April 2016 April 2016 - The New Minded April 2016 April 2016

Isnin, 11 April 2016

Malware Detected Di Blogspot

4 comments

Bebas dari malware

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semenjak dua menjak kira-kira dah sebulan lebih ni asyik dapat notifcation je dari webmaster bing mengenai Malware Detected di blogspot.

Jika saya membuat searching di search engine mengenai notification mengenai bing webmaster ni ada yang mengatakan ignore je. Tapi bukan senang nak ignorekan hari2 kita akan fikirkan pasal benda ini.

Jadi bermula satu proses pencarian dimana datang punca malware ini. Dua minggu lepas blog saya yang lagi satu telah saya tukar kepada blog template dari google punya. Jenis simple. Tapi masih dapat notification pada sabtu baru-baru ini mengenai masih mempunyai malware. Yang peliknya hanya di webmaster bing sahaja yang detect tapi di search console (webmaster google) tidak pula detect apa-apa. Bila scan malware untuk website tu tiada pula apa-apa clean.

Jadi pening juga memikirkannya dari mana datang malware ini???

Email Notification dari webmaster Bing
 Sejak sebulan lebih ini la mesej yang saya dapat dari webmaster bing. Ada sesetengah article mengatakan webmaster bing mencari malware secara agresive didalam website anda..

Oleh itu, hari ini mulalah proses mencari bagaimana nak tahu lebih mengenai malware ini kan. Dari lepas subuh tu gigih membaca banyak article mengenai notification malware dari webmaster bing ini. 

Oleh itu, satu solusi yang telah dijumpai adalah mengenai link yang anda buat ke blog lain yang mempunyai infected dari malware ini. Fuh, lega dah rasanya apabila dapat ketahui ia datang dari blog lain bukan dari blog sendiri.

Jadi cara mudah untuk ketahui dari link mana yang datangnya bad url ini anda boleh menggunakan Screaming Frog : SEO Spider Tool ( https://www.screamingfrog.co.uk/seo-spider/ ). Anda boleh download free version punya lepas tu boleh cari bad url yang telah infected dengan malware ini. 

Untuk scan blog/website samaada ia mempunyai malware atau tidak anda boleh menggunakan servis yang disediakan oleh https://sitecheck.sucuri.net/ . Saya menggunakan servis yang disediakan oleh sucuri.

Setelah saya scan bad url terdapat lebih kurang 13 blogger yang telah dijangkiti dengan malware, ini berdasarkan dari giveaway yang telah dilakukan dulu sebab kita ada link kan blog kita dengan blog mereka. Jadi untuk membasmi masalah ini content gv itu telah didelete dan 13 blogger ini saya akan maklumkan kepada mereka di email nanti dalam masa terdekat.

Jadi macam mana nak guna Spider tool ini ?

Langkah Pertama : 

Anda perlu pergi ke website https://www.screamingfrog.co.uk/seo-spider/ download free version jika anda nak guna yang free. Lepas itu anda perlu install di laptop anda. 

Langkah Kedua :

Setelah anda siap install, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan memasukkan url blog anda di ruang yang disediakan dan tekan start. 

Bagi free version hanya 500 url yang dapat di capai. 

Langkah Ketiga :

Setelah anda siap scan anda perlu tahu cara untuk export data anda itu. Caranya sila lihat gambar dibawah ini. 
Cara nak extract data
Untuk mencari bad url anda perlu tekan di tab External. Setelah anda tekan tab external anda akan lihat banyak link url kan. 

Jadi perkara pertama sekali adalah untuk anda export data itu kepada .csv iaitu excel. Anda perlu tekan export dan save.

Langkah Keempat :

Bad Url
Jadi setelah anda siap export data tadi itu, anda buka file tersebut dan mulakan proses pencarian bad url itu. 

Jika anda nak scan satu-satu pun boleh tapi jika url anda itu terlalu banyak anda boleh mulakan untuk mencari url yang "Moved Temporarily" , "Move Permanently" atau "erorr"

Jadi setelah anda jumpa bad url ini, anda boleh memulakan proses scan samaada blog/website tersebut mempunyai malware atau tidak. 

Langkah Kelima :


Infected blog
Langkah terakhir adalah untuk mencari blog mana yang telah dijangkiti dengan malware. Anda boleh scan bad url yang anda jumpa itu di https://sitecheck.sucuri.net/

Oleh yang demikian apakah puncanya sesuatu blog itu dijankiti dengan malware? 

Okay, ini jawapanya.. Didalam script template yang anda guna itu katakan terdapat satu code yang anda sendiri pun tak boleh baca code tersebut boleh dicategori sebagai malware. Sebagai contoh adalah template yang dikeluarkan oleh premium template secara percuma. Jika anda perhati code yang terdapat didalam .xml itu akan satu bahagian ayat kod itu anda sendiri pun tak paham. 

Selain itu, chat box juga akan dikelaskan sebagai satu malware dimana orang luar boleh memasukkan link tanpa ditapis. Jadi jika anda ada chatbox jika anda ingin buang chat box itu saya rasa lagi bagus.

Akhir sekali, bagaimana blog anda turut terkena tempias malware ni? Blog anda turut akan terkena tempias ini jika anda membuat link kepada blog itu. Ini yang dilakukan oleh webmaster bing dimana asyik detect je malware. Oleh itu, sila check dahulu url website yang anda nak link itu adakah ia selamat untuk dilink kan dan sila guna NO FOLLOW attribute okay.. Nak tahu macam mana nak guna boleh baca article ini Backlink dan Kegunaannya


Read More

Rabu, 6 April 2016

Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya?

5 comments

Flow Backlink
Aassalamualaikum dan salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya?

Di dalam group Q&A SEO pada hari Isnin yang lalu, saya ada melontarkan mengenai apakah yang mereka faham mengenai backlink terhadap situasi yang telah saya berikan didalam group tersebut.

Alhamdulillah, mengikut respons yang diberi mereka faham mengenai backlink ini. Tahniah diucapkan.

Jadi sebelum saya mengulas lebih lanjut, mari kita ketahui terlebih dahulu apakah ia maksud backlink ini. Backlinks membawa maksud satu panggilan masuk ke webpage lain, dimana yang membawa maksud apabila webpage itu membuat link kepada page yang lain ia dipanggil sebagai backlink.

 Didalam pembinaan dan kegunaan backlink ini terbahagi kepada beberapa jenis antaranya adalah :-
  • Internal link
  • No follow link & Do-follow link
  • Anchor Text
Internal link ini membawa maksud link yang membawa user itu dari satu page kepada page yang lain tetapi didalam domain yang sama. Kitaran ia masih didalam domain yang sama.

No follow link pula adalah apabila satu website cuba link kepada website yang lain yang menggunakan no follow link sebagai tujuan untuk tidak melibatkan apa-apa kaitan terhadap PR web yang link antara satu sama lain.

Do follow link membawa maksud sama seperti no follow link tapi berbeza dengan coding ia tiada perkataan rel=nofollow didalam pembuatan link tersebut dan ia memberi impak terhadap PR web.

Anchor text membawa maksud tulisan yang anda gunakan untuk dibuat hyperlink. Ia pun sama, sama link yang menuju kepada page didalam domain yang sama mahupun webpage lain.

Natural Backlink
Untuk soalan yang saya lontarkan didalam group Q&A tempoh hari berkenaan,
Adakah kuantiti backlink yang patot dicari atau kualiti backlink yang lebih penting buat masa kini?
Jawapan bagi soalan ini adalah kualiti backlink yang lebih penting untuk dicari buat masa kini berbanding kuantiti backlink.

Pada March 2016, google menekan mengenai link yang anda buat kepada webpage lain perlu menggunakan no follow link. Ia menekan terhadap review dan give away dimana didalam content post itu perlu letak link no follow untuk ditujukan kepada web asal sama ada sosial media pengajur, applikasi store pengajur or blog pengajur sendiri.

Dimana jika blogger itu membuat link do follow, kesemua link itu bukan datang secara organik jadi perlu menggunakan no follow link.

Jika link yang dibuat itu dapat menukar dan memberi kebaikkan didalam proses PageRank ia melanggar Google guidelines on link schemes. Jadi berhati-hati ketika membuat link untuk mengelakkan dari kena penalti oleh google.

Jadi selain dari info diatas, dimana lagi sepatutnya kita perlu menggunakan nofollow link ini?
  • Blog komen
Ini salah satu cara yang penting untuk anda praktikkan menggunakan komen secara nofollow. Dimana di ruang komen ini user boleh meletakkan link yang boleh memberi impak terhadap pagerank anda dan memberi impak yang baik kepada pagerank mereka.

Jadi dengan menggunakan nofollow link anda tidak perlu risau jika ia ada memberi impak negatif terhadap pagerank anda. Boleh baca dan khatam disini Use rel="nofollow" for specific links.

Jadi apa dia coding untuk nofollow ini ?

<a href="url address" rel="nofollow"> ayat </a>
Bakclink
  Oleh yang demikian, bagaimana untuk mendapatkan backlink yang berkualiti ?

Terdapat beberapa cara mudah untuk mendapatkan backlink yang berkualiti antaranya :-
  • Membuat artikle yang menarik dan bermanfaat
  • Laman Sosial
  • Blog komen
  • Berkawan
1.   Membuat artikle yang menarik dan bermanfaat 
 
 Teknik ini merupakan teknik yang terbaik dan paling mudah untuk anda lakukan didalam mendapatkan backlink ke website anda. Sebagai contoh jika article anda itu memberi info yang menarik dan berguna, info tersebut dapat dishare dilaman media sosial mahupun dibuat sebagai references didalam article yang berkaitan untuk direview semula. 

Didalam proses menulis artikle seperti yang saya sarankan sebelum ini yakni Adakah Anchor Text itu Penting?, adalah perlu menggunakan anchor text bagi tujuan mengkait article lama anda dengan article yang baru anda tulis. Ini bagi memastikan bounce rate blog anda dapat dikurangkan dan ia dapat memastikan pembinaan internal link anda itu berjalan dengan lancar. 

Penggunaan anchor text atau hyperlink buat masa kini masih relevan lagi untuk dipraktikkan tapi saya sarankan jangan terlebih buat dan sila guna no follow link bagi mengelakkan ada gangguan didalam trafik post asal di search engine.

2.   Laman Sosial 
 
 Laman sosial merupakan salah satu platform untuk anda mendapat backlink dari laman sosial, dimana jika article anda bermanfaat dan banyak dishare oleh orang yang berlain di media sosial ia akan membuatkan article anda itu popular dan diranking di highest search engine. 

Untuk penggunaan dilaman sosial ini sering kali saya ingatkan kepada anda untuk tidak membuat spamming. Terutamanya di komuniti-komuniti google plus, jika article anda itu didapati sebagai spam admin @ moderator komuniti itu akan mendapat notification bahawasanya post anda itu adalah spam dan pihak moderator @ admin mempunyai hak untuk delete post itu mahupun ban anda di komuniti google plus tersebut.

Jadi sila buat post secara berjadual untuk tujuan promoting blog anda okay.

3.  Blog Komen
 
 Blog komen merupakan salah satu teknik untuk mendapatkan backlink yang berkesan yang telah diperhatikan oleh saya. Apa yang saya perhatikan terdapat dua cara iaitu komen secara dofollow dan nofollow. Komen secara do follow ini yang memberi impak terbesar kepada blog anda tetapi ingat jangan dilakukan secara suka hati, nanti kena penalti oleh google. 
 
Oleh itu, jika anda sedang membuat komen di blog yang meletakkan link sila dan tolong guna nofollow link okey.. Sila guna koding diatas tu bukan main simply terus letak url blog anda tu.
 <a href="url address" rel="nofollow"> ayat </a>
Kalau malas nak guna coding yang diberi tak payah nak komen letak url okey.

4.  Berkawan
 
  Berkawan ini pun telah saya kupaskan dientry lepas dimana ia dapat meningkatkan trafik blog anda. Jika article yang anda buat itu menarik dan kawan anda suka dia akan tekan share ke media sosial dan anda akan mendapat backlink serta visitor yang lain dan begitu la seterus-seterusnya proses ini akan berlaku.


Akhir kata, Saya berharap dengan ringkasan yang telah saya buat ini dapat memberi satu ilmu baru kepada anda dan dapat dipratikkan didalam dunia blogger bagi menambahbaikkan didalam proses pembuatan link. Jika anda article ini anda rasa memberi manfaat kepada anda dan mungkin memberi manfaat kepada orang lain sila share bersama ya.

Sekian,
Teknik SEO Blogahbar.



Read More

Selasa, 5 April 2016

Laju Kan Nak Load Blog Ni Sekarang

11 comments

Pingdom Speed Test
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Amacam Laju Kan Nak Load Blog Ni Sekarang... 

p/s; perasan tak sejak dua menjak ini saya selalu upload jam 3-5 pagi. haha.. segar otak ooo mahu mengarang ayat waktu ini, cuba lihat panjang-panjang kan content yang saya tulis... 

Saya sendiri pun suka hati dengan kelajuan yang dicapai oleh blog ini untuk load kesemua content yang ada dengan laju..

Ye la, maklumlah disini talian internet tak berapa nak kuat dan laju macam di KL sana tu.. haha.. Jadi semalam terdetik la hati ini sambil melayan jerebu yang teruk sepanjang hari yang paling teruk sejak dua bulan ni untuk memperlajukan load content dalam blog ini terubat la sikit hati ini ada benda boleh dibuat satu hari.

Jadi dengan senang hatinya selepas memberi tugasan kepada ahli group Q&A SEO mengenai tajuk perlu ke  backlink banyak or hanya perlu backlink berkualiti je? Hehe.. Agak mencabar juga untuk mereka tu, maklumlah masing-masing ada kerjaya masing-masing tapi masih ada semangat dan aura nak belajar. Hebat semangat mereka ini. 

Lepas dah bagi tugasan tu, apa lagi terus la membuka google developers pagespeed insights. Pada mulanya test, fuh merah dan memang teruk.. haha.. banyak betul plugin yang tak bergunakan. 

Jadi satu hari la kita mengisi masa untuk memperbetulkan dua website yang kini fuh macam angin dia load masuk salah satunya adalah blog ini.

Memula saya minify script xml ni pastu kasi upload dapat score 82/100 tapi ada error la blog content tak keluar, jadi saya lihat memang ada sesetengah code kita tak dapat nak akses melalui blogspot ini means tahap kita terbatas la gitu. Jadi lepas dah upload semula file dan perbetulkan kesemua masalah yang dapat diperbetulkan akhirnya result yang dapat dicapai adalah 76/100. hurmm nak dapatkan berwarna hijau susah pulak, maklumlah memang ada script yang perlu saya letak dan tak mahu buang. 

Tapi yang penting sekarang dah laju...

Ni dia result sekarang, nampak tak berwarna kuning.. hurmm.. nak berwarna hijau baru la macam kilat laju dia load content.. hehe.. tapi bersyuukurlah dapat buat sampai tahap 76/100 ini.

Result PageSpeed Insights
Apa yang membuatkan blog anda lambat nak load

Jawapanya adalah plugin dan widget yang anda install diblog anda itu. Tak kira facebook like page ka, shoutbox ka or gambar sekali pun asalkan ia memerlukan data internet untuk load ia membuatkan blog anda lambat nak load.

Apa kesan bila blog anda laju diload masuk?

Kesannya, ia dapat mengurangkan bounce rate. Bounce rate ini merupakan masa yang digunakan oleh pelawat ke blog anda untuk dia kekal berapa lama di blog anda sebelum ia meninggalkan blog anda. Bayangkan dah 10 saat dia tunggu tapi masih tidak keluar content apa2 dari blog anda, jadi tiba masanya untuk dia keluar dari melawat blog anda.

Secara jujurnya saya sendiri un kalau load blog yang lambat ini memang akan tekan X  terus, melainkan kalau article yang nak dibaca itu memang betul2 nak baru la tunggu sampai siap diload sepenuhnya. 

Jadi jika anda nak optimize blog anda boleh la google cari " google PageSpeed Insights ". Nanti masukkan url blog anda dan test lepas itu follow instruction yang dikatakan itu. Tapi, sebelum anda melakukan perkara ini, anda perlu backup dulu file xml anda ya. 

Selamat mengoptimize masa untuk load blog anda.

Read More

Isnin, 4 April 2016

Apakah itu Tool SERP Trends ?

2 comments

SERP 1

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai apakah itu tool SERP Trends ?.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai tools ini, saya ingin memberi maksud SERP ini. 

SERP ini adalah Search Engine Results Page, yang bermaksud search engine akan mengeluarkan berdasarkan keyword yang anda masukkan di halaman search engine untuk mendapatkan data yang anda inginkan, jadi selepas ia mencari data yang anda inginkan itu, data itu akan terpapar dihalaman search engine di page 1,2,3,... result yang anda nampak itu yang dipanggilkan SERP. 

Jadi apa kaitan dengan tools SERP Trends ini?

Tools ini membantu anda untuk melihat diposisi keberapakah anda berada di halaman search engine, dimana jika anda sebelum ini berada di halaman 1 tetapi diposisi yang ke-10, jika ada perubahan tools ini akan memberitahu anda berapa posisi anda naik atau turun. 

Okay nak lebih faham, boleh lihat gambar di bawah ini..

Tools SERP Trends






Cuba lihat di gambar di atas ini, anda boleh lihat ada nombor disebelah kiri result yang anda dapat dari search engine. 

Keyword yang saya gunakan untuk test kali ini adalah  Readability Score seperti didalam gambar diatas, dimana didalam kelas hari itu saya ada membincangkan dengan beberapa orang yang ingin menambah ilmu mereka terhadap SEO jadi saya ingin memaparkan result yang diperolehi. 

Jika anda lihat, dibawah setiap nombor itu akan ada satu simbol yang memberitahu kepada anda mengenai status terkini jika petak ia maksud tiada perubahan, jika arrow hijau bermaksud ada peningkatan, manakala jika arrow merah membawa maksud ada penurunan dan kuning bulat adalah bermaksud baharu listed.

Bagi setiap rank yang anda lihat akan mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk ia memaparkan result bagi keyword yang anda taip itu.
Jadi mari kita lihat bagaimana proses ini berlaku, gambar dibawah ini merupakan result dari page 1 di google.com dimana salah seorang ahli dalam group muncul dipage 1. Okay menarik ini..

Turun 3 anak tangga

Seperti anda lihat gambar diatas ini, blog yana ia turun 3 anak tangga dimana jika sebelum ini ia di no.2 kini menjadi no.5.

Apakah faktor? faktor yang utama disebabkan masih baharu lagi artikle itu tapi berdasarkan dari keyword yang ditaip hanya 3 perkataan yang peting blog beliau dapat berada di page 1. Menarik disini. 

Salah satu faktor lagi, ada sesetengah pengulas dalam SEO mengatakan setiap hari Isnin kedudukan disearch engine akan kembali kepada asal dan ia akan berubah-ubah mengikut hari berdasarkan result yang dipaparkan dan disearch oleh pengguna. Jadi hari ini adalah hari Isnin boleh kita lihat apa yang terjadi. Adakah ia masih berkait rapat dengan algorithm yang diupdate oleh google? 

Naik 1 anak tangga
Jadi berdasarkan keyword yang sama blog ini naik 1 anak tangga dan berada di no.2.

Penting ke tools ini? 

Bagi mereka yang mengkaji SEO terhadap SERP, IYA penting. Sebab ia sebagai satu alat untuk membantu anda melihat ooo blog itu ada peningkatan ooo ada penurunan jadi apa yang perlu dilakukan untuk menaik semula.

Tools ini boleh didapatkan secara percuma dan ia merupakan satu extension untuk pengguna webbrowser chrome dan firefox. 

Jadi jika anda nak menggunakannnya boleh dapatkan di SERP Trends SEO Plugin

Jadi anda rasa article ini bermanfaat & menarik? 
Mohon share bersama untuk menyebarkan info ini kepada rakan2 anda. 


Read More