Ukiran Kayu Hello Kitty Ukiran Kayu Hello Kitty - The New Minded Ukiran Kayu Hello Kitty Ukiran Kayu Hello Kitty Ukiran Kayu Hello Kitty Langkau ke kandungan utama

Guna Anydesk remote Desktop Ofis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman Work From Home atas perintah kawalan pergerakan yang diisytiharkan baru-baru ini.

Mungkin adanya yang terfikir bagaimana nak buat kerja dari rumah sedangkan PC semua dekat ofis tu guna internal LAN connection antara server ke Desktop Ofis. Nak buat kerja dari rumah macam mana kan.

Ya itu semua bermain diminda anda sekarang ni.

Zaman dah maju semua teknologi sudah ada, alasan jangan diberi. Jika tidak tahu banyak membaca ataupun tanya kepada mereka yang arif.

Okay untuk mejawab persoalan anda tu. Anda boleh guna software Anydesk sebagai alternatif untuk akses PC di ofis dari rumah secara mudah dan penggunaan internet pun tidak la banyak mana pun..

Langkah Pertama

Apa yang diperlukan ?

Anda perlu download software Anydesk dan installkan di PC Rumah dan PC di Ofis.

Aaaa sudah macam mana nak pergi ofis pula nak install bagai kan.. hehe.. mesti bermain diminda anda sekarang ni.. Ok itu masalahnya anda…

Ukiran Kayu Hello Kitty

Hello Kitty
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin bercerita mengenai hasil ukiran kayu hello kitty yang telah saya buat. 

Seperti anda nampak diatas itulah hasilnya setelah siap diwarnakan.

Untuk menghasilkan bentuk ini, peralatan yang diperlukan adalah :-
  1. Jigsaw & Handsaw
  2. Kayu berukuran lebar 5cm tebal 1cm.
  3. Kertas pasir
  4. Acrylic colour

Lakaran Bentuk di kayu

Apa yang perlu anda lakukan, pertama sekali adalah membuat lakaran bentuk hello kitty itu di permukaan kayu. Setelah selesai anda membuat lakaran itu, anda boleh memotong ikut lakaran yang telah anda lakukan itu menggunakan jigsaw dan handsaw.

Setelah siap dipotong seperti gambar dekat atas ini, anda boleh melakukan proses sanding menggunakan kertas pasir, ini bertujuan untuk memberi permukaan kayu itu lebih licin dan sekata. 

Setelah siap proses sanding, anda boleh mula melakukan proses pewarnaan menggunakan acrylic colour. 

Acrylic Colour
 Acrylic colour ini anda boleh dapatkan dikedai buku seperti popular bookstore, terdapat pelbagai jenis acrylic colour disediakan ada yang dalam tube besar dan kecil. 

Tapi acrylic colour yang diguna oleh saya ini adalah dari Mr. D.I.Y jenama MBGI-WAP berharga dalam RM10 untuk satu set ada 12 warna seperti dalam gambar diatas. Agak murah juga brand ni tapi perwarnaan dia memuaskan.. Berbaloi la dengan harga yang anda laburkan untuk beli acrylic colour ni. 

Warna yang digunakan adalah putih, kuning dan merah. Tapi paling banyak sekali yang digunakan adalah warna putih.

Cara untuk mewarna adalah, pertama sekali anda perlu warnakan permukaan kayu itu dengan warna putih. Buat la beberapa lapisan ikut suka anda. 

Selepas dah kering anda boleh mewarnakan reben diatas kepala hello kitty itu dengan warna merah dan outline guna marker P70. 

Selepas siap anda boleh warnakan baju dia ikut kretiviti anda, macam hello kitty saya ini saya warnakan menggunakan warna kuning dan outline warna hitam marker P70.

Selepas siap proses warna biarkan ia kering, kalau dapat letak bawah cahaya matahari lagi bagus.. 

Lepas itu siap.. Boleh dah guna dan boleh diberi sebagai hadiah, souvenir or kegunaan sendiri.

Hello Kitty
Jadi ini lah hasilnya setelah siap dikeringkan. 

Fungsi Hello kitty yang saya buat ini sebagai pemberat kertas. Kalau anda nak buat keychain pun boleh tapi nanti kenalah tebuk lubang sikit dekat atas kepala hello kitty ini. 



If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It

Ulasan

  1. comelnye hello kitty ni.. kreatif !

    BalasPadam
  2. cantik!
    pandai buat kerja kraf dari kayu
    akak tak brp kreatif kalau bab kayu2 ni
    kalau mewarna ok..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner