Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah - The New Minded Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah

Selasa, 4 Oktober 2016

Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah

20 comments

Trip ke Tenom Guna Keretapi Sabah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai perjalanan ke tenom menggunakan keretapi sabah atau dikenali sebagai Sabah State Railway.. 

Untuk trip kali ini saya mengambil masa selama 2 hari 1 malam iaitu bermula dari ahad petang sehingga lah hari Isnin.. Jadi kepada kesemua pemenang giveaway saya yang lepas harap bersabar ye nanti saya akan balas emel anda secepat mungkin.. 

Di dalam artikle ini saya akan terangkan dengan detail mengenai perjalanan dari Kota Kinabalu sehingga tibanya ke Tenom, harga tiket, harga makanan, tempat penginapan dan juga beberapa view yang anda akan nampak ketika berada didalam keretapi ini. 

Untuk ketahui jadual perjalanan keretapi Sabah ini anda boleh layari laman web ini 


Stesen Keeretapi Putatan
Okay sekarang bermula lah perjalanan kami dari Putatan ke Tenom.. 

Untuk ke Tenom anda perlu menaiki keretapi dari Kota Kinabalu antaranya Stesen Putatan dan berhenti di Stesen Beaufort untuk tukar tren ke Stesen Tenom.. 

Jadual Dari Putatan
Untuk ke Beaufort tren yang ada hanyalah pada waktu pagi jam 7.54am dan petang 5.45pm. Kebetulan pada masa kami pergi tu iaitu pada hari Ahad maka tren kami itu jam 5.15pm.. 


Tiket
Harga tiket untuk dari Putatan ke Beaufort adalah RM4.45.. Harga yang ditawarkan agak murah dengan jarak perjalanan yang agak jauh juga la mengambila masa lebih kurang dua jam lebih untuk tiba di beaufort..

Jika anda nak lihat pemandangan yang cantik kena duduk di sebelah kanan.. hehe.. Sekarang jom lihat kondisi didalam keretapi dari Putatan Ke Beaufort ini.. 

Didalam Kabin

Ruang antara gerabak

Didalam kabin

Bagi tren dari KK-Beaufort anda akan menikmati kabin yang berhawa dingin (aircond) memang agak selesaa dan sejuk.. Di setiap gerabak akan mempunyai tandas, ruang simpanan barang diatas dan keretapi ini mempunyai 3 gerabak.. 

Menurut dari konduktor tren ni dia maklumkan keretapi yang dari kk-beaufort ini adalah design dari china dan menggunakan enjin diesel manakala keretapi dari beaufort ke tenom adalah design dari India.

Meja
Didalam gerabak ini turut menyediakan meja.. Tapi ada dua sahaja meja di satu gerabak di tengah-tengah kalau anda rasa anda nak makan perlu la cepat dan ambil di ruangan tengah yang mempunyai meja.. 

Keretapi dari KK-Beaufort
Inilah keretapi yang saya naik dari kk - beaufort.. Waktu ni sampai dah malam jadi tiba untuk cari tempat penginapan.. Untuk penginapan anda boleh cekin di River Park or Mandarin Inn.. Ikut kesesuaian bajet la.. 

Beaufort
Kalau dah sampai ke beaufort ni jangan lupa pula bergambar disini... Silapnya waktu kami sampai hujan turun tak sempat nak bergambor.. haha.. 

Kebanyakkan kedai di sini akan mula tutup jam 9 - 10 pm gitu.. Kalau anda nak makan kena cepat la.. Nak makan tidak susah banyak kedai makan disini termasuklah kedai mamak pun ada.. Guna je google maps tu keluar la semua yang anda nak tu..  

Makan Malam (supper)


Tamat day 1... 

Hari Ke-2
Nasi Beriyani
Permulaan untuk hari kedua dengan makan nasi beriyani.. haha.. kami bangun jam 4 pagi dan solat subuh.. Lepaas dah siap semua lapar pulak rasa.. Masa tu baru jam 6 pagi dan tren ke tenom jam 7.50pg.. Jadi kami pun mula proses mencari makanan.. Kedai mamak ini antara kedai yang bukak awal la.. Jadi kami pun makan la nasi beriyani yang boleh dikatakan sedap la juga.. anda patut cuba.. 
Harga pun masih dibawah RM8 tuk sepinggan.. Makan pun kena bajet juga nnti lari bajet.. haha.. 

Ni kedainya
Kedai mamak ni terletak di hadapan Masjid Bandar Beaufort.. Apa yang menariknya boleh dikatakan bersih dan pagi2 ada perkejanya yang membaca alquran disambil ia memainkan ayat alquran.. 

Ia tak la jauh mana dari stesen beaufort ni dalam 400 meter je.. 

Tiket Beaufort ke Tenom
Harga untuk tiket dari beaufort ke tenom adalah RM2.75.. Yang ambil masa lebih kurang dua jam lebih perlajalanan untuk tiba ke destinasi.. dan anda perlu tukar tren di stesen halogilat.. Kiranya anda akan naik dua jenis keretapi nak tahu bentuk macam mana tengok gambar dibawah2 ni.. 

Tren 1
Ini adalah tren 1 dari beaufort ke halogilat... Ia menggunakan enjin diesel dan kabin dia berbentuk begini

Kabin penumpang
Ya tiada aircond hanya ada tingkap sahaja.. Kalau nak lihat permandangan lawa duk belah kiri kalau kanan nampak bukit je la... haha.. Sebab perjalanan ini akan lalu ditepi bukit dan sungai... 

Stesen Kecil

Apa yang menariknya sepanjang jalan anda akan berjumpa dengan beberapa stesen kecil sebegini.. Sebab jarak diantara terminal stesen agak jauh dan diantara itu ada perkampungan kecil dari ia disediakan dengan stesen kecil sebegini untuk naik dan turun para penumpang.. 

Masa ini tak de amik gambar sebab salah port duduk.. Duduk belah kanan tak nampak view la.. hurmm.. 

Tren ke-2
Setelah tiba di Stesen Halogilat anda perlu turun dan tukar tren di platform yang sama akan ada tren tunggu disitu...

Okay masa ini baru dapat idea dah untuk duduk belah kanan pintu masuk baru nampak view.. 

Sekarang anda layanla pulak gambar-gambar yang cantik dibawah ni ya.. Kebanyakkannya saya amik video gambar yang ada cuma ini sahaja... 





Arus Sungai

Arus Sungai

Yang bestnya anda boleh tengok arus sungai yang agak cantik dan juga sebelum tiba di tenom akan nampak satu dam air dan pusat kawalan air rasanya la.. 

Stesen Rayoh
Ketika di Stesen Rayoh.. Keretapi akan berhenti agak lama disini untuk beri laluan pelancong yang mempunyai aktiviti water rafting bersiap disini.. 

Sementara tunggu disini ada satu gambar dan pemandangan yang lawa dan cantik.. 

ada dua bukit
Ini lah pemandangan yang lawa tu bila ditangkap gambarnye.. 

Selepas dari stesen Rayoh ini lebih kurang sejam lebih akan tiba di tenom


Tren-2
Alhamdulillah tiba di tenom jam 11.00am... 

Stesen Keretapi Tenom
  
Sampai je sini rasa dahaga la pula kan...

Kopi Ais
Kalau datang Tenom tidak minum kopi rasa tidak lengkap la kan.. Sebab Tenom di kenali dengan kopi siap ada roundabout pun ada acuan kopi.. 

Bulatan Tenom
Untuk anda menunaikan solat ada masjid berdekatan dengan stesen tenom ni.. 
Masjib Ar Rahman Tenom

Selepas tu kami bercadang untuk pulang ke KK menggunakan bas pada waktu petang hari sama..
Bus tu jalan jam 4.00 pm tapi tiket kena beli awal la.. kalau lambat habis la... 
Kaunter tiket ni betul2 opposite stesen tenom ni.. Nama dia Tung Ma..

Tiket
 Harga tiket ke KK adalah RM20... Ambil masa dalam 3 jam lebih perjalanan dan kami sampai KK jam 7pm lebih..

bus

Nasi goreng
Sebelum kami pulang ke KK saya makan dulu Nasi Goreng ayam di Asiarasa Kopitiam.. Rasa nasi goreng dengan air kopinya pun sedap kena dengan selera tekak saya.. Harga pun berpatutan.. Kalau anda lapar boleh la cuba makan disini.. 

Okay jadi sampai sini sahaja percutian kali ini ke Tenom menggunakan keretapi sabah.... Bagi perjalanan kami ambil masa dua hari sebab kami naik tren petang dari KK... Kalau anda nak bermalam di tenom boleh la naik tren pagi jam 7 dari KK dan tiba di beaufort dan naik tren jam 1 pm kalau tak silap untuk ke Tenom.. Sila la bertanya dengan pegawai bertugas mengenai jadual perjalanan dan have a nice trip.. Alhamdulillah misi tercapai juga untuk naik tren ke tenom.. hehe..

Barang yang mungkin perlu dibawa :-
  1. Air mineral 
  2. Action cam kalau ada
  3. Powerbank
Yang penting air mineral sebab agak panas dalam tren tu nanti..

Jom kita singgah ke laman web https://www.traveloka.com/en-my

#TravelokaMY #MYTravelAdventure


If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

20 ulasan :

  1. Bestnya dpt terjah sabah :) sight seeing

    BalasPadam
    Balasan
    1. best.. dtg sini nnti try naik keretapi tp perlu 2 day trip la.. lihat pemandangan alam.. :D

      Padam
  2. Cantikla rupa ketepi lama ni :D permandangan pun cantik2 je :) waa dok berjalan2 la ni. best! ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah rupa dia memang cantik dan klassik.. pemandangan pun cantik2 tengok keindahan alam semulajadi.. sje jalan2 kejap.. :D

      Padam
  3. Balasan
    1. ada masa nanti boleh la try keretapi di sabah ni..

      Padam
  4. Tak pernah naik train hiii, tapi kalau nak tengok pemandangan cantik memang kena naik train la jawabnya... view cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kena naik tren la kalu nk tengok pemandangan.. :)

      Padam
  5. menarik. sekali sekali naik train pula bila travel mesti seronok kan :D

    BalasPadam
  6. alaaa. teringin nya nak ke sabah. bila la ada rezeki nak sampai sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah ada rezeki boleh la sampai ke sabah.. :)

      Padam
  7. Bestnya dapat pergi menjelajah.. Nama je lahir di Malaysia.. Tapi pertama kali dengar lokasi Tanom.

    Comel tengok perhentian stesyen kecil.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah ada pit stop kecil begitu untuk naik turun penumpang sbb ada juga perkampungan disitu...

      Padam
  8. teringin nak pegi sabah dr dulu lagi..tapi belum ada rezeki..tq for sharing...:)suke tengok smua pic

    BalasPadam
  9. Klasiknyaa kereta api dia .. permandangan pun cantik .. tehingin laah pulak nak pegi ..

    BalasPadam
  10. Dari stesen beufort ke hotel..boleh jalan kaki ker...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak kisah nak berjalan.. okay je boleh je jalan kaki..
      tp kalau nak naik teksi dpn stesen tu ada je teksi jd xde la penat nak jalan..
      boleh tgk map la dr stesen tu ke hostel berapa jauh? kalau dalam 15 minit walking distance bagus jalan je la boleh excercise sikit..

      Padam
  11. Dari stesen beufort ke hotel..boleh jalan kaki ker...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.. tp penat sikit.. tak pun nnti depan stesen tu ade je teksi..

      Padam