November 2016 November 2016 - The New Minded November 2016 November 2016

Isnin, 28 November 2016

Tutorial Pasang Search Box Blog Responsive HTTPS

13 comments

Green Lock HTTPS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Post entry hari ini saya ingin membuat satu tutorial mengenai cara memasang search box yang responsive terhadap https.

Tutorial ini ada kait rapat dengan post entry lepas iaitu 
Kenapa dengan responsive https ?

Kerana, selepas penukaran daripada http kepada https dilakukan anda perlu membetulkan beberapa mixed content antaranya adalah berpunya daripada gambar dan juga link http yang digunapakai didalam https ni . Banyak la juga faktor yang terjadinya mixed content ni tapi yang selalu terjadi adalah disebabkan oleh gambar yang menggunakan url http..

Apa terjadi jika terdapat mixed content ni ?

Ia akan terjadi lock anda itu tidak green lock dan ia tidak fully secured. Macam dibawah ni.

Sama ada ia mempunyai amaran kuning.. merah.. mahupun hijau disertakan triangle ! gitu.. Ia bermakna anda mempunyai masalah mixed content.. Senang citer kalau la ia tak betul2 green lock means ia ada la tu mixed content.. 

Blog Search
Okay jadi salah satu yang menjadi punca mixed content adalah tempat search box yang berada di dalam blog ini. Sebelum penukaran search box yang baru, saya menggunakan blog search yang disediakan oleh blogger diruangan gadget. Mungkin jika anda menggunakan domain blogspot tidak mempunyai masalah ini, tapi saya yang guna domain sendiri ini mempunyai masalah mixed content dimana search box itu di load url http bukan https.. 

Jadi saya telah jumpa satu solusi dimana masalah mixed content tadi itu dapat diatasi dengan ikuti tutorial dibawah ni. 

Langkah 1

Html/Javascript
 Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke layout > add gadget > pilih html/javascript > copy & paste code dibawah ini > save

Senang je kan? Tak susah mana pun.. Di bawah ini saya ada sediakan dua jenis search box.. 

Search box 1

<style type="text/css">
#searchbox{background:url(https://3.bp.blogspot.com/-g-zH25_DoxI/VD1BuatkgII/AAAAAAAAAgc/00hxspfvv3s/s1600/searchbar.png) no-repeat;width:208px;height:29px}input:focus::-webkit-input-placeholder{color:transparent}input:focus:-moz-placeholder{color:transparent}input:focus::-moz-placeholder{color:transparent}#searchbox input{outline:none}#searchbox input[type="text"]{background:transparent;margin:3px 0 0 20px;padding:5px 0;border-width:0;font-family:"Arial Narrow",Arial,sans-serif;font-size:12px;color:#828282;width:70%;display:inline-table;vertical-align:top}#button-submit{background:url(https://4.bp.blogspot.com/-OcDQ6Z9ojlQ/VD1KnwJjFOI/AAAAAAAAAgs/cu_pKN6bpL8/s1600/magnifier.png) no-repeat;border-width:0;cursor:pointer;margin-left:10px;margin-top:4px;width:21px;height:22px}#button-submit:hover{background:url(https://2.bp.blogspot.com/-4-xFDFGKJrA/VD1Kn04f9TI/AAAAAAAAAgw/2ta84QY1x9A/s1600/magnifier-hover.png) no-repeat}#button-submit:active{background:url(https://2.bp.blogspot.com/-4-xFDFGKJrA/VD1Kn04f9TI/AAAAAAAAAgw/2ta84QY1x9A/s1600/magnifier-hover.png) no-repeat;outline:none}#button-submit::-moz-focus-inner{border:0}
</style>
<form id="searchbox" method="get" action="/search" autocomplete="off"><input name="q" type="text" size="15" placeholder="search..." /><input id="button-submit" type="submit" value="" /></form>

Search box 2
<style type="text/css">
#searchbox{background:#d8d8d8;border:4px solid #e8e8e8;padding:20px 10px;width:250px}input:focus::-webkit-input-placeholder{color:transparent}input:focus:-moz-placeholder{color:transparent}input:focus::-moz-placeholder{color:transparent}#searchbox input{outline:none}#searchbox input[type="text"]{background:url(https://2.bp.blogspot.com/-xpzxYc77ack/VDpdOE5tzMI/AAAAAAAAAeQ/TyXhIfEIUy4/s1600/search-dark.png) no-repeat 10px 6px #fff;border-width:1px;border-style:solid;border-color:#fff;font:bold 12px Arial,Helvetica,Sans-serif;color:#bebebe;width:55%;padding:8px 15px 8px 30px}#button-submit{background:#6A6F75;border-width:0;padding:9px 0;width:23%;cursor:pointer;font:bold 12px Arial,Helvetica;color:#fff;text-shadow:0 1px 0 #555}#button-submit:hover{background:#4f5356}#button-submit:active{background:#5b5d60;outline:none}#button-submit::-moz-focus-inner{border:0}
</style>
<form id="searchbox" method="get" action="/search">
<input name="q" type="text" size="15" placeholder="Type here..." />
<input id="button-submit" type="submit" value="Search" /></form>

Mudah kan untuk  meletakkan search box ni di blogspot anda.. Selamat mencuba..





Read More

Khamis, 24 November 2016

Google Chrome Papar Unsecure Connection Terhadap HTTP

17 comments

HTTPS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai google chrome akan papar unsecure connection terhadap http bermula januari 2017.

Sebenarnya dah lama dah saya kerap maklumkan mengenai https ni di blog ni, antaranya yang saya jumpa

Teknik SEO Blog Website Berkesan 2015
Adakah HTTPS Penting dalam SEO Ranking ? 
 
Jadi tidak mustahil kenapa google chrome akan mula memaparkan unsecure connection terhadap http ini disebabkan sudah lama https ini di lancarkan.. skrg ni pun dah nak masuk 2017..

Not secure http display
Ia akan mula memaparkan pada chrome versi 56.. Dimana ia akan melibatkan laman web yang mempunyai keyin password / credit card number yang tidak menggunakan https akan dipaparkan sebagai not secure.

Seperti yang dimaklumkan ia adalah proses peringkat demi peringkat dan tidak mustahil suatu hari nanti laman web pun perlu https dan akan papar not secure bila tiada https..

Jika tidak salah saya, sekarang ni kesemuanya ingin aimkan kepada penggunaan https terhadap didalam internet supaya pengguna akan berasa selamat untuk melayari laman web anda dan privasi pengguna tersebut akan selamat.

Sebelum ini, google pernah mengatakan bahawa pengguna https akan mempunyai kelebihan sedikit didalam ranking di search engine berbanding pengguna http, saya pun ada nampak sedikit effect menggunakan https ini berbanding http.

HTTPS as a ranking signal

Dari 2014 lagi google telah confirm beritahu https ini ada memberi sedikit effect didalam search ranking position.. Jadi agak rugi la jika masih mahu guna http sedangkan https ini memberi effect positif kepada search ranking position dan dah nak masuk 3 tahun dah selepas google memberitahu berkenaan https ini..


New Interface Blogger Dashboard
Ha.. setelah sekian lama akhirnya tukar juga interface blogger ni.. Dah agak dah akan kuar interface baru selepas hilangnya button view blog ditepi blogger tu.. ke memang saya je yang hilang? haha

Lagi pun di google plus pun dah berapa kali tukar interface so tidak mustahil la interface blogger pun akan berubah juga..

Reading list pun dah kena minimize kan, so blog follow kena bukak reading list la baru boleh jumpa..hurmm.. boleh tahan jugalakan.. itu sebabnya ada google+ senang nak blogwalking guna google+ dihandphone.. :)





Read More

Isnin, 21 November 2016

Teknik SEO Friendly Untuk Blogger

22 comments

Tempahan Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik untuk SEO Friendly bagi blog anda berada di search engine ketika proses pencarian berlaku.

Haha.. Bukan hari ini lagi tapi setahun kemudian..

Draf
Fuh.. Punya la lama ia berada didalam draf.. Dah setahun rupanya.. Baru tadi terperasan eh ada artikle yang tak dipublish la rupanya.. Padahal dah siap dah menulisnye tu.. Okay jadi mari kita sama-sama baca ye kisah lama ni.. Ramai dah orang tahu..

Time ni masih lagi guna windows vista.. cuba la tengok design template dulu tu.. haha.. lain kan..

Okay back to the story..

Bagi default theme blogspot kebanyakkannya masih tidak seo friendly.

Permasalahan yang berlaku adalah apabila search engine dilakukan terhadap perkataan ini sebagai contoh
tempahan kuih raya semperit sedap 2015 ia keluar dipaparan search result adalah  nama blog anda terlebih dahulu baru muncul nama tajuk entry anda. seperti gambar 1 .

Gambar 1


Apakah tujuan untuk mulakan tajuk entri anda terlebih dahulu baru berbanding nama blog dihadapan?

Ia bertujuan supaya Search Engine Optimize boleh mengoptimize keyword yang direquest di search engine yang ingin dicari oleh user. Sebagai contoh keyword Tempahan Kuih Raya apabila SEO membuat carian ia mengeluarkan Tempahan Kuih Raya terlebih dahulu berada di top baru kemudian Penambahan ayat dibelakang or di dalam satu ayat keyword tersebut.

Ini bermakna jika keyword yang hendak anda fokuskan itu perlu berada di hadapan tajuk entry anda.

Selain dari itu apabila anda membuka posting entry anda juga dapat lihat di bahagian tab dimulakan dahulu dengan nama blog anda baru muncul nama entri tersebut.

Gambar 2

Gambar 3
Seperti Gambar 2 setelah anda tukar kan kepada seo friendly ia menunjukkan nama entry anda terlebih dahulu.  Gambar 3 ia menunjukkan nama blog anda.

Jadi bagaimana ingin anda menukarkannya.

  1. Login > blogger.com
  2. Dashboard > Template > Edit Html
  3. CTRL + F
    Tulis perkataan ini  <title><data:blog.pageTitle/></title>  jika ia tidak muncul jangan risau anda boleh jumpa di bawah <head> kalau di html saya di line 44

  4. Seterus anda buang code itu dan memasukkan code dibawah ini :-
    <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
    <b:else/>
    <title><data:blog.pageName/></title>
    </b:if>

  5. Selepas itu anda save.

Sebelum anda melakukan sebarang edit html sila buat backup html anda terlebih dahulu 
dashbord > templates > backup / restore > download full template

Senang je kan nak buatnye tu.. 

Fuh selepas setahun lebih baru dipublish.. lagu mana la boleh tak perasan ni?? hmm.. 

 

Read More

Ahad, 20 November 2016

Kenapa anda perlu memakan Oats (Avena sativa) ?

11 comments

Oats
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Sudah lama saya tidak berkongsi mengenai khasiat yang terdapat didalam makanan kan?

Jadi hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai kenapa anda perlu memakan Oats (Avena sativa)?

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mari terlebih dahulu kita ketahui dimanakan oat ini ditanam?

Terdapat top 10 negara yang menanam oat ini diantaranya adalah Rusia, Canda, US, Poland, Finland, Australia, Germany, Belarus, China dan Ukraine. 


Apa sebenarnya yang terkandung didalam oat ini?

Di dalam oat, ia mengandungi sejumlah kuantiti yang baik diantaranya adalah vitamin E, beberapa vitamin B, kalsium, magnesium dan potassium

Kebaikkan oats terhadap kesihatan ? 

Kesihatan jantung. Dengan memakan 3 gram soluble fiber daripada oats dapat mengurangkan lower blood cholestrol dan juga low density lipoproteins, Selain itu, didalam oat juga mengandungi beta-glucans yang dapat mengurangkan bad cholestrol

Tekan darah tinggi. Kepada mereka yang mengalami tekan darah tinggi, oat dapat membantu untuk mengurangkan blood pressure tersebut. Ia perlulah diamalkan dan dimasukkan didalam jadual permakanan pesakit darah tinggi ini. 

Diabetes.  Mereka yang mengambil high whole grain didapati dapat mengurangkan risiko pembentukkan diabetes type 2 berbanding dengan mereka yang mengambil dalam kuantiti yang kurang.

Whole-grain foods are healthy because they contain fiber. A diet high in fiber can help reduce the risk of heart disease and diabetes. Fiber causes food to stay in your stomach longer, so you fell full and your blood sugar doesn’t go up as quickly after you eat. Whole grains, such as whole-wheat flour and brown rice, also have more fiber than refined white flour and white rice. ~ Sumber dari Heart.org 

Oleh itu, apa yang saya nampak adalah. Kebanyakkan makanan yang tidak gemar untuk kita makan ini sebenarnya mengandungi khasiat yang banyak.. Jadi mungkin lepas ini kita boleh sama-sama berubah untuk mengamalkan makanan yang berkhasiat untuk tujuan kesihatan diri sendiri juga kan.. 

Saya berharap artikle ini dapat memberi sedikit info kepada anda mengenai kebaikkan memakan oats ini.. 


Read More

Selasa, 15 November 2016

Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ?

18 comments

Kerepek Ubi Pedas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pernah ke anda tercari-cari jenama atau keluaran kerepek ubi pedas yang mana satu sedap? 

Maklumlah kan ada banyak juga di pasaran yang menjual kerepek ubi pedas ni.. 

Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit antara kerepek ubi pedas yang boleh dikatakan sedap dan rangup boleh didapati di pasaraya.

Jika dilihat pada packaging produk ini ia diusahakan oleh Ain Food Delight Resource yang bertempat di teluk panglima garang. 

Masa beli tempohari tidak lihat pula dimana tempat pembuatan dia, bila amik gambar baru ternampak eh di teluk panglima garang la.. Memang masa dulu di Matrik Selangor Banting bila kawan pulang ke rumahnya dan balik semula ke asrama fuh memang dia akan bawa balik kerepek pisang ubi macam2 la.. Jadi saya menanggap bahawa kawasan disana memang perusahaan pembuatan kerepek.. 

Apa yang menariknye kerepek ubi pedas ini adalah ia tidak la pedas sangat dan tidak terlalu manis, bila makan tu mula-mula tak rasa pedas tapi bila dah 5 ke 6 kali suap baru terasa ha pedasnye tu naik plus ada rasa manis-manis gitu.. Tapi yang paling menarik adalah ia ranggup . Yeah apa yang penting untuk kerepek adalah ranggup.. nampak tak kena bold perkataan ranggup tu hehe   

Kerepek ubi pedas ini, walaupun telah dibuka packaging dia dan diikat dengan getah ia masih tidak lemau even dalam masa 2 hari telah dibuka.. Mustahil la kan dalam masa 2 hari tak dapat habis kalau kerepek ni sedap.. hehe.. sambil tengok movie tu layan kerepek ni plus minum kopi fuh memang layan la citernye kan.. 

Ni tengah menulis sambil terkenang kerepek  ubi yang telah abis, hurmm.. kena tunggu balik kl semula la untuk dapatkan kerepek yang baru ni.. nyesal la pula beli satu je tempohari.. 

Dimana nak dapatkan produk krepek ubi pedas keluaran ain food delight resource ni ? 

Tempohari saya beli AEON Jusco AU Keramat pada harga RM7.90 

Yang mana tinggal area keramat tu boleh pergi ke AEON dan dapatkan produk kerepek ubi pedas ni ye.. 

Sejak akhir-akhir ni rajin pula mengreview produk.. haha.. Apa salahnya kan kita share produk yang sedap dan bagus untuk orang ramai ketahui.. hehe.. 

BTW tahu ke dimana nak dapatkan kuih batang buruk yang sedap ??? Susah betul nak dicari..



Read More

Jumaat, 11 November 2016

Minyak Wangi Brut Original EDT [Review]

16 comments

Brut Parfums Prestige
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat review sedikit mengenai minyak wangi brut original eau de toilette (EDT). 

Neapolitan Bergamot EDC
Secara jujurnya lama minyak wangi brut ini merupakan minyak wangi kegemaran saya yang ketiga kalau didalam list tu selepas minyak wangi polo black & Bergamot EDC by Crabtree & Evelyn. 

Agak lama juga sebenarnya tidak menggunakan minyak wangi brut ni kalau dulu masa sekolah guna minyak wangi brut ni la bau dia boleh menenagkan fikiran.. fuh sedapje baunnya tidak kuat sangat dan tidak lembut sangat.. Ia berada di tengah-tengah.. 

Actually, banyak juga minyak wangi yang telah saya cuba seperti keluaran body shop, produk minyak wangi dashing edt, uber-men dan gatsby.. Apa tah lagi tak ingat.. haha.. Tapi yang sesuai dengan saya dan saya suka adalah dari produk polo black, bergamot EDC dan juga brut original ni.. 

Brut Original
Walaupun minyak wangi brut ini tidak semahal daripada produk polo dan produk crabtree, tapi wangiannya agak long lasting juga la dan bila berpeluh tu tak de la bau hapak sangat kan.. Maklum lah bukan berada dalam airkond je sentiasa kan.. 

Bau brut ni walaupun agak retro gitu mungkin ada sesetengah orang tidak akan suka baunya ini tapi pada saya, bau brut perisa original ini dapat menenagkan fikiran dan orang lain pun tenang juga baunya tapi ia tak de lah bila dah jalan 500meter tu meninggalkan kesan bau minyak wangi tu kan.. Setimpal la dengan harga yang dijual pada RM28 ke kalau tak silap saya satu botol. Boleh didapati di farmasi Guardian.. 

Buat mereka yang tengah mencari minyak wangi yang murah dan berpatutan harganya serta bau yang sedap saya cadangkan boleh cuba minyak wangi brut original eau de toilette ini.. Maklumlah nak beli minyak wangi polo sekarang harga cecah RM350 sebotol fuh.. Kena tunggu krismas sale la kalau nak beli minyak wangi polo ni.. hehe.. 

Neapolitan Bergamot EDC pun wangi juga baunya, ada bau macam limau sikit gitu.. Kalau lepas mandi tu guna rasa refresh je minda.. haha.. Tapi bergamot ni ada dirumah bila balik je la dapat guna nyesal pula hari tu balik tak bawa balik sini tinggal disana.. Tapi takpela brut ni ada pun dah okay dah, adalah wangiannya tu.. =) 






Read More

Rabu, 2 November 2016

Adakah Blogging Masih Wajar didalam Media Social ?

26 comments

Masih Wajar ke Blogging ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya kepada anda, adakah blogging ini masih wajar di dalam dunia media sosial ? 

Mohon maaf ye kepada rakan-rakan blogger lain hampir dua minggu tidak aktif.. Agak sibuk 2 minggu ini dengan pelbagai tugasan dan juga halangan yang datang.. Alhamdulillah kesemuanya dah selesai.. Minggu ini hari ni baru la ada rehat dan masa lapang sedikit.. Insyallah akan mula berblogwalking dan baca artikle - artikle yang menarik telah anda tuliskan itu.. 

Okay.. Berbalik semula terhadap tajuk entry kali ini.. Masih wajar ke dunia blog di mata media sosial ni? 

Pada pendapat saya ia masih wajar kerana didalam blogging ini anda tiada had batas terhadap limit untuk menulis artikle anda untuk diwar-warkan kepada para pembaca anda.

  1.  Blogging tiada had limit dalam penulisan artikle anda, dimana jika anda ada idea yang ingin dikongsikan ia boleh ditulis dengan panjang tidak seperti di twitter ada had limit hanya 140 words sahaja.

  2. Ariktle post anda yang diterbit di blog akan berada secara public dan worldwide dimana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat yang dicari di halaman search engine seperti google search engine.

  3. Jika di blog anda, anda yang membuat sendiri peraturan yang anda mahukan dan tidak terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat lain.. Seperti di twitter, facebook dan tumblr.

  4.  Di blog juga anda lebih mudah untuk membuat pemantauan terhadap trafik, keyword yang hadir dan pemantauan link yang datang dari pelbagai laman web ke blog anda berbanding media sosial yang lain anda tidak mempunyai 100% akses untuk melihat perkara tersebut.

  5. Post yang diterbit di blog akan terus berada di dalam blog anda dan di halaman search engine dan pembaca masih datang lagi baca artikel itu walaupun ia sudah 4 tahun yang lepas. Itu sebab post yang diterbit didalam blog ini perlulah berkualiti kepada para pembaca anda.. Dimana salah satu cara adalah anda boleh link kan post lama ke dalam post arikle baru anda.
Selain itu, pada pendapat saya juga didalam membina sosial media network setiap platform yang ada memainkan peranan yang tersendiri.. Di setiap platform ada kelebihan dan kekurangan tersendiri dimana jika di twitter kelebihan adalah ia memberi had limit word yang boleh ditulis dan ia memudahkan para pembaca anda tahu isi je huraian tidak dapat tahu. 

Selain itu, blog ini boleh diumpamakan sebagai rumah atau tapak utama bagi anda didalam dunia media social manakala facebook, twitter dan google plus pula adalah rangkaian network buat anda bagaimana untuk memperkenalkan rumah anda kepada rakan yang lain dan mula membina nama anda tersendiri.. Search engine pula sebagai bonus kepada anda untuk membuatkan arikle anda itu berada secara worldwide dan boleh diakses bila-bila masa apabila maklumat yang dicari itu oleh para pembaca itu jumpa di hasil carian dan membaca artikle anda tersebut.. 

Akhir kata, itu sahaja pendapat saya mengenai adakah blogging ini masih wajar didalam media sosial.. 

Sila kongsikan apa pendapat anda pula mengenai tajuk entry ini di ruangan komen dibawah ini.. :)





Read More