Oktober 2016 Oktober 2016 - The New Minded Oktober 2016 Oktober 2016 The New Minded Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Barang Dari Thailand Selamat Sampai di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai barang dari thailand telah selamat sampai di kuala lumpur... 
Setelah 10 hari menunggu akhirnya sampai juga barang saya ini di rumah dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang damage terhadap produk di dalam tu.. 
Barang apa yang sampai dirumah saya ni? 
Masih ingat ke kes casing handphone saya yang pecah tempohari ?  Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya
Jadi selepas dari proses pengesahan dari pihak krusell mengenai masalah produk mereka yang saya beli tempohari pihak beliau setuju untuk menghantar satu casing baharu kepada saya sebagai ganti rugi untuk produk yang bermasalah itu.. 
Produk yang dihantar oleh mereka dibungkus dengan baik dengan plastik bubble dan juga ada lagi plastik wrapping dan kotak.. Kotak yang digunakan juga agak keras dan sesuai la untuk dihantar international.. 
Packaging memang memuaskan hati dan produk casing didalam itu tidak ada mengalami sebaran…

Sedap ke Essenso Microground Coffee [Review]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Apa khabar anda semua? 
Diharap berada di dalam keadaan yang sihat ye.. 
Hari ini saya ingin membuat sedikit review essenso microground coffee dari keluaran super.
Actually saya beli kopi 3 in 1 ini di myNews, Hospital Prince Court KL.. 
Fuh.. kenapa di hospital? 
Itu la balik KL ni kena jaga orang sakit.. Mak kena masuk hospital sebab ada treatment sikit.. Alhamdulillah tidak la teruk insyallah esok dah boleh discaj.. Sampai je ke semenanjung ni terus jage dia di hospital ini.. 
So pagi tadi rasa macam teringin pula nak minum kopi, jadi saya pergi le ke kedai runcit di bawah tu.. Tengok ada jual pek kecil kopi essenso ni ha.. Teruih beli je la kan.. Nak juga rasa sedap ke tak kan kopi dia ni.. 
Bila balik je bilik wad ni bancuh.. Fuh.. Sebelum bancuh lagi dah cakap dengan mak, ini kang kalau bancuh kopi ni mahu satu aras boleh bau... Dan jangkaan nye yes betul.. satu bilik ni bau kopi dia.. wangi nye.. 
Rasa dia memang super.. Serius sedap.. h…

Pertama Kali Terima Anugerah Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit berita yang gembira iaitu mengenai pertama kali terima anugerah dekan di universiti.. 
Bukan nak heboh satu dunia tapi cuma nak kongsikan je pengalaman yang ada ni.. 
Actually dah hampir 4 tahun berada dekat sini inilah kali pertama baru la terima anugerah dekan ni.. Alhamdulillah, satu pencapaian yang bagus.. Ye la kan kalau anda tidak dapat pencapaian sebegini atleast one time tak rasa rugi ke? 
Tidak kira la anda berada dimana-mana sekali pun di sekolah, kolej, universiti mahupun di alam pekerjaan.. Anda perlu tanamkan niat untuk atleast dapat satu award yang bernilai dari tempat anda berada itu.. Kenapa saya perlu katakan sebegitu? 
Sebab ia sebagai satu reward la kepada anda yang telah habiskan banyak masa dan tenaga serta buah idea fikiran bagi melaksanakan tugasan yang diberi dan ia diberi hadiah melalui awards ni ia dapat membebaskan rasa penat lelah anda tu dan memberi aura positif yang baru untuk …

Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tajuk berjimat boleh tapi jangan sampai menjadi kedekut. 
Fuh, tajuknye tu boleh tahan kan.. Silap-silap anda yang tengah baca ni pun boleh terasa kan.. haha.. Ye la kan hampir semua orang buat benda ni tapi dalam anda tak sedar ia telah terjerumus menjadi seorang yang kedekut. 
Gambar animasi diatas ini memenuhi apa yang saya nak ceritakan untuk hari ini.. Tengok je gambar tu dah tahu dah apa point sy nak kongsikan untuk hari ini.. 
Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai topik ini saya nak kongsi sedikit kisah hidup saya la sikit yang boleh anda jadikan sebagai pengajaran or mana tahu dari kedekut boleh ubah jadi yang pemurah. 
Jika sebelum ini saya ini merupakan seorang yang agak kedekut juga la didalam pengurusan kewangan saya sendiri hatta didalam animasi diatas yang ikon lelaki itu ada juga menceritakan tahap kedekut saya itu jadi macam mana.. Mungkin saya jadi begitu sebab saya sendiri pe…

Even Borneo Eco Film Festival

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Baru-baru ini saya ada pergi ke even borneo eco film festival pada 8-9 oktober 2016 yang lepas.. Tapi saya pergi pada 9 Oktober 2016 sahaja, itu pun lepas kawan beritahu kepada saya yang ada pameran wwf yang rupanya didalam even borneo eco film festival. 
Ketika kami sampai di suria sabah pada hari berkenaan, terdapat 3 even yang pertama adalah berkaitan dengan Law, kedua jualan gudang dan yang ketiga adalah borneo eco film festival. 
Oleh kerana, kami hanya tahu ada pameran wwf dan tidak mengetahui bahawa ia didalam borneo eco film festival menyebabkan satu bangunan suria sabah kami pusing mencari dimana letaknya even tu.. Tapi akhirnya kami jumpa even borneo eco film festival ni di tingkat atas berdekatan dengan perpustakaan yang ada didalam suria sabah.. Bila masuk je pintu utama terus nampak booth wwf ni.. Ooo rupanya ia berada didalam even borneo eco film festival. 

Ketika kami sampai, tayangan pada waktu itu adalah berkenaan dengan gaya st…

Adakah Blog Ni Terkena Tempias Penguin 4.0 ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Agak lama saya tidak update blog ni kan.. Apa khabar anda semua? Saya agak sibuk sejak dua minggu ni.. Alhamdulillah ada masa sikit ni nak la update blog ni kan..
Hari ini saya ingin bercerita sedikit adakah blog ni terkena tempias oleh google update penguin 4.0? 
Jika mengikut beberapa hasil bacaan yang saya baca google penguin update 4.0 di keluarkan pada 23/9/2016  jadi mengikut beliau juga sepatutnya akan ada terkena tempias oleh google penguin pada 24/9/2016 sama ada turun atau menaik. 
Apa yang saya nampak melalui data di google search console di bahagian search analytic, pada 24/9/2016 adalah menaik tapi pada 25/9/2016 ia menurun secara drastik.. 
Nampak ke tu ia turun secara drastikkan.. Tapi selepas dari itu ia naik semula dan kembali kepada normal.. Jadi adakah range 23-25/9/2016 boleh diambil kira mengenai tempias update google penguin 4.0 terhadap blog anda ? 
Mengikut apa yang saya faham jika pada range tersebut ada perubahan dida…

Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Pernah ke anda alami beli barang original tiba-tiba mengalami defect terhadap barang tu? 
Mesti itu satu mimpi ngerikan? 
Tapi apabila sesuatu produk itu menawarkan lifetime warranty, adakah ia benar-benar di tunaikan? 
Sebelum anda membuat sesuatu claim warranty anda perlu lihat dahulu terma dan syaratnya... 
Dan perlu pastikan barang yang anda beli itu adalah 100% Original.. Kebiasaanya barang original ini dia ada code verification di box mahu pun di produk itu sendiri.. Dan sudah semestinya la beli di tempat yang ada nama besar dan boleh dipercayai.. Jarang la berlaku ditempat sebegini akan melakukan benda tak sepatutnya kan.. 
Harga case ini saya beli dekat RM150 juga la satu.. Fuh agak mahalkan.. Sebab agak sukar untuk mencari case untuk Sony Xperia Z5 Premium di kedai biasa ni.. Yang ada pun kebanyakkannye jenis plastik bukan hardcase yang keras.. Maklum lah bukan tidak mahu pakai yang plastik tu tapi belakang cover Z5 Premium ini adalah …

Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai perjalanan ke tenom menggunakan keretapi sabah atau dikenali sebagai Sabah State Railway.. 
Untuk trip kali ini saya mengambil masa selama 2 hari 1 malam iaitu bermula dari ahad petang sehingga lah hari Isnin.. Jadi kepada kesemua pemenang giveaway saya yang lepas harap bersabar ye nanti saya akan balas emel anda secepat mungkin.. 
Di dalam artikle ini saya akan terangkan dengan detail mengenai perjalanan dari Kota Kinabalu sehingga tibanya ke Tenom, harga tiket, harga makanan, tempat penginapan dan juga beberapa view yang anda akan nampak ketika berada didalam keretapi ini. 
Untuk ketahui jadual perjalanan keretapi Sabah ini anda boleh layari laman web ini 
Jadual Perkhidmatan Keretapi Sabah
Okay sekarang bermula lah perjalanan kami dari Putatan ke Tenom.. 
Untuk ke Tenom anda perlu menaiki keretapi dari Kota Kinabalu antaranya Stesen Putatan dan berhenti di Stesen Beaufort untuk tukar tren ke Stese…

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner