Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya? Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya? - The New Minded Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya? Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya?

Rabu, 6 April 2016

Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya?

5 comments

Flow Backlink
Aassalamualaikum dan salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Apakah Itu Backlink dan Kegunaanya?

Di dalam group Q&A SEO pada hari Isnin yang lalu, saya ada melontarkan mengenai apakah yang mereka faham mengenai backlink terhadap situasi yang telah saya berikan didalam group tersebut.

Alhamdulillah, mengikut respons yang diberi mereka faham mengenai backlink ini. Tahniah diucapkan.

Jadi sebelum saya mengulas lebih lanjut, mari kita ketahui terlebih dahulu apakah ia maksud backlink ini. Backlinks membawa maksud satu panggilan masuk ke webpage lain, dimana yang membawa maksud apabila webpage itu membuat link kepada page yang lain ia dipanggil sebagai backlink.

 Didalam pembinaan dan kegunaan backlink ini terbahagi kepada beberapa jenis antaranya adalah :-
  • Internal link
  • No follow link & Do-follow link
  • Anchor Text
Internal link ini membawa maksud link yang membawa user itu dari satu page kepada page yang lain tetapi didalam domain yang sama. Kitaran ia masih didalam domain yang sama.

No follow link pula adalah apabila satu website cuba link kepada website yang lain yang menggunakan no follow link sebagai tujuan untuk tidak melibatkan apa-apa kaitan terhadap PR web yang link antara satu sama lain.

Do follow link membawa maksud sama seperti no follow link tapi berbeza dengan coding ia tiada perkataan rel=nofollow didalam pembuatan link tersebut dan ia memberi impak terhadap PR web.

Anchor text membawa maksud tulisan yang anda gunakan untuk dibuat hyperlink. Ia pun sama, sama link yang menuju kepada page didalam domain yang sama mahupun webpage lain.

Natural Backlink
Untuk soalan yang saya lontarkan didalam group Q&A tempoh hari berkenaan,
Adakah kuantiti backlink yang patot dicari atau kualiti backlink yang lebih penting buat masa kini?
Jawapan bagi soalan ini adalah kualiti backlink yang lebih penting untuk dicari buat masa kini berbanding kuantiti backlink.

Pada March 2016, google menekan mengenai link yang anda buat kepada webpage lain perlu menggunakan no follow link. Ia menekan terhadap review dan give away dimana didalam content post itu perlu letak link no follow untuk ditujukan kepada web asal sama ada sosial media pengajur, applikasi store pengajur or blog pengajur sendiri.

Dimana jika blogger itu membuat link do follow, kesemua link itu bukan datang secara organik jadi perlu menggunakan no follow link.

Jika link yang dibuat itu dapat menukar dan memberi kebaikkan didalam proses PageRank ia melanggar Google guidelines on link schemes. Jadi berhati-hati ketika membuat link untuk mengelakkan dari kena penalti oleh google.

Jadi selain dari info diatas, dimana lagi sepatutnya kita perlu menggunakan nofollow link ini?
  • Blog komen
Ini salah satu cara yang penting untuk anda praktikkan menggunakan komen secara nofollow. Dimana di ruang komen ini user boleh meletakkan link yang boleh memberi impak terhadap pagerank anda dan memberi impak yang baik kepada pagerank mereka.

Jadi dengan menggunakan nofollow link anda tidak perlu risau jika ia ada memberi impak negatif terhadap pagerank anda. Boleh baca dan khatam disini Use rel="nofollow" for specific links.

Jadi apa dia coding untuk nofollow ini ?

<a href="url address" rel="nofollow"> ayat </a>
Bakclink
  Oleh yang demikian, bagaimana untuk mendapatkan backlink yang berkualiti ?

Terdapat beberapa cara mudah untuk mendapatkan backlink yang berkualiti antaranya :-
  • Membuat artikle yang menarik dan bermanfaat
  • Laman Sosial
  • Blog komen
  • Berkawan
1.   Membuat artikle yang menarik dan bermanfaat 
 
 Teknik ini merupakan teknik yang terbaik dan paling mudah untuk anda lakukan didalam mendapatkan backlink ke website anda. Sebagai contoh jika article anda itu memberi info yang menarik dan berguna, info tersebut dapat dishare dilaman media sosial mahupun dibuat sebagai references didalam article yang berkaitan untuk direview semula. 

Didalam proses menulis artikle seperti yang saya sarankan sebelum ini yakni Adakah Anchor Text itu Penting?, adalah perlu menggunakan anchor text bagi tujuan mengkait article lama anda dengan article yang baru anda tulis. Ini bagi memastikan bounce rate blog anda dapat dikurangkan dan ia dapat memastikan pembinaan internal link anda itu berjalan dengan lancar. 

Penggunaan anchor text atau hyperlink buat masa kini masih relevan lagi untuk dipraktikkan tapi saya sarankan jangan terlebih buat dan sila guna no follow link bagi mengelakkan ada gangguan didalam trafik post asal di search engine.

2.   Laman Sosial 
 
 Laman sosial merupakan salah satu platform untuk anda mendapat backlink dari laman sosial, dimana jika article anda bermanfaat dan banyak dishare oleh orang yang berlain di media sosial ia akan membuatkan article anda itu popular dan diranking di highest search engine. 

Untuk penggunaan dilaman sosial ini sering kali saya ingatkan kepada anda untuk tidak membuat spamming. Terutamanya di komuniti-komuniti google plus, jika article anda itu didapati sebagai spam admin @ moderator komuniti itu akan mendapat notification bahawasanya post anda itu adalah spam dan pihak moderator @ admin mempunyai hak untuk delete post itu mahupun ban anda di komuniti google plus tersebut.

Jadi sila buat post secara berjadual untuk tujuan promoting blog anda okay.

3.  Blog Komen
 
 Blog komen merupakan salah satu teknik untuk mendapatkan backlink yang berkesan yang telah diperhatikan oleh saya. Apa yang saya perhatikan terdapat dua cara iaitu komen secara dofollow dan nofollow. Komen secara do follow ini yang memberi impak terbesar kepada blog anda tetapi ingat jangan dilakukan secara suka hati, nanti kena penalti oleh google. 
 
Oleh itu, jika anda sedang membuat komen di blog yang meletakkan link sila dan tolong guna nofollow link okey.. Sila guna koding diatas tu bukan main simply terus letak url blog anda tu.
 <a href="url address" rel="nofollow"> ayat </a>
Kalau malas nak guna coding yang diberi tak payah nak komen letak url okey.

4.  Berkawan
 
  Berkawan ini pun telah saya kupaskan dientry lepas dimana ia dapat meningkatkan trafik blog anda. Jika article yang anda buat itu menarik dan kawan anda suka dia akan tekan share ke media sosial dan anda akan mendapat backlink serta visitor yang lain dan begitu la seterus-seterusnya proses ini akan berlaku.


Akhir kata, Saya berharap dengan ringkasan yang telah saya buat ini dapat memberi satu ilmu baru kepada anda dan dapat dipratikkan didalam dunia blogger bagi menambahbaikkan didalam proses pembuatan link. Jika anda article ini anda rasa memberi manfaat kepada anda dan mungkin memberi manfaat kepada orang lain sila share bersama ya.

Sekian,
Teknik SEO Blogahbar.



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

5 ulasan :

  1. Seronok membaca entry hasif ....
    :+)

    BalasPadam
  2. Banyak ilmu berblogging boleh dapat di sini. Terima kasihlah ya. Walaupun lambat menangkap, faham jugalah sikit-sikit penerangan yang diberi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2.. Baca berulang kali dan praktikkan insyallah akan lebih faham :)

      Padam
  3. Masih kurang faham dengan coding "nofolow"..
    Mungkin saya kena byk buat research bagi faham..
    Apa pun good info, thanks for sharing.. 👍

    BalasPadam