Akhirnya Berwajah Baru Akhirnya Berwajah Baru - The New Minded Akhirnya Berwajah Baru Akhirnya Berwajah Baru Akhirnya Berwajah Baru Langkau ke kandungan utama

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Akhirnya Berwajah Baru


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Akhirnya berwajah baru juga sliding beg aku ni ye.. Yang lama punya yang berwarna kuning itu brand le coq sportif. Lebih kurang hampir 2 tahun kalau tak silap dia berkhidmat dengan aku akhirnya berganti dah dengan beg yang baru. 

Tapi sayangnya aku dengan beg itu hanya hati ni je tahu bertapa sayang dengan beg itu, kemana saje aku pergi sentiasa dia ada disisi, cukuplah dia dah berkhidmat hampir 2 tahun dengan aku masa untuk dia berehat pula.. Hujan panas jerebu telah di redahi olehnya.. Waa ayat sastera gitu.. hihi..

Actually lama sudah mencari beg ganti ni, aku sebenarnya tak suka jenis yang tinggi tu standard orang pakai tu, sebab susah aku nak berjalan asyik bergeser je dengan perut ni ha. hahaha.. Jadi itu merata aku cari yang ngam2 sama saiz macam yang kuning itu.. Punya la susah ooo mahu cari.. seriuss.. 

Aku mencari juga brand le coq sportif ni di klcc, pergi cari tutup dah dia.. hmmm.. jadi aku pun tak taw la mana lagi mahu cari le coq sportif ni. 

Jadi kali ni beg aku berzip.. hmmm agak leceh la aku nak angkat barang lepas ni.. haha.. merata juga cari beg tiada zip, tiada lak aku jumpa.. hmmm.. Itu pasal la aku sayang sama beg kuning itu.. hehe.. 



Jadi ini la beg baru tu... Simple je tiada corak2 itu yang aku suka... Ia agak lebar sedikit dari beg yang lama tu. Bagus juga dia lebar boleh muat masuk tab and charger.. hehe..  Lepas itu dia ada banyak zip dan banyak partition.. Ha kira ok la tu kan.. 

Ok itu je la cerita pasal beg berwajah baru... hope dia berkhidmat la dengan baik ye lepas ini.. hehe..


If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It

Ulasan

  1. saya klu cari beg utamakan byk compartment ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo yg bnyk compartment... Sy suka jenis yg buka terus capai... Tak suka jenis yg zip bnyk sgt susah nk capai barang.

      Padam

Catat Komen

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner