Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya - The New Minded Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya

Sabtu, 8 Oktober 2016

Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya

14 comments

Hardcase Pecah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pernah ke anda alami beli barang original tiba-tiba mengalami defect terhadap barang tu? 

Mesti itu satu mimpi ngerikan? 

Tapi apabila sesuatu produk itu menawarkan lifetime warranty, adakah ia benar-benar di tunaikan? 

Terma
Sebelum anda membuat sesuatu claim warranty anda perlu lihat dahulu terma dan syaratnya... 

Dan perlu pastikan barang yang anda beli itu adalah 100% Original.. Kebiasaanya barang original ini dia ada code verification di box mahu pun di produk itu sendiri.. Dan sudah semestinya la beli di tempat yang ada nama besar dan boleh dipercayai.. Jarang la berlaku ditempat sebegini akan melakukan benda tak sepatutnya kan.. 

Harga case ini saya beli dekat RM150 juga la satu.. Fuh agak mahalkan.. Sebab agak sukar untuk mencari case untuk Sony Xperia Z5 Premium di kedai biasa ni.. Yang ada pun kebanyakkannye jenis plastik bukan hardcase yang keras.. Maklum lah bukan tidak mahu pakai yang plastik tu tapi belakang cover Z5 Premium ini adalah Glass kalau guna plastik cover mahu terhempas tak pasal2 retak seribu dah dapat design baru nanti.. hehe.. 

Jadi hanya di Store Sony je ada jual case dia ni.. Di ingat hati nak beli yang Sony punya brand tapi stok dia habis pula masa tu, nak tunggu stok sampai tidak tahu la bilanya jadi ambil la brand Krusell ni.

Broken
Nak jadikan ceritanya pula, tak sampai 30 hari saya guna casing ni saya ada nampak line crack di setiap penjuru hardcase ni dan ia mula pecah seperti dalam gambar diatas ni.. Sejak dari hari pertama guna sehinggalah tiba hari masa buat claim warranty tu tidak pernah bukak casing tu.. Nak kata jatuh memang tak pernah jatuh.. Kalau jatuh dah tentu la retak seribu Z5 Premium ni kan... So saya pun menulis la emel kepada krusell untuk bertanyakan mengenai waranti terhadap produk ini.. 

Approved
Selepas hampir seminggu lebih berurusan dengan warranty team di email. Akhirnya permohanan saya diluluskan dan satu cover hp baru akan di deliver dalam bulan ni... Hope produk yang akan dapat ini tiada la masalah seperti sekarang ini dan okay.. 

Antara kesilapan yang sering berlaku ketika kita beli barang adalah :- 
  1. Tidak bertanyakan mengenai warranty.
  2. Adakah warranty tu 100% diuruskan oleh penjual?
  3. Jika ada masalah terhadap barang, apa yang warranty itu cover ?
Macam sebelum ini seller tu maklumkan kepada ia produk ini tiada warranty dioutletnya or maybe dia tidak tahu.. Hurmm.. 

Tapi bila kita lihat di laman web rasmi dan dikotak produk ia menawarkan lifetime warranti.. Bila ditanyakan mengenai waranti di outlet tu semasa nak beli dia kata tiada.. Atleast sebagai penjual perlulah ada warranty return back in within 1 weeks macam skechers lakukan kalau saya tidak silap.. Sebab anda penjual perlu lah tahu mengenai warranty because not all product is 100% perfect during their production process.. Maybe some of the product that could be having defect during production process.

So harap-harap barang saya itu akan sampai dengan selamatnya dan produk tu samala dengan yang sekarang ni.. Amin.. 

Jika barang saya sampai dengan selamat insyallah saya akan membuat satu review khas untuk produk Krusell ini, kalo tiada tu means lifetime warranty tu perlu direview semula dan perlu difikir berkali-kali sebelum anda membeli..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

14 ulasan :

  1. Itu ntungnya kalau kita beli barang original :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah ada juga kebaikkanya bila beli barang original ni :)

      Padam
  2. Berbaloi harga mahal kalau boleh ganti balik kalau jadi pape ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul tu.. kira berbaloi la juga.. tp lagi pun baru sebulan guna dah ada problem kan.. hmmm

      Padam
  3. Mahal juga casing sampai rm150, tapi disebabkan ori dan ada waranti kira berbaloilah, harapnya yg sampai ganti nanti tu elok lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kira ok la juga.. hope yg sampai ganti tu elok la kan.. jauh perjalanan dia tu..

      Padam
  4. Kena take note bab warranty , kadang2 ramai orang tolak tepi ,, tak pasal kalau jadi apa2 kat barang susah dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul tu kena take note bab warranty ni...

      Padam
  5. Mahainyeee casing hasif... Naseb baik ada warranty ye.. Kalau tak butang bijik mata... Adeiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat mcm mana dah susah maw cari di kedai biasa.. bila pergi je xde la abis stok la.. terpaksa ler guna yg mahal..

      Padam
  6. sokong! warranty tersangatlah penting. sebelum beli, mmg kena check ada warranty tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong sis jugak! Kalau beli barang apa pun mesti tgok warranty dulu. Kalau barang lain taikh luput haaa gituuu

      Padam
    2. yup betul tu.. warranty la part paling penting sekali.. sbb tu kena tnye betul2 ada warranty ke tak pastu tnye adakah warranty tu dia tlg uruskan proses daftarnye tu..

      Padam
  7. memang biasanya akan cari barang yang waranty dia lama

    BalasPadam