Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif - The New Minded Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif

Rabu, 22 Jun 2016

Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif

6 comments

Blog Pertama
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin imbas kembali kenangan lalu iaitu pertama sekali terlibat dalam dunia blog ini iaitu pada akhir tahun 2011.. 

Ini merupakan Post Pertama Dalam Dunia Blog Ahmad Hasif.. 

Ceyh2.. Main throwback balik ye dia ni.. Bukan apa tiba-tiba teringat blog bersepah dulu tiba masa untuk tutup dan unlisted dari search engine result.. Tu yang mencari blog yang lama-lama ini.. 

Dulu first terlibat dengan blogger guna dua platform iaitu platform dari wordpress.com dan juga blogger.com

Tapi sekarang masih aktif adalah blog yang anda tengah baca ni la.. hehe.. 
Dengan ada beberapa blog yang dikendalikan bawah saya tapi tumpuan lebih saya berikan kepada blog sekarang ini.

Jadi imbas kembali kisah lampau dalam blog ini. 

Dulu memang minat nama ultra ini zaman budak2 lagi kan, ultrastation la ultra fm la macam-macam. Sebab dulu ada cita-cita nak bukak satu platform streaming radio online pernah la juga buat kejap try-try diantara kalangan kawan-kawan dulu. Menarik rupanya kerja ini.. Dapat satu kepuasan iaitu memuaskan permintaan dari pendengar yang nak dengar lagu itu. Bila dia happy kita yang handle pun happy. Macam ini la kot perasaan Dj diluar sana tu.

 Dulu first coding berjaya saya buat dan integrate dengan berjayanya adalah menu yang anda nampak sekarang ini dekat atas tu. Bayangkan dari 2011 lagi saya guna menu tu. huhu.. Masa tu macam giveup dah kenapa la tak guna wordpress je senang boleh letak mouse keluar sub menu tu. 

Dulu bukan teror mana kan dalam koding budak baru habis sekolah jadi banyak la try and erorr sampai berjaya untuk integrate dengan blog dan digunakan sehingga sekarang.. Tapi sekarang ni senang dah google je template apa anda nak semua siap dah tinggal pasang je dengan pastikan ia bersih dari malware.

Bila tengok post pertama di blog tu bercerita mengenai kek kukus versi cup kecil, ooo dari dulu lagi rupanya aku minat berniaga ni.. haha.. Nak tengok gambar kek tu? 

Kek kukus
Zaman ni gambar amik guna handphone je mana ada guna smartphone.. Time ni guna handphone sony ericson yang untuk gambar punya model, memang terbaik la lawanya kan.. Skrg dapat lagi ke handphone camera selawa cengini. haha.. 

Tapi sekarang ni lama dah tak buat kek kukus lupa dah resepi dia kena rujuk balik buku kalau nak buat. Cuma selalu buat kek coklat yang bakar dengan kek marble je sekarang ni.


Jadi ini la kisah pertama saya didalam dunia blog ini.

Anda punya kisah bagaimana ? Jom share cerita anda diruang komen ini..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

6 ulasan :

  1. Bila tengok firs entri...gelak sendiri..subhanAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg gitu la tu first entry.. akan buat tergelak punya bila tgk balik..

      Padam
  2. 1st entry mcam haremm pn ade. Duk crita psl dr sndir. Bajet retis orang nak tahuu. Hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo citer pasal diri sendiri ya.. ha okay juga idea ni.. kira sebagai pengenalan diri dalam dunia blog la ya.. bagus2..

      Padam