Berbaloi Ke Guna Kasut Skechers ? Berbaloi Ke Guna Kasut Skechers ? - The New Minded Berbaloi Ke Guna Kasut Skechers ? Berbaloi Ke Guna Kasut Skechers ?

Ahad, 14 Ogos 2016

Berbaloi Ke Guna Kasut Skechers ?

13 comments

Kasut Skechers GOrun Ride 3 Extreme
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai berbaloi ke guna kasut skechers ni?

Ya la kan ramai yang mengatakan guna kasut skechers ini selesa dan tidak sakit kaki katanya apabila menggunakan kasut ini. So kita nak komen lebih-lebih pun tak boleh la kan jadi apa kata try beli satu dulu kasut skechers ni dan guna baru dapat tahu feeling untuk guna kasut ni kan. 

Actually saya ini agak cerewet juga dalam pemilihan kasut yang nak dipakai ni, berbulan-bulan juga la saya survey kasut-kasut ni.. haha.. teruk betul perangai.. Sampai ada satu hari tu jejalan dengan mak dan nampak kedai kasut skechers dan terus masuk la tengok-tengok kasut dan ternampak satu kasut ini all weather .. wow menarik..

Sebelum saya memulakan ini bukan artikle review berbayar yer.. Saje nak kongsi pengalaman guna kasut skechers ni....

Macam biasalakan bila masuk promoter akan tanya tujuan untuk kegunaan kasut ini, sebab dia ada dua jenis satu untuk jalan di panggil Go Walk dan satu lagi untuk berlari / jogging di panggil Go Run.

Setiap bahagian itu ada kelebihan masing-masing.. Tapi saya jenis degil la juga  dalam hati kata ya ke kasut ni untuk jalan dan untuk lari.. haha.. So saya lakukan uji sendiri la, saya bab kasut memang akan tengok dulu :-
  1. Tapak kasut adakah grip or tidak
  2. Kelenturan kasut tersebut 
  3. Tapak dia lembut or keras 
  4. Material kain dan warna
  5. Kelebihan kasut tersebut
Ha, mana taknye sampai berbulan tak jumpa kasut.. haha... Ya lakan kasut nak beli sekarang bukan memurah harga pun boleh tahan belum masuk lagi tax barang.. So kriteria seperti begitu perlu diambil kira sebelum membeli kasut untuk dipakai at least 2 years mean 720 hari at least 5 hours per day not included hari cuti.. Sebab saya ni jenis banyak suka berjalan dan naik public transport kalau nak g jejalan mana-mana pun and dekat sini pun banyak berjalan so kasut yang sesuai amat penting buat saya.

So, masa saya duk mencari kasut yang sesuai didalam kedai tu saya ternampak la kasut yang didalam post saya ini.. Jadi dia cakap kasut ini untuk berlari tapi saya tanya untuk jalan pun boleh kan dia cakap ia sesuai untuk berlari dan untuk jalan pun ok.

So saya pun pilih la kasut ini.. Actually nak pilih kasut bagus pilih yang mempunyai tapak lembut baru la kaki tak sakit bila jalan lelama dan kebiasaannya kasut untuk lari ini mempunyai tapak yang lembut dan kasut itu ringan..

Go Run
Okay sekarang baru nak masuk reviewnye  tu..

Seperti yang dijangka oleh saya kasut yang dipilih ini alhamdulillah selesa untuk digunapakai untuk digunakan seharian ..

Kasut ini bila anda berjalan dia ada macam absorb hentakan gitu.. terutama sekali bila masa naik dan turun tangga akan ada rasa macam absorbtion tu maybe sebab itu ia dikatakan sesuai untuk tujuan berlari sebab ia ada kelebihan bounce kot.. So kadang-kadang tu saja je takde keje saya melompat masa mendarat tu rasa la ada absorb impak so rasa soft je masa mendarat tu.. haha..

Untuk kenyataan sesuai untuk semua musim tu agak musykil juga la.. Sebab masa tengah jalan di atas jalan tar tu haba panas tu terasa juga didalam kasut tu.. Okay maybe ia tested untuk digunapakai diatas trek lumba lari bukan atas jalan tar.. Cuma tak lama lepas tu bila berada di jalan yang redup suhu didalam kasut tu berubah agak pantas la dan ia kembali normal condition..

Untuk kegunaan di dalam jarak jauh saya rasa ia sangat selesa sebab ia lembut, ada absorbtion impak, ringan dan ada features all weather.

So, apa yang mereka katakan kasut skechers ini selesa untuk dipakai ia adalah benar la.. Cuma apabila part kita berdiri statik je lelama ha akan rasa tidak selesa sedikit maybe tapak kasut ini adalah jenis bentuk bolt maybe kasut lain ok kot tapi bila waktu berjalan dan naik tangga turun tangga ia memberi respons yang bagus.

Untuk test mengenai hujan itu belum saya try lagi sebab sekarang ni musim panas je hujan tu jarang pula nampak.. Tapi adala saya try simbah air.. haha takde keje kan simbah air dekat kasut.. Dah tu dia kata GoDri mestila dalam keringkan.. Actually ia bukan kasut waterproof okay, cuma ia melambatkan proses kemasukkan air kedalam kasut anda tu sebab dia ada 3 layer kalau tidak silap saya..

Untuk proses pengudaran didalam kasut ia memberi performance yang baik walaupun anda berada ditempat sejuk terutama sekali di tempat yang ada banyak komputer seperti makmal komputer memang akan sejuk untuk pastikan suhu komputer tu berada dalam kondisi yang bagus.. So bila guna kasut ini so far suhu didalamnya tu masih dikawal supaya kaki anda berasa suam2 gitu..

So buat mereka yang ingin membeli kasut skechers ni mesti tertanya-tanya berapa harganya.. Untuk harga kasut ini depend juga kalau tak silap saya dalam 300++ tapi tengok juga features kasut tu..
Tapi selalu juga la saya nampak kedai kasut skechers ini membuat promosi / diskaun sehingga 50% off masa tu pergi beli memang amat sesuai..

Kasut ini saya beli pada harga RM190+ kalau tak silap saya sebab ia  50% off dari harga asal.. So agak murah la dengan performance yang diberikan agak memuaskan hati saya dan keperluan saya dimana yang memerlukan saya berjalan agak jauh dan perlu banyak jalan setiap hari..

Jadi jika anda ada pengalaman menggunakan kasut ni, jom share pengalaman anda di ruangan komen dibawah ni yer.. =)






If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

13 ulasan :

  1. boleh tahan jugak harganya ye...
    kalau warna pink mesti lagi cantik. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan la harganya tu..
      warna pink ada kot rasanya tpi jenis yang lain ..

      Padam
  2. wuuuihh, buat zumba ok jugak ni :)

    BalasPadam
  3. Ada org mmg suka pakai skechers... Lebih selesa katanya...

    BalasPadam
  4. Hoisss mahainyee... Patutla selesa... Kalau rege cenggitu tp x selesa mau nye bengang.. ye dak?? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kan..kalau rege mahal pastu x selesa maw nyesal beli kan...

      Padam
  5. Betul laa part berdiri statik memang kurang syok tapi sangat selesa bila belajalan . pada peminat sneaker tu try la go walk 3 gerenti puas

    BalasPadam
  6. Saya pn peminat skechers
    Sy ada 3 koleksi, 1 utk zumba sy pakai gorun1
    Utk pergi keje ada 1 tp x ingt nm model apa dan utk keluar santai ada 1..
    Mmg sgt selesa..dan bebaloi dgn harga

    BalasPadam