Minyak Wangi Brut Original EDT [Review] Minyak Wangi Brut Original EDT [Review] - The New Minded Minyak Wangi Brut Original EDT [Review] Minyak Wangi Brut Original EDT [Review]

Jumaat, 11 November 2016

Minyak Wangi Brut Original EDT [Review]

16 comments

Brut Parfums Prestige
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat review sedikit mengenai minyak wangi brut original eau de toilette (EDT). 

Neapolitan Bergamot EDC
Secara jujurnya lama minyak wangi brut ini merupakan minyak wangi kegemaran saya yang ketiga kalau didalam list tu selepas minyak wangi polo black & Bergamot EDC by Crabtree & Evelyn. 

Agak lama juga sebenarnya tidak menggunakan minyak wangi brut ni kalau dulu masa sekolah guna minyak wangi brut ni la bau dia boleh menenagkan fikiran.. fuh sedapje baunnya tidak kuat sangat dan tidak lembut sangat.. Ia berada di tengah-tengah.. 

Actually, banyak juga minyak wangi yang telah saya cuba seperti keluaran body shop, produk minyak wangi dashing edt, uber-men dan gatsby.. Apa tah lagi tak ingat.. haha.. Tapi yang sesuai dengan saya dan saya suka adalah dari produk polo black, bergamot EDC dan juga brut original ni.. 

Brut Original
Walaupun minyak wangi brut ini tidak semahal daripada produk polo dan produk crabtree, tapi wangiannya agak long lasting juga la dan bila berpeluh tu tak de la bau hapak sangat kan.. Maklum lah bukan berada dalam airkond je sentiasa kan.. 

Bau brut ni walaupun agak retro gitu mungkin ada sesetengah orang tidak akan suka baunya ini tapi pada saya, bau brut perisa original ini dapat menenagkan fikiran dan orang lain pun tenang juga baunya tapi ia tak de lah bila dah jalan 500meter tu meninggalkan kesan bau minyak wangi tu kan.. Setimpal la dengan harga yang dijual pada RM28 ke kalau tak silap saya satu botol. Boleh didapati di farmasi Guardian.. 

Buat mereka yang tengah mencari minyak wangi yang murah dan berpatutan harganya serta bau yang sedap saya cadangkan boleh cuba minyak wangi brut original eau de toilette ini.. Maklumlah nak beli minyak wangi polo sekarang harga cecah RM350 sebotol fuh.. Kena tunggu krismas sale la kalau nak beli minyak wangi polo ni.. hehe.. 

Neapolitan Bergamot EDC pun wangi juga baunya, ada bau macam limau sikit gitu.. Kalau lepas mandi tu guna rasa refresh je minda.. haha.. Tapi bergamot ni ada dirumah bila balik je la dapat guna nyesal pula hari tu balik tak bawa balik sini tinggal disana.. Tapi takpela brut ni ada pun dah okay dah, adalah wangiannya tu.. =) 






If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

16 ulasan :

  1. murahnya harga mcm tu ,affordable. Ingatkan cecah rm50...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah murah je.. tp walaupun ia murah bau wangian dia boleh dikategorikan bau wangian premium gitu..

      Padam
  2. Emm tolak dulu la kalo minyak wangi boleh cecah sampai beratus ratus hii.. banyak lagi benda lain boleh beli duit sebanyak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm betul juga tu kan.. boleh dipertimbangkan.. hehe..

      Padam
  3. patut la wangi lalu sini.. tuan tanah kedaung pakai myk wangi rupanye.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. bauan wangi tu tidak meninggalkan wanginye setelah 1km berjalan yer.. :D :D

      Padam
  4. hehe baca entry ni macam nak beli je untuk hadiah hari jadi kan...betul tu pakai minyak wangi ni banyak fungsinya,selain buat kita rasa segar je wangian tu,ikut kajian pula wangian boleh hilangkan stress tau,sebab tu ada satu kaedah psychology mengatakn kalau kita tengah stress,minum air masak dan pakai perfume,mesti lepas tu jadie tenang sikit...

    mana nak beli ni hasif..?mesti hasif sentiasa berbau wangi kan..hope one day kalau ada event blogger nak jumpalah tuan tanah ni..hehe

    btw pasal buku hamka tu,irda pinjam dari ofismate.katanya dia beli kedai buku area kl,xtanya pula kedai mana.heheh

    eh panjang nau irda bebel..ok byee

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul tu.. dapat hilangkan stress gitu tpi kena make sure la minyak wangi tu sesuai dgn kita kan dan bau dia lembut dan tak terlalu kuat gitu...

      minyak wangi brut ni senang didapati di farmasi guardian...
      Insyallah kalau ada rezeki diberi peluang hadir event blogger boleh je jumpa2.. :D

      Ooo beli di kl eh? Nnti nak cari la.. dimana ye tu kedai dia beli?

      Padam
  5. owh baru baca lagi sekali...kat farmasi guardian...okok...thanks hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup di farmasi guardian.. welcome..

      Padam
  6. Mek smenjak preg ni mnyk wangi habes kene srok. Nk mntah. Bleh pkai bedak je

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuh.. mmg kena sorok la kalo gitu ye mek.. law tak maw muntah je nnti..

      Padam
  7. 28 ringgit...berbaloi rasanya harga tu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang berbaloi dengan harganye itu..

      Padam
  8. Assalamua'laikum.. Hi awak! Ada juga perfume dari tak de langsung kan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummussalam.. yup betul tu.. ada juga perfume dari takde.. hehe..

      Padam