Upgrade Windows 10 Secara Percuma Upgrade Windows 10 Secara Percuma - The New Minded Upgrade Windows 10 Secara Percuma Upgrade Windows 10 Secara Percuma

Rabu, 16 Mac 2016

Upgrade Windows 10 Secara Percuma

4 comments

Windows 10
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai upgrade windows 10 secara percuma.

Yeah, betul anda boleh dapatkan secara percuma upgrade window 7 or 8.1 kepada windows 10. 

Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapat upgrade percuma ini adalah pastikan window anda itu adalah activate dan sah. Selepas itu akan ada satu ikon lambang window 10 di taskbar seperti di dalam gambar di bawah ini;

Ikon window 10 di task bar
Apabila ikon itu muncul anda perlu klik pada ikon itu untuk memulakan proses memuat turun data yang diperlukan bagi proses installation windows 10 tersebut. Saiz file yang akan di download lebih kurang 2.6Gb, jadi sila pastikan internet anda dalam keadaan yang okay dan stable ya sebelum anda memulakan proses memuat turun. 

Hampir Siap 99% dah

Selepas anda siap download windows 10 tu, ia akan bagi pilihan ikut ja pilihan tu, nanti ia akan restart komputer anda dan memulakan proses upgrading. yeah saya punya 99% dah. Hampir siap.

Selamat Datang ke Windows 10!

Setelah proses installation anda berjaya, paparan seperti diatas akan muncul.
Welcome to windows 10!

Langkah seterusnya anda perlu lakukan adalah tekan next.

Going Fast
Jadi bila tekan next tu, paparan sebegini akan anda nampak, ia akan ceritakan kenapa perlu pilih windows 10.

New apps for new windows

Hampir siap installation

Setelah siap anda melakukan setting yang diperlukan, paparan login password perlu anda lakukan, interface untuk login hampir sama macam windows 8 iaitu ada background gambar kena klik di situ baru boleh masuk password.

Password yang dimasukkan adalah password yang sama macam anda guna windows sebelum anda upgrade tu, kalau tak de password just tekan enter sahaja..

Seterusnya proses yang terakhir adalah proses untuk menyusun semula data-data yang ada didalam hard disk anda itu..

New Features

Data anda di letakkan kembali ditempat asal
Jika tiada sebarang error ketika proses upgrading, kesemua file yang ada didalam hard disk anda akan berada di tempat yang sama seperti anda simpan sebelum proses upgrading. 

Yang part ni paling seronok, kebiassannya bila kita reformat windows kesemua data akan hilangkan, tapi untuk upgrading ke windows 10 ni jangan risau file anda akan selamat.

Tapi bagi langkah berjaga-jaga anda perlu untuk membuat backup file yang anda rasa penting okay.

Yang ni setuju


Siap..

Akhirnya siap dah upgrade ke windows 10 ni..

Mungkin anda risau kalau upgrade ke windows 10 software yang anda ada tidak boleh guna. Okay jika yang tu anda risau anda hanya perlu install software tersebut dan right klik di icon software tu pilih troubleshoot compatibility nanti anda perlu pilih window yang anda guna sebelum ni.

Okay mari lihat langkah yang saya sediakan dibawah ni :-


Langkah 1

Bila anda dah siap install software yang anda inginkan tu, kan nanti ada shortcut desktop icon untuk software itu.

Apa yang perlu anda lakukan right klik pilih troubleshoot compatibility macam gambar diatas ni.

Langkah 2


Lepas anda klik troubleshoot tu, ia akan memulakan proses untuk mencari apa masalah yang timbul tu. Lepas dah siap paparan dibawah ini akan muncul.

Langkah 3


Okay lepas dah siap mencari masalah, paparan diatas akan muncul, jadi pada saya, saya akan pilih pilihan pertama iaitu "Try recommended setting" nanti ia akan cuba solve dan paparan dibawah ni akan muncul.

Langkah 4

Sebelum anda tekan next, anda boleh dulu untuk test program tu adakah ia selesai masalah or tidak lepas tu anda boleh tekan next.

Langkah 5
 Okay ini langkah terakhir, jika tiada masalah anda boleh tekan pilihan pertama iaitu "Yes, save these settings for this program"

Okay siap..

Jika anda tanya pengalaman saya ketika menggunakan windows 10 ni.

Pertama sekali jika anda ada install software yang pelik2 saya sarankan uninstall dahulu sebelum memulakan proses upgrading. Hanya tinggalkan software yang peting sahaja seperti microsoft office, software yang anda rasa tak penting boleh uninstall. Ni bagi untuk mengelakkan erorr berlaku.

Lepas saya dah siap install windows 10, saya mengalami conflict error terhadap software antivirus ini maybe salah saya sendiri sebab tak uninstall dia dahulu.. Jadi terpaksa saya reset pc boleh baca disini Reset Window 10 , bila anda lakukan reset ni segala software yang telah di install akan dipadamkan.

Seterusnya, antivirus yang saya sarankan anda guna adalah avira sebab sebelum ni saya guna avg ia agak lambat untuk boot dan masih tidak compatible bagi saya. itu yang ada erorr tu.. maaf saya memang uninstall avg dan install avira.

Boot dan shutdown memang laju.. fuh sama macam windows 8.. okay yang ni menarik.

Interface yang baru lebih menarik dan agak userfriendly juga berbanding windows 8. Kalau anda risau ala tak reti la nak guna interface baru ini.. Jangan anda risau ia lebih kurang sama macam windows 7 tapi ni lebih canggih dan cantik lebih tersusun..

Okay yang selebihnya anda boleh la try explore lepas dan install dan baca di website windows sendiri New Feature Window 10



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

4 ulasan :

  1. wah menarik ni...tq for info!

    BalasPadam
  2. haah ain buat hritu pun free jugak. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup buat masa ni dia offer free.. :) welcome to windows 10

      Padam