2016 2016 - The New Minded 2016 2016

Sabtu, 31 Disember 2016

Cara Untuk Decode Lock Template

9 comments

Malicious Code Detected
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat satu tutorial bagaimana untuk decode template yang mempunyai lock tempate a.k.a malicious code. 

Sebenarnya kenapa saya sering kali membincangkan topik malicious code ini adalah disebabkan oleh jika site anda mempunyai malicious code ia akan menyebabkan jangkitan ke blog lain turut terkena tempiasnya.. Sebab saya dah pernah kena bila check blog tersebut mempunyai malicious code.. 


Ia adalah malicious code yang dianggap sebagai satu ancaman malware la gitu.. Tapi jika diikutkan ia adalah satu lock script untuk membezakan paid dan free version template. Tapi jika paid template pun diberi lock script macam mana tu? 

Walaupun blog kita ni tidak la sebegitu popular kan tapi langkah pencegahan dan juga memberikan userfriendly kepada pengunjung blog ini perlu dititikberatkan seperti bebas daripada malicious code, mempunyai https, blog loading time cepat dan template yang responsive.

Baru-baru ni saya ada terjumpa 2 laman web yang memudahkan anda untuk decode template yang mempunyai malicious code ni.. Tujuan tutorial ni dibuat adalah untuk mengajar anda bagaimana untuk decode malicious code (lock code) terhadap template yang anda beli tu.. Jangan salah guna ilmu ni dah la ye.. :D :D 

Terdapat 2 laman web yang perlu anda buka adalah : 
  1. http://ddecode.com/hexdecoder/
  2. https://www.strictly-software.com/unpack-javascript.aspx
Ha tengok nama web pun strictly kan.. Jadi jangan salah guna ok.. Tujuan untuk belajar takpe.. 

Langkah Pertama

Sitecheck sucuri
Pertama  sekali anda perlu scan blog anda di https://sitecheck.sucuri.net/ untuk melihat jika terdapat malicious code didalam template anda tu. 

Selepas dah check dibahagian bawah result tu akan ada force re-scan click situ untuk mendapatkan result realtime, sebab result yang dipaparkan secara normal itu adalah daripada cache blog anda..

Langkah Kedua

Hexdecoder
Selepas anda perolehi malicious code itu, pergi ke template anda dan search code itu.. Jumpa je code yang mempunyai x26\ or anything anda copy kesemuanya tu dari [ ..... ]  dan paste kan di ruangan yang disediakan di http://ddecode.com/hexdecoder/ dan tekan decode.. 

Hasil result daripada decode itu anda copy dan replace di tempat template anda itu semula.. 

Langkah Ketiga

Javascript Unpack
Ni kalo rajin buatla.. Haha.. Kalo malas try je save yg dah decode dan tengok ada error ke tak template tu? dan ia bebas malicious code? kalo ok ok lah.. 

Unpack ni kira dia macam rebuilding semula code didalam template anda tu, ni kena take time la lepas dah buat ni kena totally edit semula template tu sebab ia akan ada error dan pandai-pandai la anda edit ye.. 

Kebiasaannya code malicious ni buang je kan, tapi bila dibuang akan menyebabkan template tu tak boleh diguna tapi anda boleh cuba tutorial saya buat ni lihat bagaimana kalau tak berjaya tu adalah tu salahnya dan cari la template baru.. :D 

Ingat tutorial ni adalah bertujuan untuk pelajaran sahaja, jangan salah guna pula ye.. 😉😉






Read More

Ahad, 25 Disember 2016

Jom Masuk Dalam Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my

25 comments

Senarai blogger Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar para pembaca setia blog saya ini ? Harap anda berada dalam keadaan yang sihat ye.. 

Hari ini saya ingin membuat satu artikle dan juga ingin mengajak kepada mereka yang mempunyai blog untuk masuk dalam senarai blogger malaysia blogahbar.my

Sementara tengah tunggu reprint semula tesis saya ni sebab salah margin bagus update blog jap.. hurmm.. hanya mampu senyum je bila tengok kesalahan sendiri.. bijak-bijak.. nasib la ada printer sendiri kalau print dikedai mahu lari bajet saya bulan ni.. 

Okay balik semula kepada topik ni, sebenarnya saya tengah nak kumpulkan seberapa banyak yang boleh senarai blogger yang masih aktif dalam Malaysia terutamanya. Setiap list tu akan dimasukkan kedalam bloglist yang telah saya buat di blogahbar.my tu. 

Untuk bloglist ini saya pecahkan kepada 2 bahagian iaitu blog keutamaan dan juga bloglist.. 

Apa beza blog keutamaan dengan bloglist ni ? 

Beza dia blog keutamaan ni ia mempunyai :-
  • Nama blog
  • Tajuk Artikle
  • Gambar 
  • Post text summary
  • Date post published
Manakala di bloglist ini cuma ia ada :-
  •  Nama blog
  • Tajuk Artikle
  • Date post published
Sampai bila senarai ini akan berada di blogahbar.my ?

Selagi domain tu aktif selagi itu ia akan berada disitu dan juga blog yang tersenarai tu perlu aktif kalau dah last update 2 bulan akan diremove..

Memandangkan saya ada 4 domain .my ni jadi saya tergerak hati nak jadikan domain blogahbar.my ni sebagai list blogger Malaysia supaya senang sikit saya dan anda-anda nak blogwalking dan berkenalan antara blogger-blogger.

Mesti ada tertanya-tanyakan macam mana nak masuk diblog keutamaan?

Senarai Blog keutamaan ni adalah antara blog yang saya suka terjah baca post mereka.. Sebab post mereka ni menarik, berinfo, tuan blog pun peramah dan saya suka baca.. haha. kalo anda ada criteria ni insyallah akan dimasukkan dalam senarai blog keutamaan ni..


Oleh itu, saya ingin menjemput anda semua untuk sama-sama join senarai yang tengah saya buat ni dengan meninggalkan link blog anda di ruangan komen. 

Dan juga anda boleh buat artikle (linkkan ke post ni) diblog anda bagi tujuan menghebahkan kepada rakan-rakan anda yang lain... Lepas dah buat artikle tinggalkan url post tu disini ye..

Read More

Isnin, 19 Disember 2016

Siapa Admin Senarai Blogger Ni Eh ?

11 comments

Senarai Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Bila mood nak menulis dan update blog ni datang sampai dua article pun saya boleh menulis.. haha.. Maybe agak stress sikit nak menulis tesis, mencari jawapan yang tak jumpa.. hurmm.. 

Masa tengah tengok stats di blogger ni ternampak satu url http://senaraiblogger.blogspot.my/ macam kenal adminnye tu tapi biar la adminnye sendiri datang sini bagi tahu... :D :D 

Apa yang menariknye la kan serius punya banyak list blog yang ada disitu tak taw la ada berapa banyak, 294 blog list mungkin ada kalau saya tak salah kira la kan.. Fuh.. Banyak juga rupanya.. Puas kalo blogwalking ni... 

Disitu ia terbahagi kepada tiga section iaitu yang pertama priority blogger , kedua blogger family dan ketiga blogger. Blog ni termasuk dalam kategori priority blogger.. Dalam priority blogger kalau tak salah kira ada 29 blog dalam list tu.. 

Terima kasih kepada admin tersebut ye masukkan blog yang tak seberapa ni dalam priority blogger.. hehe.. 

Blog Senarai Blogger ini bagi idea dekat saya nak buat macam ni juga la, memandangkan ada satu domain yang dah lama terbiar tak berusik bagus buat senarai bloglist kan... hehe.. Okay nanti ada masa terluang boleh lah godek2 blog lama terbiar ni https://www.blogahbar.my/ 

Macam lagi senang pula saya lihat kalau nak blogwalking kan bila ada blog khas bloglist jer macam tu.. Nice idea admin senarai blogger.. Mohon benarkan guna idea admin senarai blogger ni yer.. Terima kasih.. :) 



Read More

Ahad, 18 Disember 2016

Makanan Bulan Ni Nasi Kerabu

8 comments

Nasi Kerabu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Apa khabar anda semua?? 

Lama tak update blog ni, agak sibuk sedikit bulan ni.. Almaklumlah dah last semester tinggal disini banyak benda nak kena urus sebelum pulang semula ke tempat asal di kuala lumpur tu, law tak nanti leceh nak datang sini semula kalo ada benda tak selesai.. Lagi pun sekarang ni tengah sibuk menulis tesis fuh.. plus next week dah mula final exam.. hurmm.. lagi la sibuk..

Memandangkan hari ini ada masa sedikit sebab dah seminggu ni asyik terfikir je lama bebenor tak hupdate blog ni.. Hari ini baru la ada kesempatannya nak update.. 

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai makanan feveret saya untuk bulan ini.. Iaitu nasi kerabu.. haha.. 

Dah beberapa minggu ni hari-hari makan nasi kerabu je bila lunch , nasib la sedap sebab yang masaknya tu orang kelatan so memang ada la rasanya tu kan.. harga dia pula RM5 sebungkus.. Tapi pada saya agak berbaloi la sebab sedap dan nasi dia banyak.. Cuma hari ni sayur dia pula habis... huhu.. Malas nak tunggu sayur tu siap sebab dah lapar makan je la tanpa sayur.. hmmm.. Itu la kan sebelum ni masa nasi kerabu ni meriah taknak pula amik gambar hari ni makan baru la sibuk nak amik gambar.. hehe.. 

Disebabkan bulan ni agak sibuk + musim panas disini sekarang ni, fikiran pun penat, perut asyik lapar je.. :D Fuh tak pasal2 bulan ni punya bajet makanan harian jadi RM20+ sehari.. RM20+ sehari belanja untuk makan bulan ni boleh tahan aku lapar bulan ni... Dek kala kebiasaannya hujung semester orang berjimat cermat duit nak beli makanan aku ni pula terbalik.. Sekarang ni disini musim panas sehari tu dua kali beli ais pek kecil  pada waktu tengahari dengan petang.. Itu yang bila panas ni nak menulis pun mood hilang ke laut..

Okay la cukup la disini dahulu, ada masa nanti saya sambung pula update blog ni ye.. Insyallah.. Aktiviti esok nak uruskan surat-surat rasmi dulu sebelum pulang ke kuala lumpur siap je urusan esok boleh la tarik nafas lega sedikit and next boleh fokus untuk final exam pula.. Doakan saya ye..

Tesis pula tinggal nak buat conclusion je lagi ni hope tesis pun dapat disiapkan esok atau lusa.. Tempat untuk praktikal pun dah dapat, alhamdulillah.. So far kesemuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam landasan dan flow yang saya inginkan.. Harap-harap tiada apa-apa masalah lagi lepas ni..

Adios.. See next article.. Assaalamualaikum.. 

p/s ada review mengenai kopi pak belalang ni dah sebulan lebih duk dalam draf tu.. Nanti la ada masa saya publish ye.. 



Read More

Khamis, 1 Disember 2016

Servis Claim Warranty SONY Laju

20 comments

USB UCB16 SONY
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai servis claim warranty SONY laju dan cepat. 

Minggu lepas saya ada masalah dengan cable usb untuk hp sony ni, dia macam tak detect nak caj gitu. Jadi saya call center sony bertanyakan masalah saya ini bagaimana nak diselesaikan ? Beliau maklumkan kepada saya untuk pergi ke Sony Servis Center untuk check dahulu jika masalah usb ni dapat diclaim warranty. 

Jadi pada hari tersebut iaitu minggu lepas hari selasa saya pergi ke Sony Servis Center di alamat yang diberikan kepada saya untuk check masalah usb itu.. Beliau check dan mengatakan ye memang ada masalah ni, jadi dia check hp masih dalam warranty dia meminta warranty card dan prove of purchased untuk claim warranty tersebut. 

Mula-mula saya sangkakan aksesori SONY ini tidak dicover warranty maybe kalau dicover pun below than 6 month. Tapi beliau beritahu kepada saya aksesori pun dicover sehingga 1 tahun sama dengan hp.. Fuh terkejut juga dengarnya.. Tak sangka pula dicover sehingga 12 bulan untuk aksesori..

Jadi ketika nak buat claim warranty tu beliau meminta prove of purchased iaitu resit.. Fuh mana la sy ada bawa resit tu kan ingatkan warranty kad je perlu disimpan.. Jadi explain la dekat dia resit takde yang ada warranty kad, ye la kan dah la jauh datang tak kan la nak pulang tangan kosong kan pastu kena datang semula.. Atas budibicara beliau menerima dan cuba untuk claim warranty itu, sebab dia bagitahu untuk aksesori perlu ada resit untuk tukar 1-1 kepada yang baru kalau takde resit dia tak bagi jaminan sama ada dapat tukar baru or tidak. Fuh.. 

Pastu pulang la kan, malam tu minta tolong dengan mak suh cari resit dirumah.. Alhamdulillah nasib la jumpa juga resit tu.. Terus sent di emel Sony Servis Center dan maklumkan kepada beliau selepas sent dan dia cakap okay terima kasih dan minta tunggu untuk barang sampai dari kl ke sini.. 

Selepas 7 hari dah dapat mesej beritahu barang dah sampai dan perlu dicollect.. Alhamdulillah penukaran usb cable baru berjaya.. 

Laju kan dalam masa 7 hari je proses terus dapat usb cable baru..

Usb cable baru
Ini dia usb cable yang baru sampai tu... Ini lepas di test tadi di Servis Center SONY sebelum sign mengatakan produk itu memuaskan.. So tadi dah test usb ni okay tiada masalah.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sony support dan sony servis center atas proses servis yang pantas dan laju.. Baru la dapat merasakan semula fast charging di Z5 Premium ni.. hehe.. Harap2 lepas ni tiada la masalah lain pula timbul.. Amin...


Jadi peringatan untuk anda juga sila pastikan 
  1. Resit
  2. Warranty kad
Perlu disimpan elok-elok, lagi bagus siap2 buat salinan softcopy, maklumlahkan resit tu lama2 akan hilang ink dia tu.. Ini untuk memudahkan urusan untuk claim warranty anda tu...





Read More

Isnin, 28 November 2016

Tutorial Pasang Search Box Blog Responsive HTTPS

13 comments

Green Lock HTTPS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Post entry hari ini saya ingin membuat satu tutorial mengenai cara memasang search box yang responsive terhadap https.

Tutorial ini ada kait rapat dengan post entry lepas iaitu 
Kenapa dengan responsive https ?

Kerana, selepas penukaran daripada http kepada https dilakukan anda perlu membetulkan beberapa mixed content antaranya adalah berpunya daripada gambar dan juga link http yang digunapakai didalam https ni . Banyak la juga faktor yang terjadinya mixed content ni tapi yang selalu terjadi adalah disebabkan oleh gambar yang menggunakan url http..

Apa terjadi jika terdapat mixed content ni ?

Ia akan terjadi lock anda itu tidak green lock dan ia tidak fully secured. Macam dibawah ni.

Sama ada ia mempunyai amaran kuning.. merah.. mahupun hijau disertakan triangle ! gitu.. Ia bermakna anda mempunyai masalah mixed content.. Senang citer kalau la ia tak betul2 green lock means ia ada la tu mixed content.. 

Blog Search
Okay jadi salah satu yang menjadi punca mixed content adalah tempat search box yang berada di dalam blog ini. Sebelum penukaran search box yang baru, saya menggunakan blog search yang disediakan oleh blogger diruangan gadget. Mungkin jika anda menggunakan domain blogspot tidak mempunyai masalah ini, tapi saya yang guna domain sendiri ini mempunyai masalah mixed content dimana search box itu di load url http bukan https.. 

Jadi saya telah jumpa satu solusi dimana masalah mixed content tadi itu dapat diatasi dengan ikuti tutorial dibawah ni. 

Langkah 1

Html/Javascript
 Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke layout > add gadget > pilih html/javascript > copy & paste code dibawah ini > save

Senang je kan? Tak susah mana pun.. Di bawah ini saya ada sediakan dua jenis search box.. 

Search box 1

<style type="text/css">
#searchbox{background:url(https://3.bp.blogspot.com/-g-zH25_DoxI/VD1BuatkgII/AAAAAAAAAgc/00hxspfvv3s/s1600/searchbar.png) no-repeat;width:208px;height:29px}input:focus::-webkit-input-placeholder{color:transparent}input:focus:-moz-placeholder{color:transparent}input:focus::-moz-placeholder{color:transparent}#searchbox input{outline:none}#searchbox input[type="text"]{background:transparent;margin:3px 0 0 20px;padding:5px 0;border-width:0;font-family:"Arial Narrow",Arial,sans-serif;font-size:12px;color:#828282;width:70%;display:inline-table;vertical-align:top}#button-submit{background:url(https://4.bp.blogspot.com/-OcDQ6Z9ojlQ/VD1KnwJjFOI/AAAAAAAAAgs/cu_pKN6bpL8/s1600/magnifier.png) no-repeat;border-width:0;cursor:pointer;margin-left:10px;margin-top:4px;width:21px;height:22px}#button-submit:hover{background:url(https://2.bp.blogspot.com/-4-xFDFGKJrA/VD1Kn04f9TI/AAAAAAAAAgw/2ta84QY1x9A/s1600/magnifier-hover.png) no-repeat}#button-submit:active{background:url(https://2.bp.blogspot.com/-4-xFDFGKJrA/VD1Kn04f9TI/AAAAAAAAAgw/2ta84QY1x9A/s1600/magnifier-hover.png) no-repeat;outline:none}#button-submit::-moz-focus-inner{border:0}
</style>
<form id="searchbox" method="get" action="/search" autocomplete="off"><input name="q" type="text" size="15" placeholder="search..." /><input id="button-submit" type="submit" value="" /></form>

Search box 2
<style type="text/css">
#searchbox{background:#d8d8d8;border:4px solid #e8e8e8;padding:20px 10px;width:250px}input:focus::-webkit-input-placeholder{color:transparent}input:focus:-moz-placeholder{color:transparent}input:focus::-moz-placeholder{color:transparent}#searchbox input{outline:none}#searchbox input[type="text"]{background:url(https://2.bp.blogspot.com/-xpzxYc77ack/VDpdOE5tzMI/AAAAAAAAAeQ/TyXhIfEIUy4/s1600/search-dark.png) no-repeat 10px 6px #fff;border-width:1px;border-style:solid;border-color:#fff;font:bold 12px Arial,Helvetica,Sans-serif;color:#bebebe;width:55%;padding:8px 15px 8px 30px}#button-submit{background:#6A6F75;border-width:0;padding:9px 0;width:23%;cursor:pointer;font:bold 12px Arial,Helvetica;color:#fff;text-shadow:0 1px 0 #555}#button-submit:hover{background:#4f5356}#button-submit:active{background:#5b5d60;outline:none}#button-submit::-moz-focus-inner{border:0}
</style>
<form id="searchbox" method="get" action="/search">
<input name="q" type="text" size="15" placeholder="Type here..." />
<input id="button-submit" type="submit" value="Search" /></form>

Mudah kan untuk  meletakkan search box ni di blogspot anda.. Selamat mencuba..





Read More

Khamis, 24 November 2016

Google Chrome Papar Unsecure Connection Terhadap HTTP

17 comments

HTTPS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai google chrome akan papar unsecure connection terhadap http bermula januari 2017.

Sebenarnya dah lama dah saya kerap maklumkan mengenai https ni di blog ni, antaranya yang saya jumpa

Teknik SEO Blog Website Berkesan 2015
Adakah HTTPS Penting dalam SEO Ranking ? 
 
Jadi tidak mustahil kenapa google chrome akan mula memaparkan unsecure connection terhadap http ini disebabkan sudah lama https ini di lancarkan.. skrg ni pun dah nak masuk 2017..

Not secure http display
Ia akan mula memaparkan pada chrome versi 56.. Dimana ia akan melibatkan laman web yang mempunyai keyin password / credit card number yang tidak menggunakan https akan dipaparkan sebagai not secure.

Seperti yang dimaklumkan ia adalah proses peringkat demi peringkat dan tidak mustahil suatu hari nanti laman web pun perlu https dan akan papar not secure bila tiada https..

Jika tidak salah saya, sekarang ni kesemuanya ingin aimkan kepada penggunaan https terhadap didalam internet supaya pengguna akan berasa selamat untuk melayari laman web anda dan privasi pengguna tersebut akan selamat.

Sebelum ini, google pernah mengatakan bahawa pengguna https akan mempunyai kelebihan sedikit didalam ranking di search engine berbanding pengguna http, saya pun ada nampak sedikit effect menggunakan https ini berbanding http.

HTTPS as a ranking signal

Dari 2014 lagi google telah confirm beritahu https ini ada memberi sedikit effect didalam search ranking position.. Jadi agak rugi la jika masih mahu guna http sedangkan https ini memberi effect positif kepada search ranking position dan dah nak masuk 3 tahun dah selepas google memberitahu berkenaan https ini..


New Interface Blogger Dashboard
Ha.. setelah sekian lama akhirnya tukar juga interface blogger ni.. Dah agak dah akan kuar interface baru selepas hilangnya button view blog ditepi blogger tu.. ke memang saya je yang hilang? haha

Lagi pun di google plus pun dah berapa kali tukar interface so tidak mustahil la interface blogger pun akan berubah juga..

Reading list pun dah kena minimize kan, so blog follow kena bukak reading list la baru boleh jumpa..hurmm.. boleh tahan jugalakan.. itu sebabnya ada google+ senang nak blogwalking guna google+ dihandphone.. :)





Read More

Isnin, 21 November 2016

Teknik SEO Friendly Untuk Blogger

22 comments

Tempahan Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik untuk SEO Friendly bagi blog anda berada di search engine ketika proses pencarian berlaku.

Haha.. Bukan hari ini lagi tapi setahun kemudian..

Draf
Fuh.. Punya la lama ia berada didalam draf.. Dah setahun rupanya.. Baru tadi terperasan eh ada artikle yang tak dipublish la rupanya.. Padahal dah siap dah menulisnye tu.. Okay jadi mari kita sama-sama baca ye kisah lama ni.. Ramai dah orang tahu..

Time ni masih lagi guna windows vista.. cuba la tengok design template dulu tu.. haha.. lain kan..

Okay back to the story..

Bagi default theme blogspot kebanyakkannya masih tidak seo friendly.

Permasalahan yang berlaku adalah apabila search engine dilakukan terhadap perkataan ini sebagai contoh
tempahan kuih raya semperit sedap 2015 ia keluar dipaparan search result adalah  nama blog anda terlebih dahulu baru muncul nama tajuk entry anda. seperti gambar 1 .

Gambar 1


Apakah tujuan untuk mulakan tajuk entri anda terlebih dahulu baru berbanding nama blog dihadapan?

Ia bertujuan supaya Search Engine Optimize boleh mengoptimize keyword yang direquest di search engine yang ingin dicari oleh user. Sebagai contoh keyword Tempahan Kuih Raya apabila SEO membuat carian ia mengeluarkan Tempahan Kuih Raya terlebih dahulu berada di top baru kemudian Penambahan ayat dibelakang or di dalam satu ayat keyword tersebut.

Ini bermakna jika keyword yang hendak anda fokuskan itu perlu berada di hadapan tajuk entry anda.

Selain dari itu apabila anda membuka posting entry anda juga dapat lihat di bahagian tab dimulakan dahulu dengan nama blog anda baru muncul nama entri tersebut.

Gambar 2

Gambar 3
Seperti Gambar 2 setelah anda tukar kan kepada seo friendly ia menunjukkan nama entry anda terlebih dahulu.  Gambar 3 ia menunjukkan nama blog anda.

Jadi bagaimana ingin anda menukarkannya.

  1. Login > blogger.com
  2. Dashboard > Template > Edit Html
  3. CTRL + F
    Tulis perkataan ini  <title><data:blog.pageTitle/></title>  jika ia tidak muncul jangan risau anda boleh jumpa di bawah <head> kalau di html saya di line 44

  4. Seterus anda buang code itu dan memasukkan code dibawah ini :-
    <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
    <b:else/>
    <title><data:blog.pageName/></title>
    </b:if>

  5. Selepas itu anda save.

Sebelum anda melakukan sebarang edit html sila buat backup html anda terlebih dahulu 
dashbord > templates > backup / restore > download full template

Senang je kan nak buatnye tu.. 

Fuh selepas setahun lebih baru dipublish.. lagu mana la boleh tak perasan ni?? hmm.. 

 

Read More

Ahad, 20 November 2016

Kenapa anda perlu memakan Oats (Avena sativa) ?

11 comments

Oats
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Sudah lama saya tidak berkongsi mengenai khasiat yang terdapat didalam makanan kan?

Jadi hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai kenapa anda perlu memakan Oats (Avena sativa)?

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mari terlebih dahulu kita ketahui dimanakan oat ini ditanam?

Terdapat top 10 negara yang menanam oat ini diantaranya adalah Rusia, Canda, US, Poland, Finland, Australia, Germany, Belarus, China dan Ukraine. 


Apa sebenarnya yang terkandung didalam oat ini?

Di dalam oat, ia mengandungi sejumlah kuantiti yang baik diantaranya adalah vitamin E, beberapa vitamin B, kalsium, magnesium dan potassium

Kebaikkan oats terhadap kesihatan ? 

Kesihatan jantung. Dengan memakan 3 gram soluble fiber daripada oats dapat mengurangkan lower blood cholestrol dan juga low density lipoproteins, Selain itu, didalam oat juga mengandungi beta-glucans yang dapat mengurangkan bad cholestrol

Tekan darah tinggi. Kepada mereka yang mengalami tekan darah tinggi, oat dapat membantu untuk mengurangkan blood pressure tersebut. Ia perlulah diamalkan dan dimasukkan didalam jadual permakanan pesakit darah tinggi ini. 

Diabetes.  Mereka yang mengambil high whole grain didapati dapat mengurangkan risiko pembentukkan diabetes type 2 berbanding dengan mereka yang mengambil dalam kuantiti yang kurang.

Whole-grain foods are healthy because they contain fiber. A diet high in fiber can help reduce the risk of heart disease and diabetes. Fiber causes food to stay in your stomach longer, so you fell full and your blood sugar doesn’t go up as quickly after you eat. Whole grains, such as whole-wheat flour and brown rice, also have more fiber than refined white flour and white rice. ~ Sumber dari Heart.org 

Oleh itu, apa yang saya nampak adalah. Kebanyakkan makanan yang tidak gemar untuk kita makan ini sebenarnya mengandungi khasiat yang banyak.. Jadi mungkin lepas ini kita boleh sama-sama berubah untuk mengamalkan makanan yang berkhasiat untuk tujuan kesihatan diri sendiri juga kan.. 

Saya berharap artikle ini dapat memberi sedikit info kepada anda mengenai kebaikkan memakan oats ini.. 


Read More

Selasa, 15 November 2016

Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ?

18 comments

Kerepek Ubi Pedas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pernah ke anda tercari-cari jenama atau keluaran kerepek ubi pedas yang mana satu sedap? 

Maklumlah kan ada banyak juga di pasaran yang menjual kerepek ubi pedas ni.. 

Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit antara kerepek ubi pedas yang boleh dikatakan sedap dan rangup boleh didapati di pasaraya.

Jika dilihat pada packaging produk ini ia diusahakan oleh Ain Food Delight Resource yang bertempat di teluk panglima garang. 

Masa beli tempohari tidak lihat pula dimana tempat pembuatan dia, bila amik gambar baru ternampak eh di teluk panglima garang la.. Memang masa dulu di Matrik Selangor Banting bila kawan pulang ke rumahnya dan balik semula ke asrama fuh memang dia akan bawa balik kerepek pisang ubi macam2 la.. Jadi saya menanggap bahawa kawasan disana memang perusahaan pembuatan kerepek.. 

Apa yang menariknye kerepek ubi pedas ini adalah ia tidak la pedas sangat dan tidak terlalu manis, bila makan tu mula-mula tak rasa pedas tapi bila dah 5 ke 6 kali suap baru terasa ha pedasnye tu naik plus ada rasa manis-manis gitu.. Tapi yang paling menarik adalah ia ranggup . Yeah apa yang penting untuk kerepek adalah ranggup.. nampak tak kena bold perkataan ranggup tu hehe   

Kerepek ubi pedas ini, walaupun telah dibuka packaging dia dan diikat dengan getah ia masih tidak lemau even dalam masa 2 hari telah dibuka.. Mustahil la kan dalam masa 2 hari tak dapat habis kalau kerepek ni sedap.. hehe.. sambil tengok movie tu layan kerepek ni plus minum kopi fuh memang layan la citernye kan.. 

Ni tengah menulis sambil terkenang kerepek  ubi yang telah abis, hurmm.. kena tunggu balik kl semula la untuk dapatkan kerepek yang baru ni.. nyesal la pula beli satu je tempohari.. 

Dimana nak dapatkan produk krepek ubi pedas keluaran ain food delight resource ni ? 

Tempohari saya beli AEON Jusco AU Keramat pada harga RM7.90 

Yang mana tinggal area keramat tu boleh pergi ke AEON dan dapatkan produk kerepek ubi pedas ni ye.. 

Sejak akhir-akhir ni rajin pula mengreview produk.. haha.. Apa salahnya kan kita share produk yang sedap dan bagus untuk orang ramai ketahui.. hehe.. 

BTW tahu ke dimana nak dapatkan kuih batang buruk yang sedap ??? Susah betul nak dicari..



Read More

Jumaat, 11 November 2016

Minyak Wangi Brut Original EDT [Review]

16 comments

Brut Parfums Prestige
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat review sedikit mengenai minyak wangi brut original eau de toilette (EDT). 

Neapolitan Bergamot EDC
Secara jujurnya lama minyak wangi brut ini merupakan minyak wangi kegemaran saya yang ketiga kalau didalam list tu selepas minyak wangi polo black & Bergamot EDC by Crabtree & Evelyn. 

Agak lama juga sebenarnya tidak menggunakan minyak wangi brut ni kalau dulu masa sekolah guna minyak wangi brut ni la bau dia boleh menenagkan fikiran.. fuh sedapje baunnya tidak kuat sangat dan tidak lembut sangat.. Ia berada di tengah-tengah.. 

Actually, banyak juga minyak wangi yang telah saya cuba seperti keluaran body shop, produk minyak wangi dashing edt, uber-men dan gatsby.. Apa tah lagi tak ingat.. haha.. Tapi yang sesuai dengan saya dan saya suka adalah dari produk polo black, bergamot EDC dan juga brut original ni.. 

Brut Original
Walaupun minyak wangi brut ini tidak semahal daripada produk polo dan produk crabtree, tapi wangiannya agak long lasting juga la dan bila berpeluh tu tak de la bau hapak sangat kan.. Maklum lah bukan berada dalam airkond je sentiasa kan.. 

Bau brut ni walaupun agak retro gitu mungkin ada sesetengah orang tidak akan suka baunya ini tapi pada saya, bau brut perisa original ini dapat menenagkan fikiran dan orang lain pun tenang juga baunya tapi ia tak de lah bila dah jalan 500meter tu meninggalkan kesan bau minyak wangi tu kan.. Setimpal la dengan harga yang dijual pada RM28 ke kalau tak silap saya satu botol. Boleh didapati di farmasi Guardian.. 

Buat mereka yang tengah mencari minyak wangi yang murah dan berpatutan harganya serta bau yang sedap saya cadangkan boleh cuba minyak wangi brut original eau de toilette ini.. Maklumlah nak beli minyak wangi polo sekarang harga cecah RM350 sebotol fuh.. Kena tunggu krismas sale la kalau nak beli minyak wangi polo ni.. hehe.. 

Neapolitan Bergamot EDC pun wangi juga baunya, ada bau macam limau sikit gitu.. Kalau lepas mandi tu guna rasa refresh je minda.. haha.. Tapi bergamot ni ada dirumah bila balik je la dapat guna nyesal pula hari tu balik tak bawa balik sini tinggal disana.. Tapi takpela brut ni ada pun dah okay dah, adalah wangiannya tu.. =) 






Read More

Rabu, 2 November 2016

Adakah Blogging Masih Wajar didalam Media Social ?

26 comments

Masih Wajar ke Blogging ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya kepada anda, adakah blogging ini masih wajar di dalam dunia media sosial ? 

Mohon maaf ye kepada rakan-rakan blogger lain hampir dua minggu tidak aktif.. Agak sibuk 2 minggu ini dengan pelbagai tugasan dan juga halangan yang datang.. Alhamdulillah kesemuanya dah selesai.. Minggu ini hari ni baru la ada rehat dan masa lapang sedikit.. Insyallah akan mula berblogwalking dan baca artikle - artikle yang menarik telah anda tuliskan itu.. 

Okay.. Berbalik semula terhadap tajuk entry kali ini.. Masih wajar ke dunia blog di mata media sosial ni? 

Pada pendapat saya ia masih wajar kerana didalam blogging ini anda tiada had batas terhadap limit untuk menulis artikle anda untuk diwar-warkan kepada para pembaca anda.

  1.  Blogging tiada had limit dalam penulisan artikle anda, dimana jika anda ada idea yang ingin dikongsikan ia boleh ditulis dengan panjang tidak seperti di twitter ada had limit hanya 140 words sahaja.

  2. Ariktle post anda yang diterbit di blog akan berada secara public dan worldwide dimana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat yang dicari di halaman search engine seperti google search engine.

  3. Jika di blog anda, anda yang membuat sendiri peraturan yang anda mahukan dan tidak terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat lain.. Seperti di twitter, facebook dan tumblr.

  4.  Di blog juga anda lebih mudah untuk membuat pemantauan terhadap trafik, keyword yang hadir dan pemantauan link yang datang dari pelbagai laman web ke blog anda berbanding media sosial yang lain anda tidak mempunyai 100% akses untuk melihat perkara tersebut.

  5. Post yang diterbit di blog akan terus berada di dalam blog anda dan di halaman search engine dan pembaca masih datang lagi baca artikel itu walaupun ia sudah 4 tahun yang lepas. Itu sebab post yang diterbit didalam blog ini perlulah berkualiti kepada para pembaca anda.. Dimana salah satu cara adalah anda boleh link kan post lama ke dalam post arikle baru anda.
Selain itu, pada pendapat saya juga didalam membina sosial media network setiap platform yang ada memainkan peranan yang tersendiri.. Di setiap platform ada kelebihan dan kekurangan tersendiri dimana jika di twitter kelebihan adalah ia memberi had limit word yang boleh ditulis dan ia memudahkan para pembaca anda tahu isi je huraian tidak dapat tahu. 

Selain itu, blog ini boleh diumpamakan sebagai rumah atau tapak utama bagi anda didalam dunia media social manakala facebook, twitter dan google plus pula adalah rangkaian network buat anda bagaimana untuk memperkenalkan rumah anda kepada rakan yang lain dan mula membina nama anda tersendiri.. Search engine pula sebagai bonus kepada anda untuk membuatkan arikle anda itu berada secara worldwide dan boleh diakses bila-bila masa apabila maklumat yang dicari itu oleh para pembaca itu jumpa di hasil carian dan membaca artikle anda tersebut.. 

Akhir kata, itu sahaja pendapat saya mengenai adakah blogging ini masih wajar didalam media sosial.. 

Sila kongsikan apa pendapat anda pula mengenai tajuk entry ini di ruangan komen dibawah ini.. :)





Read More

Khamis, 27 Oktober 2016

Barang Dari Thailand Selamat Sampai di Kuala Lumpur

15 comments

Parcel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai barang dari thailand telah selamat sampai di kuala lumpur... 

Setelah 10 hari menunggu akhirnya sampai juga barang saya ini di rumah dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang damage terhadap produk di dalam tu.. 

Barang apa yang sampai dirumah saya ni? 

Masih ingat ke kes casing handphone saya yang pecah tempohari ? 
Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya

Jadi selepas dari proses pengesahan dari pihak krusell mengenai masalah produk mereka yang saya beli tempohari pihak beliau setuju untuk menghantar satu casing baharu kepada saya sebagai ganti rugi untuk produk yang bermasalah itu.. 

Produk yang dihantar oleh mereka dibungkus dengan baik dengan plastik bubble dan juga ada lagi plastik wrapping dan kotak.. Kotak yang digunakan juga agak keras dan sesuai la untuk dihantar international.. 

Packaging memang memuaskan hati dan produk casing didalam itu tidak ada mengalami sebarang kemek pun.. Alhamdulillah ia sampai dari jauh dalam keadaan yang cantik dan selamat..

Casing Z5 Premium Dual
Barang sampai dalam keadaan yang elok... Walaupun ia bukan guna yang ekspress postage once ia sampai je di Malaysia terus laju pos malaysia membuat delivery.. Ia dihantar oleh posmen biasa tu.. Bukan dari poslaju.. Yang buat lamanya adalah di thailand tempat delivery di airport mereka maybe dia kumpul semua barang baru jalan kot.. Sebab barang sampai di malaysia pada 24 oktober 2016 petang pukul 5 pm pastu masuk custom check and semalam 26 oktober 2016 selamat diterima di hadapan rumah.. 

Jadi produk krusell ini ia mementingkan dari segi after sales product, so lifetime warranty yang di katakan itu boleh dipercayai dan insyallah jika ada produk baru dari krusell akan berminat untuk menggunakannya lagi, sebab service after sales dia bagus.. Reply e-mail pun laju within 2 workdays direply and ia mengambil masa 7 hari bekerja bagi proses pengesahan produk untuk claim warranty.. Memang berpuas hati la dapat casing baru.. :) 




Read More

Ahad, 23 Oktober 2016

Sedap ke Essenso Microground Coffee [Review]

11 comments

Essenso Microground Coffee
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Apa khabar anda semua? 

Diharap berada di dalam keadaan yang sihat ye.. 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review essenso microground coffee dari keluaran super.

Actually saya beli kopi 3 in 1 ini di myNews, Hospital Prince Court KL.. 

Fuh.. kenapa di hospital? 

Itu la balik KL ni kena jaga orang sakit.. Mak kena masuk hospital sebab ada treatment sikit.. Alhamdulillah tidak la teruk insyallah esok dah boleh discaj.. Sampai je ke semenanjung ni terus jage dia di hospital ini.. 

So pagi tadi rasa macam teringin pula nak minum kopi, jadi saya pergi le ke kedai runcit di bawah tu.. Tengok ada jual pek kecil kopi essenso ni ha.. Teruih beli je la kan.. Nak juga rasa sedap ke tak kan kopi dia ni.. 

Bila balik je bilik wad ni bancuh.. Fuh.. Sebelum bancuh lagi dah cakap dengan mak, ini kang kalau bancuh kopi ni mahu satu aras boleh bau... Dan jangkaan nye yes betul.. satu bilik ni bau kopi dia.. wangi nye.. 

Rasa dia memang super.. Serius sedap.. haha.. Esok nak kena beli lagi satu sachet ni.. Kalau anda peminat kopi anda patut cuba kopi essenso ni memang terbaik.. 

The World Stopping taste
 Tidak rugi jika anda minum kopi essenso ni..

Aras wad
Ini la aras wad mak saya berada... Semoga dia cepat la sembuh.. dah masuk dua malam jaga dia di sini.. 

Minum kopi essenso ini dapat la relax sedikit, sejuk2 ni minum kopi memang sedap oooo... hehe.. 


Read More

Jumaat, 21 Oktober 2016

Pertama Kali Terima Anugerah Dekan

13 comments

Berjaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit berita yang gembira iaitu mengenai pertama kali terima anugerah dekan di universiti.. 

Bukan nak heboh satu dunia tapi cuma nak kongsikan je pengalaman yang ada ni.. 

Actually dah hampir 4 tahun berada dekat sini inilah kali pertama baru la terima anugerah dekan ni.. Alhamdulillah, satu pencapaian yang bagus.. Ye la kan kalau anda tidak dapat pencapaian sebegini atleast one time tak rasa rugi ke? 

Tidak kira la anda berada dimana-mana sekali pun di sekolah, kolej, universiti mahupun di alam pekerjaan.. Anda perlu tanamkan niat untuk atleast dapat satu award yang bernilai dari tempat anda berada itu.. Kenapa saya perlu katakan sebegitu? 

Sebab ia sebagai satu reward la kepada anda yang telah habiskan banyak masa dan tenaga serta buah idea fikiran bagi melaksanakan tugasan yang diberi dan ia diberi hadiah melalui awards ni ia dapat membebaskan rasa penat lelah anda tu dan memberi aura positif yang baru untuk terus maju dan maju... 

Mungkin ia disebabkan juga daripada ayah dan ibu saya yang pernah terima awards ditempat mereka kerja dan pernah la ada sekali nama ayah saya masuk dalam surat khabar.. Ada la team dorg tu.. haha.. Dari situ la saya dapat motivasi, kalau mereka boleh lakukan kenapa aku tak boleh buat? Atleast kita tinggalkan benda yang manis ditempat yang kita berada dan kita bawa bersama kenangan yang manis ketika meninggalkan tempat itu iaitu adalah dengan menerima awards... 

Cukuplah satu zaman pahit ketika di matrik dahulu dimana result yang agak teruk ketika masa itu.. Cukuplah ia dijadikan pengalaman hidup dimasukkan didalam sejarah buku hidup saya.. Sering kali dipanggil untuk perjumpaan dikalangan mereka yang pointer agak teruk bersama pengetua.. Sering kali menghadiri extra kelas bersama tutor pensyarah.. Fuh.. Cukup lah sampai disitu kisahnye.. 

Tadi masa lepas habis ujian pertengahan tadi ada kawan bagi sijil ingat sijil ape la kan.. Bila tengok ada nama pastu baru tengok tajuk sijil tu.. Fuh punya la terkejut sijil anugerah dekan tu.. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga merasa ada sijil anugerah dekan ni.. : )

Sijil Anugerah Dekan
Esok pagi adalah hari terakhir yang sibuk bagi minggu ini.. Fuh.. Bersusun je masa untuk presentation minggu ni.. Lepas tu insyallah akan kembali semula untuk berblogwalking di blog anda semua yer.. 

Tak lupa saya ucapkan tahniah kepada mereka yang sudi singgah sini.. Insyallah ada masa nanti saya akan balas kunjungan anda tu dan melawat blog-blog anda semua tu.. :) 





Read More

Rabu, 19 Oktober 2016

Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut

14 comments

Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tajuk berjimat boleh tapi jangan sampai menjadi kedekut. 

Fuh, tajuknye tu boleh tahan kan.. Silap-silap anda yang tengah baca ni pun boleh terasa kan.. haha.. Ye la kan hampir semua orang buat benda ni tapi dalam anda tak sedar ia telah terjerumus menjadi seorang yang kedekut. 

Gambar animasi diatas ini memenuhi apa yang saya nak ceritakan untuk hari ini.. Tengok je gambar tu dah tahu dah apa point sy nak kongsikan untuk hari ini.. 

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai topik ini saya nak kongsi sedikit kisah hidup saya la sikit yang boleh anda jadikan sebagai pengajaran or mana tahu dari kedekut boleh ubah jadi yang pemurah. 

Jika sebelum ini saya ini merupakan seorang yang agak kedekut juga la didalam pengurusan kewangan saya sendiri hatta didalam animasi diatas yang ikon lelaki itu ada juga menceritakan tahap kedekut saya itu jadi macam mana.. Mungkin saya jadi begitu sebab saya sendiri pernah mengalami suatu situasi ketika berada di posisi yang agak susah sedikit dan di didik untuk berjimat cermat dalam pengurusan kewangan. 

Ye dari kecil sampai la ke darjah 3 or 4 saya membawa bekal ke sekolah dan makan dulu sebelum ke sekolah bila waktu rehat saya hanya akan makan makanan yang dibekalkan ataupun makan roti sahaja.. Jadi boleh bayangkan berapa satu hari saya belanja.. Tak sampai RM1 pun kan.. Sebab itu jika sekarang ini saya tiada masalah jika tidak mendapat maknn yang berat pada waktu pagi or tengahari tapi cukup hanya jika ada roti sebagai alas perut sebelum pulang untuk makan di rumah.. 

Bila makin meningkat dewasa saya kenal erti untuk berjimat tetapi kadang kala itu ia bertukar menjadi seorang kedekut.. Bila situasi ini nampak macam ketara oleh ibu saya, beliau sering kali menasihatkan saya untuk kurangkan sikit sifat kedekut tu dan ada beliau cakap, 
lorgh jangan la nak berjimat & kedekut sangat, duit ada kan? so kenapa tak beli je?
Bila sering kali saya dengar ayat begitu ia membuatkan saya terfikir betul juga kenapa kita perlu untuk menjadi jimat sangat sehingga kita tidak memberi penghargaan untuk diri kita sendiri dan juga spent sedikit duit tu untuk ahli keluarga kita yang lain. 

Jadi tiba la masa untuk saya berubah sedikit dan membetulkan keadaan didalam diri saya ini, dimana saya akan berjimat juga tapi bukan menjadi seorang tahap yang kedekut la.. 

Ia ada kaitkan dengan istilah kemahuan atau kehendak.. 

Tapi kadang-kadang istilah ini tak boleh pakai sangat pun.. Yang boleh pakai adalah jika saya laburkan sejumlah duit itu apa yang ia memberi manfaat kepada saya? Yang ini boleh pakai.. 

So, semenjak saya bermula dapat proses perniagaan sendiri dah beberapa tahun ini dan banyak buku marketing dan bisnes yang telah saya baca.. Ia membuka minda saya untuk memberi penghargaan kepada diri anda sendiri yang telah penat bekerja... 

Ya betul.. Anda patut memberi rewards kepada diri anda sendiri yang telah penat berkerja seperti sekali sekala pergi bercuti dan makan di restoran yang tidak memerlukan anda memasak.. 

Selain itu, ada satu ayat yang memberitahu keseronokkan dan kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tapi dengan menggunakan wang ringgit anda itu ditempat yang betul dan kondisi yang betul ia dapat memberikan kebahagiaan kepada orang lain.. 

Yang ini saya pernah buat, iaitu saya sendiri waktu itu membeli kek slices di secret recipe ada 4 slices rasanya time tu guna duit gaji saya la yang tak seberapa tu beli kek masa hari jadi ayah saya.. :D :D Bayangkan masa beli kek slice tu minta siap2 tulis ayat selamat hari jadi di kek tu.. Tahu apa perasaan kita bila lihat orang suka dan happy? Ia suatu gambaran yang tidak dapat dibeli dikedai hanya pada moment itu je ia datang... 

Seterusnya, pada hari jadi ibu saya.. Masa itu sering kali dia tanya mengenai jam sports sebab sebelum ini beliau kerap la juga kena pergi kursus yang perlu lakukan outdoor training jadi beliau tak de jam yang sports ni.. Pastu pada hari jadi dia saya ajak dia pergi ke kedai ICE Swatch dan tanya dia yang mana satu dia minat tapi masa tu ada sales la.. Punya pusing2 dia ada berkenan dengan satu jam edisi BMW yang special edition punya model.. Tapi saya bayar 3/4 or 1/2 dari harga asal je la... haha.. Tahu betapa seronok nye dia dalam butik tu mcm nak menjerit dah dia masa tu seronok.. Itu la saat yang paling saya gembira sbb jarang la tengok dia happy begitu.. 

ni kot model nye tu
Kalau tak silap saya ini la model jam tu.. Kecik je ada date.. 

So dari situ ia mula mengajar saya apa itu erti berjimat yang sebenar.. Boleh berjimat tapi jangan sampai menjadi kedekut yang boleh mengakibatkan diri anda sendiri tidak berapa happy dan senang.

Selagi ada perkataan rugi dalam minda kita ia akan menjerumus kita untuk menjadi seorang yang kedekut.. Percayalah cuba ganti rugi itu dengan perkataan lain seperti apa kesan terhadap diri aku jika aku labur wang ringgit untuk perkara tersebut ?  Dengan itu anda akan menjadi seorang yang berjimat dan dapat hindar dari jadi kedekut.. 





Read More

Sabtu, 15 Oktober 2016

Even Borneo Eco Film Festival

8 comments


Borneo Eco Film Festival

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Baru-baru ini saya ada pergi ke even borneo eco film festival pada 8-9 oktober 2016 yang lepas.. Tapi saya pergi pada 9 Oktober 2016 sahaja, itu pun lepas kawan beritahu kepada saya yang ada pameran wwf yang rupanya didalam even borneo eco film festival. 

Festival Schedule
Ketika kami sampai di suria sabah pada hari berkenaan, terdapat 3 even yang pertama adalah berkaitan dengan Law, kedua jualan gudang dan yang ketiga adalah borneo eco film festival. 

Oleh kerana, kami hanya tahu ada pameran wwf dan tidak mengetahui bahawa ia didalam borneo eco film festival menyebabkan satu bangunan suria sabah kami pusing mencari dimana letaknya even tu.. Tapi akhirnya kami jumpa even borneo eco film festival ni di tingkat atas berdekatan dengan perpustakaan yang ada didalam suria sabah.. Bila masuk je pintu utama terus nampak booth wwf ni.. Ooo rupanya ia berada didalam even borneo eco film festival. 

WWF

Ketika kami sampai, tayangan pada waktu itu adalah berkenaan dengan gaya street.. Apa yang saya faham didalam tayangan itu ia menceritakan kisah hidup mereka yang berada di gaya street.. Ada juga beberapa tempat yang cantik yang saya sendiri tidak perasan bila tengok tayangan itu baru perasan ooo ada tempat yang menarik seperti lukisan di dinding.. Antara pengajaran yang saya dapati didalam tayangan itu, sedikit sebanyak ia memberikan saya rasa syukur dengan nikmat yang diberikan setakat ini.. 

heart of gaya street

Mula-mula saya masuk di even ni saya tak faham apa juga objektif dan motif ia buat begitu.. Sebab ia kali pertama saya memasuki ke even itu tanpa sebarang info yang ada.. 

Bila saya baca info di laman web borneo eco film festival ini baru saya faham.. 

Borneo Eco Film Festival is an annual non-profit event celebrating Borneo’s biocultural diversity through showcasing environmental films and nurturing local community filmmaking.

 BEFF is the only festival in Borneo focusing on environmental and cultural films

Jika kita lihat dari objektif mereka ini, ia satu benda yang amat bagus kerana sedikit sebanyak ia memberi kesedaran kepada kita bahawa ketika kita menikmati kesenangan masih ada lagi mereka yang diluar sana itu mengalami nasib yang tidak kurang baik. 
Seperti di semenanjung di Kuala Lumpur sendiri masih ramai yang hidup secara homeless di bandar ibu kota.. 

Borneo Eco Film Festival
 Selepas selesai kami lihat tayangan mengenai gaya street kami mula cari makan di foodcourt dan bermula lah sesi bergambar..

Wisma Sabah

Pemandangan

Pemandangan

Trend tahun bila ni?
Setelah selesai bergambar masa untuk kami pulang.. Trend bila amik gambar kaki ni ye.. haha.. 




Read More