampai ke base kem. Agak tinggi ooo bukit itu. Dengan mengangkut berat begpack saya 15kg dan handcarry lebih kurang 8kg boleh tahan juga penatnya itu. hahaha.. Serius masa berjalan itu dah terfikir macam mahu balik dah.. hahaha..

Pada hari pertama kami masuk kami perlu mensetupkan tempat pelbagai tempat telah kami bina seperti tapak khemah untuk wanita, tandas, dapur, dewan kuliah dan ruang mandi wanita dan ruang solat. Dalam masa dua hari diberikan kepada kami alhamdulillah berjaya kami siapkannya kesemua fasiliti tersebut.

Ini merupakan salah satu kem yang terlama pernah saya masuk iaitu 14 hari and tiada connection dengan dunia luar, tiada line internet mahupun line telefon. Fuh agak mencabar juga bagi saya. Tapi saya boleh tangani cabaran itu. Alhamdulillah. 

Memandangkan sekarang musim hujan, memang kami bermandikan hujan je la ketika berada didalam kem, bila dah hujan tanah pun jadi berselut paras2 buku lali tu dalam selut boleh tahan. Tapi alhamdulillah ada juga panasnya beberapa hari syukur..

Keadaan didalam hutan memang agak lembap sehinggakan mulut bila kita bercakap kuar asap gitu.. haha syiok juga main2 masa itu sebagai hiburan. Selain itu masalah kulat memang tidak dapat dielakkan, timbul kulat di beg memang amat menyakitkan hati tompok2 putih muncul dibeg buat hati makin gusar sudah dilap masih muncul itu perkara yang tidak dapat dielakkan jadi biarkan aje la kan.. 

Sampai ada juga beberapa rakan saya terkena infection kulat air di kaki mereka. Sungguh kesian melihat mereka. Saya juga terkena tapi alhamdulillah pencegahan awal saya buat dan dah pulih. Ini disebabkan kasut yang mereka guna itu basah dan stokin yang basah memberangsangkan pertumbuhan kulat air.

Aik saya menceritakan kisah tak best je kan.. abis part mana yang best? Sabar.. Saya akan menceritakan realiti apabila anda berada dihutan supaya anda berasa bersyukur berada dirumah.

Pada waktu makan pula paling seronok kami diberikan tugas untuk memasak group by group setiap hari. Pagi breakfast, lunch dan malam. Jadi kami makan 3 kali sehari.

Pada hari kedua khemah saya kena serangan semut.. fuhhhh.. perkara ini saya paling tidak boleh lupa.. Kalau anda katakan semut api dirumah anda sakit kena gigit ini semut hitam dalam hutan lagi 2x ganda sakit.. Serius.. Masa itu nak masuk khemah buka pintu tengok semut penuh dekat tingkap jadi saya un kibas la tingkap buang semut serius banyak gilerr.. Lepas tu lap lantai khemah cari la punca apa yang sebab semut datang rupa2nya maggi pecah sbb tu semut datang.. Bayangkan dengan kelembapan dalam khemah maggi yang pecah itu boleh kembang. haha. serius tak tipu..Jadi sy amik satu paket yang pecah itu bakar dan saya lap. Memandangkan waktu petang itu singkat sebab kena berkumpul semula saya sambung sebelah malam proses kemas maggi itu, rupa2nya ada lagi semut saya buka beg ada lagi saki baki maggi pecah di bahagian poket makanan maybe pecah waktu dalam flight kot.. Waktu mengemas tu hanya tuhan je tahu betapa sakitnya kena gigit dengan semut tu.. serius r.. memang menyesal giler rasa bawa maggi.. lepas ini macam taubat tak nak bawa dah masuk hutan.. haha.. 

Hari yang dinantikan telah tiba iaitu group camping 4 hari 3 malam. Macam dalam citer ALONE (555) tu. Menguji survival skill kita tu. 
Masa ini saat manis tercipta terlampau banyak sangat..

Kami dibekalkan 2 kanvas, 5 campbed dan 2 mess tin dan rasanaya 2kg beras dan 6 tin besar sardin, 1/2kg gula dan 360g milo untuk dimakan seramai 11 orang selama 4 hari 3 malam.

Kami punya kem site kena seberang sungai. Memandangkan saya malas nak buka tactical boot saya pun redah la sungai ok juga not bad tidak licin.

Setelah tiba dalam 15minit gitu hujan lebat turun.. Pergh.. basah kuyup kami.. kami tutup beg2 dengan kanvas diberi nasib la beg saya bawa tu beg waterproof jadi tak perlu risau la hujan2 ini kan. hehe.. memang kering je dalam itu..

Jadi bermula la kami menyiapkan tempat bersihkan tempat kem dan pasang kanvas.. 
Semasa rakan lain sibuk menyiapkan tempat saya sibuk membuat longkang di tapak khemah pergh agak memenatkan hanya menggunakan sebatang log dbh 6cm dijadikan sebagai cangkul. Jadi mula la proses menmbuat parit..

Lepas itu kami mula mencari kayu api memang citernya kayu api itu basah la kan tidak jumpa kering... 
Jadi ramai juga tangan membuat untuk menghidupkan api tapi tidak berjaya.. Jadi semua dah panik memandangkan hari pun dah lewat petang nak masuk senja dah.. Jadi saya duduk dan bertenang memikirkan apa cara boleh digunakan.. Kami diberi sebatang lilin dan 3 batang macis. 

Jadi saya mula arahkan mereka untuk menghiris buluh sebagai fire starter.. Mula2 kami buat gagal sebab buluh tu un basah.. jadi beberapa cubaan gagal saya terfikir untuk menggunakan gula sebagai bahan untuk memarakkan api. Ternyata berhasil.. hahaha.. Semua waktu tu terpinga-pinga kenapa gula jadi mereka pun blur la waktu tu. Sebab waktu time saya belasan tahun saya pernah diberitahu oleh cikgu saya gula ini boleh membantu untuk memarakkan api sebab kalau tak silap ada starch kot. Tah la lupa dah saya. Tapi apa pun teori cikgu saya beri dulu berjaya la akhirnya.. Kayu basah berjaya kami hidupkan dan api tidak padam selama 4 hari.. Alhamdulillah.. Jadi rahsia dia adalah gula.. 

fuh panjang juga rupanya.. group camping ini nanti saya buat post khas la kan.. baru syiok..

Jadi berkahirnya kem hutan dengan kem fire.. malam berhibur la katakan makan mewah ayam panngang.. fuh punya sedap dan nikmatnya... 

Minuman paling sedap dalam hutan adalah kopi panas dan air suam.. Ini Serius.. Kopi ye bukan nescafe kalau dapat kopi tempatan lagi sedap.. Saya dalam hutan ri tu minum kopi tempatan tu yang layan tu.. sedap..

Pada hari ke-14 masa untuk pulang pula saya perlu mengangkat beg pack seberat 11kg dan handcarry 3kg untuk mendaki bukit yang agak tinggi dengan kudrat sudah penat dalam hutan 14 hari 13 malam rasa macam nak naik helikopter jer naik atas itu.. serius penat gila... Masa mendaki itu lebih kurang 40-45minit.. Banyak juga berhenti-hentinya.. 

Alhamdulillah saya selamat dan kini saya seorang rimbawan... 

Nanti kan sambungan saya di post akan mendatang...



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

6 ulasan :

  1. Fuh! adventurenya... takde pacat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak la adventure.. Pacat tu sudah semestinya ada...

      Padam
  2. saya pun baru je balik kem haritu. mmng bestt! banyak aktiviti menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo.. Aah mmg best.. Hutan mana pergi tu?

      Padam
  3. Tactical boot tu mahal tak harganya, macam berminat cari satu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yg localnya dalm rm100 boleh dpt dah..
      Tp better nk kepuasan jgn guna yg local local la..

      Padam