Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent - The New Minded Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent

Sabtu, 12 September 2015

Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent

Leave a Comment

Prolin All Over Clear Lotion


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya akan menceritakan kelebihan produk Prolin All Over Clear Lotion yang telah saya gunakan ketika berada di dalam hutan.

Seperti anda sedia maklum di dalam hutan memang banyak nyamuk. Sewaktu saya didalam hutan tempoh hari selama 14 hari, naymuk dan agas memang agak banyak di kawasan kem saya itu. Jadi sebelum saya memasuki hutan saya telah membeli produk Prolin All Over Clear Lotion ini. Produk ni sebenarnya dah lama saya gunakan sejak waktu tinggal diasrama masa sekolah menengah lagi. 

Jadi selama 14 hari di dalam hutan saya memakai lotion ini.. 

Apa yang menariknya adalah cecair ini bau dia wangi amat menyegarkan hidung anda bila anda sapu di lengan. Wangi baunya.. Boleh dikatakan ia jadi macam minyak wangi untuk saya la didalam hutan pada masa itu. 

Selain itu, ia juga mengandungi bahan pelembap yang membantu kulit anda tidak kering jadi tidak perlu anda memakai lotion kan. 

Ia juga terbukti sebagai insect repellent ketika saya berada dalam hutan. Alhamdulillah saya dapat mengurangkan kehadiran nyamuk dan agas untuk hampiri di badan saya. Saya juga lihat agas pun dapat di kawal sebagai contoh ada satu malam tu khemah saya dimasuki agas agak banyak jadi saya dan rakan halau agas tu keluar dan menggunakan Prolin All Over Clear Lotion ini di badan dan tangan jadi terbukti agas tu tidak gigit sudah kami. 

Jadi kepada anda yang ingin membeli produk ini boleh dapati di cawangan COSWAY terdekat anda ya..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

0 ulasan :

Catat Ulasan