Mac 2016 Mac 2016 - The New Minded Mac 2016 Mac 2016

Ahad, 27 Mac 2016

Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog

7 comments

Tingkatkan Trakfik Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini merupakan soalan jawab bagi soalan yang saya rasa perlu diberikan jawapan yang di beri oleh saudari MummyDearie iaitu teknik untuk tingkatkan trafik blog. Berdasarkan article lama disini

Memandangkan memang saya ingin membuat post ini dan ditanya lagi di dalam komen jadi saya akan terangkan dengan ringkas bagaimana teknik ini yang berkesan. Post ini juga ada berkait rapart dengan entry yang telah saya terbitkan pada masa dahulu Teknik SEO Promoting .

Untuk tingkatkan visitor ini punya ilmu agak susah juga mahu khatam banyak betul berkait rapat dia.. haha.. Jadi disini saya akan fokuskan kepada target visit sahaja, dimana saya lihat ia lebih berkesan dan mudah untuk di ikuti. Selamat membaca dan mengamalkan.

Untuk tingkatkan pageview visitor trafik ini saya boleh pecahkan kepada 2 bahagian

  1. Actual Visitor
  2. Robot Visitor
Actual Visitor adalah manusia yang datang sendiri ke blog anda. Ia akan baca article apa yang ada tulis. 

Robot Visitor pula adalah robot yang datang visit blog / page anda untuk meningkatkan visitor atau view statistik anda. Hurmm ini yang tidak mahu saya tekankan, yang saya lebih suka adalah unique visitor.

Nak buat robot visitor senang je tak susah pun yang paling senang sekali dan paling ketara adalah share di google+ , kalau anda perasan selepas anda share di google+ anda akan dapat 1view secara automatik.

Nak dapat robot visitor boleh google belajar dengan penulis lain ya.

Lihat pembahagian ini
Perkara yang paling saya suka adalah unique visitor dan visit. 

Ini mengikut kefahaman saya dan ilmu saya mengenai visit dan unique visitor.

Visit ini adalah manusia yang datang ke blog anda dan baca article anda, sama ada dia komen atau tidak. 

Unique Visitor ini yang paling saya suka dan saya gelar ia sebagai penaik ranking blog, haha.. Ia datang dari search engine melalui keyword yang beliau type di search engine. 

Ingat ini adalah kefahaman saya sahaja, kalau salah boleh betulkan. Setiap orang punya fahaman lain2.. 

Jadi macam mana nak tingkatkan unique visitor berdasarkan keyword? Nak tahu baca article ini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahagian ini saya akan ceritakan bagaimana untuk mendapatkan real visitor ke blog anda.

Jawapannya adalah dengan "berkawan". 

Berkawan?, Ya berkawan dengan semua blogger. 

Mudah sahaja teknik ini, anda perlu berkawan dengan blogger2, saling bertukar pendapat & exchange link dengan mereka. 

Percayalah, selain anda mendapat visitor yang real anda juga akan mendapat kawan yang ramai.. Siapa tak suka ada kawan kan.. 

Cara untuk membuat kawan diblogger :-
  1. Komen di blog mereka @ tinggalkan link anda sebagai pertukaran ke blog anda

  2. Buat friendlist url blog. 

    Macam saya, saya buat di bookmark dalam folder blogwalking, jadi setiap hari saya akan blogwalking di senarai yang saya buat tu. Repeat2 dan repeat..

  3. Saling bertukar pendapat dengan para blogger.

  4. Membalas komen.

    Ha part ini penting, saya tahu kita ini tak de masa, kalau boleh sila reply komen rakan yang komen tu. Ini akan membuat rakan tu lebih semangat untuk ke blog anda sebab dia rasa komen dia tu dihargai.. Ia juga untuk membuatkan anda nampak sebagai aktif blogger.
Banyak lagi la teknik yang boleh anda lakukan. Tapi pucuk pakal adalah kawan, kawan bila kita down dialah yang akan memberi kita kata-kata semangat untuk bangun semula.

Jadi bagaimana untuk buat teknik promoting ini?

Saya paling suka lakukan dengan melawat 5 blog setiap hari berserta komen. Sometime akan tinggalkan link diblog tersebut.

Mungkin ramai blogger tidak suka link biru ada dikomen andakan. Tapi saya suka, sebab selain dapat trafik saya juga mudah untuk melawat ke blog orang itu.

Contoh :- 

Saya memberikan anda traffik actual, jadi sebagai balasan saya tinggalkan link saya untuk mendapatkan trafik dari anda. Dari result saya akan mendapat Reffering URL dari blog anda.. 


Antara komen yang ada di video ini..

Utilize Backlink





Jadi apa dia code html untuk no follow link, ini dia
Visit my <a href="http://www.example.com/" rel="nofollow">discount pharmaceuticals</a> site.
Contoh lain, kenapa komen di wordpress blog anda perlu isi nama , email , website. Hanya dipaparkan nanti nama anda disertakan link website. Ia konsep sama iaitu untuk mendapatkan trafik yang datang dari manusia sendiri. 

Jadi dengan hanya blogwalking 5 blog setiap hari + 2-3 tambah rakan baru dalam satu hari anda akan berblog lebih kurang 7 website. 

Dijangkakan dari 7 website itu anda akan mendapat actual trafik berserta komen 80% ( 5 orang ) ke website anda. Ini berdasarkan yang saya perhatikan. 5 orang ini adalah 5 orang komen.. Ini statistik yang saya punya la.. kalau anda punya mesti lagi hebat dari saya. 

Ala sikitnya result, okay la tu sebagai permulaan.. Ingat senang ke nak dapatkan pure visitor..

Itu kadang-kadang saya ternampak :-

View post / blog ramai tapi yang komen adalah 0 atau <5 komen. Tapi bila search di search engine tiada pun di top page. Ini boleh tahu ia datang dari robot view ataupun membuat spamming di google+ komuniti. 

Mohon maaf la ya jika ada yang terasa.. huhu.. 

Selain itu, content post anda juga perlu ada kualiti untuk menarik minat pembaca anda akan terus datang baca dan berkomen.

Untuk share dimedia sosial juga salah satu teknik juga, ini mesti dah ramai tahu.. Tapi kalau untuk blogger yang kurang femes macam saya ni result yang dapat adalah tidak memberangsangkan.. haha.. 

Rajin2 la komen dan bertukar link.. Ini lah tips berguna dari saya untuk tingkatkan targeted visitor yang anda pasti ia adalah manusia.

Yang penting berbloglah dengan happy, harmony, berkawan la dengan secara baik dengan para blogger dan ikhlas dalam menulis entry..

Akhirnya setelah berminggu duduk dalam draft untuk mengarang post ini, publish juga hari ini. Hope article ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Kepada ahli group whatsapp Q&A SEO terima kasih atas kejersama anda terhadap asingment yang diberi berkeneaan Penting ke Readability Score terhadap SEO.. Yang belum siap tu, masih menanti anda punya.. 

Sekian,
Teknik SEO Blogahbar.

Read More

Jumaat, 25 Mac 2016

Ukiran Kayu Hello Kitty

3 comments

Hello Kitty
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin bercerita mengenai hasil ukiran kayu hello kitty yang telah saya buat. 

Seperti anda nampak diatas itulah hasilnya setelah siap diwarnakan.

Untuk menghasilkan bentuk ini, peralatan yang diperlukan adalah :-
  1. Jigsaw & Handsaw
  2. Kayu berukuran lebar 5cm tebal 1cm.
  3. Kertas pasir
  4. Acrylic colour

Lakaran Bentuk di kayu

Apa yang perlu anda lakukan, pertama sekali adalah membuat lakaran bentuk hello kitty itu di permukaan kayu. Setelah selesai anda membuat lakaran itu, anda boleh memotong ikut lakaran yang telah anda lakukan itu menggunakan jigsaw dan handsaw.

Setelah siap dipotong seperti gambar dekat atas ini, anda boleh melakukan proses sanding menggunakan kertas pasir, ini bertujuan untuk memberi permukaan kayu itu lebih licin dan sekata. 

Setelah siap proses sanding, anda boleh mula melakukan proses pewarnaan menggunakan acrylic colour. 

Acrylic Colour
 Acrylic colour ini anda boleh dapatkan dikedai buku seperti popular bookstore, terdapat pelbagai jenis acrylic colour disediakan ada yang dalam tube besar dan kecil. 

Tapi acrylic colour yang diguna oleh saya ini adalah dari Mr. D.I.Y jenama MBGI-WAP berharga dalam RM10 untuk satu set ada 12 warna seperti dalam gambar diatas. Agak murah juga brand ni tapi perwarnaan dia memuaskan.. Berbaloi la dengan harga yang anda laburkan untuk beli acrylic colour ni. 

Warna yang digunakan adalah putih, kuning dan merah. Tapi paling banyak sekali yang digunakan adalah warna putih.

Cara untuk mewarna adalah, pertama sekali anda perlu warnakan permukaan kayu itu dengan warna putih. Buat la beberapa lapisan ikut suka anda. 

Selepas dah kering anda boleh mewarnakan reben diatas kepala hello kitty itu dengan warna merah dan outline guna marker P70. 

Selepas siap anda boleh warnakan baju dia ikut kretiviti anda, macam hello kitty saya ini saya warnakan menggunakan warna kuning dan outline warna hitam marker P70.

Selepas siap proses warna biarkan ia kering, kalau dapat letak bawah cahaya matahari lagi bagus.. 

Lepas itu siap.. Boleh dah guna dan boleh diberi sebagai hadiah, souvenir or kegunaan sendiri.

Hello Kitty
Jadi ini lah hasilnya setelah siap dikeringkan. 

Fungsi Hello kitty yang saya buat ini sebagai pemberat kertas. Kalau anda nak buat keychain pun boleh tapi nanti kenalah tebuk lubang sikit dekat atas kepala hello kitty ini. 


Read More

Sabtu, 19 Mac 2016

Adakah HTTPS Penting dalam SEO Ranking ?

Leave a Comment

https
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Adakah HTTPS Penting dalam SEO Ranking ?

Jadi Adakah penggunaan HTTPS Penting dalam SEO Ranking di search engine google? 

Ya, pada tahun 2014 google sendiri telah memberitahu bahawasanya website atau blog yang telah menggunakan https ini akan diberi kelebihan didalam ranking di search engine. 

Kenapa google berkata sedemikian? Ini bagi memastikan setiap pengguna yang menggunakan talian internet berada di dalam security web access.  

Jadi kenapa anda masih tidak menggunakan https ini sedangkan hampir 2 tahun dah perkara ini berlangsung.. Amat rugi kepada anda yang masih tidak bertukar dari http kepada https. 

Bagaimana rupa bentuk https ini?


Anda boleh lihat di url web address ada tulis perkataan https seperti gambar diatas. Jika anda nampak tulisan tersebut ini bermakna laman web yang anda akses tu berada didalam encrypted dan selamat untuk dimasuki. 

Seperti post saya yang sebelum ini ada membicangkan didalam penggunaan https ini antara salah satu teknik SEO yang terbaru yang perlu anda tahu.  

Walaupun terdapat banyak teknik untuk berada di dalam top ranking search engine itu sendiri, peluang yang telah diberitahu sepatutnya anda tidak boleh lepaskan terus bertindak dan bertukar kepada https. 

Flow https respond
Jadi bagaimana flow ia berlaku yang dikatakan selamat ini? Apabila anda membuka laman web jika website itu mempunyai https ia akan menghantar signal kepada server yang membuat certificate terlebih dahulu kemudian baru mengeluarkan responses dan encrypted kepada anda bagi memastikan anda selamat untuk berada didalam laman web tersebut.

Sebagai contoh untuk memudahkan kenapa penting https ini perlu digunapakai didalam website anda? Boleh tengok gambar di bawah ini:-

Flow https process

Jadi sekarang anda boleh nampakkan kenapa penggunaan https ini sangat penting dan diambil serius oleh google search engine didalam ranking website dan article.

Sekarang ini terdapat provider yang memberi akaun percuma untuk anda bertukar daripada http kepada https ini antaranya adalah cloudflare dan baru-baru ini saya ada terlihat di dashboard blogger ada bahagian untuk pergunaan https ini jadi anda boleh terus swith on https ini. Tidak rugi pun kalau anda bertukar kepada https ini.

Dapatkan domain termurah hanya $0.88

Read More

Rabu, 16 Mac 2016

Upgrade Windows 10 Secara Percuma

4 comments

Windows 10
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai upgrade windows 10 secara percuma.

Yeah, betul anda boleh dapatkan secara percuma upgrade window 7 or 8.1 kepada windows 10. 

Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapat upgrade percuma ini adalah pastikan window anda itu adalah activate dan sah. Selepas itu akan ada satu ikon lambang window 10 di taskbar seperti di dalam gambar di bawah ini;

Ikon window 10 di task bar
Apabila ikon itu muncul anda perlu klik pada ikon itu untuk memulakan proses memuat turun data yang diperlukan bagi proses installation windows 10 tersebut. Saiz file yang akan di download lebih kurang 2.6Gb, jadi sila pastikan internet anda dalam keadaan yang okay dan stable ya sebelum anda memulakan proses memuat turun. 

Hampir Siap 99% dah

Selepas anda siap download windows 10 tu, ia akan bagi pilihan ikut ja pilihan tu, nanti ia akan restart komputer anda dan memulakan proses upgrading. yeah saya punya 99% dah. Hampir siap.

Selamat Datang ke Windows 10!

Setelah proses installation anda berjaya, paparan seperti diatas akan muncul.
Welcome to windows 10!

Langkah seterusnya anda perlu lakukan adalah tekan next.

Going Fast
Jadi bila tekan next tu, paparan sebegini akan anda nampak, ia akan ceritakan kenapa perlu pilih windows 10.

New apps for new windows

Hampir siap installation

Setelah siap anda melakukan setting yang diperlukan, paparan login password perlu anda lakukan, interface untuk login hampir sama macam windows 8 iaitu ada background gambar kena klik di situ baru boleh masuk password.

Password yang dimasukkan adalah password yang sama macam anda guna windows sebelum anda upgrade tu, kalau tak de password just tekan enter sahaja..

Seterusnya proses yang terakhir adalah proses untuk menyusun semula data-data yang ada didalam hard disk anda itu..

New Features

Data anda di letakkan kembali ditempat asal
Jika tiada sebarang error ketika proses upgrading, kesemua file yang ada didalam hard disk anda akan berada di tempat yang sama seperti anda simpan sebelum proses upgrading. 

Yang part ni paling seronok, kebiassannya bila kita reformat windows kesemua data akan hilangkan, tapi untuk upgrading ke windows 10 ni jangan risau file anda akan selamat.

Tapi bagi langkah berjaga-jaga anda perlu untuk membuat backup file yang anda rasa penting okay.

Yang ni setuju


Siap..

Akhirnya siap dah upgrade ke windows 10 ni..

Mungkin anda risau kalau upgrade ke windows 10 software yang anda ada tidak boleh guna. Okay jika yang tu anda risau anda hanya perlu install software tersebut dan right klik di icon software tu pilih troubleshoot compatibility nanti anda perlu pilih window yang anda guna sebelum ni.

Okay mari lihat langkah yang saya sediakan dibawah ni :-


Langkah 1

Bila anda dah siap install software yang anda inginkan tu, kan nanti ada shortcut desktop icon untuk software itu.

Apa yang perlu anda lakukan right klik pilih troubleshoot compatibility macam gambar diatas ni.

Langkah 2


Lepas anda klik troubleshoot tu, ia akan memulakan proses untuk mencari apa masalah yang timbul tu. Lepas dah siap paparan dibawah ini akan muncul.

Langkah 3


Okay lepas dah siap mencari masalah, paparan diatas akan muncul, jadi pada saya, saya akan pilih pilihan pertama iaitu "Try recommended setting" nanti ia akan cuba solve dan paparan dibawah ni akan muncul.

Langkah 4

Sebelum anda tekan next, anda boleh dulu untuk test program tu adakah ia selesai masalah or tidak lepas tu anda boleh tekan next.

Langkah 5
 Okay ini langkah terakhir, jika tiada masalah anda boleh tekan pilihan pertama iaitu "Yes, save these settings for this program"

Okay siap..

Jika anda tanya pengalaman saya ketika menggunakan windows 10 ni.

Pertama sekali jika anda ada install software yang pelik2 saya sarankan uninstall dahulu sebelum memulakan proses upgrading. Hanya tinggalkan software yang peting sahaja seperti microsoft office, software yang anda rasa tak penting boleh uninstall. Ni bagi untuk mengelakkan erorr berlaku.

Lepas saya dah siap install windows 10, saya mengalami conflict error terhadap software antivirus ini maybe salah saya sendiri sebab tak uninstall dia dahulu.. Jadi terpaksa saya reset pc boleh baca disini Reset Window 10 , bila anda lakukan reset ni segala software yang telah di install akan dipadamkan.

Seterusnya, antivirus yang saya sarankan anda guna adalah avira sebab sebelum ni saya guna avg ia agak lambat untuk boot dan masih tidak compatible bagi saya. itu yang ada erorr tu.. maaf saya memang uninstall avg dan install avira.

Boot dan shutdown memang laju.. fuh sama macam windows 8.. okay yang ni menarik.

Interface yang baru lebih menarik dan agak userfriendly juga berbanding windows 8. Kalau anda risau ala tak reti la nak guna interface baru ini.. Jangan anda risau ia lebih kurang sama macam windows 7 tapi ni lebih canggih dan cantik lebih tersusun..

Okay yang selebihnya anda boleh la try explore lepas dan install dan baca di website windows sendiri New Feature Window 10



Read More

Ahad, 13 Mac 2016

Panduan Untuk Menulis Blog

Leave a Comment


Login Page
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin memberikan secara ringkas mengenai panduan untuk menulis blog menggunakan blogspot.

Panduan ini saya tujukan kepada mereka yang baru ingin menceburi dalam dunia blogger, selamat datang saya ucapkan dan selamat mencuba panduan ini ya.

Langkah Pertama

Login Page
  1. Anda perlu menaip www.blogger.com dan tekan enter.
  2. Paparan seperti di atas akan muncul, anda perlu sign in ke google account anda dengan memasukkan email address dan tekan next dan masukkan paswword tekan sign in.
Langkah Kedua

Homepage blog anda

  1. Selepas anda telah berjaya sign in paparan seperti diatas akan muncul, di paparan ini akan memaparkan kesemua blog yang dikendalikan didalam akaun anda.
Banyak betul blog yang dikendalikan oleh saya.. hehe..

Langkah Ketiga

Shortcut Button untuk menaip
  1. Bagi memulakan proses menaip entry post anda, anda boleh terus menekan button yang ada logo pensel tu. Macam dalam gambar diatas yang saya highlightkan dengan box merah.
Langkah Keempat

Paparan untuk menaip entry anda
  1. Setelah berjaya anda menekan button tadi, paparan seperti diatas ini akan muncul.
  2. Di ruang atas Post Title itu adalah nama tajuk entry yang akan anda tulis, Sebagai contoh untuk entry kali ini tajuk dia adalah berkenaan "Panduan Untuk Menulis Blog" dan isi kandungannya adalah berkenaan cara-cara untuk menulis blog.
  3. Di bawah post title itu ada menu bar dimana disitu adalah untuk anda mengubah gaya bentuk jenis tulisan symbol "F" , mengubah saiz tulisan symbol"tT", Pertukaran warna tulisan di Symbol "A".
  4. Bagi untuk memuat naik gambar masuk kedalam post anda itu, di menu bar ada satu symbol yang berbentuk gambar seperti saya highlight dalam gambar diatas. Setelah berjaya diloading paparan seperti dibawah ini akan muncul.
Memuat Naik File Gambar
  1. Paparan diatas akan muncul setelah berjaya anda clik button gambar tadi.
  2. Bagi memuat naik gambar, anda boleh menekan choose file untuk memuat naik gambar daripada laptop atau komputer anda.
  3. Selepas itu anda perlu menekan gambar yang telah berjaya diupload tadi dan tekan button biru add selected untuk memasukkan gambar tadi kedalam Post anda.

Langkah Kelima
Publish
  1. Setelah article anda siap ditulis perkara terakhir yang perlu anda lakukan adalah publish post anda.
  2. Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan button publish seperti saya highlightkan didalam gambar diatas, jika tiada sebarang erorr article anda akan berjaya dipublish.
Itu sahaja langkah mudah untuk anda praktikkan bagi menulis blog kepada mereka yang masih baru didalam dunia blogger dan masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan menulis post entry.

Sekian, Terima Kasih.

Read More

Saya Kembali Semula

4 comments

Harga repair barang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya kembali semula, bulan ini banyak betul masalah saya hadapi...

Minggu lepas laptop ni punya internal hard disk rosak.. Jadi hari tu dah ganti beli internal hard disk baru 1tb harga RM235..

Lepas tu tiga hari lepas chipset grafik pula rosak... Adoi.. Nak tukar lagi memang bajet lari la ceritanya sebab baru je tukar hard disk lain pula rosaknya..

Jadi saya pun sibuk la mencari kedai mana la yang boleh repair masalah ni kan, ada yang harga terlampau mahal ada yang averange last sekali jumpa satu kedai ni memang berpatutan harga dia.. alhamdulillah..

Ceritanya begini, waktu kejadian laptop ni tengah update windows, jadi lepas dia dah siap macam biasalakan kita tutup, lepas tu petang tu nak dibuka tak boleh.. Display screen jadi hitam dengan button caps lock and satu button atas scroll tu berkelip - kelip..

Masa tu dah risau dah, ni macam motherboard or chip yang rosak ni, tapi bila check hard disk running so bukan la motherboard rosak. Jadi keesokkan harinya pergi la mencari kedai laptop untuk buat full test cari apa masalah dekat laptop ni. Malam tu saya call dia kata dah siap and working chipset display yang rosak..

Ya Allah, masa tu dalam otak memang dah fikir dah ni confirm tak lari RM300 ni kalau nak tukar baru, adoi kalau memang totally rosak terpaksa la tukarkan.. Jadi saya pun pergi sana dia cakap ada 2 option

  1. Tukar baru chipset grafik
  2. Repair sahaja.. 
Jadi saya tanya la kalau repair sahaja berapa harga, dia bagi tahu sekian harga..wow.. memang lari dari expected price yang saya taarget la so saya kata tak pela. Jadi bayar la dekat dia upah untuk test laptop RM35..

Jadi keesokkan harinya pada hari Jumaat pergi lagi saya mencari kedai laptop katanya di tempat tu harga berpatotan.. Pergi2 sana dia bagi tahu harga ini, memang berpatutan.. Nak tukar baru un dalam RM300 je dia cakap okay harga memang berpatutan.

So saya cakap la kalau boleh digunakan lagi just repair je sebab bajet dah lari kalau nak tukar baru kan, yela minggu lepas baru je abis RM235 tukar hard disk tak kan minggu ni nak habis lagi RM300 pergh dua minggu dekat RM535 la law nak tukar baru.. Memang tidok la citernye.. 

Jadi bro tu cakap tak pe saya check dulu kalau perlu tukar baru saya bagi tahu kita confirmkan semula, jadi saya pun kata okay la macam tu.

So setelah 24 jam, hari ni hari sabtu jam 11.00 am saya call tanya macam mana laptop tu, dia cakap tengah test and masih boleh guna lagi chipset tu.. Alhamdulillah lega bila dengar dia cakap macam tu.. Pastu jam 2.00pm tadi dia call kata dah siap.. Laju betul servis dia, maybe sebab dah biasakan dia buat keje ni, sebab semalam masa hantar tu lagi dia dah cakap dalam 2-4 jam je boleh siap kalau nak repair sahaja.

Jadi jam 2 lebih saya pun keluar la pergi amik laptop tu.. Masih okay lagi and ada warranty 30 hari dia bagi.. 

Hope lepas ni tak de dah lah problemnye.. 

Tips untuk elak masalah ini :-

  1. Guna cooling fan pad jika guna laptop.
  2. Perlu bersihkan kipas laptop.
  3. Jangan guna sampai laptop panas.
Part yang bersihkan kipas laptop tu yang penting sekali, sebab berhabuk jadi laptop ni panas bila panas ha ada la part yang akan problem nanti tu.

Jadi kepada mereka yang nak join group whatsaapp saya tu untuk belajar SEO (article ni) boleh la daftar ya ni link nye DAFTAR SINI

Maafla memang nasib tak baik betul bulan ni..



Read More

Rabu, 9 Mac 2016

Nak 20 Orang yang Nak Belajar

33 comments

Klik Untuk Join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini saya tetiba baik hati lagi murah hati nak cari 20 orang yang nak belajar SEO.

20 orang ni akan dimasukkan kedalam satu group whatsapp. Disini akan berlakunya sesi Q&A dan beberapa tips saya akan ajar. 

Selain itu, group ni juga akan berlakunya bertukar pandangan antara ahli group mengenai keyword yang sesuai, tips2 dari kalangan ahli sendiri dan lain-lain.. Tiada caj bayaran akan dikenakan untuk join.

Untuk permulaan ini saya nak try untuk 20 orang dahulu tengok responsive dia bagaimana.. 

Lepas mereka ni dah berjaya.. Insyallah saya akan buka lagi untuk mengajar anda yang lain..

Siapa yang layak untuk join ni?

Saya utamakan kepada blogger yang berminat nak belajar dan blogger baru tubuh dari tahun 2015.

Dimana blogger yang baru tubuh yang masih tidak mahir atau tiada basic mengenai SEO boleh join group ini untuk mengetahui basic SEO yang dikongsikan daripada kalangan ahli lain dan saya sendiri.. 

Ia sebagai satu medium untuk memudahkan anda dapat info mengenai SEO itu, sambil anda terus belajar mencari dan membaca article2 yang banyak di internet yang diterbitkan oleh para penulis lain.

Criteria yang saya mahu adalah :-

  1. Sporting
  2. Tak banyak Songeh
  3. Blogger Aktif
  4. Berminat Nak belajar
  5. TAK Mudah Lupa Diri
  6. Bukan JenisTikam Belakang @ Cakap belakang

Ini antar top post saya di search engine... 





Jadi jika anda berminat boleh la isi form dibawah ni...

Jika lebih 20 orang saya akan tapis dahulu... 

Jika berminat nak join sila klin button dibawah ini untuk isi form.




Penyertaan di tutup buat masa ini...


Copy Code di bawah ni untuk promote this entry ke blog anda.. Dengan tajuk " Nak 20 Orang yang Nak Belajar "


Read More

Selasa, 8 Mac 2016

Happy International Women Day 2016 ahmadhasif.my want to give Gift

4 comments

Today  is international women day
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Today when I log in in my account facebook at 3.00am this morning I see this banner, Happy International Women Day 2016 especially to all my followers blogger in this site and google plus.

Today  is my first time I write in English yoo in my blog, wow that is improvement to me. Actually my English is not so good, my muet test just got band 2 but now me still studying at degree level. Alhamdulillah. 

To all junior out there that want to take muet make sure you get atleast band 3 okay, dont be like you senior ni band 2 ja.

So today I want to give some gift to all my subcriber , follower on this blogger and also at google plus. Want see what gift I want to release?

This wing design
Wow.. This customize design for header blog I want to give to all my subscriber in my email list. 

The word at the center the black one can be change to your word, while in the premium want it don't have the watermark my blog url address. 

If you want to get this customize header blog just put your name and email at end of this post entry.

Please kindly share this post to all your women friends blogger and facebook to get this nice customize header blog.

Happy Women Day 2016.


Bila dah masuk email subcribe ni nanti verify dekat email anda ye.

Happy Women Day 2016, subcribe to our mailing list to get monthly customize header for FREE

* indicates required





Read More

Beli Domain Termurah Hanya 0.88 .xyz

2 comments

Namecheap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda berkenaan beli domain termurah hanya 0.88 .xyz.

Ya hanya USD0.88 sahaja anda dah boleh dapat domain xyz. Lepas convert jadi la dalam RM4.47 setahun.. Murah kan..

Saya dah beli satu domain .xyz ni untuk adik saya, katanya nak berblog alang-alang ada domain murah ni kita amik je la dulukan..

Dalam masa 24 jam blog dia dah listed dah dalam search engine google.. Fuh lajukan listed.. Al maklum lah domain berbayarkan, mana tak lajunya.. nak tahu domain ape? Ni ha tengok gambar bawah ni..

Search Engine No.3

Dengan keyword Ahmad Haziq dalam masa 24 jam dah di search engine page 3. Fuh hasil tangan abang dia amik melekat ha seo tu dekat blog kau dik.. haha.. korang kalau nak belajar macam mana saya buat ha baca post ini Teknik SEO memikat hati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Namecheap.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi macam mana nak dapatkan domain termurah ini? Jom baca step di bawah ini..

Langkah Pertama


1. Pergi ke website ini NameCheap

Langkah Ke-2



2. Lepas itu ada ruang untuk isi nama address yang anda nak, isi la apa nama address anda nak lepas tu click search.

Langkah Ke-3


3. Nampak kan ada $0.88 punya tab? Ha click situ. dan Pilih domain apa yang anda nak lepas tu klik gambar bakul tu.


Langkah Ke- 4


4. Lepas dah Clik Bakul nanti dia akan masuk ke sidebar tu, click view cart

Langkah Ke-5



5. Dekat langkah ini anda boleh pilih apa lagi service yang nak guna, macam saya amik yang free untuk satu tahun sahaja. Lepas itu klik confirm order.

Langkah Ke-6

6. Anda perlu sign ke akaun anda terlebih dahulu sebelum nak proceed pembayaran. Daftar Akaun

Langkah Ke-7


7. Selepas anda dah isi kesemua data yang diperlukan, anda boleh terus payment menggunakan paypal lagi senang. 

Untuk guna di paypal anda perlu buka akaun paypal. Lepas tu kalau nak guna debit kad perlu call dulu center bank untuk verify pembayaran menggunakan mata wang asing di paypal. Lepas tu dah boleh guna.

Dah settle, klik check out button paypal > sign in akaun paypal > isi detail > submit 

Lepas itu tunggu, sila pastikan internet conection itu okay ye.. Nanti anda akan redirect semula ke webpage namecheap untuk diberitahu bahawa transaction telah berjaya.. And then simpan resit pembelian. Dah siap, boleh guna dah url tu.

Jom dapatkan sekarang, limited time offer je ni.. Jom ramai-ramai2 kita guna domain berbayar hanya $0.88 je untuk tahun pertama murah tu.. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah Klik Link Namecheap ni


Read More