Saya Kembali Semula Saya Kembali Semula - The New Minded Saya Kembali Semula Saya Kembali Semula

Ahad, 13 Mac 2016

Saya Kembali Semula

4 comments

Harga repair barang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya kembali semula, bulan ini banyak betul masalah saya hadapi...

Minggu lepas laptop ni punya internal hard disk rosak.. Jadi hari tu dah ganti beli internal hard disk baru 1tb harga RM235..

Lepas tu tiga hari lepas chipset grafik pula rosak... Adoi.. Nak tukar lagi memang bajet lari la ceritanya sebab baru je tukar hard disk lain pula rosaknya..

Jadi saya pun sibuk la mencari kedai mana la yang boleh repair masalah ni kan, ada yang harga terlampau mahal ada yang averange last sekali jumpa satu kedai ni memang berpatutan harga dia.. alhamdulillah..

Ceritanya begini, waktu kejadian laptop ni tengah update windows, jadi lepas dia dah siap macam biasalakan kita tutup, lepas tu petang tu nak dibuka tak boleh.. Display screen jadi hitam dengan button caps lock and satu button atas scroll tu berkelip - kelip..

Masa tu dah risau dah, ni macam motherboard or chip yang rosak ni, tapi bila check hard disk running so bukan la motherboard rosak. Jadi keesokkan harinya pergi la mencari kedai laptop untuk buat full test cari apa masalah dekat laptop ni. Malam tu saya call dia kata dah siap and working chipset display yang rosak..

Ya Allah, masa tu dalam otak memang dah fikir dah ni confirm tak lari RM300 ni kalau nak tukar baru, adoi kalau memang totally rosak terpaksa la tukarkan.. Jadi saya pun pergi sana dia cakap ada 2 option

  1. Tukar baru chipset grafik
  2. Repair sahaja.. 
Jadi saya tanya la kalau repair sahaja berapa harga, dia bagi tahu sekian harga..wow.. memang lari dari expected price yang saya taarget la so saya kata tak pela. Jadi bayar la dekat dia upah untuk test laptop RM35..

Jadi keesokkan harinya pada hari Jumaat pergi lagi saya mencari kedai laptop katanya di tempat tu harga berpatotan.. Pergi2 sana dia bagi tahu harga ini, memang berpatutan.. Nak tukar baru un dalam RM300 je dia cakap okay harga memang berpatutan.

So saya cakap la kalau boleh digunakan lagi just repair je sebab bajet dah lari kalau nak tukar baru kan, yela minggu lepas baru je abis RM235 tukar hard disk tak kan minggu ni nak habis lagi RM300 pergh dua minggu dekat RM535 la law nak tukar baru.. Memang tidok la citernye.. 

Jadi bro tu cakap tak pe saya check dulu kalau perlu tukar baru saya bagi tahu kita confirmkan semula, jadi saya pun kata okay la macam tu.

So setelah 24 jam, hari ni hari sabtu jam 11.00 am saya call tanya macam mana laptop tu, dia cakap tengah test and masih boleh guna lagi chipset tu.. Alhamdulillah lega bila dengar dia cakap macam tu.. Pastu jam 2.00pm tadi dia call kata dah siap.. Laju betul servis dia, maybe sebab dah biasakan dia buat keje ni, sebab semalam masa hantar tu lagi dia dah cakap dalam 2-4 jam je boleh siap kalau nak repair sahaja.

Jadi jam 2 lebih saya pun keluar la pergi amik laptop tu.. Masih okay lagi and ada warranty 30 hari dia bagi.. 

Hope lepas ni tak de dah lah problemnye.. 

Tips untuk elak masalah ini :-

  1. Guna cooling fan pad jika guna laptop.
  2. Perlu bersihkan kipas laptop.
  3. Jangan guna sampai laptop panas.
Part yang bersihkan kipas laptop tu yang penting sekali, sebab berhabuk jadi laptop ni panas bila panas ha ada la part yang akan problem nanti tu.

Jadi kepada mereka yang nak join group whatsaapp saya tu untuk belajar SEO (article ni) boleh la daftar ya ni link nye DAFTAR SINI

Maafla memang nasib tak baik betul bulan ni..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

4 ulasan :

  1. Macam macam dugaan. Sabo je la ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah itu la.. macam2 betul dugaan minggu ni..

      Padam
  2. huhu....blogger tanpa laptop memang macam mimpi ngeri....alhamdulillah laptop dah ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tu.. mimpi ngeri selama dua minggu.. ahha.. alhamdulillah so far ok lg laptop nie..

      Padam