Review Hotel Equatorial Melaka Review Hotel Equatorial Melaka - The New Minded Review Hotel Equatorial Melaka Review Hotel Equatorial Melaka

Selasa, 9 Februari 2016

Review Hotel Equatorial Melaka

6 comments

Akses kad bilik hotel equatorial Melaka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera hari ni saya ingin membuat sedikit review dan pengalaman ketika berada di Hotel Equatorial Melaka.


king size
Itu merupakan katil bilik saya king size, maaf sepah sedikit penat sangat jalan jem 4 jam atas highway sampai hotel terus landing baru amik gambar.

Apa yang best ketika berada di hotel ini, bilik dia besar selesa , bersih, mempunyai bath tab, air panas, disediakan bantal extra 2 buah dan ada sejadah disediakan dalam almari tidak perlu kita nak call request nak sejadah mudah. Turut menyediakan internet laju juga ooo.. chanel tv pun best serius part ni paling menarik, ada movie latest2 untuk kanak2 hingga ke cerita Hollywood.

Selain itu, masa nak check in dan check out tu, di meja lobby disediakan pemanis mulut ada gula2.. Okay la ada juga makan2 sikit kan sementara nak pegi cari makan.

Hotel ni dekat dengan dataran pahlawan jalan kaki dah sampai, kedai makan pun senang nak cari nak kedai runcit boleh pergi ke 7-eleven berada di depan hotel.

Jika anda berminat untuk berenang di hotel ini ada menyediakan pool, apa yang perlu anda bawa adalah pakaiaan renang. dan ada juga court tenis.

Jika anda nak rasa makanan di café hotel ini boleh cuba ala carte nasi goreng istimewa dalam tu ada satay, rempeyek, sayap ayam goreng, nasi goreng dan sayur.

okay itu saje setakat ini.. selamat bercuti, berhati-hati ketika memandu.



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

6 ulasan :

  1. Ramai juga kawan-kawan bercuti di Melaka pada cuti CNY ni..apa yang menarik di Melaka tu ye? teringin juga nak tahu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo yer ke. Sy pegi Melaka sbb ada kenduri kawen..

      Melaka ada kota a famosa, beca, river cruise, taming sari, coconut shake, tempat2 bersejarah..

      Padam
  2. insya Allah boleh singgah hotel ni nanti kalau ke Melaka...
    terima kasih atas perkongsian!

    BalasPadam
  3. Kakak dan keluarga pernah makan di sini tapi menginap tidur tak lagi.

    BalasPadam
  4. thanks info bro...

    anyway, tq drop by my blog, saya follow sini terus ye...

    BalasPadam