![]() |
Tutorial Google Analytic |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya ingin membuat satu tutorial yang bertajuk 2 cara mudah menggunakan google analytic.
Tutorial ini di request oleh saudari blogger Nadhie Wueen yang bertanyakan kepada saya cara untuk menggunakan google analytic ini.
Oleh itu, didalam tutorial ini saya akan tunjukkan 2 cara penting untuk mendapatkan report dari google analytic ini untuk blogspot atau website anda.
- Audience
- Acquisition
Sebelum saya memulakan proses tutorial ini, terlebih dahulu mari kita ketahui apa itu definisi google analytic.
Google Analytic adalah satu platform yang disediakan oleh google kepada mereka yang mempunyai blogspot atau website untuk mendapatkan statistik pengunjung yang melawat kepada website atau blog mereka. Ini bagi tujuan untuk ketahui lebih lanjut data pengunjung yang melawat laman web itu seperti jantina, umur, keyword, penggunaan web browser dan macam-macam lagi.
![]() |
Overview Google Analytic Homepage |
Apa yang perlu anda lakukan adalah, klik pada nama blog dan akan ada satu lagi sub menu dia muncul klik pada itu untuk mendapatkan report.
![]() |
Overview Report Google Analytic |
Di paparan ini anda boleh setkan tarikh yang anda inginkan untuk paparkan maklumat report blog anda.
Di paparan ini anda akan dapat ketahui :-
- Session
- Bounce Rate
- New Visitor
- Bahasa
- Average Session Duration
Data yang anda dapat ini adalah secara ringkas yang mana cukup mudah untuk anda ketahui, oo begini rupanya statistik blog ini untuk 30 hari lepas.
Seterusnya, jika anda lihat disidebar kiri akan ada pilihan menu yang anda boleh pilih untuk melihat lebih detail data report yang ada untuk blog anda.
Di dalam tutorial kali ini saya akan ajar 2 benda penting yang perlu anda lihat bila masuk ke google analytic iaitu di bahagian Acquisition dan Audience
![]() |
Menu di Google Analytic |
Di dalam tutorial kali ini saya akan ajar 2 benda penting yang perlu anda lihat bila masuk ke google analytic iaitu di bahagian Acquisition dan Audience
![]() |
Overview Acquisition |
Apabila anda klik di bahagian Acquisition > overview satu paparan data akan muncul iaitu mengenai backlink yang datang ke blog anda. Iaitu dari serach engine, laman sosial dan juga refferel link.
Anda boleh klik di setiap bahagian itu untuk ketahui post mana yang top terhadap di blog anda.
![]() |
Bahagian Acquisition |
Pertama sekali adalah dibahagian acquisition dan terdapat sub menu yang bernama search console.
Anda
perlu klik di search console itu. Jika anda belum link kan search
console dengan google analytic boleh buat terus nanti dia akan tunjuk
cara nak link kan..
![]() |
Search Console Queries |
Di bahagian ini anda akan lihat beberapa keyword yang muncul di search engine berkaitan blog anda dan berapa ramai yang klik artikle anda itu.
Impressions adalah berapa banyak perkataan itu muncul di search engine dan terpapar kepada mereka yang mencari keyword itu. Contoh, keyword surau klcc muncul di result search engine sebanyak 247 terhadap belainan pencari, ini bermakna dalam 30 hari seramai 247 orang ingin mengetahui surau klcc..
Click adalah berdasarkan result dari search engine tersebut mengenai keyword yang dicari dan ia di klik oleh pencari keyword itu.
CTR adalah adalah percentage berapa ramai akan klik kepada article anda apabila ia muncul di paparan search engine.
Average Position adalah article anda yang mempunyai keyword itu di posisi yang keberapa di paparan search engine.
Jadi ini secara ringkas saya terangkan anda satu benda penting yang perlu anda lihat bila berada di Google analytic.
Seterusnya saya akan terangkan mengenai bahagian Audience dimana untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengunjung yang datang ke blog anda lebih detail.
![]() |
Audience Demographic Overview |
Di bahagian audiece > demographic anda akan dapat lihat data mengenai umur dan jantina yang datang melawat ke blog anda.
Okay yang ini data saya tak pasti bagaimana meereka buat, tapi saya dapat rasakan ia berdasarkan akaun google yang telah anda login dan menggunakan search engine dengan membiarkan akaun anda login. Jadi mereka akan gunakan info yang ada di akaun anda seperti umur dan jantina untuk dimasukkan didalam statistik google analytic ini.
So, dengan adanya bahagian ini anda akan lebih mudah tahu umur dan jantina yang datang melawat ke blog anda. Ini untuk memudahkan satu cara teknik penulisan yang berkaitan dengan major umur dan jantina yang sering melawat ke blog anda.
Setakat ini sahaja saya akan berkongsi tutorial ini.. Saya berharap tutorial ini sedikit sebanyak ia akan membantu anda didalam menggunakan google analytic dengan mudah..
thumbs up.
BalasPadamTerima Kasih
Padamtutorial yang lengkap. tqsm Asep buatkan tutorial ni. =D cer share camne nak guna google keyword pulak. hehe
BalasPadamSama-sama.. Insyallah ada masa nanti sy cuba buat tutorial ringkas ye.
Padamcamne pula kalau nak tengok based pada pageviews?
BalasPadamsaya dah lama ada google analytic ni,
tapi sampai ke sudah tak reti guna...hehe
anyway, selamat hari raya AH =)
dkt overview boleh tgk pageview nanti setkan date bila punya data nak tgk page view..
Padambaru tau pasal ni.. :)
BalasPadamooo alhamdulillah dah tahu yer.. :)
Padamsaya baru sign up google analytic ni haha and pening2 lalat lagi tapi saya cuba belajar slow2 :D
BalasPadamSlow2 belajar ye.. guna yang basic ni pun okay dah..
PadamWahhh.. banyak benda yang akak tak tahu ni. Kena banyak belajar lagi pasal new google ini. Elok juga bila dapat tahu, golongan pembaca kita ni siapa. Thanks sharing, hasif. =)
BalasPadamyup betul tu.. elok juga kita tahu golongan mana yang dtg singgah baca so boleh la sesuaikan ayat yg gunakan tu kan..
PadamOh.. Kali ni dah boleh komen. Yang lepas tu, tak tahu kenapa tak boleh tinggalkan komen. Huhuhu.
BalasPadamyang lepas tu yang bile yer?? komen guna telefon ke??
Padam