Review Template Blog Baru Laju dan Responsive Review Template Blog Baru Laju dan Responsive - The New Minded Review Template Blog Baru Laju dan Responsive Review Template Blog Baru Laju dan Responsive

Isnin, 23 Mei 2016

Review Template Blog Baru Laju dan Responsive

5 comments

Pingdom Test
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin buat sedikit review template blog baru laju dan responsive. 

Ceritanya bermula begini, semalam saya kebosanan duduk dibilik dan tak keluar rumah satu hari. Jadi memandangkan tiada benda mahu buat saya pun tengok la blog lagi satu yang alexa ranking pun menjunam jatuhnya disebabkan sebelum ni blog itu diserangi oleh malware, load time lambat dan jarang update. Tapi nasib baik ranking SERP di google tidak terjejas. 

Memandangkan rasa sakitnya la hati tengok lambat nak load blog itu, saya pun amik keputusan untuk mencari la satu template yang simple dan nampak moden gitu.. 

Jadi dari situ la bermulanya operasi malam tadi selepas makan dan tengok running man sekitar jam 11pm gitu.. 

Proses mencari-mencari akhirnya jumpa satu template yang berkenan ini. Kebiasannya template yang dapat secara percuma ini akan mengandungi malware atau kod yang anda sendiri pun tak leh baca bila tengok coding nye tu.

Jadi mulalah proses untuk memperbaiki kod template itu supaya sesuai dengan blog dan memberi responsive serta bebas dari malware.. huuhu.. Bermula lah perjalan dari jam 12.30 pagi tadi proses untuk bermain dengan kod. hehe.. 

Dari jam 12 lebih tu mulalah memperbetulkan kod template tu sampai la jam 7 pagi.. Fuh.. Sedar tak sedar dah pagi baru siap buat kaw-kaw punya kita kasi optimize tu kod.. Lewat sebab ada erorr masa betulkan code tu -.- pastu tak save memang citer nak cari mana salahnya, kira malas buat semula la kan. hahaha.. merasa duk hadap 7 jam depan coding.

Itu la ada wordpress masih lagi mahu guna blogspot, hehe.. Nak juga susah2 bermain-main dengan kod untuk bagi responsive dengan blogspot. Nak buat macam mana nak bagi hilang boring kena la main dengan kod ni.

Nak tahu apa keputusannya selepas betulkan semula kod yang saya dapat itu?

Mari Lihat Gambar Dibawah ni ;

Terlaju pulak blog ni
Punya la boring sampai teroptimize pula load time blog ni. Dalam lingkungan bawah 3 saat untuk masuk ke blog tu siap load. Fuh terlaju pula.. :D

Selamat Datang
Permulaan memasuk blog yang menarik.. Satu header penuh di screen dengan ucapan Selamat Datang dan disusuli dibawahnnya ada entry post. Simple dan moden.

Bebas Malware
Sudah semestinya kita perlu bersihkan dari malware.. kalau tak bila scan laptop mesti akan detect malware..

Nak tahu laju ke tak.. Jom Try Biskut Semperit Site

Jadi saya ada buka offer nak bagi template ni dalam group Q&A Seo saya masih lagi tunggu jawapan dari mereka.. Anda nak juga ke??


If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

5 ulasan :

  1. hi hasif,

    kalaulah boleh pinjam hasif tukarkan template blog kak ana, adoiyai memang mimpi ngeri bila sebut pasal tukar template ni,huru hara jadinya..haha btw singgah dan follow sini #307 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummussalam..
      ooo mahu tukar template yang jenis mcm mana?

      Padam
  2. Kakak tak ambil pusing tukar template ni walaupun suka sebab dah sekali terjadi huru-hara pada blog kakak terus biarkan sampai sekarang.

    BalasPadam