Julai 2016 Julai 2016 - The New Minded Julai 2016 Julai 2016

Ahad, 31 Julai 2016

How Strong Is Your Website? by Website Grader

17 comments

How Strong Is Your Website? by Website Grader
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai How Strong Is Your Website? by Website Grader. 

Actually saya ketahui website ini daripada seorang blogger Lea Azleeya dimana beliau post artikle ini di blog beliau.. Jadi saya pun perhati macam menarikkan apasalahnya untuk kita cuba apa sebenarnya yang di test oleh website grader ini. 

Jadi hasil daripada selidik sedikit latar belakang website grader ini ia ditubuhkan pada tahun 2006 oleh HubSpot's. Jadi secara amnya website grader ini memaparkan FREE Tools untuk menganalisa beberapa performance untuk blog / website anda dan memberi cadangan untuk proses penambahbaikkan. 

Saya saja je nak test guna tool ini untuk lihat sejauh mana responsive template blog ini sebab template ini baru je tukar.. Jadi tak taw performancenye macam mana..

Jadi mari kita lihat apakah performance result yang anda akan ketahui selepas menggunakan free tools ini.

Overrall Score
Secara amnya ia akan terbahagi kepada 4 bahagian report iaitu:-
  1. Performance
  2. Mobile
  3. SEO
  4. Security
Performance
Untuk result yang anda dapat melalui performance ini adalah page size, page request dan page speed. Dan disetiap bahagian itu akan ada penerangan yang anda boleh baca untuk proses penambahbaikkan nanti.

Untuk blog saya ini page size pada ketika itu adalah 507kb. Page size ini diambil kira size file gambar anda dan widget serta lain-lain code yang perlu diload.. Semakin kecil semakin bagus dan semakin laju untuk diload masuk.

SEO
Untuk score SEO pula blog ini dapat fullmark iaitu 30/30.. Fuh boleh tahan juga...

Security
Memandang blog ini telah fully integrate dengan https jadi ia telah berjaya mendapat 10/10..  
Kalau anda yang mempunyai domain sendiri tapi masih tidak tahu macam mana nak fully integrate dengan https boleh baca sini

Step To Fix Mixed Content Blogspot with Cloudflare HTTPS
Mobile
Untuk mobile ini paling penting.. Jika sebelum ni ada masalah untuk memasuki blog ini melalui mobile dan ruangan komen tidak muncul.. Insyallah lepas ini dah okay dah.. 

Jadi kepada anda yang masih belum mencuba lagi tool ini.. Mari kita sama-sama mencuba tools ini di:-
Website Grader


Read More

Jumaat, 29 Julai 2016

Review TMgo Broadband Terbaik

7 comments

TMgo Broadband

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai TMGO Broadband yang dikeluarkan oleh TM. 
 
Saya mencuba TMgo broadband ni kerana ia adalah guna prepaid dan tiada kontrak yang perlu dipatuhi cuma jika akaun simkad ini tidak di reload atau aktif selepas 30 hari simkad ni akan expired. Itu je la syaratnya untuk pastikan kad sim ini aktif. 

TMgo ini saya dapatkan di TM Point, Quill City Mall level 3, kalau naik lrt boleh turun Monorail Medan Tuanku. Kalau rajin nak jalan amik masa 10 +- 5 minit turun dekat lrt stesen bandaraya. Hanya disini sahaja yang ada dan outlet terdekat bagi mereka yang berada didalam kawasan Ampang. Outlet lain tak taw la kenapa tiada maybe stok mereka dah habis kot. 

Untuk pek permulaan ini pada harga asalnya adalah RM315.00 tapi kini hanya RM115.00 tidak termasuk GST.. 

Jika anda tanya pada saya dari segi harga qouta yang ditawarkan ia tidak la murah dan juga tidak la begitu mahal.. Ia mampu milik la.. Cuma jika penambahbaikkan untuk unlimited qouta mungkin akan menarik lagi ramai user untuk gunakan TMGo ni.. Means bila qouta dah habis masih boleh guna.. 

Jika diikutkan kawasan perumahan saya ini tiada coverage untuk TMgo maybe sebab tu outlet sini tidak ada stok.. Tapi yang hairannya usb modem ni detect full bar 4G tu.. hehe... Maybe tidak ramai orang guna dan line internet juga laju... 

Full bar 4G
Jika lampu LED itu hijau means kawasan itu ada line... 

Full 4G
Okay kita besarkan sikit gambar ni.. Ini adalah terminal untuk anda memasuki talian internet.. Nampak tak 4g nye tu penuh.. 

Speed Test
Okay untuk speedtest pula TMgo ini mendapat 13.76 Mbps download speed.. Fuh boleh tahan laju juga TMgo ni.. Lepas ini senang la nak update blog dan blogwalkingkan.. hehe.. 

Salah satu sebab kenapa saya beli TMgo ini juga nak guna masa dekat Sabah nanti sebab dekat sana tengok signal cun je.. Tapi tak taw la lagi macam mana keadaanya nanti hope line memang cun la.. 

Promosi TMgo
Untuk promosi kali ini jika anda tambah nilai before 31 julai 2016 anda akan mendapat extra qouta 5.++ gb extra... Menarikkan.. 

Pek permulaan juga akan mendapat 2gb percuma untuk digunakan selama 30 hari.. Cuba lihat bila untuk pertama kali sign up anda bayar device + topup RM50 = RM171.90 lihat berapa kouta anda ada..

Kouta.
Nampak tak almost 15gb qouta anda akan ada.. Untuk qouta bonus akan expired dalam masa 30 hari or akan digunakan terlebih dahulu sehingga habis baru guna actual kouta.. Actual kouta jika tambah nilai Rm50 akan expired dalam masa 60 hari.. Lama juga kan.. 

Jadi jika anda nak guna internet tapi malas nak ada komitmen lain dengan kontrak bagai nak upfront mahal2 sampai dua tiga ratus kan.. Anda boleh cuba menggunakan TMgo ini.. So far memang puas hati la cuma line disabah belum try lagi macam mana.. 




Read More

Khamis, 28 Julai 2016

Adwords Keyword Planner Tutorial Mudah

12 comments

Adwords Keyword Planner
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya saya membuat satu artikle mengenai cara menggunakan Adwords Keyword Planner Tutorial Mudah.

Lama juga saya tidak berupdate blog ni kan.. Jadi hari ni saya akan update satu tutorial yang mungkin akan membantu anda didalam proses pemilihan tajuk artikel blog post anda dengan betul dan artikle itu mendapat kedudukan yang terbaik di organik serach engine.

Sebelum saya memulakan proses tutorial bagaimana untuk menggunakan adwords keyword planner ni seperti biasa mari kita lihat terlebih dahulu infographic yang telah saya sediakan ini.

Infographic Adwords Keyword Planner
Mungkin ada dikalangan anda sering tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan trafik secara organik melalui search engine? 

Jawapannya adalah pemilihan tajuk keyword untuk artikle itu perlulah betul dan ia sering mendapat hasil carian di search engine. Justeru, penggunaan adword keyword planner ini merupakan salah satu alternatif bagi memudahkan anda mendapatkan data trafik hasil carian berkenaan keyword yang dikehendaki. 
Untuk mendapat kedudukan yang tinggi dan baik di paparan search engine google mahupun bing, artikle yang anda hasilkan itu perlulah dapat memberi manfaat kepada pembaca dan mendapat banyak hasil kongsian kepada sosial platform oleh para pembaca artikle anda itu. Ini merupakan salah satu tips untuk memastikan artikle anda itu berada di posisi yang tinggi di hasil carian. 

Selain itu, penggunaan long tail keyword juga dapat membantu artikle anda berada di top posisi di enjin carian terhadap keyword yang dikehendaki. Ini kerana penggunaan long tail keyword ini lebih speficik terhadap pembaca atau pencari yang sedang mencari berkenaan topik yang dikehendakinya. 

Okay setakt itu sahaja perkongsian ringkas dari saya.. Mari kita mulakan bagaimana nak guna google adwords keyword planner ni.

Langkah Pertama
 
Keyword Planner
Anda perlu signin di https://adwords.google.com dan perlu klik di bahagian tools > keyword planner

Selepas itu paparan seperti diatas akan muncul dan anda boleh memilih "Search for New Keyword..." untuk mendapatkan suggestion keyword yang mungkin sesuai untuk keyword asal anda.

Langkah Kedua

Masukkan Keyword
Selepas anda klik pada "Search for New Keyword..." paparan seperti diatas. Di dalam paparan itu akan ada beberapa ruang yang perlu anda isi :- 

Ruangan Pertama "Your Product.." ini adalah ruangan untuk anda memasukkan keyword yang anda mahukan. 

Ruangan Kedua "Your Landing Page" ini adalah ruangan untuk mendapatkan keyword berdasarkan url website yang anda masukkan.

Setelah anda mengisikan salah satu ruangan tersebut anda boleh tekan get idea.

Langkah Ketiga

Targeting
Bahagian targeting adalah tempat untuk anda setkan negara, bahasa dan paparan yang diinginkan keyword itu berada. Manakala date range pula adalah untuk mendapatkan data statistik mengenai keyword tersebut di cari di search engine.

Kebiasannya saya akan set negara malaysia bahasa malay dan hanya untuk paparan google sahaja.

Langkah Keempat

Keyword
Selepas anda memasukkan keyword yang dikehendaki paparan seperti diatas akan muncul. 

Untuk contoh kali ini keyword yang digunakan adalah surau. Jadi purata setiap bulan yang dicari adalah 1 300 manakala competition adalah low. Ini bermaksud kurang saingan untuk membid perkataan itu. 

Pada saya pula, apabila saya lihat competition di bahagian low or medium saya akan memilih keyword itu ini kerana ia akan mudah untuk mendapat posisi yang tinggi di hasil carian search enigne. 

Suggestion Keyword
Untuk perkataan keyword surau itu terlalu general jadi ia akan memaparkan beberapa keyword suggestion  yang mungkin bersesuaian dan lebih spesifik. 

Jadi dengan bantuan beberapa keyword itu anda boleh gunapakai untuk menghasilkan satu tajuk artikle yang baik dan mendapat trafik dari search engine.. 


Oleh itu, setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini.. Semoga anda sudah faham bagaimana untuk mendapat idea bagi menghasilkan tajuk artikle dengan baik disampin mendapat trafik dari search engine.



Read More

Jumaat, 22 Julai 2016

Review Mcafee Antivirus untuk Android 2016

11 comments

Review Mcafee Antivirus untuk Android 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini saya ingin membuat Review Mcafee Antivirus untuk Android 2016. Dimana anda boleh download secara percuma untuk digunakan di handphone anda.

Sebelum ini saya menggunakan antivirus AVG untuk handphone di android sebab sebelum-sebelum ini  memang gunakan AVG dekat tab jadi tiada masalah memang terbaik. Cuma baru-baru ni pada 15 Jul 2016 tempohari ada satu pop up keluar semasa tengah duk guna browser google chrome. Macam biasa chrome sekarang ni security tidak tahu la apa sebabnya senang betul nak kena malware ni dilaptop pun dah kena uninstall dan di mobile pun dah uninstall so sekarang guna fire fox je la.
 

Ini la popupnya
So ni la antara sebabnya kenapa saya tidak suka guna Android dan lebih suka guna window phone sebab security ler dari popup2 begini.. Tapi nak buat macam mana model yang ada di pasaran yang window phone sekarang tak berapa nak best specnye.. Terpaksa la guna android dan benda cmni terjadi. 

Notification yang keluar ni paling hebat.. Ayat dia memang pro.. Handphone tu baru kua kedai dan ada ke patut kata kita ni bukak laman web tu.. haha.. Tak de benda lain ha mahu buat.. Pada waktu tu saya dah tahu itu adalah pop up annoyying sebab memang hang browser tu dia siap block tak boleh nak tekan back or apa2.. Yang cuma boleh adalah matikan browser tu je.. Tapi diakhir ayat tu dia cakap jika matikan browser ia akan terus infect di handphone anda. Seram kan ayat dia.. Takde lak saya nak screenshot sebab nak cepat close dan matikan internet..

Jadi pada hari kejadian bukan saya sorg je yang kena ramai juga yang kena pada waktu yang sama.. So pada masa tu bila google je nama tu hanya ada keluar video dari youtube dengan forum.

Jadi pada hari ini bila google semula dah ada dah article.. 

Menurut dari bahan bacaan itu, ia adalah berpunca daripada iklan yang ada di laman web. Jadi dia akan melakukan trick seperti itu supaya anda akan klik dan install or whatever langkah yang perlu dilakukan untuk pihak itu dapat profit. 

So sebab itu sampai sekarang saya masih tidak berminat untuk memasang iklan diblog ini sebab benda-benda bengini memang akan berlaku oleh pihak lain yang cuba untuk memasuk kod sesuatu untuk tujuan kepentingan dia sendiri. 

Pada masa kejadia saya menggunakan Antivirus AVG dan Chrome. So, lepas pada itu saya terus uninstall AVG antivirus, disable chrome dan guna firefox yang dipasangkan dengan Adblock Plus dan McAfee Antivirus. 

McAfee Mobile Securtiy
Jadi bermula pencarian antivirus yang boleh dipercayai dan high security.. Masa tengah search di playstore tu macam2 jenis ada.. Last2 install McAfee ni je. Ia senang guna dan setakat ni tiada lagi popup2 yang muncul. 

User Interface
Lepas dah siap install anda bukak je aplikasi paparan seperti diatas ni akan terpapar. Seperti kebanyakkan aplikasi antivirus lain dia punya fungsi didalam hampir sama cuma yang membezakan mereka adalah sekuat mana apps tu nak melawan virus. 

Scan
Ini adalah paparan untuk anda membuat scan virus yang ada didalam handphone anda. Anda perlu menekan Scan Now sahaja dan ia akan membuat scan di handphone anda. 

Web Scurity
Ni adalah untuk web security. Kalau anda nak membuat connection dekat wifi yang kiranya macam not secure dia akan tanya anda jika mahu meneruskan or tidak.. 

Security

Selain itu, untuk keselamatan handphone anda juga sila pastikan di bahagian security handphone anda anda untick Unknown Sources untuk installation apps dari unknown sources. Sekarang ni line internet rata-ratanya dah LTE kan so setakat nak download file tu sekelip mata dah siap. Benda2 camni tak perlu file besar mana pun nak didistribute kepada anda cukup kecil saiznye jadi anda sendiri pun tak perasan. 

Jadi antara nasihat saya adalah; 
  1. Guna plugin adblock untuk menghalang iklan2.. 
  2. Anda gunakan Antivirus yang bagus..
  3. Jangan memasuki laman web yang dah tahu terang2 bahayanya kan.. 
  4. Keep up to date kesemua aplikasi dan phone software anda.. 


Read More

Khamis, 21 Julai 2016

Paparan Terbaik Untuk Layari Blog Ahmadhasif.my

10 comments

Paparan Terbaik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai Paparan Terbaik Untuk Layari Blog Ahmadhasif.my.

Sejak dua menjak ni saya dapat beberapa feedback dari beberapa blogger yang tidak dapat memasuki ke blog ini. Jadi saya terpanggil untuk membuat satu artikle ini supaya anda dapat memasuki ke blog ini tanpa sebarang gangguan. 

Untuk mendapatkan paparan yang terbaik bagi pengguna dekstop adalah menggunakan web browser firefox dan google chrome. Sila pastikan web browser anda mempunyai update yang terkini. Setakat ini, dari performace untuk windows vista ke atas masih dapat memasuki blog ini tanpa ada sebarang gangguan. Antivirus desktop yang digunakan adalah avira & norton juga dapat memasuki ke blog ini. Mahupun jika anda berada di share network di pejabat or public area pun masih dapat memasuki blog ini yang telah di tested menggunakan windows 7 embed (mcm ni kot eje nye).. 

Untuk penggunaan mobile pula, yang ni ada beberapa perubahan yang telah saya lakukan.. Jika sebelum ni ruangkan kotak komen tidak muncul sekarang ia telah muncul dan anda boleh komen. So far jika menggunakan android pilihan google chrome adalah yang terbaik untuk melayari blog ini dan fire fox juga ok.. Jika guna windows phone tiada masalah.. Guna je internet explorer tu boleh guna tiada masalah.. 

Maybe sebelum ini saya tidak perasan terhadap beberapa minor error yang terdapat sebab guna windows phone dan IE untuk balas komen anda di blog ni.. Bila baru-baru ini saya telah menggunakan android baru saya nampak ada masalah minor yang timbul.. Tak taw la mana silapnye.. Adakah web browser dari android itu sendiri yang ada minor error itu saya tidak tahu.. So far untuk pengguna android saya telah betulkan error ruangan kotak komen itu dan paparan terbaik adalah menggunakan google chrome.. 

Jadi jika anda tidak dapat nak masuk ke blog ini sila direct terus ke emel saya ye maklumkan kepada saya.. Kalau boleh statekan apa masalahnya tu.. Insyallah boleh diperbetulkan untuk menambah baik dekat blog ini. 

So far setakat ni blog ini tiada pasang apa-apa iklan.. Jadi memang sepatutnya tiada pop up ads or anything berkenaan iklan.. 

Itu je post kali ni.. Selamat berblogging yer.. 




Read More

Selasa, 19 Julai 2016

2 Cara Mudah Menggunakan Google Analytic

14 comments


Tutorial Google Analytic


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin membuat satu tutorial yang bertajuk 2 cara mudah menggunakan google analytic. 

Tutorial ini di request oleh saudari blogger Nadhie Wueen yang bertanyakan kepada saya cara untuk menggunakan google analytic ini. 

Oleh itu, didalam tutorial ini saya akan tunjukkan 2 cara penting untuk mendapatkan report dari google analytic ini untuk blogspot atau website anda.
  1. Audience
  2. Acquisition
Sebelum saya memulakan proses tutorial ini, terlebih dahulu mari kita ketahui apa itu definisi google analytic. 

Google Analytic adalah  satu platform yang disediakan oleh google kepada mereka yang mempunyai blogspot atau website untuk mendapatkan statistik pengunjung yang melawat kepada website atau blog mereka. Ini bagi tujuan untuk ketahui lebih lanjut data pengunjung yang melawat laman web itu seperti jantina, umur, keyword, penggunaan web browser dan macam-macam lagi. 

Overview Google Analytic Homepage
Pertama sekali anda perlu login ke akaun google analytic anda dan satu paparan dashboard akan muncul dimana disitu akan terpapar senarai blog / website yang telah menggunakan akaun google analytic tersebut.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, klik pada nama blog dan akan ada satu lagi sub menu dia muncul klik pada itu untuk mendapatkan report.

Overview Report Google Analytic
Setelah anda klik link tersebut, paparan overview report begini akan terpapar.

Di paparan ini anda boleh setkan tarikh yang anda inginkan untuk paparkan maklumat report blog anda.

Di paparan ini anda akan dapat ketahui :-
  1. Session
  2. Bounce Rate
  3. New Visitor
  4. Bahasa
  5. Average Session Duration
Data yang anda dapat ini adalah secara ringkas yang mana cukup mudah untuk anda ketahui, oo begini rupanya statistik blog ini untuk 30 hari lepas.

Menu di Google Analytic
Seterusnya, jika anda lihat disidebar kiri akan ada pilihan menu yang anda boleh pilih untuk melihat lebih detail data report yang ada untuk blog anda.

Di dalam tutorial kali ini saya akan ajar 2 benda penting yang perlu anda lihat bila masuk ke google analytic iaitu di bahagian Acquisition dan Audience


Overview Acquisition
Apabila anda klik di bahagian Acquisition > overview  satu paparan data akan muncul iaitu mengenai backlink yang datang ke blog anda. Iaitu dari serach engine, laman sosial dan juga refferel link.

Anda boleh klik di setiap bahagian itu untuk ketahui post mana yang top terhadap di blog anda.

Bahagian Acquisition
Pertama sekali adalah dibahagian acquisition dan terdapat sub menu yang bernama search console. 
Anda perlu klik di search console itu. Jika anda belum link kan search console dengan google analytic boleh buat terus nanti dia akan tunjuk cara nak link kan..

Search Console Queries
Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk klik di search console > queries.

Di bahagian ini anda akan lihat beberapa keyword yang muncul di search engine berkaitan blog anda dan berapa ramai yang klik artikle anda itu.

Impressions adalah berapa banyak perkataan itu muncul di search engine dan terpapar kepada mereka yang mencari keyword itu. Contoh, keyword surau klcc muncul di result search engine sebanyak 247 terhadap belainan pencari, ini bermakna dalam 30 hari seramai 247 orang ingin mengetahui surau klcc..

Click adalah berdasarkan result dari search engine tersebut mengenai keyword yang dicari dan ia di klik oleh pencari keyword itu.

CTR adalah adalah percentage berapa ramai akan klik kepada article anda apabila ia muncul di paparan search engine.

Average Position adalah article anda yang mempunyai keyword itu di posisi yang keberapa di paparan search engine.

Jadi ini secara ringkas saya terangkan anda satu benda penting yang perlu anda lihat bila berada di Google analytic.

Seterusnya saya akan terangkan mengenai bahagian Audience dimana untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengunjung yang datang ke blog anda lebih detail.

Audience Demographic Overview
Terakhir sekali adalah statistik mengenai pengunjung yang datang melawat ke blog anda.

Di bahagian audiece > demographic anda akan dapat lihat data mengenai umur dan jantina yang datang melawat ke blog anda.

Okay yang ini data saya tak pasti bagaimana meereka buat, tapi saya dapat rasakan ia berdasarkan akaun google yang telah anda login dan menggunakan search engine dengan membiarkan akaun anda login. Jadi mereka akan gunakan info yang ada di akaun anda seperti umur dan jantina untuk dimasukkan didalam statistik google analytic ini.

So, dengan adanya bahagian ini anda akan lebih mudah tahu umur dan jantina yang datang melawat ke blog anda. Ini untuk memudahkan satu cara teknik penulisan yang berkaitan dengan major umur dan jantina yang sering melawat ke blog anda.

Setakat ini sahaja saya akan berkongsi tutorial ini.. Saya berharap tutorial ini sedikit sebanyak ia akan membantu anda didalam menggunakan google analytic dengan mudah..



Read More

Khamis, 14 Julai 2016

Result Bounce Rate & Alexa Ranking Blog Ahmadhasif

12 comments

Bounce Rate
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Result Bounce Rate & Alexa Ranking Blog Ahmadhasif.

Sudah seminggu lebih saya biarkan blog ini tidak berupdate dengan artikle info bergini. Salah satu sebabnya musim perayaan dan saya nak lihat perkembangan blog ini apabila ia tidak diupdate untuk lihat sejauh mana ia akan memberi effect di ranking blog ini.

Salah satu faktor untuk memberi effect terhadap SEO adalah untuk bagi semula negatif back ( negatif rank) kepada positive semula (normal). Contoh macam sebelum ni sehari akan update satu post di blog, jadi google bot berkerja keras untuk update sitemap dan index ke search engine dan akan lawat ke blog kita setiap ari untuk update index. Lepas itu kita biarkan 4-5 hari baru update article masa ni baru kita lihat macam mana performance blog kita, sebab masa ni bila jarang diupdate visitor & google bot akan jarang datang ke blog dan ia akan beri impak terhadap ranking blog ini.

Jadi mari kita lihat data alexa ranking dari 15 Jun 2016 dan 14 Jul 2016
 
Data Alexa Rank 15 Jun 2016

Data Aelxa Ranking 14 Jul 2016
Jadi anda nampak perbezaannya data alexa ranking ni.. 
Pada 15 Jun blog ni sudah masuk ke alexa rank Malaysia sebab pada masa tu blog ni aktif dan dapat banyak kunjungan IP dari Malaysia.

Tapi lepas je dah masuk ke rank Malaysia, saya cuba untuk keluarkan blog ni dari Rank Malaysia sebab data Global Rank saya pada waktu itu masih pada tahap 4 juta lebih dan competitor beberapa blog yang berada alexa rank Malaysia berdekatan dengan saya mempunyai Global Rank 1 Juta lebih.

Jadi pada waktu itu, saya cuba untuk perlahankan kenaikkan Alexa Rank Malaysia saya dan cuba untuk menaikkan Global Rank terlebih dahulu. Jadi pada 1 Jul 2016 alexa Rank Malaysia blog saya telah delisted dan terakhir data pada 27 Jun 2016 adalah pada kedudukan 26 472. 

Sekarang alexa  ranking blog ni telah menaik pada Global Rank iaitu menjadi 3 393 050l. Alhamdulillah ia menaik seperti yang telah dirancang.. Hope ia akan terus menaik dan naik sehingga capai objektif yang disetkan.
Satu perubahan besar adalah terhadap bounce rate.

Data Bounce Rate GA pada may-jun

Data Bounce Rate di Alexa
Data Bounce Rate di Google Analytic
Seperti yang anda boleh lihat, bounce rate blog ni dari 63% telah turun menjadi 16%.. Wow.. 

Ni satu perkembangan yang bagus untuk blog ini.. Terima Kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi hadir dan baca beberapa article informasi yang telah saya buat di blog ini. 

Jadi pada saya mungkin kod html yang telah digunapakai itu memberi kesan terhadap bounce rate blog ini.. Mungkin anda boleh cuba diblog anda. 
  
Akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Saya mohon maaf jika ada salah silap sepanjang didalam dunia blogger ni. Dan jika anda ada apa-apa pertanyaan mengenai SEO boleh tinggalkan di ruang komen, insyallah ada masa saya akan jawab persoalan anda.






Read More

Selasa, 12 Julai 2016

Review Camera Test Sony Xperia Z5 Premium Dual

12 comments

Camera Test Sony Xperia Z5 Premium Dual Low Light with flash

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin membuat satu review mengenai Camera Test Sony Xperia Z5 Premium Dual.

Camera Xperia ini mempunyai resolusi sehingga 23mp dan boleh merakam video pada tahap 4K. 

Pada pandangan saya, hasil tangkapan gambar dari telefon ini amat memuaskan dan ia memberi tona gambar yang natural dan warna yang diberi itu adalah true colour dari objek yang dilihat oleh mata. Ha yang ni baru menarik tiada la tipu muslihat dari camera tu kan.

Jadi jom tengok beberapa hasil tangkapan gambar yang telah dilakukan oleh saya.. 
Gambar yang diupload ni tiada diedit yer.. Terus direct upload dari hp ke blog ni ha.. 



W3.CSS


Read More