Peringatan Buat Mereka Yang Menyediakan Servis Edit Template Blog Peringatan Buat Mereka Yang Menyediakan Servis Edit Template Blog - The New Minded Peringatan Buat Mereka Yang Menyediakan Servis Edit Template Blog Peringatan Buat Mereka Yang Menyediakan Servis Edit Template Blog

Rabu, 24 Ogos 2016

Peringatan Buat Mereka Yang Menyediakan Servis Edit Template Blog

32 comments

Peringatan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini saya ingin memberi sedikit Peringatan Buat Mereka Yang Menyediakan Servis Edit Template Blog. 

Okay kepada anda yang sedang menyediakan servis edit blog or edit template or berkenaan apa sekali pun dengan file template .xml ni sila pastikan dibawah ni dah check :-
  1. Bebas Dari MALWARE
  2. Page Speed Google test atleast kuning skor 80/100 ke atas
  3. Pengguanaan heading tag dengan betul dalam template
  4. Siap-siap letak sekali kod seo script dalam template tu
Actually agak terkejut juga bila kawan sendiri mesej bertanyakan blog dan bila check blog dia, site check sucuri tak lepas.. 

Bukan murah-murah bayar dekat orang tu ooo.. fuh.. 

So kalau tak reti 4 perkara basic ni bagus jangan buat edit template ni ookay.. 

Post kali ini tujuan untuk memberi peringatan sahaja, Saya bukan nak tutup periuk nasi orang yang sedang buat edit template blog ni.. 

Tapi bila di katakan tu template blog responsive.. celah mana ko kata responsive no.1 dan no.2 tu pun tak lepas.. Pastu ada hati lagi nak letak footer ko dekat template blog yang berbayar. Apa ko ingat template berbayar ni nak ke ada footer dari mana dia dapat template tu..

Kebanyakkannya template yang percuma ni akan ada satu kod yang suspek adalah malware.. Dah banyak kali saya bincangkan hal ni dalam blog ini berkenaan template je.. 

Ingat mereka yang sanggup bayar kepada anda untuk satu template itu ingin sesuatu yang betul-betul bagus.. Dengan harga yang beliau tawarkan itu saya yakin ia dapat membekalkan satu template yang bagus tapi agak kecewa bila saya lihat 2 perkara basic itu tidak lepas.. 

So sila pastikan bila anda terima satu-satu client tu dan sebelum anda release template tu 4 perkara ini anda dah buat okay.. Baru la si pembayar itu berasa puas hati..

Saya tahu anda cuma ambil mana-mana template secara percuma di website2 dan edit je buang footer je kan.. Pastu letak header sikit dgn edit sikit dkt widget, siap... serah dekat client dan kata blog template tu responsive..

Tetapi hakikatnya anda terlupa satu benda penting iaitu untuk membuang kod malicious yang ada dalam template itu dan membuang javascript yang tak perlu.. plugin2 tak perlu..

Ingat cari rezeki tu biar yang halal dan berkat..

p/s : saya masih menunggu lagi template yaang anda telah diedit tu.. Nak tengok sejauh mana kepakaran anda dalam mengedit tu.. Sy dah siap edit template tu.. So skrg dah clean dari mess up yang ada dalam template tu...



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

32 ulasan :

  1. betul tu hasif. sbb tu kena ambil pada yang betul2 pro sja. blog sy, sy tak penah tempah dkt org lain kecuali dkt blogger azhafizah. servis dia mmg tiptop. sy puas hati dan suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tu sebab tu kena amik dengan mereka yang pakar..

      Padam
  2. Wah..banyak ilmu yang hasif kongsikan..memang kena tahu jugak bab2 ni ...Agar kita tak tetipu...bayar mahal2 tapi hasilnya hampeh..Anyway tq sudi singgaj blog akak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tahu la sedikit ilmu tu.. yup kena dedahkan supaya tidak tertipu nanti..

      Padam
  3. Mummy pakai free templete je.. Sonang! hehehe

    BalasPadam
  4. tapi cian kan..tempah mahai2.. security tak lepas. adusss penaya org ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah siankan.. tak baik penayakan org ni..

      Padam
  5. aa kan.. orang bayar sbb nk kualiti. hmm, nk untung je --'

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah org bayar sebab nak template berkualiti.. tapi itu la.. hurmmm

      Padam
  6. Ade link berkenaan dgn post dari awak ttg Malware..? Sampai skrg reen masih tertanya2 apa itu malware..?

    BalasPadam
  7. Cuba google.. Tp xfhm. Tlg ajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah ada masa sy terangkan.. ada post sy terangkan cuma belum khusus lagi... tp ni ada sedikit penerangan nye..


      apakah puncanya sesuatu blog itu dijankiti dengan malware?

      Okay, ini jawapanya.. Didalam script template yang anda guna itu katakan terdapat satu code yang anda sendiri pun tak boleh baca code tersebut boleh dicategori sebagai malware. Sebagai contoh adalah template yang dikeluarkan oleh premium template secara percuma. Jika anda perhati code yang terdapat didalam .xml itu akan satu bahagian ayat kod itu anda sendiri pun tak paham.

      Padam
    2. Mmm.. 😕 Macam Javascript? Atau kod yang nampak pelik bin ajaib? Atau kod tu lain dari pada biasa?

      Padam
    3. kod tu lain dari pada biasa.. selalunya dia akan ada mcam ni x23/ x56 / x60.....

      nak senang boleh check sitechecksucuri

      Padam
  8. Done check.. Alhamdulillah blog Reen ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamduillah okay la tu kalau dah okay..

      Padam
  9. saya tempah jugak. tak pandai nak edit sendiri. huuu

    BalasPadam
  10. dulu pernah tukar template sebab menang giveaway bila dah rasa semak dan perlukan pembaharuan husna guna template biasa jaa yg disuggestkan dlm blogger.. tak tahu lah sesuai ke tak.. huhuhu

    BalasPadam
  11. fuyoo thankss kena hati hati ni sebab dah lama tak tukar template

    BalasPadam
  12. ada jugak orang buat macam tu ekk.saya try check dekat link hasif bagi tu seb baik clean je blog

    BalasPadam
  13. nice info asep! kadang ada jugak yg buat tempahan tp just edit2 je template free sedia ada. Itu pun bahaya. Yup kena jujur dan tahu apa yg dibuatnya. saye malas nak edit2 mmg guna template blogger biasa je. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kebiasaanya mmg cmtu edit dari template yg free je tp kena make sure ia betul2 terbaik la lepas di edit tu... guna template blogger biasa pun dah ok tu..

      Padam
  14. Ee guna template biasa je. dah takda masa nak edit edit.
    HAHAHA well mcm busy sgt XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna template biasa pun dah okay dah.. :)

      Padam
  15. alhamdulillah guna khidmat org yg dh lama kerja dlm mengedit blog so far ok. bukan murah nk upah org edit blog sampai nmpak lawa, gempak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. mmg bukan murah nk hire org edit temlate blog ni.. tp make sure la dia jujur dan mmg pakar dalam coding ni.. kalo lawa dan gempak tp tak fully responsive pun tak guna juga kan..

      Padam
  16. BV selalu edit simple template dr blogger sendiri je :D
    memang kena ambik tahu jgk benda macam nie utk keselamatan. nice info!

    BalasPadam
  17. nak kena cari orang pakar bab tukar template ni... ekin dalam proses nak tukar gak.. yg sebelum ni main buat sendiri saja..

    BalasPadam
  18. Ada sesiapa buat service untuk "cantikkan" blog tak? Nak cantikkan blog pusat sumber sekolah saya. Dah buat yang basic n nak tambah beberala perkara tapi tak berapa pandai. If ada mohon whatsapp cikgu siti di +6013-2668926. Terima kasih

    BalasPadam
  19. Ada sesiapa buat service untuk "cantikkan" blog tak? Nak cantikkan blog pusat sumber sekolah saya. Dah buat yang basic n nak tambah beberala perkara tapi tak berapa pandai. If ada mohon whatsapp cikgu siti di +6013-2668926. Terima kasih

    BalasPadam
  20. Tak reti pasal edit2 ni.. nak nampak kemas, tk serabut tpi tak tahu nak cemana...

    BalasPadam