Malware Detected Di Blogspot Malware Detected Di Blogspot - The New Minded Malware Detected Di Blogspot Malware Detected Di Blogspot

Isnin, 11 April 2016

Malware Detected Di Blogspot

4 comments

Bebas dari malware

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semenjak dua menjak kira-kira dah sebulan lebih ni asyik dapat notifcation je dari webmaster bing mengenai Malware Detected di blogspot.

Jika saya membuat searching di search engine mengenai notification mengenai bing webmaster ni ada yang mengatakan ignore je. Tapi bukan senang nak ignorekan hari2 kita akan fikirkan pasal benda ini.

Jadi bermula satu proses pencarian dimana datang punca malware ini. Dua minggu lepas blog saya yang lagi satu telah saya tukar kepada blog template dari google punya. Jenis simple. Tapi masih dapat notification pada sabtu baru-baru ini mengenai masih mempunyai malware. Yang peliknya hanya di webmaster bing sahaja yang detect tapi di search console (webmaster google) tidak pula detect apa-apa. Bila scan malware untuk website tu tiada pula apa-apa clean.

Jadi pening juga memikirkannya dari mana datang malware ini???

Email Notification dari webmaster Bing
 Sejak sebulan lebih ini la mesej yang saya dapat dari webmaster bing. Ada sesetengah article mengatakan webmaster bing mencari malware secara agresive didalam website anda..

Oleh itu, hari ini mulalah proses mencari bagaimana nak tahu lebih mengenai malware ini kan. Dari lepas subuh tu gigih membaca banyak article mengenai notification malware dari webmaster bing ini. 

Oleh itu, satu solusi yang telah dijumpai adalah mengenai link yang anda buat ke blog lain yang mempunyai infected dari malware ini. Fuh, lega dah rasanya apabila dapat ketahui ia datang dari blog lain bukan dari blog sendiri.

Jadi cara mudah untuk ketahui dari link mana yang datangnya bad url ini anda boleh menggunakan Screaming Frog : SEO Spider Tool ( https://www.screamingfrog.co.uk/seo-spider/ ). Anda boleh download free version punya lepas tu boleh cari bad url yang telah infected dengan malware ini. 

Untuk scan blog/website samaada ia mempunyai malware atau tidak anda boleh menggunakan servis yang disediakan oleh https://sitecheck.sucuri.net/ . Saya menggunakan servis yang disediakan oleh sucuri.

Setelah saya scan bad url terdapat lebih kurang 13 blogger yang telah dijangkiti dengan malware, ini berdasarkan dari giveaway yang telah dilakukan dulu sebab kita ada link kan blog kita dengan blog mereka. Jadi untuk membasmi masalah ini content gv itu telah didelete dan 13 blogger ini saya akan maklumkan kepada mereka di email nanti dalam masa terdekat.

Jadi macam mana nak guna Spider tool ini ?

Langkah Pertama : 

Anda perlu pergi ke website https://www.screamingfrog.co.uk/seo-spider/ download free version jika anda nak guna yang free. Lepas itu anda perlu install di laptop anda. 

Langkah Kedua :

Setelah anda siap install, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan memasukkan url blog anda di ruang yang disediakan dan tekan start. 

Bagi free version hanya 500 url yang dapat di capai. 

Langkah Ketiga :

Setelah anda siap scan anda perlu tahu cara untuk export data anda itu. Caranya sila lihat gambar dibawah ini. 
Cara nak extract data
Untuk mencari bad url anda perlu tekan di tab External. Setelah anda tekan tab external anda akan lihat banyak link url kan. 

Jadi perkara pertama sekali adalah untuk anda export data itu kepada .csv iaitu excel. Anda perlu tekan export dan save.

Langkah Keempat :

Bad Url
Jadi setelah anda siap export data tadi itu, anda buka file tersebut dan mulakan proses pencarian bad url itu. 

Jika anda nak scan satu-satu pun boleh tapi jika url anda itu terlalu banyak anda boleh mulakan untuk mencari url yang "Moved Temporarily" , "Move Permanently" atau "erorr"

Jadi setelah anda jumpa bad url ini, anda boleh memulakan proses scan samaada blog/website tersebut mempunyai malware atau tidak. 

Langkah Kelima :


Infected blog
Langkah terakhir adalah untuk mencari blog mana yang telah dijangkiti dengan malware. Anda boleh scan bad url yang anda jumpa itu di https://sitecheck.sucuri.net/

Oleh yang demikian apakah puncanya sesuatu blog itu dijankiti dengan malware? 

Okay, ini jawapanya.. Didalam script template yang anda guna itu katakan terdapat satu code yang anda sendiri pun tak boleh baca code tersebut boleh dicategori sebagai malware. Sebagai contoh adalah template yang dikeluarkan oleh premium template secara percuma. Jika anda perhati code yang terdapat didalam .xml itu akan satu bahagian ayat kod itu anda sendiri pun tak paham. 

Selain itu, chat box juga akan dikelaskan sebagai satu malware dimana orang luar boleh memasukkan link tanpa ditapis. Jadi jika anda ada chatbox jika anda ingin buang chat box itu saya rasa lagi bagus.

Akhir sekali, bagaimana blog anda turut terkena tempias malware ni? Blog anda turut akan terkena tempias ini jika anda membuat link kepada blog itu. Ini yang dilakukan oleh webmaster bing dimana asyik detect je malware. Oleh itu, sila check dahulu url website yang anda nak link itu adakah ia selamat untuk dilink kan dan sila guna NO FOLLOW attribute okay.. Nak tahu macam mana nak guna boleh baca article ini Backlink dan Kegunaannya


If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

4 ulasan :