Pengalaman Tukar Brek Motor & Visor Helmet Pengalaman Tukar Brek Motor & Visor Helmet - The New Minded Pengalaman Tukar Brek Motor & Visor Helmet Pengalaman Tukar Brek Motor & Visor Helmet

Jumaat, 5 Ogos 2016

Pengalaman Tukar Brek Motor & Visor Helmet

8 comments

Brake Shoe
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pernah tak alami bila nak tekan brek sekali brek tak de? Mahu tak paniknye kan.. haha.. 

Itu la apa yang terjadi dekat aku hari selasa malam.. Masa tengah bawa motor tetibe motor tu tak de brek.. Naya nasib tak eksiden malam tu. Actually motor ni aku pinjam kawan punya dia pun tak de la pulak bagi taw apa-apa pasal brake motor dia jadi aku pun bawa je la macam biasa masa dekat bumper baru perasan eh brek takde ni.. Nasib brek depan masih ada.. Dah semalaman la aku bawah bawah 40km/h... hurmm..

So semalam pagi (rabu) terus pergi kedai motor tukar brek.. Sebab aku dah agak konfirm brek motor dia ni habis.. Sekali orang tu bukak cek tengok.. Memang dah habis dia punya getah tu tinggal besi je.. Hurmm.. 

Masa untuk ganti
Nampak tak gelung besi kecik bulat bawah ekzos tu bukan dekat tile tu.. Tu la dia brake shoe yang dah habis.. Kalau belum abis akan ada satu layer dekat pelapik besi tu tapi ni tinggal besi jer.. Seelok-eloknya kena tukar 1mm layer la supaya tak rosak part lain. 

Actually nak tukar brake shoe ni tak mahal mana pun bawah rm20 jer pun.. Masa tengah nak tukar brek motor ni orang kedai tu tanya nak yang baik punya ke biasa-biasa.. Dah tentula yang baik kan.. Sebab brek ni nyawa penting ooo masa tengah bawa kenderaan.. So brake shoe ni harganya hanyalah RM15 je pun.. So alang-alang aku dah pinjam motor orang kan aku pun tukar jer la kan sebab nak guna lagi dalam masa tiga minggu ni.. 

So masa alang-alang dah dekat kedai motor tu aku pun tukar la visor helmet aku ni ha yang dah calar balar masa kawan pinjam katanya jatuh atas jalan raya.. aku tanya la eksiden ke dia kata tak.. 


Nampak tak calar balar dekat helmet warna merah tu.. Pelik betul aku tengok merah dengan hijau.. Masa nak tukar tu dia cakap yang biasa punya habis ada yang warna hijau jer.. Pastu aku cakap la hijau dengan merah mana masuk nampak pelik ooo.. hahaha.. kalau jumpa tengah jalan merah dengan hijau memang rare la... Dia pun gelak.. Aku pun malas la nak cari tempat lain tukar je la.. So visor bogo ni RM18.. Mahal juga visor bogo ni.. Pastu sekarang baru la nampak full hd vision masa bawa motor.. kehkeh..

So sebelum bawa motor sila cek terlebih dahulu beberapa perkara seperti dibawah ni:-
  1. Cek Kondisi Angin Tayar
  2. Brek Motor depan dan belakang
  3. Lampu depan dan Belakang dan signal
  4. Side mirror
Selalunya kalau motor saya dekat rumah memang 4 perkara ni la selalu cek sebab ada adik2 kecik kan dorang ni suka duk atas motor tu macam2 diusiknya.. Tapi 4 perkara tu memang penting tuk anda cek sebelum memulakan perjalanan motor tersebut.

Sila la cek kondisi kenderaan motor anda ya.. Dan berhati-hati di jalan raya..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

8 ulasan :

  1. Saya memang noob sangat pasal motor HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn noob sgt bahaya tu.. elok selang beberapa bulan pegi la cek kondisi motor dkt kedai... masa tukar minyak hitam tu minta tlg cek part2 lain sekali.. agak macam dah setahun rantai mootor tu tak tukar ke kan elok la tukar baru kalau jenis hari2 guna motor..

      Padam
  2. uish bahaya brek ni. dulu saya guna kereta abah, yg abah jarang guna. brek makan jugak, tapi tak sangat, kalau bawak laju kene tekan 2 3 kali baru fully stop. sebab sy ni perempuan dan tak tahu pasal kereta sangat, mintak tolong kawan ganti brek baru kat tayar kereta. sekarang da tau sikit-sikit laa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kenderaan dah lama tak jalan perlu check la dia punya kondisi macam mana.. yang penting brek tu la. kalau brek xde bahaya ooo.. boleh mengakibatkan kemalangan..

      Padam
  3. bhaya weehhh kalau break tak jadikk. naseb baik sempat sedar yg break tak jadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah tahu xpe memang bahaya oo kalau nak brek sekali brek takde.. aah mmg smpt sedar sbb masa tu di kawasan perumahan lagi sbb ada bumper kan..

      Padam