Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut - The New Minded Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut

Rabu, 19 Oktober 2016

Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut

14 comments

Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tajuk berjimat boleh tapi jangan sampai menjadi kedekut. 

Fuh, tajuknye tu boleh tahan kan.. Silap-silap anda yang tengah baca ni pun boleh terasa kan.. haha.. Ye la kan hampir semua orang buat benda ni tapi dalam anda tak sedar ia telah terjerumus menjadi seorang yang kedekut. 

Gambar animasi diatas ini memenuhi apa yang saya nak ceritakan untuk hari ini.. Tengok je gambar tu dah tahu dah apa point sy nak kongsikan untuk hari ini.. 

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai topik ini saya nak kongsi sedikit kisah hidup saya la sikit yang boleh anda jadikan sebagai pengajaran or mana tahu dari kedekut boleh ubah jadi yang pemurah. 

Jika sebelum ini saya ini merupakan seorang yang agak kedekut juga la didalam pengurusan kewangan saya sendiri hatta didalam animasi diatas yang ikon lelaki itu ada juga menceritakan tahap kedekut saya itu jadi macam mana.. Mungkin saya jadi begitu sebab saya sendiri pernah mengalami suatu situasi ketika berada di posisi yang agak susah sedikit dan di didik untuk berjimat cermat dalam pengurusan kewangan. 

Ye dari kecil sampai la ke darjah 3 or 4 saya membawa bekal ke sekolah dan makan dulu sebelum ke sekolah bila waktu rehat saya hanya akan makan makanan yang dibekalkan ataupun makan roti sahaja.. Jadi boleh bayangkan berapa satu hari saya belanja.. Tak sampai RM1 pun kan.. Sebab itu jika sekarang ini saya tiada masalah jika tidak mendapat maknn yang berat pada waktu pagi or tengahari tapi cukup hanya jika ada roti sebagai alas perut sebelum pulang untuk makan di rumah.. 

Bila makin meningkat dewasa saya kenal erti untuk berjimat tetapi kadang kala itu ia bertukar menjadi seorang kedekut.. Bila situasi ini nampak macam ketara oleh ibu saya, beliau sering kali menasihatkan saya untuk kurangkan sikit sifat kedekut tu dan ada beliau cakap, 
lorgh jangan la nak berjimat & kedekut sangat, duit ada kan? so kenapa tak beli je?
Bila sering kali saya dengar ayat begitu ia membuatkan saya terfikir betul juga kenapa kita perlu untuk menjadi jimat sangat sehingga kita tidak memberi penghargaan untuk diri kita sendiri dan juga spent sedikit duit tu untuk ahli keluarga kita yang lain. 

Jadi tiba la masa untuk saya berubah sedikit dan membetulkan keadaan didalam diri saya ini, dimana saya akan berjimat juga tapi bukan menjadi seorang tahap yang kedekut la.. 

Ia ada kaitkan dengan istilah kemahuan atau kehendak.. 

Tapi kadang-kadang istilah ini tak boleh pakai sangat pun.. Yang boleh pakai adalah jika saya laburkan sejumlah duit itu apa yang ia memberi manfaat kepada saya? Yang ini boleh pakai.. 

So, semenjak saya bermula dapat proses perniagaan sendiri dah beberapa tahun ini dan banyak buku marketing dan bisnes yang telah saya baca.. Ia membuka minda saya untuk memberi penghargaan kepada diri anda sendiri yang telah penat bekerja... 

Ya betul.. Anda patut memberi rewards kepada diri anda sendiri yang telah penat berkerja seperti sekali sekala pergi bercuti dan makan di restoran yang tidak memerlukan anda memasak.. 

Selain itu, ada satu ayat yang memberitahu keseronokkan dan kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tapi dengan menggunakan wang ringgit anda itu ditempat yang betul dan kondisi yang betul ia dapat memberikan kebahagiaan kepada orang lain.. 

Yang ini saya pernah buat, iaitu saya sendiri waktu itu membeli kek slices di secret recipe ada 4 slices rasanya time tu guna duit gaji saya la yang tak seberapa tu beli kek masa hari jadi ayah saya.. :D :D Bayangkan masa beli kek slice tu minta siap2 tulis ayat selamat hari jadi di kek tu.. Tahu apa perasaan kita bila lihat orang suka dan happy? Ia suatu gambaran yang tidak dapat dibeli dikedai hanya pada moment itu je ia datang... 

Seterusnya, pada hari jadi ibu saya.. Masa itu sering kali dia tanya mengenai jam sports sebab sebelum ini beliau kerap la juga kena pergi kursus yang perlu lakukan outdoor training jadi beliau tak de jam yang sports ni.. Pastu pada hari jadi dia saya ajak dia pergi ke kedai ICE Swatch dan tanya dia yang mana satu dia minat tapi masa tu ada sales la.. Punya pusing2 dia ada berkenan dengan satu jam edisi BMW yang special edition punya model.. Tapi saya bayar 3/4 or 1/2 dari harga asal je la... haha.. Tahu betapa seronok nye dia dalam butik tu mcm nak menjerit dah dia masa tu seronok.. Itu la saat yang paling saya gembira sbb jarang la tengok dia happy begitu.. 

ni kot model nye tu
Kalau tak silap saya ini la model jam tu.. Kecik je ada date.. 

So dari situ ia mula mengajar saya apa itu erti berjimat yang sebenar.. Boleh berjimat tapi jangan sampai menjadi kedekut yang boleh mengakibatkan diri anda sendiri tidak berapa happy dan senang.

Selagi ada perkataan rugi dalam minda kita ia akan menjerumus kita untuk menjadi seorang yang kedekut.. Percayalah cuba ganti rugi itu dengan perkataan lain seperti apa kesan terhadap diri aku jika aku labur wang ringgit untuk perkara tersebut ?  Dengan itu anda akan menjadi seorang yang berjimat dan dapat hindar dari jadi kedekut.. 





If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

14 ulasan :

  1. hahaha pernah jumpa dengan orang yg takkan kluarkan duit dia beli makanan tapi asyik minta kat orang..susah susah, nak tegur takut terasa. hahahaha. Mai pula suka reward diri dengan makanan, kalau barang tu jarang la, 5tahun sekali kot,hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah sama la dgn sy reward diri dgn makann juga.. :)

      Padam
  2. Betul.tu berjimat jangan sampai kedekut, sesekali perlu reward pada diri yg telah penat bekerja

    BalasPadam
  3. Mek ni kategori kedekut jugak. Sebab duit mek dah bajet setiap bulan. Tapi, kalau cukup dengan bajet, ok je. Mek on je :) contohnya org pmpuan suka beli mas, mek mmg ad portion ntuk beli mas stiap bulan, so ok je la klau nk beli. Tk di anggap mmbzir la bg mek.

    Ape ape pon, asalkan kita ckup dengan bajet. Jgn over jangan nk simpan sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tu yg penting duit tu cukup utk diguna pakai setiap bulan kan.. :)

      Padam
  4. sekali sekala kita kene reward diri sendiri. Berjimat mmg perlu sgt tambah dgn keadaan ekonomi skrg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah berjimat perlu utk buat masa skrg ni yg penting kawalan cash flow tu kena dijaga dgn baik .. :)

      Padam
  5. Macam Reen.. Jenis boros. Boros pada makanan.. Bila Reen dapat makan mknan yang Reen nak, wah.. Rasa bahagia. Hahahaa

    Duit gaji memang banyak habis kat makanan. Masalah juga tu.. Kui kui kui

    Tapi betul apa yang awak ckp, bagi reward.. Sy setuju. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. sekali sekala bg reward dkt diri g makan tmpt mewah sikit gitu.. :D

      Padam
  6. Berjimat yang berasaskan kira-kira lebih baik daripada pemurah yang tak tentu hala =)

    BalasPadam
  7. kita sama...irda pun dulu suka berjimat cermat dan suka menyimpan wang..sekarang alhamdulilah bila memberi lebih banyak..makin murah rezeki..semakin hari semakin mengikis sifat kedekut tu...hehe

    BalasPadam
  8. Aku ni x tau la jenis cmne... Family + kwn2 tmpt kje slalu ckp aku ni kedekut taik idung masin... Tu x blh, ini x blh... Bg aku, bknlah aku nk kedekut gila2... Cuma, ngn gaji aku yg kecik, kos idup tinggi, mna nk kawen lg... Aku slalu bfkir, kalau bnda tu x dtgkn faedah utk aku, aku xkn beli... Lg1, aku slalu bfkir ttg tanggungjwb slps kawen tu... Yelah, lps kawen nnt suami tanggung isteri... Nk guna duit isteri blh cuma isteri kena redha... Ntah la... Pening

    BalasPadam