Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog - The New Minded Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog

Ahad, 27 Mac 2016

Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog

7 comments

Tingkatkan Trakfik Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini merupakan soalan jawab bagi soalan yang saya rasa perlu diberikan jawapan yang di beri oleh saudari MummyDearie iaitu teknik untuk tingkatkan trafik blog. Berdasarkan article lama disini

Memandangkan memang saya ingin membuat post ini dan ditanya lagi di dalam komen jadi saya akan terangkan dengan ringkas bagaimana teknik ini yang berkesan. Post ini juga ada berkait rapart dengan entry yang telah saya terbitkan pada masa dahulu Teknik SEO Promoting .

Untuk tingkatkan visitor ini punya ilmu agak susah juga mahu khatam banyak betul berkait rapat dia.. haha.. Jadi disini saya akan fokuskan kepada target visit sahaja, dimana saya lihat ia lebih berkesan dan mudah untuk di ikuti. Selamat membaca dan mengamalkan.

Untuk tingkatkan pageview visitor trafik ini saya boleh pecahkan kepada 2 bahagian

  1. Actual Visitor
  2. Robot Visitor
Actual Visitor adalah manusia yang datang sendiri ke blog anda. Ia akan baca article apa yang ada tulis. 

Robot Visitor pula adalah robot yang datang visit blog / page anda untuk meningkatkan visitor atau view statistik anda. Hurmm ini yang tidak mahu saya tekankan, yang saya lebih suka adalah unique visitor.

Nak buat robot visitor senang je tak susah pun yang paling senang sekali dan paling ketara adalah share di google+ , kalau anda perasan selepas anda share di google+ anda akan dapat 1view secara automatik.

Nak dapat robot visitor boleh google belajar dengan penulis lain ya.

Lihat pembahagian ini
Perkara yang paling saya suka adalah unique visitor dan visit. 

Ini mengikut kefahaman saya dan ilmu saya mengenai visit dan unique visitor.

Visit ini adalah manusia yang datang ke blog anda dan baca article anda, sama ada dia komen atau tidak. 

Unique Visitor ini yang paling saya suka dan saya gelar ia sebagai penaik ranking blog, haha.. Ia datang dari search engine melalui keyword yang beliau type di search engine. 

Ingat ini adalah kefahaman saya sahaja, kalau salah boleh betulkan. Setiap orang punya fahaman lain2.. 

Jadi macam mana nak tingkatkan unique visitor berdasarkan keyword? Nak tahu baca article ini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahagian ini saya akan ceritakan bagaimana untuk mendapatkan real visitor ke blog anda.

Jawapannya adalah dengan "berkawan". 

Berkawan?, Ya berkawan dengan semua blogger. 

Mudah sahaja teknik ini, anda perlu berkawan dengan blogger2, saling bertukar pendapat & exchange link dengan mereka. 

Percayalah, selain anda mendapat visitor yang real anda juga akan mendapat kawan yang ramai.. Siapa tak suka ada kawan kan.. 

Cara untuk membuat kawan diblogger :-
  1. Komen di blog mereka @ tinggalkan link anda sebagai pertukaran ke blog anda

  2. Buat friendlist url blog. 

    Macam saya, saya buat di bookmark dalam folder blogwalking, jadi setiap hari saya akan blogwalking di senarai yang saya buat tu. Repeat2 dan repeat..

  3. Saling bertukar pendapat dengan para blogger.

  4. Membalas komen.

    Ha part ini penting, saya tahu kita ini tak de masa, kalau boleh sila reply komen rakan yang komen tu. Ini akan membuat rakan tu lebih semangat untuk ke blog anda sebab dia rasa komen dia tu dihargai.. Ia juga untuk membuatkan anda nampak sebagai aktif blogger.
Banyak lagi la teknik yang boleh anda lakukan. Tapi pucuk pakal adalah kawan, kawan bila kita down dialah yang akan memberi kita kata-kata semangat untuk bangun semula.

Jadi bagaimana untuk buat teknik promoting ini?

Saya paling suka lakukan dengan melawat 5 blog setiap hari berserta komen. Sometime akan tinggalkan link diblog tersebut.

Mungkin ramai blogger tidak suka link biru ada dikomen andakan. Tapi saya suka, sebab selain dapat trafik saya juga mudah untuk melawat ke blog orang itu.

Contoh :- 

Saya memberikan anda traffik actual, jadi sebagai balasan saya tinggalkan link saya untuk mendapatkan trafik dari anda. Dari result saya akan mendapat Reffering URL dari blog anda.. 


Antara komen yang ada di video ini..

Utilize Backlink





Jadi apa dia code html untuk no follow link, ini dia
Visit my <a href="http://www.example.com/" rel="nofollow">discount pharmaceuticals</a> site.
Contoh lain, kenapa komen di wordpress blog anda perlu isi nama , email , website. Hanya dipaparkan nanti nama anda disertakan link website. Ia konsep sama iaitu untuk mendapatkan trafik yang datang dari manusia sendiri. 

Jadi dengan hanya blogwalking 5 blog setiap hari + 2-3 tambah rakan baru dalam satu hari anda akan berblog lebih kurang 7 website. 

Dijangkakan dari 7 website itu anda akan mendapat actual trafik berserta komen 80% ( 5 orang ) ke website anda. Ini berdasarkan yang saya perhatikan. 5 orang ini adalah 5 orang komen.. Ini statistik yang saya punya la.. kalau anda punya mesti lagi hebat dari saya. 

Ala sikitnya result, okay la tu sebagai permulaan.. Ingat senang ke nak dapatkan pure visitor..

Itu kadang-kadang saya ternampak :-

View post / blog ramai tapi yang komen adalah 0 atau <5 komen. Tapi bila search di search engine tiada pun di top page. Ini boleh tahu ia datang dari robot view ataupun membuat spamming di google+ komuniti. 

Mohon maaf la ya jika ada yang terasa.. huhu.. 

Selain itu, content post anda juga perlu ada kualiti untuk menarik minat pembaca anda akan terus datang baca dan berkomen.

Untuk share dimedia sosial juga salah satu teknik juga, ini mesti dah ramai tahu.. Tapi kalau untuk blogger yang kurang femes macam saya ni result yang dapat adalah tidak memberangsangkan.. haha.. 

Rajin2 la komen dan bertukar link.. Ini lah tips berguna dari saya untuk tingkatkan targeted visitor yang anda pasti ia adalah manusia.

Yang penting berbloglah dengan happy, harmony, berkawan la dengan secara baik dengan para blogger dan ikhlas dalam menulis entry..

Akhirnya setelah berminggu duduk dalam draft untuk mengarang post ini, publish juga hari ini. Hope article ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Kepada ahli group whatsapp Q&A SEO terima kasih atas kejersama anda terhadap asingment yang diberi berkeneaan Penting ke Readability Score terhadap SEO.. Yang belum siap tu, masih menanti anda punya.. 

Sekian,
Teknik SEO Blogahbar.

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

7 ulasan :

  1. Wahh detail terbaik.. ada ilmu aku baca hari ini.. :)

    www.mejuez.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Bagus la ada ilmu yg dpt..
      Lepas ni boleh praktikkan guna no follow link dalam buat entry post..

      Padam
  2. Terima kasih untuk artikel ini. Saya memang ramai berkawan kerana mula berblogging pun dengan niat untuk menambah kawan dan berkongsi cerita yang boleh (= merapu meraban sebenarnya, minat saya ^_^) Tapi itulah disebabkan blog saya ni blog personal, memang kena rajin 'berkawan'. Kalau kita 'diam' aje, merundumlah unique visitors. Mungkin saya pun tak berapa pandai bermain dengan keywords kot. Tapi yang penting, bila menulis ada yang membaca dan mengomen, saya dah cukup gembira.

    Ya, saya pun berpendapat macam tu. Kalau orang mengomen, kita seeloknya membalas komen kerana bagi sesetengah orang, itu tanda dihargai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Ye betul tu, kalau kita diam je merundum la trafik ke blog kan.. hehe.

      Tidak susah mana pun nak belajar keywords paling senang disearch engine tu kita taip je perkataan dan akan keluar suggestion words kan boleh je guna itu sebagai tajuk posting or ubah sedikit untuk generate idea untuk tajuk posting.

      Padam
  3. ok...dah jumpa jawapan
    memang sebab blogwalking, benda yang paling tak buat
    haha...jenuh nak memulakan balik ni
    anyway nice sharing AH, banyak belajar ni

    BalasPadam