Pengalaman Membeli Telefon Baharu 2016 Pengalaman Membeli Telefon Baharu 2016 - The New Minded Pengalaman Membeli Telefon Baharu 2016 Pengalaman Membeli Telefon Baharu 2016

Sabtu, 9 Julai 2016

Pengalaman Membeli Telefon Baharu 2016

15 comments

Sony Xperia Z5 Premium Dual
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit Pengalaman Membeli Telefon Baharu 2016 yang baru je dibeli minggu ni.

Fuh, lama tak berupdate blog ni sebab musim rayakan. Tahu-tahu je update pasal handphone teruih..

Sebelum ini saya ada bertanyakan mengenai pilihan handphone android dengan windows phone yang mana satu pada pandangan anda lebih sesuai kan.. HTC or Windows Phone 

Jadi, setelah saya fikir masak-masak dan pergi sendiri ke kedai untuk tengok handphone yang ada dalam list diantaranya Windows Phone, Note 5, Iphone SE, Sony Experia, Asus.

Akhirnya list pendek dah keluar iaitu Iphone SE. Kalau ikutkan memang nak cari HTC tapi susah lak nak jumpa kedai yang jualnya.. So list pendek adalah Iphone la kalau ikutkan mula-mulanya.

Jadi bermula alkisah ini...

Dengan semangatnya pagi-pagi lagi dah siap untuk keluar pergi tengok wayang dan tengok handphone sekali. Kalau ikutkan didalam hati memang dah confirm nak beli Iphone ni. ceyh.. 

Sekali dah masuk ke kedai outletnye tu, hurmm.. Orang dah masuk memang niat nak beli tapi promoter nye layan nak tak nak je.. -.- .. Maybe promoter baru la kot.. Sebab sy ni un pernah kerja Sales Consultant jadi tahu la serba sedikit gaya intonasi dia layan itu nak dapatkan sale or tak.. Bila tengok je gaya dia layan gitu... Dalam hati berbisik, ingat aq xde #.... haha...  So bila dia pun tak leh nak terang dengan bagus apa beza Ip 6, Ip 6 S, Ip 6 + & Ip SE. Ye la maklumla orang ni guna windows phone mana la nak tahu pasal Iphone kan.. Jadi sebagai promoter kena la demo all in tak kira la orang tu beli ke tak baru la nampak effort tu nak explain.. So, tak jadi la pakai Iphone.. Teruih keluar pergi makan n tengok wayang..

Z5 Premium Dual
Lepas je tengok wayang tergerak la hati nak pergi ke kedai Sony tengok ada apa kan.. 

Masa tu tak de orang agak best la tak sesak nak tengok handphone display tu.. Jadi lepas belek-belek handphone dekat situ.. Tengok ketiga-tiga jenis Z5 yang ada, datang la seorang promoter lelaki. Dia pun explain la apa beza ketiga-tiga. Demo dia pun bagus siap dia explain lagi apa beza Xperia X dengan Z5. Ha yang ni baru menarik.. Serius la dalam hati memang tak de niat pun nak guna Xperia Z5 ni.. haha.. Tapi tah la masa dekat situ memang tertarik dekat Sony pulak.. 

Agak lama la dalam tu dalam sejam lebih la duk tengok handphone Z5 ni pastu fikir berbaloi ke tak, pastu dia layan kan aje apa aq tanya.. hehe.. bukan tengok Z5 je semua benda aq tengok dalam Sony tu sambil-sambil fikir handphone yang mana satu okay.

Z5 Premium Dual yang saya pilih ini adalah yang high spec punya. Harga dia RM2699 jadi kalau dengan harga ini saya boleh dapat Note 5, Iphone SE & Huawei Mate kalau tak silap. Memang bajet tu dah ada tapi itu la kan memang rezeki dekat Sony ni. 

Apa kelebihan hp ni ?
  • Warna Pink Limited Edition (Store Terpilih je ada katanya)
  • 4K Display
  • Waterproof & Dustproof
  • 4K Video
  • Katanya bateri tahan up to 2 days
  • Camera 23mp, front - 5mp
  • Snapdragon, Octa Core 

Sony Xperia Z5 Premium Dual
Jadi inilah review saya setelah menggunakan handphone Sony Xperia Z5 Premium Dual ni.

Untuk telefon saya lebih pentingkan sync e-mail + notification e-mail, baterry consumption, performance dan camera. 

 Keempat-empat ni memang keutamaan saya la untuk handphone. Sebab itu saya guna windows phone sebab dulu android ni tah lah.. Macam leceh nak guna tak menepati dengan requirement yang saya nak. 

Pertama sekali adalah baterry consumption, mengikut model Xperia Z5 Premium Dual ini katanya boleh tahan up to 2 days.. Tapi saya hanya boleh gunapakai dari jam 6 pagi - jam 11 pm

Penggunaan saya adalah Line LTE, buffering video di youtube 1 jam resolusi 480p ini memang kebiasaan saya la akan tengok youtube paling kurang 1 jam setiap hari. Email auto syn ada 5 akaun..  Whatsapp, wechat, instagram, twitter, google+, amik gambar dan searching. Kebetulan pada masa ni dia ada buat system update download 500mb dengan install siap.. Install tu dah kurang jadi baki 90% kalau tak silap.. So dari 90% ni la yang guna bawa ke malam.. 

Pada saya bateri yang diberikan memuaskan la, tak perlu caj dua kali dalam sehari dengan screen display 4k yang cukup tinggi resolusinya, internet kondisi LTE sepanjang masa. Kira okay la bateri walaupun tak capai 2 hari.. 

Dari segi perfomance so far okay la tiada masalah lagi. Game tak install kot dekat hp ni, sbb dkt tab ada dah game.. 

Camera dia boleh la tahan berbanding hp yang sebelum guna ni.. ada nampak beza sikit.

Email sync ni kira baguih.. Dia ada satu apps panggil EMail yang dalam tu semua organize email satu tempat macam di windows tu.

Pastu ada double tap on dan double tap off.. yang ni pun menarik.. tak sangka pula di android ada benda ni.. hehe.. Jadi tak payah la nak guna power button tuk lock screen dengan unlock screen.

Yang lagi satu yang menariknya adalah voice google.. Dimana kita perlu cakap "OK Google" untuk memulakan handphone ni cari apa yang kita nak.. Yang ni paling menarik..

Charger Z5 Premium Dual
Charging Z5 Premium Dual ni katanya adalah Fast Charging.. Boleh tahan la laju juga dia mengecasnya tu berbanding hp sebelum ni.. Maklumlah Z5 ni bateri dia 3430mah.

Jadi itu je la setakat ni cerita saya.. fuh panjang berjeler article kali ni.. Gambar dari handphone ni insyallah next time ada masa saya upload ye dekat blog ni..

So, akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah beri pandangan tempoh hari mengenai handphone mana yang patot dipilihkan.. Terima kasih..

*edit post* Okay sebelum abis nak share sikit hint bagaimana gambar hp ni ha.. Nntikan post terbaru pasal gambar yang diambil dari handphone Z5 ni.

Low Light with flash
 Gambar ni diambil pada 10 Jul 2016.. Nak tahu camera test lagi? Tunggu next post ye.. Tengah kumpulkan gambar2 lagi ni.. hehe..




If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

15 ulasan :

  1. wahhh...ada hp baru..i hari tu baru beli hp untuk mak..nak beli untuk diri sendiri ni tunggu bujet,so far i pakai iphone 6 macam xbestlah..xtau napa..i kurang suka pulak iphone...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.. lorgh awat yang tak bestnya iphone 6 tu...

      Padam
  2. ohhh....kadang-kadang bengang jugak kan dengan promoter yang pandang kita macam kita tak mampu nak beli...hihi....pasal hp Z5 nie ada jugak dengar yang resolution dan gambar nya cantik . nice choice =)

    bagi nadia , yang penting hp tue performance kena laju , tak lag dan pastinya camera dan video superb resolution nya.

    Sebenarnya tak berani nak review bnyk sgt pasal hp sebab sejak pakai iphone, tak pernah tukar pakai hp brand lain , (sebelum apple pakai BB ) . Main reason sebab iphone tak pernah lag mcm android ( tgk daripada hp kawan dan arwah ayah pernah pakai ) . Arwah ayah pun pernah pakai samsung . Arwah saja je tukar dari iphone ke samsung tak sampai sebulan dia tukar balik ke iphone katanya , lag teruk .

    Sekarang , nadia tengah target iphone 6S sbb resoulution video cantik tapi mcm sayang lak nak tukar hp lagi sebab baru setahun pakai iphone 6 .

    haaa...pnjg lak komen kan ...nway , terima kasih sggh blog nadia . dannn Selamat hari Raya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah itu la kan.. Android ni satu nya dia lag.. Tp so far pakai ok lagi la xde lg lag.. Performance mantap setakat ari ni...

      Ooo semoga berjaya la dpt guna IP6S yer..

      Padam
  3. sis mmg suka dgn phone sony ni sbb waterproof dan Mp cameranya tapi blm pernah ada lah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo nanti saya update gambarnye.. tgh mengumpul gambar2 yang di ambil dari handphone nie..

      Padam
  4. Tingin gak, tapi blm mampu lagi, byk lagi yg lbh penting, huhu

    BalasPadam
  5. Tingin gak, tapi blm mampu lagi, byk lagi yg lbh penting, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe tunai dulu yang lebih penting yer.. ada rezeki lebih baru guna untuk benda lain..

      Padam
  6. nice review asep! haha. samela kita kadang bengang je bila masuk kedai promoter tu buat layan xlayan je ingat kita ni student la takda $$ la. padahal mmg nak beli. Kalo x Asep pakai iphone da sama dgn saye. hihi. tp saye amik 6s. btw tahniah. sony pun okay jugak. dulu penah pakai battery dia mmg tahan n yg baru ni ada waterproof kan. just lepastu malas nak pakai da sbb RAM dia kecik, cepat hang. btw yg ni berapa je besar RAM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo nad Un guna iPhone eh.. Haha law tak sama dh ye..
      So far tak de la hang..
      Yg ni ram dia 3gb..
      Aah yg ni katanya waterproof dgn dustproof.

      Padam
  7. oh beli henfon baru best tu..yang penting ciri2 yang ada memenuhi kehendak kita kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul tu.. Yg penting ciri2 yg kita nak tu perlu ada kan..

      Padam
  8. Saya dari dulu2 lagi setia dengan Sony. Hehe

    Best la pakai phone baru kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah so far puas hati dgn sony z5 premium dual ni..

      Padam