Betul Ke Sedap Kopi Tarik Wonda Ni ? Betul Ke Sedap Kopi Tarik Wonda Ni ? - The New Minded Betul Ke Sedap Kopi Tarik Wonda Ni ? Betul Ke Sedap Kopi Tarik Wonda Ni ?

Jumaat, 12 Ogos 2016

Betul Ke Sedap Kopi Tarik Wonda Ni ?

17 comments

Kopi Tarik - Wonda
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sejak beberapa bulan yang lepas saya selalu juga baca posting mengenai kopi tarik ini.. Bila baca posting tersebut macam sedap je rasa kopi tarik ini. 

So minggu ini masa tengah beli barang dekat Giant tiba-tiba ternampak air tin kopi tarik ini, saya pun amik la satu untuk rasakan betul ke sedap sangat kopi tarik keluaran wonda ini. 

Harga untuk satu tin hampir RM3. Almost same price with product nescafee. Agak mahal juga la, so bila harga dah tinggi It's should be a premium kopi with premium taste. 

Dan lepas beli je dari Giant tu pulang rumah terus simpan didalam peti ais.. Lepas dua hari baru perasan ada kopi tarik dalam peti ais.. haha.. Apa lagi amik tin tu basuh dulu baru minum.. 

Nak tahu apa reaksi saya? 

Awesome
Bila bukak penutup tin tu bunyi 'shiiiss' dengan ada wap air dekat sekililing tin tu sejuknya tu, cer tengok dalam gambar tu.. Pastu duduk dan hayati rasa air tersebut sambil tengok laptop ni.. 

Rasa dia sedap.. Ia kena dengan taste saya.. Ia bersesuaian dengan description di tin tersebut.. boleh tengok gambar dan baca. Cuma kalau kopi tu pekat sikit memang layanzz.. Sebab saya ni suka minum kopi yang pekat.. Tapi for average consumer ia memang sedap.. Berbaloi la dengan harga yang anda bayar. 

Maybe lepas ni Kopi Tarik ni akan jadi pilihan saya yang ketiga selepas Air tin nescafe mocha..
Pilihan ketiga? Habis tu apa pilihan pertama saya? Sudah tentula kopi ais mak saya buat pergh memang mantap masih tak dapat lagi sklill dia buat air kopi tu banyak kali diajar pun masih tak sama.

Actually, agak susah nak cari kopi tarik wonda ni dekat sini melain dikedai besar... So lepas ini boleh la saya beli lagi dua or tiga tin kopi tarik ni buat stok. hehe.. 

So kepada anda yang belum try tu, anda patut cuba kopi tarik ini.. Pada saya ia sedap sebab ia kena dengan taste saya..  

Ooo dalam minggu ini akan ada dua review yang akan saya buat.. Pertama mengenai kasut skechers dan kedua mengenai laman web hidup.my dapat invite dari emel akan diupdate di blog ini dalam masa terdekat masih tengah mencari idea untuk menulis.. So keep update with this two interesting review topic ye..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

17 ulasan :

  1. haha...kebetulan masa tengah baca post ni,saya tengah minum air kopi wanda ni..tapi saya beli air dekat mesin layan diri ja =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.. senang la ada mesin layan diri tu..

      Padam
    2. berapa harga dekat mesin layan diri

      Padam
  2. My bro pun suka sangat coffee ni tapi saya tak pernah try lagi. hehe

    BalasPadam
  3. nampak gaya memang sedap nih, hahaha dah nya peminat tegar kopi nih. kene try nih :)

    BalasPadam
  4. Blm penah try, in shaa Allah nk try juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba satu tin mana taw kena dgn taste ke kan lepas ni boleh beli lagi..

      Padam
  5. siyesly sedap? time ngantuk2 tga kerja nanti bole la try cuba :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut tekak saya sedap la.. tak taw la tekak nad mcm mna... cuba la satu tin dulu nnti..

      Padam
  6. Yes! Memang sedap! Sejak ada kopi wonda tarik ni, saya dah lupakan nescafe. Hee.

    BalasPadam
  7. Sedap ke?? Tak penah cuba laa.. Nanti nkl coba jugak leee...

    BalasPadam
  8. sedap weiihhh. lg2 kalau sejukkk :) mek pun suka minum wonda kopi tarik ni.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. I'm not coffee lover, tapi nampak mcm sodap jeee :')

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum. mmg series sedap kopi tarik ni, time nk study jaa msti minum, sgt membantu, beli kt mesin layan diri jee, series xngantok. kalau minum hari hari boleh effect kesihatan tk? Adoi takutlaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummussalam.. fuh.. jgn ler hari2 teguk air tin.. bnyk gula dalam tu.. cuba tgk jumlah gula di air tin berapa (g) dalam tu..

      Padam