Jun 2016 Jun 2016 - The New Minded Jun 2016 Jun 2016

Isnin, 27 Jun 2016

Tebaru Apakah Itu Nofollow Link 2016 ?

22 comments

Backlink
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi secara ringkas mengenai Apakah Itu Nofollow Link ? 

Alhamdulillah hari ini sudah masuk penghujung bulan ramadhan. Jadi bagaimana persiapaan untuk akhir ramadhan ni? Dah sedia ke nak tinggalkan bulan ramadhan tahun ni? Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Okay, berbalik semula kepada tajuk hari ini. Apa itu nofollow link ni? 

Didalam post entry kali ini anda akan mengetahui secara ringkas :- 
  • Makna Nofollow Link
  • Kenapa perlu menggunakan Nofollow Link
  • Kelebihan Nofollow Link
  • Dimanakah penggunaan nofollow link ni
  • Cara Menggunakannya
Untuk menjawab persoalan diatas ini, mari lihat infographic yang telah saya sediakan untuk anda bagi memudahkan untuk anda faham.


Infographic Nofollow Link
Untuk penggunaan Nofollow Link,

Terbaru Googleblog telah menggeluarkan kenyataan untuk menggunakan Nofollow link terhadap link yang dimasukkan didalam post entry untuk tujuan review dan giveaway bagi tujuan link back kepada:-

  • Website Syarikat
  • Akaun Media Sosial Website 
  • Website jualan 
  • Aplikasi syarikat
Kiranya kesemua link yang anda buat untuk link back kepada owner review / giveaway anda perlu menggunakan Nofollow Link. Jadi untuk ketahui lebih lanjut anda boleh baca Google Webmaster Guidelines. 

 Cara Penggunaan Nofollow Link ini,

Nofollow Attribute
Cara memasukkan nofollow ini sangat senang kepada mereka yang menggunakan blogspot, iaitu semasa ingin memasukkan link ada satu kotak yang perlu anda tick iaitu kotak yang ada ayat add 'rel=nofollow' attribute. Anda perlu tick sahaja kotak itu dan klik ok untuk memasukkan link didalam post anda.

Salah satu cara lagi ada menambahkan 'rel=nofollow' disebelah link url, ini boleh dilakukan didalam html post jika menggunakan blogspot dan bahagian text post untuk wordpress. Boleh rujuk infographic diatas untuk lebih faham.

So, sekarang anda jelaskan mengenai nofollow link ni? Jadi mulai hari ini anda dah boleh mempraktikkan penggunaan nofollow link ya.. 

Jom Baca Apakah Itu Backlink dan Kegunaaanya?





Read More

Jumaat, 24 Jun 2016

Teknik Rendahkan Bounce Rate Blog

10 comments

Bounce Rate
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenia teknik rendahkan bounce rate blog.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai teknik ini, terlebih dahulu mari kita ketahui apakah itu bounce rate ?

Mari lihat infographic yang telah saya sediakan ini.

Apakah Itu Bounce Rate
Jadi faham ke apa maksud bounce rate? 

Ia membawa maksud, pelawat yang singgah blog tu hanya datang ke page yang dituju kemudian terus tinggalkan page itu tanpa melawat page yang lain.. 

Nak lagi faham boleh tengok gambar dibawah ini.

Bounce vs Exit
Okay jadi sekarang faham la ya.. Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai beza bounce dengan exit ni tunggu next article saya kupas lagi sikit.

Faktor-faktor bounce rate ini telah saya kupas dipost yang lepas antaranya :-
  1. Mobile Friendly 
  2. Kelajuan Load Blog 
  3. Cara Membuat Template SEO Friendly 
  4. Kepentingan HTTPS 
  5. Cara Mudah Bina Title Post 
Ha cukup la rasanya buat masa ini saya listkan 5 terlebih dahulu, nak tahu lebih lanjut kena la selongkar blog ini punya recent post yang ada.

Jadi sekarang ini saya nak bagi tahu satu teknik yang nampak ada kesan juga, tidak salah jika kita mencuba kan.

Baru-baru ini saya ada melawat blogger hasrulhassan dan terjumpa satu post beliau mengenai satu coding yang dikatakan membantu didalam proses menurunkan bounce rate blog.

Okay, tidak salah jika kita mencuba selagi semua peluang yang adakan..

Setelah saya mencuba untuk mendapatkan bounce rate yang seminima mungkin, ini result yang dapat sebelum menggunakan code itu.

Mei
 Bounce rate pada bulan Mei 2016 secara keseluruhannya adalah 74%. Average user spent masa adalah 2:31. Kira lama juga korg dekat sini ye.. hehe..

Jun
 Ini bounce rate bulan jun bermula 1/6 - 23/6. Kadar keseluruhan bounce rate adalah 63% okay ada dah nampak penurunan. Average user spent adalah 2:40.. Ooo ada peningkatan, maybe bulan ni saya terlebih kongsi info ni.. hehe..


19 Jun
Ini pula bounce rate bermula 19/6 - 23/6. Bounce rate adalah 35%.. average user spent 2:37..

Okay yang ni menarik.. Kira boleh kata WOW..

Pada minggu ini saya telah letakkan code yang diberi blogger HH tadi di template, result yang saya dapat adalah 35%.. Ini bermakna berkesan code yang diberikan itu.

Data ini saya akan mula perhatikan untuk masa akan datang untuk lihat keberkesanan kod yang diberikan itu.

Apa-apa pun terima kasih kepada blogger HH kerana berkongsi kod untuk merendahkan bounce rate blog.

Anda nak tahu apa kod itu?

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);

Berdasarkan kod ini apa yang saya faham, apabila user itu berada di page anda lebih dari 3 minit ini bermakna article anda itu berguna, ia akan menaikkan popular post tersebut.

Kod ini diletakkan didalam html sebelum penutupan code google analytic anda. Nak tahu macam mana nak guna boleh melawat blogger HH. Tutorial 

Oleh itu, selamat mencuba la ya beberapa teknik untuk mengurangkan bounce rate yang telah saya kongsikan didalam post ini. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda..




Read More

Khamis, 23 Jun 2016

Uber Taxi Malaysia

5 comments

Kuala Lumpur ke KLIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai info Uber Taxi Malaysia. 

Tahukah anda Uber Taxi Malaysia hanya terdapat di 4 buah negeri sahaja iaitu;
  1. Kuala Lumpur
  2. Kota Kinabalu
  3. Johor
  4. Ipoh
 Jadi jika anda sedang pergi bercuti di negeri ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan uber ini untuk dijadikan sebagai pengangkutan anda ketika berada di negeri-negeri tersebut.

Tambang yang dikenakan pula adalah serendah dari RM0.95.

Untuk menaiki perkhidmata Uber ini, terdapat 3 jenis kenderaan iaitu UberX, UberXL dan Uber Black.

Uber X

Uber XL
Setiap jenis kenderaan ini adalah berfungsi mengikut bilangan penumpang yang akan naik untuk penggunaan perkhidmatan uber ini.


Tambang Uber
Untuk mengetahui tambang yang akan dikenakan kepada anda, anda boleh masukkan lokasi anda sekarang dengan lokasi yang hendak dituju, nanti web uber akan calculate tambang akan dikenakan kepada anda. Check Tambang Uber Anda.


Berita baik untuk mereka yang akan ke KL International Airport.

Tambang anda dari KL ke KLIA adalah RM75.00 untuk uberX.

Tambang Uber
Waa jadi jika anda tiada pengangkutan anda boleh menggunakan perkhidmatan uber ini, harga yang ditawarkan pun berpatutan juga.

Semoga perkhidmatan Uber ini akan diperluaskan diseluruh Malaysia. Baru la senang anda nak pergi travel kan.. Tidak perlu risau lagi pasal pengangkutan bila di negeri orang.


Jom Share Cerita / Kisah



Read More

Rabu, 22 Jun 2016

Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif

6 comments

Blog Pertama
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin imbas kembali kenangan lalu iaitu pertama sekali terlibat dalam dunia blog ini iaitu pada akhir tahun 2011.. 

Ini merupakan Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif.. 

Ceyh2.. Main throwback balik ye dia ni.. Bukan apa tiba-tiba teringat blog bersepah dulu tiba masa untuk tutup dan unlisted dari search engine result.. Tu yang mencari blog yang lama-lama ini.. 

Dulu first terlibat dengan blogger guna dua platform iaitu platform dari wordpress.com dan juga blogger.com

Tapi sekarang masih aktif adalah blog yang anda tengah baca ni la.. hehe.. 
Dengan ada beberapa blog yang dikendalikan bawah saya tapi tumpuan lebih saya berikan kepada blog sekarang ini.

Jadi imbas kembali kisah lampau dalam blog ini. 

Dulu memang minat nama ultra ini zaman budak2 lagi kan, ultrastation la ultra fm la macam-macam. Sebab dulu ada cita-cita nak bukak satu platform streaming radio online pernah la juga buat kejap try-try diantara kalangan kawan-kawan dulu. Menarik rupanya kerja ini.. Dapat satu kepuasan iaitu memuaskan permintaan dari pendengar yang nak dengar lagu itu. Bila dia happy kita yang handle pun happy. Macam ini la kot perasaan Dj diluar sana tu.

 Dulu first coding berjaya saya buat dan integrate dengan berjayanya adalah menu yang anda nampak sekarang ini dekat atas tu. Bayangkan dari 2011 lagi saya guna menu tu. huhu.. Masa tu macam giveup dah kenapa la tak guna wordpress je senang boleh letak mouse keluar sub menu tu. 

Dulu bukan teror mana kan dalam koding budak baru habis sekolah jadi banyak la try and erorr sampai berjaya untuk integrate dengan blog dan digunakan sehingga sekarang.. Tapi sekarang ni senang dah google je template apa anda nak semua siap dah tinggal pasang je dengan pastikan ia bersih dari malware.

Bila tengok post pertama di blog tu bercerita mengenai kek kukus versi cup kecil, ooo dari dulu lagi rupanya aku minat berniaga ni.. haha.. Nak tengok gambar kek tu? 

Kek kukus
Zaman ni gambar amik guna handphone je mana ada guna smartphone.. Time ni guna handphone sony ericson yang untuk gambar punya model, memang terbaik la lawanya kan.. Skrg dapat lagi ke handphone camera selawa cengini. haha.. 

Tapi sekarang ni lama dah tak buat kek kukus lupa dah resepi dia kena rujuk balik buku kalau nak buat. Cuma selalu buat kek coklat yang bakar dengan kek marble je sekarang ni.


Jadi ini la kisah pertama saya didalam dunia blog ini.

Anda punya kisah bagaimana ? Jom share cerita anda diruang komen ini..



Read More

Selasa, 21 Jun 2016

Top 13 Keyword Ahmadhasif.my Di Search Engine Google

8 comments

Top Keyword
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Top 13 Keyword Ahmadhasif.my Di Search Engine Google dan juga sedikit pengalaman ketika proses menjadikan ahmadhasif.my ni berjaya di ranking di top page hampir kesemua latest post terdapat di top page. Alhamdulillah.

Top 13 keyword blog ini
Jadi nak tahu apa top keyword yang selalu pengguna untuk buat proses pencarian di google search engine? Ha diatas ini ada 13 keyword yang mereka selalu search untuk 30 hari yang lepas dan blog saya ini hampir kesemuanya berada di top page search engine. 

Memandangkan sekarang ini musim bulan ramadhan jadi sudah semestinya article yang mempunyai kait rapat dengan keagamaan menjadi pilihan. Terutamanya adalah waktu solat.. Supaya senang untuk kita ketahui waktu berbuka pukul berapa kan.. Senang nak rancang masa untuk proses penyediaan makanan nanti. 

Jadi sekarang ni juga sudah 15 Ramadhan kita berpuasa sudah semestinya trend untuk mencari resepi-resepi kuih raya pulak kan.. Jadi disini anda boleh lihat biskut semperit memang menjadi pilihan utama mereka mencari.. Kenapa ya mahu cuba kuih semperit yang sedap ke? Kalau nak cuba anda boleh terus lawat website ini Kuih Semperit Tradisional yang pasti sedap, tidak perlu anda susah payah nak membuatnya.. 

Jadi tips untuk bermain dengan keyword untuk blogger adalah ikut trend semasa. Jika pada waktu itu musim perayaan maka post pun kena la ada yang berkaitan perayaan begitulah seterusnya.. 

Qoute
Ha, kenapa dengan qoute diatas ini?

Bukan senang untuk mengecapi kejayaan, haters itu sudah semestinya ada. Saya sendiri pun ada mengalaminya suatu ketika dahulu kira setahun lepas la. Sampai waktu tu macam malas dah nak berblog ini.. haha..

Motivasi Balik
Jadi bila tengok semula benda ni, ha naik semula motivasi sehingga apa yang anda nampak sekarang hasilnya adalah blog ini berjaya masuk ke rank malaysia, banyak keyword berada di top search engine dan lain-lain info yang anda boleh dapat disini. 

Saya juga pernah kena ban dari satu group ni.. haha ini paling lawak... Kalau kepada yang kenali saya, saya ini bukan la jenis suka membuat spamming di group2 untuk ping post disana. Hanya artikle yang penting je pun dan manfaat je akan dimasukkan dan dishare didalam group. 

Disebabkan post itu la sekarang ia jadi top di google nak tahu tengok keyword (dalam gambar) di top position 3.1 itu apa.. Maybe masa itu ramai sangat kot yang like dan reshare artikle tu di timeline masing2 jadi tahu-tahu je dah kena ban dari group.. hahaha.. Post yang baik pun kena ban.. Memang kenalah dengan qoute saya bagi diatas ini. 

Jadi adakah laman sosial pemberi backlink yang bagus? 

Kalau berdasarkan article saya itu, jawapannya adalah YA TAPI orang yang berlainan yang share article anda itu. Baru la mendapat kepercayaan bahawasanya aritcle itu memang berguna dan memang patot untuk diranking. hehe.. Untuk article itu saya mendapat 16 orang berlainan yang reshare fuh tu la satu tahap pencapaian yang terbaik buat masa ini di blog ini. Anda mungkin lagi hebat dari saya. 

Jadi bukan senang nak berjaya.. Halangan itu sentiasa ada, tapi halangan itu akan membuat anda lebih kuat dan ketahui ia tandanya anda dalam proses untuk mencapai kejayaan yang anda inginkan itu. 

Anda mungkin juga untuk ketahui satu tutorial yang berguna



Read More

Isnin, 20 Jun 2016

Review Winz Crunchy Flakes

13 comments


Winz Crunchy Flakes
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin membuat sedikit Review Mengenai Produk Winz Crunchy Flakes. 

Pengalaman saya mula memakan produk ini sejak tahun 2014 lagi sehingga la sekarang dan telah pun membuat tempahan bersama ejen untuk kawasan Ampang Crunchy Flakes Facebook. 

Sepanjang hampir masuk tiga kali raya dari tahun 2014 ini, produk ini mesti akan ada dekat rumah saya untuk dihidangkan didalam hidangan kuih raya. Rasanya yang cukup sedap sehinggakan anda makan sekali pasti akan terus makan lagi.. Begitulah keungkapan kesedapan yang boleh saya gambarkan buat anda yang belum pernah rasainya lagi. Ia bersesuain dengan tagline produk ini iaitu "Crunch Till The End".

Winz Crunchy Flakes ini boleh diletakkan sebagai dalam menu kuih raya iaitu sebagai satu snek raya yang wajib ada kerana rasanya yang cukup sedap untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir di rumah anda. 

Bahan Crunchy Flakes
Oleh itu mari kita lihat apa dia bahan ramuan yang terdapat didalam Crunchy Flakes ini.

Didalam setiap balang crunchy flakes ini mengandungi Emping jagung berperisa kari, dicampur dengan kacang shandong dan kacang peas. Seperti didalam gambar diatas ini.. Memang cukup menyengat kesedapannyaa itu. 

Saya yang tengah menulis ni pun tak sabar nak balik KL untuk menikmati produk ini masa musim raya nanti. hehe.. 

Jadi kepada anda yang belum mendapatkan produk ni, mari cuba Crunchy Flakes ini pada musim perayaan kali ini. 

Untuk sebarang tempahan anda boleh hunbungi Agen Crunchy Flake Di Ampang, Selangor,  Melalui Facebook




Read More

Ahad, 19 Jun 2016

The Power Of Napping

5 comments

Im Sleepy
Assalamualaikum and Good Evening,

I Would like to share a topic for today about The Power of Napping.

What is naps ? Naps is sleeping during the day that between 1.00pm - 4.00pm that was taking about 10-30 minute of sleep.

For me the ideal for take a nap is before taking a lunch which time 12.30pm - 1.00pm it according to GMT +8. During this time it a good time for taking a rest for a while after done doing hardwork on using brain.

What is benefit of taking a naps?
  1.     Can boost our brain
  2.     Can improve in problem solving
  3.     Can improve our mood and feeling
  4.     It also can improve our ability to learn in the working place

So why not you should try make a nap as a your routine daily task, take a 20minutes a nice sleep during the day and you will boost up your brain and give more energetic to your body. That is the power of napping that you would get if you have nice nap during the day.

                                     Anda Mungkin Meminati untuk Ketahui Satu Tip Mengenai:

Read More

Sabtu, 18 Jun 2016

Step To Fix Mixed Content Blogspot with Cloudflare HTTPS

22 comments

Cloudflare
Assalammualaikum and Good Morning,

Today I would make a simple step tutorial about how to fix mixed content blogspot with cloudflare https.

This tutorial for who used custom domain in blogspot platform and used Cloudflare service to get free HTTPS from cloudflare.

This step I have been test with using free account cloudflare and flexible ssl that have been provide by cloudflare services.

So yesterday I have make submit my problem to cloudflare suppport team which state in the problem is my domain is not getting green lock and getting orange lock like this picture.


So today cloudflare support team has been reply my message with giving this article that tell me my blog have mixed content so they give me this article to read How do I fix the SSL Mixed Content Error Message?

But after I done this step, which you need to load all javascript and image in https. and change it all url http to https (relative url). I still got this problem. 

And now I found major problem for this orange lock need to be change in blogspot theme html.

Here 3 Simple Step You Need To Do.

Step 1

View Page Source
 Go to your homepage blog. For example www.ahmadhasif.my and wait untill it done loading.

After that, right click and choose View Page Source.

Next press ctrl+f find this word  'X-UA-Compatible' or this phrase <meta content='blogger' name='generator'/>.

What you need to do is copy starting the <meta content='blogger' name='generator'/> untill
<!--[if IE]><script type="text/javascript" src="https://www.blogger.com/static/v1/jsbin/2591933621-ieretrofit.js"></script> <![endif]-->

You can see in the picture above as your guideline.

 Step 2
 
Template
Go to your blog dashboard > template > edit html

Step3

html template
 Next in your html code editing find this phrase <b:include data='blog' name='all-head-content'/> and remove and replace this phrase which code you have copy in Step 1.

So, when you done click save template and let see the result.
Before you make a change coding in template make a backup first.

Result

Green Lock
Finally my domain got green lock..

I hope this tutorial would help many blogspot user that has been used custom domain and used cloudflare ssl as their source to get HTTPS, and imply this green lock successfully on their blogspot.

 

Read More

Cara Dapatkan Extra 1GB FREE Storage Dari Dropbox

2 comments

Extra 1 Gb Free Storage From Dropbox
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda satu cara sah dan legal untuk Dapatkan Extra 1GB FREE Storage Dari Dropbox. 

Untuk akaun secara percuma dropbox hanya menawarkan 2GB ruang simpanan untuk anda gunakan, tapi didalam post kali ini saya akan tunjuk ajar kepada anda bagaimana anda boleh mendapatkan sehingga 1GB extra data storage dari dropbox.

Step 1 

Anda perlu isikan butiran email anda di bawah ini, nanti satu email invitation oleh saya akan deliver ke email anda.

Perhatian ini hanya boleh digunapakai untuk signup pertama kali sahaja. Jadi jika anda sudah ada akaun dropbox anda boleh signup akaun baru guna email yang lain ye jika nak ikuti tutorial ini.



Sila Masukkan Butiran Anda Disini

* indicates required



Step 2 

Setelah anda berjaya signup anda akan mendapat secara automatik 2GB data storage di dropbox,

Jadi jika anda install dropbox di komputer anda, anda akan menerima 500mb data percuma disebabkan invitation yang saya berikan kepada anda tadi.

Downloading dropbox
Setelah berjaya anda download dan install di komputter / laptop anda satu paparan pengesahan dari dropbox mengenai anda berjaya install akan terpapar di web browser anda.

Jadi disini anda boleh cek nilai data anda kini adalah 2.5GB
2.5GB Data Storage
Setelah berjaya anda lihat 2.5Gb anda boleh uninstall dropbox dari laptop / komputer anda jika anda tidak mahukan menggunakan apps tersebut dari laptop.

Step 3

FREE Data
 Step ini adalah baki lagi 500mb lagi yang anda boleh dapatkan iaitu, anda connect kan dropbox anda ke facebook, twitter dan buat satu review mengenai dropbox.

Review Kepada Dropbox
Jadi dimana anda nak dapatkan free storage ini ?

Anda boleh klik disini https://www.dropbox.com/getspace anda hanya perlu login terlebih dahulu dan klik link tersebut dan ikuti langkah yang disediakan oleh pihak dropbox.

Akhir sekali keputusannya adalah

3Gb Storage
Anda berjaya mendapatkan 1GB dari dropbox.

Mudahkan.. Jadi nak dapatkan invitation kod dari saya sila isikan email anda dibawah ini :-



Sila Masukkan Butiran Anda Disini

* indicates required



Mari ketahui Apakah

Read More

Khamis, 16 Jun 2016

Tip SEO Cara Mudah Bina Title Tag

24 comments

Title Tag Di Search Engine Result
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi secara ringkas mengenai Tip SEO Cara Mudah Bina Title Tag untuk tajuk post entry.

Sebelum saya terus memulakan perkongsian ini mari kita ketahui dahulu pengertian untuk title tag ini.

Definisi Title tag  adalah tajuk untuk satu dokumen. Jadi secara kesimpulannya ia adalah tajuk untuk article post entry anda, tajuk page dan juga tajuk blog.

Untuk menghasilkan tajuk yang bagus untuk tajuk post entry anda, sila buat tajuk anda diantara 50-60  huruf. Huruf yer bukan perkataan. Maknanya setiap huruf / ruang yang digunakan ketika proses penulisan tajuk itu akan dikira sebagai satu.

Kenapa perlu tajuk dibawah 60 huruf?

Sebab peluang tajuk anda terpapar secara penuh di search engine result adalah 95%

Bagaimana pula kedudukan keyword untuk didalam title tag ini?

Ia sebenarnya ada format untuk membuat tajuk iaitu fokus keyword perlu diletak dihadapan. Baru disusuli dengan tajuk or bukan fokus keyword.

Contoh; 

Tajuk untuk post kali ini adalah  Tip SEO Cara Mudah Bina Title Tag

Dimana fokus keyword saya adalah Tip SEO dan content mengenai cara mudah bina title tag.

Tetapi didalam tajuk ini juga terdapat satu lagi keyword iaitu title tag dimana saya letak di pengakhiran tajuk.

Didalam pembinaan satu tajuk article itu anda boleh letakkan 2 -3 keywords. Tapi sila pastikan tajuk itu munasabah ya.


Title Tag Simulator
Oleh itu, bagaimana cara mudah untuk tahu berapa jumlah huruf telah digunakan?

Cara mudah ialah anda boleh gunakan Titla Tag Simulator yang dikendalikan oleh SEOmofo.com dengan memasukkan tajuk anda diruangan disediakan dan lihat snippet yang terpapar untuk ketahui jangkaan tajuk anda akan terpapar bagaimana di search engine.

Akhir kata dari saya, mudahkan untuk bina tajuk post entry ini. Jadi jika anda rasa article ini bermanfaat sila share di social media anda :) untuk digunapakai kepada rakan-rakan blogger lain.

Antara article yang menarik untuk dibaca seterusnya :-

Apakah itu backlink ?





Read More

Rabu, 15 Jun 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

3 comments

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini memang rezeki aku la dapat join segmen dari mialiana ni.. huhu.. Selalunya memang akan terlepas tapi hari alhamdulillah berjaya juga join. 

Jadi kepada anda yang belum join cepat2 join ye...

Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Read More

Selasa, 14 Jun 2016

Misi Pencarian Hp Baru HTC Desire 628 atau Lumia 1320

16 comments

Lumia 1320

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin meminta pendapat mengenai misi pencarian hp baru htc desire 628 atau lumia 1320.

Handphone yang sedia ada dan masih tengah guna adalah Lumia 920 yang digunapakai sejak tahun 2013 lagi. Baru - baru ini handphone ini dah mula ada masalah terhadap mic dan file storage yang tiba -tiba ia hilang..

Tapi performance yang lain masih okay tiada hang, camera cantik dan user interface yang mudah untuk digunapakai.

Jadi sekarang ini masih dilema untuk mencari handphone baharu untuk digunapakai samada android atau window.. hurmm..

Oleh itu, setelah kaji dengan bajet dan performance handphone dua list berjaya dihasilkan iaitu HTC Desire 628 dan Lumia 1320.

Serba sedikit mengenai kedua-dua handphone ini adalah, HTC Desire 628 baru sahaja dilancarkan pada Jun 2016 manakala Lumia 1320 pada January 2014.

Tapi ada juga rakan suggest untuk cuba kepada Iphone 5S or Iphone 6. Hurmm.. Memandangkan Iphone ini tiada external memory mungkin sebab itu ia diketepikan dari list saya..

Untuk kali ini saya nak cari handphone yang boleh masuk external memory seperti ada slot sd card, ooo.. serik dah guna handphone yang tiada slot sd card ini. Bila data penuh nak kena transfer la leceh..

Jadi mari kita lihat spesifikasi untuk kedua-dua handphone ini :-


HTC Desire 628

HTC Desire Specifikasi

Lumia 1320
Lumi 1320 Specifikasi
Jadi setelah di review berdasarkan spec dan review user di youtube.. Di hati ini berkenan pula dengan Lumia 1320 tapi HTC Desire 628 pun tidak kurang hebatnya.. 

Alahai.. Pening la otak mahu memilih sama ada Lumia 1320 mahupun HTC Desire 628.

Setiap handphone ini ada kelebihan masing-masingnya dimana HTC Desire ini support dual sim manakala Lumia 1320 tidak.

Mungkin akan kekalkan dengan Lumia disebabkan mudah untuk digunapakai dan tidak hang.. 

Jadi apa pendapat anda? Yang mana satu jadi pilihan? Harga kedua-dua handphone ini boleh dapati bawah RM1000.



Read More

Ahad, 12 Jun 2016

Ahmadhasif.my telah Masuk Alexa Ranking di Malaysia

49 comments

Alexa Rank Di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin bercerita dimana blog ahmadhasif.my telah masuk alexa ranking di Malaysia.. 

Waaa, akhirnya sasaran untuk memasuki rank alexa di Malaysia telah berjaya... Tak sangka sebegini cepat ia akan masuk ke rank Malaysia.. 

Blog ini kini berada di tangga 29 000 ++ di Rank Malaysia..  

Ini merupakan satu pencapaian terbaharu buat saya, dimana sebelum ini domain yang lama ahmadhasif dot info berada stabil di global rank tapi tidak sempat untuk masuk ke rank Malaysia.. 

Kini blog ini berjaya masuk di Rank Malaysia.. Syukur sangat.. Maybe kedudukan ini masih baharu lagi dan boleh naik dan turun dalam buat masa terdekat ini. Saya berharap ia akan terus naik dan naik sehingga ia mencapai satu tahap ia stable. 

Jadi lepas ini sasaran adalah untuk menaikkan page rank blog ini pula. 

Bagaimana untuk mendapatkan blog anda berada di Rank Malaysia?

  1. Caranya adalah bermain dengan keyword yang biasanya orang search di search engine. Boleh guna tool dari google adword keyword planner.
     
  2. Menghasilkan kontent yang berkualiti untuk dibuatkan sebagai bahan bacaan umum.
  3. Update post sekurang-kurangnya dua hari sekali.
  4. Gunakan keyword yang betul terhadap di gambar, dalam content, dan tajuk.
  5. Dan guna nofollow link untuk link blog anda dengan blog lain didalam tujuan proses giveaway, review or blog yang anda link tu tak nak beri effect kepada anda dan dia.
  6. Pastikan blog anda bebas Malware dan other malicious aktiviti.
  7. Kelajuan untuk load masuk ke blog anda. (ini maybe juga salah satu faktornya)
Yang paling penting adalah kesabaran untuk memastikan SEO blog anda ranking higher di search engine.

Selamat berbloging ye para blogger..

 

Read More

Khamis, 9 Jun 2016

Jadual Waktu Solat Sabah Jun 2016

4 comments


Ramadhan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi jadual waktu solat sabah jun 2016. 

Memandangkan bulan Jun ini insyallah sekali lagi saya akan berpuasa diperantauan sehingga seminggu nak raya baru balik semula ke KL.. 

Jadi saya sediakan jadual waktu solat untuk Zon 7 iaitu kawasan Kota Kinabalu supaya memudahkan saya untuk ketahui waktu berbuka puasa dan waktu imsak..


WAKTU SOLAT TAHUN 2016 BAGI ZON
ZON 7 - PAPAR, RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU
DAN KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA
Tarikh Hari
Imsak
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
01 Jun Rabu 4:27 4:37 6:01 12:16 15:41 18:28 19:43
02 Jun Khamis 4:27 4:37 6:01 12:16 15:41 18:28 19:43
03 Jun Jumaat 4:27 4:37 6:01 12:16 15:41 18:28 19:44
04 Jun Sabtu 4:27 4:37 6:01 12:16 15:42 18:28 19:44
05 Jun Ahad 4:27 4:37 6:01 12:16 15:42 18:29 19:44
06 Jun Isnin 4:28 4:38 6:01 12:17 15:42 18:29 19:45
07 Jun Selasa 4:28 4:38 6:01 12:17 15:42 18:29 19:45
08 Jun Rabu 4:28 4:38 6:02 12:17 15:43 18:29 19:45
09 Jun Khamis 4:28 4:38 6:02 12:17 15:43 18:29 19:45
10 Jun Jumaat 4:28 4:38 6:02 12:17 15:43 18:30 19:46
11 Jun Sabtu 4:28 4:38 6:02 12:18 15:43 18:30 19:46
12 Jun Ahad 4:28 4:38 6:02 12:18 15:44 18:30 19:46
13 Jun Isnin 4:28 4:38 6:02 12:18 15:44 18:30 19:47
14 Jun Selasa 4:28 4:38 6:03 12:18 15:44 18:31 19:47
15 Jun Rabu 4:29 4:39 6:03 12:18 15:44 18:31 19:47
16 Jun Khamis 4:29 4:39 6:03 12:19 15:45 18:31 19:47
17 Jun Jumaat 4:29 4:39 6:03 12:19 15:45 18:31 19:48
18 Jun Sabtu 4:29 4:39 6:03 12:19 15:45 18:32 19:48
19 Jun Ahad 4:29 4:39 6:04 12:19 15:45 18:32 19:48
20 Jun Isnin 4:30 4:40 6:04 12:19 15:46 18:32 19:48
21 Jun Selasa 4:30 4:40 6:04 12:20 15:46 18:32 19:48
22 Jun Rabu 4:30 4:40 6:04 12:20 15:46 18:32 19:49
23 Jun Khamis 4:30 4:40 6:04 12:20 15:46 18:33 19:49
24 Jun Jumaat 4:30 4:40 6:05 12:20 15:46 18:33 19:49
25 Jun Sabtu 4:31 4:41 6:05 12:21 15:47 18:33 19:49
26 Jun Ahad 4:31 4:41 6:05 12:21 15:47 18:33 19:49
27 Jun Isnin 4:31 4:41 6:05 12:21 15:47 18:33 19:50
28 Jun Selasa 4:31 4:41 6:06 12:21 15:47 18:34 19:50
29 Jun Rabu 4:32 4:42 6:06 12:21 15:47 18:34 19:50
30 Jun Khamis 4:32 4:42 6:06 12:22 15:47 18:34 19:50


Read More