Februari 2016 Februari 2016 - The New Minded Februari 2016 Februari 2016

Isnin, 29 Februari 2016

Adakah SEO Sudah Mati ?

18 comments

Seo Sudah mati
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini saya akan berkongsi mengenai pandangan saya mengenai adakah seo sudah mati? 

Sebelum saya mengulas lebih lanjut ingin saya memberi peringatan bahawa didalam post ini akan saya bongkarkan rahsia teknik SEO yang berkesan yang ramai orang tidak tahu atau sedar. Mahupun didedahkan secara umum secara besar-besaran. Jadi post kali ini akan menjadi panjang dan sila ambil masa anda untuk membaca, serius ia tidak rugi masa anda pun.

Berbalik semula kepada tajuk entry kali ini, adakah seo sudah mati?

Sudah semestinya pada pandangan saya adalah tidak sama sekali. Search engine optimization ini tidak akan mati. Kalau ia mati macam mana anda nak buat search ? dan dapatkan result yang anda inginkan.

Saya akan berkongsi sedikit mengenai pengalaman saya semenjak terlibat dalam dunia blogger akhir tahun 2011.

Untuk makluman, saya telah menceburi dunia blogger ini sejak akhir tahun 2011 dan mula aktif pada tahun 2012. Sejak dari itu, saya telah menyelongkar pelbagai teknik SEO yang berkesan untuk diguna pakai. Jadi hampir 4 tahun sudah saya mengkaji Teknik SEO ini kebanyakkannya berubah sedikit demi sedikit dan mungkin anda tidak tahu dan tidak sedar mengenai teknik yang akan saya kupas didalam entry ini.

Mungkin saya tidaklah popular dikalangan blogger kerana, saya sudah banyak kali tukar domain dari yang percuma blogspot.com > dot.tk > mahupun premium ahmadhasif.info. dan sekarang ahmadhasif.my
Tetapi nama TheNewMinded masih saya kekalkan sebagai identiti saya. 

Selain itu, pada masa zaman munculnya facebook yang satu ketika menjadi trends terbentuk la satu Group bernama Geng Blogger Sengal (GBS) time tu kan ada cerita geng bas sekolah.. Jadi saya pun terlibat sama-sama memeriahkan lagi ahli GBS ini. 

Jadi sudah tiba masanya untuk saya dedahkan teknik yang telah diguna pakai dan berjaya, teknik ini biasanya saya akan dedahkan semasa personal coaching bersama saya dan mahu pun bual bicara bersama rakan it lain untuk bertukar pendapat.

Jika anda rasa artikel ini berguna ada button share di sebelah kiri. Tekan share untuk sebarkan ilmu ini kepada orang ramai. 

Teknik Pertama

Keyword
Teknik ini biasanya selalu didedahkan oleh semua orang yang bercerita mengenai teknik SEO iaitu keyword. 
Ya betul. Ini merupakan satu teknik yang amat penting untuk memastikan blog anda tersenarai didalam search engine.

Untuk menggunakan teknik ini anda boleh guna tools :
  1. Search engine seperti GOOGLE , Yahoo, Bing
  2. Keyword adwords planner. Nak belajar baca ini Belajar Adword Keyword Planner

Anda boleh menggunakan tool diatas ini untuk membantu anda mencari keyword yang betul dan menjadi pilihan orang ramai. Jadi baru anda akan mendapat organic traffic dari search engine.

Keyword adwords planner adalah sebagai satu tool untuk mendapat tahu berapa ramai yang search keyword itu dilakukan adakah ia 100, 1000 mahupun jumlah yang besar.

Jadi untuk keyword yang saya gunakan adalah apakah itu zika virus yang dimana telah saya update pada 26 Feb 2016 yang lalu.

Teknik Kedua 


Apakah Readability Score
Saya   akan teruskan kepada teknik kedua yang mana mungkin ramai orang tidak tahu mahupun sedar sebenarnya Readability Score ini merupakan salah satu elemen yang penting agak terbaru yang dikeluarkan oleh seacrh engine, bagi merankingkan kedudukan post article anda. 

Info mengenai readability score ini telah diberitahu oleh rakan saya sendiri iaitu fariz luqman.

Jadi apa yang penting sangat readability score ini? Nak tahu baca post ini Readability Score

Jika anda sudah baca anda akan faham apa kepentingan readability score.

Secara ringkasnya, readability score ini berdasarkan skala 0% - 100% dimana lagi tinggi skala anda lagi mudah untuk dibaca content yang ada didalam post anda itu. 

Sebagai contoh jika PR anda adalah 0 dan PR website B adalah 2, jika readability score anda lebih tinggi berbanding website B maka website anda akan berada berdekatan dengan website B mahupun anda akan berada diatas website B. Ini tidak termasuk faktor alexa ranking ya, alexa ranking juga mainkan peranan dalam hal ini.

Jadi untuk post saya mengenai apakah itu zira virus yang baru sahaja 3 hari di postkan sudah berada di page google.com.my yang ketiga. boleh lihat gambar untuk lebih faham. Saya yakin ia akan terus menaik dan menaik.

Maybe, akan ada setengah pembaca saya ini cakap ala post tu belum cukup sebulan lagi mana nak tahu result, okay jika itu yang bermain di fikiran anda. Cuba google.com.my search Surau Di Suria KLCC apa yang anda jumpa? 

Bak kata rakan saya "Keyword Malaysia ni senang je nak tapau bila kena caranya :D".. 
Memang betul, jadi nak tahu cara ini lah yang tengah saya ceritakan ini.

Lazada Malaysia

Teknik Ketiga

Mobile Friendly
Baru masuk teknik ketiga dah panjang bergini, tabahkan hati amik masa untuk tambah ilmu. 

Teknik ketiga ini adalah mobile friendly, mungkin juga ini telah ramai tahu bahawasanya semenjak 21 April 2015 google telah update algorithm untuk siapa website dia lebih mobile friendly lagi tinggi ranking dia.

Untuk mengetahui apa itu mobile friendly boleh baca article disini

Jadi dah bacakan so sekarang faham apa itu mobile friendly. 

Jadi jika blog anda tidak mobile friendly maka ranking anda akan jatuh. 

Okay kita berehat sebentar... 

Jadi sudah tiga teknik saya lontarkan kepada anda dimana ini merupakan teknik yang terbaru dan berkesan, kalau anda telah tahu teknik ini, adakah anda melakukannya? 

Untuk teknik yang lain saya dapat rasakan anda juga telah tahu melalui para penulis lain mengenai teknik SEO ini. Ataupun anda boleh cari disini Label SEO

Okay ini last teknik saya kongsikan untuk masa ini..

Teknik Keempat

Webmaster Bing
Teknik yang terakhir saya akan berikan adalah webmaster. 

Anda tahu terdapat dua webmaster yang mesti anda ada untuk submit website anda. Iaitu
  1. Webmaster Bing
  2. Webmaster Google
Anda tahu apa kelebihannya webmaster bing dan google ni? Nak tahu rujuk post ini

Kegunaan webmaster ini salah satu penyumbang terbesar untuk memasukkan blog anda disearch engine dengan mudah & cepat.

Apa perlu anda lakukan submit kan url blog anda dan juga sitemap blog ada settle. Tunggu ia bantu untuk index url blog anda di google.

Okay setakat ini teknik saya kongsikan.. Nak tahu lebih lanjut boleh komen dibawah.. Kang saya release banyak info nanti bahaya pula.. haha.. Selamat beramal dengan 4 teknik ni ya.. 

Soalan
  1. Adakah saya menggunakan ping entry website?
Jawapan untuk suatu masa dahulu ya saya gunakan tetapi sejak beberapa tahun ini saya telah tidak lagi menggunakannya. 

Keputusanya masih sama malah blog saya lebih tinggi ranking berada di search engine.

Saya juga telah melakukan ujikaji terhadap blog saya sendiri dimana saya tidak menggunakan ping website seperti www.biskutsemperit.my dimana anda boleh Gunakan Keyword Biskut Semperit Tradisional .

   2. Ini sahaja teknik yang saya gunakan?

Jawapan, ini adalah sebahagian.. Tahu maksud sebahagian itu adalah 50% daripada 100%.. Mengikut apa yang saya terangkan ini merupakan teknik yang asas dan penting untuk anda lakukan bagi memasukkan post anda di search engine dan ketahui basic bagaimana kedudukan ranking anda ditentukan. 

Lepas anda dah buat 4 teknik ni, guna teknik lain pula, teknik lain ini la yang lagi 50% itu.

Jadi dengan ilmu yang ada ini anda boleh kaji sendiri blog anda itu.. Jika kena caranya fuh page 1 & 2 tu anda punya la.. 

Banyakkan Membaca dan Combine kan ilmu yang anda ada. Try dan betulkan tengok apa jadi.. 

Study Smart, Gunakan Teknik SEO yang betul2 berkesan sahaja dikekalkan diblog anda okay.

Tips

Jangan gunakan atau elakkan nama entry anda yang baru sama dengan yang telah dipublished. Dari pengalaman salah satu akan disingkirkan dari search engine -.- , belajar dari kesilapan ya.. 

Kenapa jangan guna yang sama? Sebab algorithm yang baru akan mengambil dan mengupdate post yang terkini untuk dipamerkan.. Jika post lama anda itu berada di page 1 top 10 pastu article baru anda itu nama sama or hampir sama, post yang lama itu akan disingkirkan dan article yang baru akan masuk untuk dilistkan , untuk ranking keberapa belum tahu lagi.

Jadi untuk berwaspada sila pastikan setiap entry name or url name untuk entry adalah lain dari post anda yang lain okay.. 

Nak tahu post yang mana? 

Post yang ini Keyword Lama Belajar Adword yang berada di top 10... Keyword baru Belajar Adword - Keyword Planner yang lama punya disingkirkan terus tak jumpa page mana tah.. hahaha.. yang baru ni berada di page kedua (top 20)

Keyword ini memang panas ooo.. haha.. Belajar Adword punya keyword siap ada iklan tapi tu la nak buat macam mana masih belajar, jadi lepas ini tidak ulang lagi dah.

Peringatan

Sila pastikan anda tidak membuat spamming di group2 seperti di google plus community, group facebook atau dimana2 sahaja.

Sila buat post secara berjadual ya.. Oooo, hampir terlupa post berjadual ni pun salah satu teknik.. Teknik Promoting ni mula2 dulu saya cerita sekarang punya ada ubah sedikit flow dia. Nanti ada masa saya bongkarkan.

Untuk makluman jika anda post secara banyak dalam satu masa di google plus community admin akan dapat satu notification post anda sebagai satu spam, admin ada hak untuk accept , remove ataupun ban anda dari community itu.. Jadi buat secara berjadual okay..

Jadi jika anda rasa article ini mungkin bermanfaat kepada rakan anda terus tekan share button okay.

Sekian dari saya,
Teknik SEO Blogahbar





Read More

Cantiknya Header Background Percuma

5 comments

Header Background Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya tiba-tiba rasa ingin mulakan misi terbaru saya yang telah lama saya tinggalkan. Apa misi itu?

Misi itu adalah membuat tutorial untuk para blogger gunakan disamping saya akan memberikan freebies - freebies yang saya buat sendiri ke emel anda seminggu sekali @ sebulan sekali.

Memandangkan saya diberi sedikit ilmu berkenaan ilmu blog ni, coding, sedikit ilmu mengenai seo yang saya ada ingin saya kongsikan bersama anda.

Ilmu yang saya ada ini insyallah akan saya berikan kepada anda yang baru dalam dunia blogger ataupun sudah lama untuk sama-sama kita tambah ilmu.

Berbalik semula dengan topik post saya cantiknya header background percuma yang telah saya design sendiri ni. Cantikkan?

Nak header background ni untuk letak di blog anda? Boleh tiada masalah. Nak ubah ayat welcom tu menjadi nama blog anda? boleh tiada masalah, just nanti reply emel saya je.

Jadi macam mana nak dapatkan freebie ni semua?

Senang sahaja. Anda perlu isi form subcribe dibawah ini. Dan rajin-rajin la buka emel ya..

Berapa kerap saya akan sent freebies kepada anda? Paling kurang pun sebulan sekali anda akan dapat freebies.

Tapi anda akan dapat update denga latest info dari blog ini setiap hari.

Info yang ada insyallah dapat menambahkan ilmu anda.. Tak percaya? Lihat ni

  1.  Apa itu Zika Virus?
  2. Kelebihan Kulit Kayu Manis Terhadap Kesihatan
  3. Apakah Khasiat Lobak Merah?



Read More

Sabtu, 27 Februari 2016

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

Leave a Comment

Klik Banner Untuk JOin
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada blogger-blogger sana.. Jom sama-sama kita support CIk wan punya segmen..

Tamat Pada 5 Mac 2016

Selamat Bersegmen..

Read More

Jumaat, 26 Februari 2016

Apa itu Zika Virus?

1 comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini saya ingin berkongsi secara ringkas mengenai apa itu zika virus?

Zika virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan oleh infected species nyamuk Aedes. Ooo. Jadi ia berpunya dari nyamuk dari species aedes rupanya. 

Pada tahun 1947 zika virus telah ditemui dan dinamakan semperna nama hutan di Uganda. Mangsa yang terkena zika ini adalah pada tahun 1952.  Pada May 2015, Pan American Health Organization (PAHO) telah mengeluarkan amaran terhadap zika virus di Brazil. Manakala pada 1 Feb 2016 World Health Organization (WHO) telah menisytiharkan Zika virus merupakan public health emergency of international concern (PHEIC). Dinyatakan zika virus ini akan merebak ke tempat baru. 

Apakah simptoms zika virus ?

  • Demam
  • joint pain / conjunctivities (red eyes)
  • sakit kepala
  • muscle pain
Bagi langkah berjaga-jaga sila berjumpa doktor jika anda mempunyai simptom diatas diantara 2 minggu selepas anda telah melawat tempat yang diisytiharkan mempunyai Zika. Sila nyatakan tempat yang telah anda melawat itu kepada doktor yang sedang merawat anda itu.

Selain itu, simptom zika ini juga sama dengan dengue dan chikungunya yang merupakan penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang sama.



Read More

Khamis, 25 Februari 2016

Kelebihan Kulit Kayu Manis Terhadap Kesihatan

3 comments

Kulit Kayu Manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit mengenai kebaikkan kulit kayu manis (Cinnamon) terhadap kesihatan kita.

Kulit kayu manis ini juga dikenali sebagai Cinnamomum cassia yang mana boleh didapati ditanam dinegara china, Indonesia dan juga vietnam. Didalam satu  tulisan cina yang telah didokumentasi mengatakan semenjak 2700 b.c. west asia, eropah, dan afrika telah mengimport kulit kayu manis ini dari india dan juga merupakan titik permulaan ia berkembang menjadi rempah.

Di dalam kulit kayu manis ini mengandungi antaranya seperti :-

  • manganase
  • iron
  • kalsium
  • fiber
Mengikut kepercayaan orang di India 'chewing' kulit kayu manis ini dapat membantu didalam mengawal kitaran haid (menstrual cycle). 

Selain itu, berkumur dengan campuran dari kulit kayu manis sebanyak 1 sudu kecil bersama 1 satu sudu kecil madu yang dicampurkan kedalam air panas dapat membatu melawan bau nafas yang kurang menyenangkan.

Bagi mereka yang mempunyai blood pressure boleh cuba meminum air extract kulit kayu manis ini bagi mengawal blood pressure anda.

Sekian sahaja info untuk hari ini.. 

Terima kasih kepada para subcriber blog ini, jadi pada anda yang belum subcribe sila subcribe untuk mendapatkan informasi yang di update.

Read More

Rabu, 24 Februari 2016

Kebaikkan Lobak Merah (Carrots)

8 comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kebaikkan lobak merah (carrots)

Tahukah anda lobak merah ini dikategori dalam kumpulan sayuran "taproots". Warna lobak merah ini kebiasannya berwarna oren dan mempunyai saiz 7 hingga 9 inci.

Kenapa anda perlu memakan lobak merah ini?

Di dalam lobak merah ini mengandungi kandungan seperti fiber, potassium, vitamin B6, vitamin A dan juga vitamin C dan juga ia mengandungi carotenes yang mana bagus untuk mereka yang ada diabetes. Selain itu ia juga turut mengandungi beta-carotene membantu untuk penglihatan waktu malam.

Berdasarkan rujukan yang saya baca lobak merah ini bagus untuk mereka yang mempunyai diabetes, emphysema dan juga untuk penglihatan.

Bagi mereka yang mempunyai diabetes, lobak merah ini bagus untuk membuat insulin meraka lebih efektif dan dapat meningkatkan blood glucose control.

Selain itu, ia juga turut membantu penglihatan pada waktu malam. Hal ini kerana kandungan beta-carotene yang adalah didalam lobak merah ini yang mempunyai antioxidant memberi perlindungan terhadap macular degeneration.

Jadi mari sama-sama kita amalkan permakanan lobak merah ini.

Read More

Selasa, 23 Februari 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

5 comments

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Read More

Pencarian Bloglist Theathra

7 comments

Klik Banner untuk join
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom sama-sama kita meriahkan lagi segmen yang dianjurkan oleh ain ini.

Ini merupakan segmen beliau yang pertama..

Semoga berjaya kepada yang menyertai segmen ini dan juga kepada ain sendiri..


Read More

Selasa, 9 Februari 2016

Review Hotel Equatorial Melaka

6 comments

Akses kad bilik hotel equatorial Melaka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera hari ni saya ingin membuat sedikit review dan pengalaman ketika berada di Hotel Equatorial Melaka.


king size
Itu merupakan katil bilik saya king size, maaf sepah sedikit penat sangat jalan jem 4 jam atas highway sampai hotel terus landing baru amik gambar.

Apa yang best ketika berada di hotel ini, bilik dia besar selesa , bersih, mempunyai bath tab, air panas, disediakan bantal extra 2 buah dan ada sejadah disediakan dalam almari tidak perlu kita nak call request nak sejadah mudah. Turut menyediakan internet laju juga ooo.. chanel tv pun best serius part ni paling menarik, ada movie latest2 untuk kanak2 hingga ke cerita Hollywood.

Selain itu, masa nak check in dan check out tu, di meja lobby disediakan pemanis mulut ada gula2.. Okay la ada juga makan2 sikit kan sementara nak pegi cari makan.

Hotel ni dekat dengan dataran pahlawan jalan kaki dah sampai, kedai makan pun senang nak cari nak kedai runcit boleh pergi ke 7-eleven berada di depan hotel.

Jika anda berminat untuk berenang di hotel ini ada menyediakan pool, apa yang perlu anda bawa adalah pakaiaan renang. dan ada juga court tenis.

Jika anda nak rasa makanan di café hotel ini boleh cuba ala carte nasi goreng istimewa dalam tu ada satay, rempeyek, sayap ayam goreng, nasi goreng dan sayur.

okay itu saje setakat ini.. selamat bercuti, berhati-hati ketika memandu.



Read More

Isnin, 1 Februari 2016

Cara daftar / aktif nombor Friendi Mobile

Leave a Comment

Friendi Mobile Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin memberi sedikit tutorial mengenai cara mendaftar / aktfi nombor friendi mobile anda.

Anda boleh dapatkan starter pack di mynews or cawagan-cawangan yang menjualnya, tapi paling senang sekali boleh dapatkan di mynews shop.

Apa perlu anda buat adalah beli starter pack lepas itu bawa keluar sim kad dan masukkan ke dalam handphone anda.

Selepas itu anda perlu dail *119# dan ikuti arahan untuk mendaftar no anda itu. Selepas itu anda perlu restart handphone anda dan nombor anda telah aktif..

Saya kini tengah mencuba plan friendi ni pula macam seronok.. huhu..
 

Read More