Disember 2015 Disember 2015 - The New Minded Disember 2015 Disember 2015

Selasa, 29 Disember 2015

Free 1GB - UMI Umobile Promotion December 2015

Leave a Comment



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada pengguna telco umobile kini ada berita gembira buat anda..

Sempena akhir tahun 2015, umobile ada memberi 1GB free qouta internet kepada pengguna UMI Plans dan juga Kepada postpaid.

Jadi kepada yang masih tidak tahu mengenai ini lagi sempat lagi untuk anda renew plan Unlimited Mobile Internet (UMI) sebelum 31 December 2015 untuk menikmati 1Gb qouta internet untuk 30hari.

             

Apa yang paling seronok adalah FREE video streaming di youtube mulai jam 2.00 am..

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan qouta internet secara percuma dari umobile ini..

Read More

Sabtu, 12 Disember 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015!

3 comments

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Read More

Selasa, 8 Disember 2015

Apabila Kecewa Terjadi

4 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apabila kecewa terjadi habis kesemua blog - blog dan buku - buku yang dulu rajin aku baca dan update tinggal begitu aje...

Hampir 9 bulan masih terpahat lagi sakit tu di hati ni.. and then semalam member bawa teman hantar parent dia di airport lepas tu dia ajak pergi jalan - jalan..

Masa pergi jalan banyak la juga tempat kami pergi pertama mall Oceanus, mall ni masih baru ada la sempat aku sambar satu jacket disini.. memang smart.. lepas tu dekat situ dia punya pemandangan pantai pergh memang awesome, cantikk sangat.. Tak sempat nak amik gambar because bateri abis lak masa tu.. Sambil makan kek secret recipe sambil release stress and tengok kapal - kapal ada dekat situ. nice la juga pemandangan di situ..

Next kami pergi mall baru juga dikenali sebagai Imago, okay dekat sini memang besar banyak butik-butik je dekat sini.. Yang best butik louis banyak pilihan jaket jeans dia ada.. maybe sbb baru buka lagi kan stok un banyak.. Jadi jalan - jalan masuk la popular book setelah sekian lama tak masuk ke sana..

Pusing - pusing dalam tu tiba-tiba minat nak baca tu muncul kembali, haha.. tertarik dengan tajuk buku ni "DO less Achieve More".. Jadi aku pun amik la satu tapi belum baca lagi.. baru je beli semalam kan..

Lepas tu kami pulang.. Jadi aku rasa terubat la sikit rasa pedih hati ni kan.. dan mood untuk berblog pun macam kembali balik la kot.. Insyallah..

Read More

Ahad, 6 Disember 2015

Plan Trip Ke Singapura

Leave a Comment

Tempat Menarik Di Singapura
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa Plan Trip ke Singapura ?.. Tiba-tiba rasa macam nak pergi ke singapore pula.. haha.. 

Cuti semester ni kan lama hampir sebulan juga balik di rumah, tiada buat apa-apa pun dirumah baik pergi jalan kan.. Jadi rasa macam nak lawat Singapore beberapa hari and then balik semula ke Malaysia la kan.. 

So, planning mahu pergi beberapa tempat dahulu untuk kali ini. Kalau ikutkan senarai yang dibuat maybe 5 kawasan akan dilawat. Boleh lihat gambar diatas dalam bulatan merah tu.. kalau sempat mahu juga pergi ke bulatan kuning tu.

Tempat yang di dalam bulatan merah tu nama dia :
  • Q = National Museum of Singapore
  • R = Merlion Park
  • U = Fountain of Wealth
  • W = Singapore Flyer
Tempat yang di dalam bulatan kuning tu :
  • A = Labrador Nature Reserve
  • D = Singapore Cable Car
  • F  = Sentosa
Jadi jika ikut pengiraan saya la kan 5 tempat didalam bulatan merah tu boleh di lawat sebab masing - masing dekat antara satu sama lain boleh dikatakan walking distance la kalau tak pun boleh naik public transport.

Kenapa saya pilih 5 tempat itu terlebih dahulu? Sebab itu merupakan salah satu macam simbolik / landmark dekat singapore la kan.. Jadi bagus lawat disitu dulu baru pergi ke tempat-tempat lain..

Jadi jika dalam bulatan kuning tu agak jauh juga la jika dilihat di map ni.. hmm. macam tak sempat mahu pergi untuk kali ni.. maybe next time.. 

Jadi sekarang tengah survey sama ada naik bus Nice di kl ke singapore or naik flight ke jb and jb naik shuttle bus ke singapore.. 

Hope berjaya la hasrat cuti ni pergi ke singapore.. hehe.. kena tengok dulu bajet kalau cukup dapatla pergi ke singapore kalau tidak next time je la.. 



Read More

Selasa, 1 Disember 2015

Kehabisan Idea Menulis

Leave a Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama betul tidak update blog ini.. Ada beberapa post yang berada di dalam draft tapi tidak dipublishkan..

Entahlah maybe artikle itu tidak sesuai utk dipublish kan..

Actually telah kehabisan idea sy untuk menulis blog ini.. Idea nak digenerate un tiada dah. Adakah dah tiba masa untuk berhenti dalam dunia blog ini.. hurm.. Mood un tidak dalam condition yang baik sejak beberapa bulan ni.

Maybe akan berehat untuk seketika waktu ya.. Jumpa lagi..

Kepada yang ada idea utk menulis
or ada benda nak di review tinggal la diruang komen ya..

Read More