Cari Bilik Sewa Murah di Hidup.my Cari Bilik Sewa Murah di Hidup.my - The New Minded Cari Bilik Sewa Murah di Hidup.my Cari Bilik Sewa Murah di Hidup.my

Jumaat, 12 Ogos 2016

Cari Bilik Sewa Murah di Hidup.my

16 comments

Hidup.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Tahukah anda, terdapat satu laman web yang memudahkan anda untuk mencari bilik sewa di seluruh Malaysia ?

Jom kita cari bilik sewa murah di hidup.my

Sebelum saya memulakan hasil review laman web di hidup.my ini apa yang saya perhatikan anda boleh mendapat bilik sewa yang murah serendah dari RM200 itu berdasarkan di kawasan ampang. Ya harga bilik ini bergantung juga kondisi, kemudahan, suasana bilik, dan lain-lain faktor.. Tapi siapa sangka anda boleh dapat bilik sewa serendah dari RM200 kan.. 

Mengapa hidup.my ? Jom kita lihat apa kata En.Syahmi di kiriman emel beliau kepada saya.. 

Mengapa hidup.my
Ya seperti yang beliau maklumkan, pada saya ia memudahkan anda untuk mencari bilik sewa berdasarkan negeri dan bajet yang anda peruntukkan. Yang penting ia turut memudahkan pelajar mencari bilik sewa untuk mereka tinggal bagi tujuan ulang alik ke kampus pengajian.

Untuk tujuan proses pemahaman tentang penggunaan laman web tersebut ia tidak la rumit sangat, ia cukup ringkas, teratur dan senang digunakan... 

Nak tahu macam mana untuk gunakan laman web ini?  Jom ikuti tutorial yang saya sediakan dibawah ini. 

Default
By default anda akan lihat paparan peta yang ada menunjukkan bilangan bilik sewa yang boleh anda dapati seacara umumnya. 

Untuk lebih spesifik anda boleh memasukkan nama tempat yang anda ingin duduki seperti nama bandar tersebut.. Contoh.
Ampang
Contoh saya ingin mencari bilik sewa dikawasan ampang jadi didalam peta akan tunjuk dikawasan mana yang mempunya bilik sewa disamping di bahagian kanan akan tunjukkan secara ringkas mengenai bilik yang ditawarkan berserta harga. 

Ada satu lagi part yang menarik adalah dibahagian more search option.. Di bahagian ini anda boleh membuat carian dengan lebih spesifik lagi terhadap bilik sewa yang anda ingin duduki itu.. 

About the room
Di bahagian ini anda boleh memasuki butiran yang diperlukan seperti anda ingin bilik berkongsi ataupun bilik sendiri. 

Jantina
Bahagian ini menarik, anda boleh memilih jantina, bangsa, umur dan juga perkerjaan.. Jadi ia lebih memudahkan anda untuk ketahui siapa bakal housemate anda itu nanti kan... 

Bilik Sewa
Bila anda dah berjaya mengisi semua butiran yang diperlukan itu akan ada satu shortlist yang akan memenuhi permintaan anda itu, kalau tak muncul anda boleh try kurangkan permintaan anda tu.. 

So, bila dah klik shortlist tu paparan seperti diatas akan muncul.. Apa yang terdapat di paparan itu adalah 
  1. Alamat bilik sewa
  2. Kondisi bilik (gambar bilik )
  3. No. perlu anda hubungi untuk buat pertanyaan
  4. Description
Description
 Seperti diatas ini di akan tuliskan description mengenai bilik sewa yang bakal anda duduk itu..

Disamping itu akan ada juga shortlist yang akan paparkan secara lebih jelas mengenai bilik sewa tersebut seperti dibawah ini :-


Oh, ada satu lagi sebelum saya terlupa.. Anda juga boleh baca dahulu profile pengiklan yang membuat iklan tentang bilik sewa itu dengan klik pada gambar beliau dan anda akan redirect ke profile beliau.. Nanti boleh tahu serba sedikit mengenai bakal housemate / pengiklan anda tu..

Secara keselurahnnya laman web hidup.my ini amat mudah untuk digunakan bagi proses pencarian bilik sewa terutama bagi pelajar dan juga mereka yang perlukan bilik sewa.

Baca Juga Betul Ke Sedap Kopi Tarik Wonda Ni ?



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

16 ulasan :

  1. wah bestnya, serendah rm200. masalahnya dah ada uma sewa. serendah2 pon rm400. sorang bayar nih. rabakk2. nak sewa bilik ja. tp dah ada mesin basuh. dannn barang pon banyak nih, tpaksa carik kawan seuma je gayanyaa.

    nihh bole suruh adik tgok. ni die nak praktikal nak bilik sewa murah2 la kan :) tq2

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo aah bagus juga tu suh adik tgk dkt website tu... sama2 :)

      Padam
  2. bagusnya website ni..kalau dulu cari bilik sewa cari iklan di busstand kat pondok telefon,sekarang ada yang lebih mudah.thank you for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahkan cari dekat busstand selalu je ada iklan bilik sewa ni.. tp skrg dah mudah boleh terus rujuk di laman web tersebut.. welcome..

      Padam
  3. i share your entry dalam Fb i ya..

    BalasPadam
  4. Baru nak buat entry..dah ada kat sini hehe..mudah dengan adanya website ni..seang kerja cari bilik sewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. selamat membuat entry yer nnti dah siap boleh sy baca pula.. Aah senang kerja nak cri bilik sewa bila ada laman web yang khas untuk iklankan bilik sewa ni...

      Padam
  5. selain daripada cari, boleh ke kita yg mengiklan?

    BalasPadam
  6. Terbaiklahh.. memudahkan ni.. MOga dpt membantu sape2 yang mencarik kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup insyallah dapat membantu mereka yang mencariknye tu..

      Padam
  7. terima kasih atas maklumat =)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. semoga bermanfaat kepada meereka yang memerlukannya..

      Padam