Cara Menulis Di Blog Cara Menulis Di Blog - The New Minded Cara Menulis Di Blog Cara Menulis Di Blog

Jumaat, 13 Mei 2016

Cara Menulis Di Blog

8 comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin bercerita mengenai cara menulis di blog dengan betul dan secara beretika didalam penyebaran maklumat yang pastinya betul dan penggunaan gambar secara betul.

Secara jujurnya saya agak kecewa dengan beberapa blog yang mencari trafik dengan tajuk post yang agak menarik perhatian tapi pengisiannya adalah dari sumber yang salah dan tidak betul. Kenapa anda mahu jadi blog viral??? Tapi content adalah tidak betul dan tidak beretika..

Jadi oleh kerana saya pun telah di tag oleh rakan saya di facebook mengenai perkara ini, saya terasa terpanggil untuk membuat satu artikle mengenai cara penulisan yang betul untuk penyebaran maklumat di blog.

Jadi untuk artikle kali ini saya akan berkongsi beberapa langkah untuk menghasilkan satu artikle yang bagus dan blog yang mesra pengguna. 

1.0  Penggunaan Gambar Mestilah Betul

Gambar Menglirukan
Jadi apa yang ada pada tajuk post didalam gambar diatas adalah tajuk artikle yang kurang jelas PM punya nama tidak letak.

Kesalahan kedua adalah penggunaan gambar kereta nasional dan nombor pendaftaran plat kereta wilayah tapi bercerita mengenai PM Iceland..

Penambahbaikkan yang perlu dilakukan adalah meletak tajuk artikle secara jelas dan menggunakan gambar yang bersesuaian.

Nak jadi penyebar maklumat atau jadi viral, sila jadi yang jenis berilmu sikit jangan pakai hentam je buat  blog.

2.0 Copy & Paste Artikle

Copy & Paste Artikle Blog
 Ye saya tahu berita yang terbaru adalah banjir di Kuala Lumpur semalam dan anda ingin menjadi orang yang awal didalam penyebaran maklumat mengenai banjir di blog walaupun anda bukan berada di Kuala Lumpur pada ketika itu.

Perkara ini tidak bermakna anda boleh sesuka hati menciplak atau copy and paste artikle dari blog/website asal terus paste di blog anda. Ini dinamakan tidak beretika.

Penah ke anda membuat kerja assingment ketika di universiti? Ada format untuk menuliskan cara citation, cara mengambil sumber macam mana untuk mengelakkan dari plagiat.

Jadi jika gambar yang anda ingin amik itu adalah dari sumber blog/website lain anda boleh letak sumber dibawah gambar tersebut atau anda kreditkan tapi yang agak kecewa sekali adalah dengan tulisan-tulisan sekali anda copy and paste.

Pada saya, untuk tulisan itu perlulah menggunakan ayat sendiri. Didalam penghasilan artikle blog yang bagus dan berkualiti penulisan itu hendaklah original dari anda sendiri.

3.0 Popup Berlambak-lambak di Blog

POP UP
 Huh, ini adalah perkara pantang saya bila melawat blog ada popup ads. Saya boleh terima lagi kalau artikle blog anda itu adalah berkualiti, original dan bermanfaat dan hanya satu popup ads sahaja yang keluar dari blog/website yang dilayari. Ini saya fikirkan sebagai satu pendapatan la kepada mereka yang menghasilkan artikle yang bermanfaat.

Tapi, jika artikle sudah lah copy and paste lepas tu berlambak-lambak popup ads nye yang keluar sekali dua terus keluar. Tidak cukup itu ada lagi pop up untuk dishare dan like di facebook seperti gambar dibawah ini. Ini bermakna satu blog itu mempunyai 4 popup.. Ini sudah bikin annoying..

Share di Facebook pop up

Like di facebook popup

Jika anda yakin artikle anda itu berguna dan bermanfaat anda jangan takut, mesti akan ada orang yang akan share artikle anda itu di social media. Jadi pada saya  popup ini boleh dimansuhkan untuk menghasilkan blog yang mesra pengguna.

Akhir kata daripada saya, saya berharap agar artikle saya ini dapat memberi manfaat kepada anda para blogger dan akan ada penambahbaikkan terhadap blog anda masing-masing untuk meningkatkan lagi mesra pengguna kepada mereka yang datang singgah diblog anda.

Jika anda yang membuat begini hanya semata-mata untuk meningkat trafik blog ada cara mudah dan betul yang boleh anda lakukan, sila baca artikle yang telah saya buat link dibawah ini
  1. Teknik untuk tingkatkan trafik ke blog

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

8 ulasan :

  1. banyak saya kena belajar ni
    kebelakangan ni pageview saya jatuh teruk
    mungkin sebab blogwalking ke? lama tak buat
    kalau singgah ke blog saya...
    cuba bagi pendapat apa saya perlu tambah baik
    saya dah cuba sebaik mungkin follow apa yang AH ajar kat grup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah..
      Bnyk juga faktor..
      Antara content, tajuk, ranking di search engine, blogwalking...

      Padam
  2. Perkongsian yg baik ni... Ilmu...

    BalasPadam
  3. Saya guna template baru, tapi tetiba ada pop up ads bila kita click mana2 ayat cth comments, G+.. Saya cuba cari coding ads tu dlm template HTML tp x jumpa.. Hasif ada idea camne nak buang coding ads tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo sila emel kepada saya.. blog mana satu? saya rasa sy jumpa dah kod tu..

      Padam