Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ? Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ? - The New Minded Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ? Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ?

Selasa, 15 November 2016

Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ?

18 comments

Kerepek Ubi Pedas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pernah ke anda tercari-cari jenama atau keluaran kerepek ubi pedas yang mana satu sedap? 

Maklumlah kan ada banyak juga di pasaran yang menjual kerepek ubi pedas ni.. 

Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit antara kerepek ubi pedas yang boleh dikatakan sedap dan rangup boleh didapati di pasaraya.

Jika dilihat pada packaging produk ini ia diusahakan oleh Ain Food Delight Resource yang bertempat di teluk panglima garang. 

Masa beli tempohari tidak lihat pula dimana tempat pembuatan dia, bila amik gambar baru ternampak eh di teluk panglima garang la.. Memang masa dulu di Matrik Selangor Banting bila kawan pulang ke rumahnya dan balik semula ke asrama fuh memang dia akan bawa balik kerepek pisang ubi macam2 la.. Jadi saya menanggap bahawa kawasan disana memang perusahaan pembuatan kerepek.. 

Apa yang menariknye kerepek ubi pedas ini adalah ia tidak la pedas sangat dan tidak terlalu manis, bila makan tu mula-mula tak rasa pedas tapi bila dah 5 ke 6 kali suap baru terasa ha pedasnye tu naik plus ada rasa manis-manis gitu.. Tapi yang paling menarik adalah ia ranggup . Yeah apa yang penting untuk kerepek adalah ranggup.. nampak tak kena bold perkataan ranggup tu hehe   

Kerepek ubi pedas ini, walaupun telah dibuka packaging dia dan diikat dengan getah ia masih tidak lemau even dalam masa 2 hari telah dibuka.. Mustahil la kan dalam masa 2 hari tak dapat habis kalau kerepek ni sedap.. hehe.. sambil tengok movie tu layan kerepek ni plus minum kopi fuh memang layan la citernye kan.. 

Ni tengah menulis sambil terkenang kerepek  ubi yang telah abis, hurmm.. kena tunggu balik kl semula la untuk dapatkan kerepek yang baru ni.. nyesal la pula beli satu je tempohari.. 

Dimana nak dapatkan produk krepek ubi pedas keluaran ain food delight resource ni ? 

Tempohari saya beli AEON Jusco AU Keramat pada harga RM7.90 

Yang mana tinggal area keramat tu boleh pergi ke AEON dan dapatkan produk kerepek ubi pedas ni ye.. 

Sejak akhir-akhir ni rajin pula mengreview produk.. haha.. Apa salahnya kan kita share produk yang sedap dan bagus untuk orang ramai ketahui.. hehe.. 

BTW tahu ke dimana nak dapatkan kuih batang buruk yang sedap ??? Susah betul nak dicari..



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

18 ulasan :

  1. Unni x penh makan lagi kerepak manis pedas ni, mcm x pnh nmpk jual kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cari di AEON Jusco AU2.. Di dalam pasaraya AEON ada jual tempohari..

      Padam
  2. best ni. buat kudap sambil tgk tv :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul best layanz sambil tgk tv... :)

      Padam
  3. kalau makan ni memang tak sedar dah habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul tu.. tahu2 je habis dah makan kerepek tu kan..

      Padam
  4. aiyo.. lama tak makan.. tapi skali dah start kakak tak boleh stop mengunyah.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kan.. sekali dah start makan mmg akan terus mengunyah je.. tahu2 dah abis.. :D

      Padam
  5. saye memang antara peminat kerepek ubi pedas ni^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.. kena cuba ni kerepek ubi pedas ni.. hehe..

      Padam
  6. awww..sedap ni. lama da tak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah pada saya ia kena dgn selera saya so ia jadi sedap.. boleh cuba ni cik itah..

      Padam
  7. 2 hari pun xlemau..wauuu...bagusnya..wahh p jusco au2?heheh agak2 kalau bertembung ngan irda kenal tak agaknya...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah 2 hari tak lemau lg.. tp kena ikat betul la irda..
      fuh.. yg ni tak sure la maybe senyum je la kan kalo terserempak di jusco AU2 tu.. tp tgv di AU2 memang best selesa dan besar... :D

      Padam
  8. Setakat ni kalau makan kerepek ubi pedas tak pernah perasan pulak dia punya jenama. Main makan je. Haha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg dh ada jenama so boleh tahu la produk mana yg sdp kan.. lebih mudah la nk dicari nnti.. :)

      Padam
  9. Hi awak! Serius.. Tgk review awak ni buat sy lapo dan teringin nak makan. Kat dengan umah sy ni ada jual.. Tapi yang jenis agak basah.

    Melekat2 sebab gula... Blh nanti cuba kerepek yg awak review ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah sy ni yg menengoknye pun terasa lapar juga dibuatnya..
      yg ni bukan yg jenis yang basah... aah yg basah tu melekat2 sbb gula.. orait.. selamat mencuba la yer..

      Padam