Bermula Kajian Pertama Aku Bermula Kajian Pertama Aku - The New Minded Bermula Kajian Pertama Aku Bermula Kajian Pertama Aku

Sabtu, 20 Ogos 2016

Bermula Kajian Pertama Aku

12 comments

FYP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin bercerita mengenai bermula kajian pertama sebagai seorang pelajar.

Actually dah 3 minggu saya pulang semula ke sini untuk melakukan FYP saya ini.. Semester baru akan dibuka pada bulan September ini tapi saya pulang awal sebulan untuk membuat projek FYP ini supaya nanti senang buka semester je dah boleh ambil data.

So, sebab itu jarang sedikit nak update blog ini.. Insyallah ada masa saya akan update beberapa tutorial dan info di blog ini..

Part 1
 Untuk pertama sekali sebelum menyediakan sampel saya perlu untuk membelah dahulu billet kayu ni untuk menjadi papan. So tugasan ini saya selesaikan pada minggu pertama..

Pertama sekali sampel ni dah bawa keluar dari peti ais dan dibiarkan di air dry selama 3 hari sebelum memulakan proses pemotongan dijalankan.

Part 2
Selepas dah 4 hari kondisi bilet tu pun dah nampak okay, jadi bermulalah proses pembelahan kayu dijalankan.. Maka terhasillah papan diatas ini.  Cantikkan ira kayu papan ni..

Selepas je jadi papan ni ia dibiarkan air dry selama 48 jam sebelum proses pemotongan untuk dijadikan sample kecil.

Part ni untuk membuat bahagian mikrotom untuk lihat anatomi kayu.. 

Part 3
Part ini pula adalah untuk membuat maserasi pun untuk lihat anatomi kayu juga.

Jadi part ini saya dah selesaikan pada minggu kedua lagi..

Part 4
Ni adalah salah satu proses untuk mebuat maserasi, jadi selepas dah potong ikut ukuran macam besar-besar batang mancis tu ia perlu dimasak terlebih dahulu sehingga kesemua kayu tu tenggelam.. So ini saya buat pada minggu kedua.

Part 5
Ini merupakan salah satu proses maserasi juga.. Selepas kayu kesemua di part 4 tenggelam ia akan perlu melalui part 5 ni iaitu perlu dimasak bersama bahan kimia sampai ia menjadi putih macam ni.

Ini saya dah siap pada minggu ketiga iaitu pada hari Isnin baru-baru ni.

Jadi sekarang ini saya kena hold dulu sebab kena buat proses slicing dulu guna mikrotom baru boleh proceed.. dah tiga hari duk rumah je takde benda nak buat. huhu..

So sekarang ini saya cuma perlu sediakan sample untuk mikrotom yang dijangkan akan dibuat pada minggu depan sebab ia perlu guna equipment di tempat lain..

Actually banyak je masa rehat saya masa buat ini sebab ia tidak la susah mana pun cuma perlu masak dan preparation untuk sample tu je yang mengambil masa yang lama sedikit.

Hopefully buka semester ini saya dah boleh collect data..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

12 ulasan :