Adakah SEO Sudah Mati ? Adakah SEO Sudah Mati ? - The New Minded Adakah SEO Sudah Mati ? Adakah SEO Sudah Mati ?

Isnin, 29 Februari 2016

Adakah SEO Sudah Mati ?

18 comments

Seo Sudah mati
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini saya akan berkongsi mengenai pandangan saya mengenai adakah seo sudah mati? 

Sebelum saya mengulas lebih lanjut ingin saya memberi peringatan bahawa didalam post ini akan saya bongkarkan rahsia teknik SEO yang berkesan yang ramai orang tidak tahu atau sedar. Mahupun didedahkan secara umum secara besar-besaran. Jadi post kali ini akan menjadi panjang dan sila ambil masa anda untuk membaca, serius ia tidak rugi masa anda pun.

Berbalik semula kepada tajuk entry kali ini, adakah seo sudah mati?

Sudah semestinya pada pandangan saya adalah tidak sama sekali. Search engine optimization ini tidak akan mati. Kalau ia mati macam mana anda nak buat search ? dan dapatkan result yang anda inginkan.

Saya akan berkongsi sedikit mengenai pengalaman saya semenjak terlibat dalam dunia blogger akhir tahun 2011.

Untuk makluman, saya telah menceburi dunia blogger ini sejak akhir tahun 2011 dan mula aktif pada tahun 2012. Sejak dari itu, saya telah menyelongkar pelbagai teknik SEO yang berkesan untuk diguna pakai. Jadi hampir 4 tahun sudah saya mengkaji Teknik SEO ini kebanyakkannya berubah sedikit demi sedikit dan mungkin anda tidak tahu dan tidak sedar mengenai teknik yang akan saya kupas didalam entry ini.

Mungkin saya tidaklah popular dikalangan blogger kerana, saya sudah banyak kali tukar domain dari yang percuma blogspot.com > dot.tk > mahupun premium ahmadhasif.info. dan sekarang ahmadhasif.my
Tetapi nama TheNewMinded masih saya kekalkan sebagai identiti saya. 

Selain itu, pada masa zaman munculnya facebook yang satu ketika menjadi trends terbentuk la satu Group bernama Geng Blogger Sengal (GBS) time tu kan ada cerita geng bas sekolah.. Jadi saya pun terlibat sama-sama memeriahkan lagi ahli GBS ini. 

Jadi sudah tiba masanya untuk saya dedahkan teknik yang telah diguna pakai dan berjaya, teknik ini biasanya saya akan dedahkan semasa personal coaching bersama saya dan mahu pun bual bicara bersama rakan it lain untuk bertukar pendapat.

Jika anda rasa artikel ini berguna ada button share di sebelah kiri. Tekan share untuk sebarkan ilmu ini kepada orang ramai. 

Teknik Pertama

Keyword
Teknik ini biasanya selalu didedahkan oleh semua orang yang bercerita mengenai teknik SEO iaitu keyword. 
Ya betul. Ini merupakan satu teknik yang amat penting untuk memastikan blog anda tersenarai didalam search engine.

Untuk menggunakan teknik ini anda boleh guna tools :
  1. Search engine seperti GOOGLE , Yahoo, Bing
  2. Keyword adwords planner. Nak belajar baca ini Belajar Adword Keyword Planner

Anda boleh menggunakan tool diatas ini untuk membantu anda mencari keyword yang betul dan menjadi pilihan orang ramai. Jadi baru anda akan mendapat organic traffic dari search engine.

Keyword adwords planner adalah sebagai satu tool untuk mendapat tahu berapa ramai yang search keyword itu dilakukan adakah ia 100, 1000 mahupun jumlah yang besar.

Jadi untuk keyword yang saya gunakan adalah apakah itu zika virus yang dimana telah saya update pada 26 Feb 2016 yang lalu.

Teknik Kedua 


Apakah Readability Score
Saya   akan teruskan kepada teknik kedua yang mana mungkin ramai orang tidak tahu mahupun sedar sebenarnya Readability Score ini merupakan salah satu elemen yang penting agak terbaru yang dikeluarkan oleh seacrh engine, bagi merankingkan kedudukan post article anda. 

Info mengenai readability score ini telah diberitahu oleh rakan saya sendiri iaitu fariz luqman.

Jadi apa yang penting sangat readability score ini? Nak tahu baca post ini Readability Score

Jika anda sudah baca anda akan faham apa kepentingan readability score.

Secara ringkasnya, readability score ini berdasarkan skala 0% - 100% dimana lagi tinggi skala anda lagi mudah untuk dibaca content yang ada didalam post anda itu. 

Sebagai contoh jika PR anda adalah 0 dan PR website B adalah 2, jika readability score anda lebih tinggi berbanding website B maka website anda akan berada berdekatan dengan website B mahupun anda akan berada diatas website B. Ini tidak termasuk faktor alexa ranking ya, alexa ranking juga mainkan peranan dalam hal ini.

Jadi untuk post saya mengenai apakah itu zira virus yang baru sahaja 3 hari di postkan sudah berada di page google.com.my yang ketiga. boleh lihat gambar untuk lebih faham. Saya yakin ia akan terus menaik dan menaik.

Maybe, akan ada setengah pembaca saya ini cakap ala post tu belum cukup sebulan lagi mana nak tahu result, okay jika itu yang bermain di fikiran anda. Cuba google.com.my search Surau Di Suria KLCC apa yang anda jumpa? 

Bak kata rakan saya "Keyword Malaysia ni senang je nak tapau bila kena caranya :D".. 
Memang betul, jadi nak tahu cara ini lah yang tengah saya ceritakan ini.

Lazada Malaysia

Teknik Ketiga

Mobile Friendly
Baru masuk teknik ketiga dah panjang bergini, tabahkan hati amik masa untuk tambah ilmu. 

Teknik ketiga ini adalah mobile friendly, mungkin juga ini telah ramai tahu bahawasanya semenjak 21 April 2015 google telah update algorithm untuk siapa website dia lebih mobile friendly lagi tinggi ranking dia.

Untuk mengetahui apa itu mobile friendly boleh baca article disini

Jadi dah bacakan so sekarang faham apa itu mobile friendly. 

Jadi jika blog anda tidak mobile friendly maka ranking anda akan jatuh. 

Okay kita berehat sebentar... 

Jadi sudah tiga teknik saya lontarkan kepada anda dimana ini merupakan teknik yang terbaru dan berkesan, kalau anda telah tahu teknik ini, adakah anda melakukannya? 

Untuk teknik yang lain saya dapat rasakan anda juga telah tahu melalui para penulis lain mengenai teknik SEO ini. Ataupun anda boleh cari disini Label SEO

Okay ini last teknik saya kongsikan untuk masa ini..

Teknik Keempat

Webmaster Bing
Teknik yang terakhir saya akan berikan adalah webmaster. 

Anda tahu terdapat dua webmaster yang mesti anda ada untuk submit website anda. Iaitu
  1. Webmaster Bing
  2. Webmaster Google
Anda tahu apa kelebihannya webmaster bing dan google ni? Nak tahu rujuk post ini

Kegunaan webmaster ini salah satu penyumbang terbesar untuk memasukkan blog anda disearch engine dengan mudah & cepat.

Apa perlu anda lakukan submit kan url blog anda dan juga sitemap blog ada settle. Tunggu ia bantu untuk index url blog anda di google.

Okay setakat ini teknik saya kongsikan.. Nak tahu lebih lanjut boleh komen dibawah.. Kang saya release banyak info nanti bahaya pula.. haha.. Selamat beramal dengan 4 teknik ni ya.. 

Soalan
  1. Adakah saya menggunakan ping entry website?
Jawapan untuk suatu masa dahulu ya saya gunakan tetapi sejak beberapa tahun ini saya telah tidak lagi menggunakannya. 

Keputusanya masih sama malah blog saya lebih tinggi ranking berada di search engine.

Saya juga telah melakukan ujikaji terhadap blog saya sendiri dimana saya tidak menggunakan ping website seperti www.biskutsemperit.my dimana anda boleh Gunakan Keyword Biskut Semperit Tradisional .

   2. Ini sahaja teknik yang saya gunakan?

Jawapan, ini adalah sebahagian.. Tahu maksud sebahagian itu adalah 50% daripada 100%.. Mengikut apa yang saya terangkan ini merupakan teknik yang asas dan penting untuk anda lakukan bagi memasukkan post anda di search engine dan ketahui basic bagaimana kedudukan ranking anda ditentukan. 

Lepas anda dah buat 4 teknik ni, guna teknik lain pula, teknik lain ini la yang lagi 50% itu.

Jadi dengan ilmu yang ada ini anda boleh kaji sendiri blog anda itu.. Jika kena caranya fuh page 1 & 2 tu anda punya la.. 

Banyakkan Membaca dan Combine kan ilmu yang anda ada. Try dan betulkan tengok apa jadi.. 

Study Smart, Gunakan Teknik SEO yang betul2 berkesan sahaja dikekalkan diblog anda okay.

Tips

Jangan gunakan atau elakkan nama entry anda yang baru sama dengan yang telah dipublished. Dari pengalaman salah satu akan disingkirkan dari search engine -.- , belajar dari kesilapan ya.. 

Kenapa jangan guna yang sama? Sebab algorithm yang baru akan mengambil dan mengupdate post yang terkini untuk dipamerkan.. Jika post lama anda itu berada di page 1 top 10 pastu article baru anda itu nama sama or hampir sama, post yang lama itu akan disingkirkan dan article yang baru akan masuk untuk dilistkan , untuk ranking keberapa belum tahu lagi.

Jadi untuk berwaspada sila pastikan setiap entry name or url name untuk entry adalah lain dari post anda yang lain okay.. 

Nak tahu post yang mana? 

Post yang ini Keyword Lama Belajar Adword yang berada di top 10... Keyword baru Belajar Adword - Keyword Planner yang lama punya disingkirkan terus tak jumpa page mana tah.. hahaha.. yang baru ni berada di page kedua (top 20)

Keyword ini memang panas ooo.. haha.. Belajar Adword punya keyword siap ada iklan tapi tu la nak buat macam mana masih belajar, jadi lepas ini tidak ulang lagi dah.

Peringatan

Sila pastikan anda tidak membuat spamming di group2 seperti di google plus community, group facebook atau dimana2 sahaja.

Sila buat post secara berjadual ya.. Oooo, hampir terlupa post berjadual ni pun salah satu teknik.. Teknik Promoting ni mula2 dulu saya cerita sekarang punya ada ubah sedikit flow dia. Nanti ada masa saya bongkarkan.

Untuk makluman jika anda post secara banyak dalam satu masa di google plus community admin akan dapat satu notification post anda sebagai satu spam, admin ada hak untuk accept , remove ataupun ban anda dari community itu.. Jadi buat secara berjadual okay..

Jadi jika anda rasa article ini mungkin bermanfaat kepada rakan anda terus tekan share button okay.

Sekian dari saya,
Teknik SEO Blogahbar





If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

18 ulasan :

  1. seo tu apa ek?
    panjang lebar tp fenin jgk nk mahamkan huhuhu...
    naif sungguh diriku ini dlm dunia blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEO = Search Engine Optimization..

      Dimana contoh kita nak Search What is SEO di Search engine..

      Jadi Search engine ni akan mencari best result untuk menjawab persoalan kita tadi tu..

      Jadi teknik diatas dalam post ini merupakan salah satu cara bagaimana SEO ini berjalan di Search engine..

      Nak faham lagi boleh baca ni..

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization

      Padam
  2. Balasan
    1. Selamat mengamalkannye
      . Welcome

      Padam
  3. Byknya ilmu..pening juge..hehe.mcm mana nak submit url kte kt webmaster n sitemap....? Ttg pertanyaan aryclic tu pada kayu boleh rasanya ssb pnh buat artwork atas kayu jenis mdf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada la banyak.. Ada la ilmu sedikit yang boleh disharekan..

      Ooo nanti ada masa sy buat artikle mcm mana nk submit url di webmaster..

      Padam
  4. Wah ! SEO? Baru saya tau function dia. Selama niy dalam dunia blogger just tau search engine paling basic sahaja. Tapi blog ni dah rungkaikan semua. And banyak pengetahuan boleh dapat. TQ !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah timba ilmu dr article ni..

      Tidak sy rungkaikan semua ni antara yg basic perlu lakukan..

      And banyak lagi cara boleh gunapakai

      Padam
  5. Terlalu byk baca separuh jalan je fhm. jd kne ambil baca. apa2 pun terima kasih yee utk ilmu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, slow2 baca dan fahamkan dan apply..

      Jika berjaya share ilmu dekat blogger2 lain..

      Padam
  6. Terima kasih...bagi blogger seo sangat penting...sebab nak entry terindeks menjadi yang awal muncul bila dicarian...PC pun baru tahu mengenai seo ni sedikit saja..banyak lagi yang perlu dipelajari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. yup betul seo amat penting untuk mendapatkan entry kita berada di top..

      saya pun sama banyak lagi yang perlu belajar juga..

      Padam
  7. terima kasih atas ilmu ni yer..insyaallah akan gunakannya nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. ye boleh cuba gunakan method ni

      Padam
  8. Memang panjang walaupun ada 4 teknik, soaljawab dan tips aje tapi ilmu yang diberi tu sangat berguna. Saya ni memang bukan jenis celik SEO lah senang cerita. Saya menulis blog main tulis aje. Tak tahu hujung pangkal nak tingkatkan pageviews etc.

    Bagus juga baca ilmu macam ni sekali-sekala. Nanti saya nak juga belajar ikut teknik yang diberilah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memanjang untuk diceritakan walaupunn hanya 4 sahaja teknik yang diberikan.. maklum la nk terang bagi faham kena la panjang cerita.

      Yup sekali sekala kena juga belajar pasal seo ni.. best tu.. satu kepuasan bila tengok blog kita berada di top page. :)

      Padam
  9. Terima kasih artikel tersebut.... Kena baca Semula .... Untuk faham kembali.... :-)

    BalasPadam