Review Tactical Boot Di Hutan Review Tactical Boot Di Hutan - The New Minded Review Tactical Boot Di Hutan Review Tactical Boot Di Hutan

Khamis, 10 September 2015

Review Tactical Boot Di Hutan

3 comments

Tactical Boot
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Seperti yang saya janjikan saya akan membuat Reivew Tactical Boot Di Hutan.
Gambar diatas merupakan gambar boot saya. Berkilat lagi kan nampak cantik kan.. Memangla kasut baru lagi tu..

Tactical boot ini telah saya gunapakai ketika berada di dalam hutan selama 14 hari. Penggunaannya lebih 12jam satu hari kasut berada dikaki, malam masa nak tidur baru buka. 

Dari segi pengujian tahap pencapaiannya ketika harungi rintangan didalam hutan kira not bad la. 
Redah selut tiada hal, naik bukit turun tempat curam pun tiada masalah masih mempunyai cengkaman yang bagus. Quick dry ataupun cepat kering, sebenarnya ia agak lambat maklumla didalam hutan kan lembap tapi ia lembap diluar didalam kering itu yang syiok. 

Lagi satu pelapik boot itu kalau boleh anda bawa lebih, jika sedia ada basah boleh jemur dan guna lagi satu, main kompenan adalah pelapik kasut tu.. Sebab ia yang memberi keselesaan pada kaki anda supaya tidak rasa basah or lembap jadi dapat mengelakkan dari terkenanya kulat air. 

Semasa didalam hutan.. Lawakan dipenuhi dengan tanah.
Gambar diatas itu anda boleh lihat bertapa banyaknya selut di kawasan perkhemahan kami tu. Maklumla musim hujan jadi tanah jadi selut la citernye kan.. Walaupun selut banyak di kawasan kem tapi tactical boot ini tidak mengecewakan saya. Ia memberikan tugas yang cukup memuaskan. Saya gelar dia sebagai 4x4. 

Jadi apa kelebihan menggunakan tactical boot :-

  • ada support dibahagian ankle

  • boleh mengharungi pelbagai permukaan kawasan dengan memberikan tahap memuaskan

  • dapat lidungi kaki dari serangan kehidupan liar mengigit atau sengat di kaki anda ketika sedang berjalan

  • selesa. Pada saya ia agak selesa, kerana kaki anda tidak akan berselut dan kering.. haha.. buka kasut je bersih je tengok kaki.. 

  • Tahan or Durable.. Saya masuk sungai, berlalu dilaluan selut, salai boot saya di kawasan unggun api untuk bagi kering dan sekarang masih ok lagi.

  • Kalis air. Setakat hujan biasa2 tu didalam masih kering lagi. 

Jadi kepada anda yang masih mencari kasut apa yang sesuai untuk masuk hutan hujan tropika ini kan. Saya sarankan anda mencuba tactical boot. 

Kasut ini tidak la berat sangat cuma lebih kurang +-570g untuk satu kasut. 

Dalam hutan hari itu saya cuma bawa 2 pasang kasut sahaja. Yang pertama tactical boot dan kedua kasut getah biasa yang tiada spike itu just guna untuk bawa pegi tandas dan mandi je. Yang lain guna tactical boot.

Sebelum saya akhiri mesti anda terfikirkan bagaimana cara nak pillih tactical boot :-

  • mestilah tidak keras ya.. kasut tu anda boleh bengkok dan tapak tu anda boleh picit. Tapi kalau anda nak jenis yang keras ok ja tiada masalah.. citarasa masing2 lain.. tapi saya suka jenis yang lembut sebab senang nak jalan lama2 tidak sakit kaki.
  • kalis air/
  • ada lubang ditepi boot. Ini optional.. Pada pengalaman saya ada pro and contra dia jika ada lubang dengan tiada lubang. Kalau ada lubang anda masuk dalam sungai confirm air masuk dalam boot dan akan keluar la balik agak selesa. Kalau tiada lubang once air sudah masuk dalam boot agak sukar untuk air itu keluar. Jadi pada saya, saya suka yang ada lubang ditepi senang nak bagi air tu keluar dari boot.
  • Ada ankle support.

Okay jadi itu sahaja review saya mengenai tactical boot yang telah digunakan didalam hutan selama 14 hari dengan penggunaan +-13jam setiap hari selama 14hari.

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

3 ulasan :

  1. baru tau nama nya tactical boot..hehe

    BalasPadam
  2. Nak tahu, di mana bole dapatkan kasut ni berdekatan dengan ums?? Dan berapa harga ??

    BalasPadam