Disember 2016 Disember 2016 - The New Minded Disember 2016 Disember 2016

Sabtu, 31 Disember 2016

Cara Untuk Decode Lock Template

9 comments

Malicious Code Detected
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat satu tutorial bagaimana untuk decode template yang mempunyai lock tempate a.k.a malicious code. 

Sebenarnya kenapa saya sering kali membincangkan topik malicious code ini adalah disebabkan oleh jika site anda mempunyai malicious code ia akan menyebabkan jangkitan ke blog lain turut terkena tempiasnya.. Sebab saya dah pernah kena bila check blog tersebut mempunyai malicious code.. 


Ia adalah malicious code yang dianggap sebagai satu ancaman malware la gitu.. Tapi jika diikutkan ia adalah satu lock script untuk membezakan paid dan free version template. Tapi jika paid template pun diberi lock script macam mana tu? 

Walaupun blog kita ni tidak la sebegitu popular kan tapi langkah pencegahan dan juga memberikan userfriendly kepada pengunjung blog ini perlu dititikberatkan seperti bebas daripada malicious code, mempunyai https, blog loading time cepat dan template yang responsive.

Baru-baru ni saya ada terjumpa 2 laman web yang memudahkan anda untuk decode template yang mempunyai malicious code ni.. Tujuan tutorial ni dibuat adalah untuk mengajar anda bagaimana untuk decode malicious code (lock code) terhadap template yang anda beli tu.. Jangan salah guna ilmu ni dah la ye.. :D :D 

Terdapat 2 laman web yang perlu anda buka adalah : 
  1. http://ddecode.com/hexdecoder/
  2. https://www.strictly-software.com/unpack-javascript.aspx
Ha tengok nama web pun strictly kan.. Jadi jangan salah guna ok.. Tujuan untuk belajar takpe.. 

Langkah Pertama

Sitecheck sucuri
Pertama  sekali anda perlu scan blog anda di https://sitecheck.sucuri.net/ untuk melihat jika terdapat malicious code didalam template anda tu. 

Selepas dah check dibahagian bawah result tu akan ada force re-scan click situ untuk mendapatkan result realtime, sebab result yang dipaparkan secara normal itu adalah daripada cache blog anda..

Langkah Kedua

Hexdecoder
Selepas anda perolehi malicious code itu, pergi ke template anda dan search code itu.. Jumpa je code yang mempunyai x26\ or anything anda copy kesemuanya tu dari [ ..... ]  dan paste kan di ruangan yang disediakan di http://ddecode.com/hexdecoder/ dan tekan decode.. 

Hasil result daripada decode itu anda copy dan replace di tempat template anda itu semula.. 

Langkah Ketiga

Javascript Unpack
Ni kalo rajin buatla.. Haha.. Kalo malas try je save yg dah decode dan tengok ada error ke tak template tu? dan ia bebas malicious code? kalo ok ok lah.. 

Unpack ni kira dia macam rebuilding semula code didalam template anda tu, ni kena take time la lepas dah buat ni kena totally edit semula template tu sebab ia akan ada error dan pandai-pandai la anda edit ye.. 

Kebiasaannya code malicious ni buang je kan, tapi bila dibuang akan menyebabkan template tu tak boleh diguna tapi anda boleh cuba tutorial saya buat ni lihat bagaimana kalau tak berjaya tu adalah tu salahnya dan cari la template baru.. :D 

Ingat tutorial ni adalah bertujuan untuk pelajaran sahaja, jangan salah guna pula ye.. 😉😉






Read More

Ahad, 25 Disember 2016

Jom Masuk Dalam Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my

25 comments

Senarai blogger Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar para pembaca setia blog saya ini ? Harap anda berada dalam keadaan yang sihat ye.. 

Hari ini saya ingin membuat satu artikle dan juga ingin mengajak kepada mereka yang mempunyai blog untuk masuk dalam senarai blogger malaysia blogahbar.my

Sementara tengah tunggu reprint semula tesis saya ni sebab salah margin bagus update blog jap.. hurmm.. hanya mampu senyum je bila tengok kesalahan sendiri.. bijak-bijak.. nasib la ada printer sendiri kalau print dikedai mahu lari bajet saya bulan ni.. 

Okay balik semula kepada topik ni, sebenarnya saya tengah nak kumpulkan seberapa banyak yang boleh senarai blogger yang masih aktif dalam Malaysia terutamanya. Setiap list tu akan dimasukkan kedalam bloglist yang telah saya buat di blogahbar.my tu. 

Untuk bloglist ini saya pecahkan kepada 2 bahagian iaitu blog keutamaan dan juga bloglist.. 

Apa beza blog keutamaan dengan bloglist ni ? 

Beza dia blog keutamaan ni ia mempunyai :-
  • Nama blog
  • Tajuk Artikle
  • Gambar 
  • Post text summary
  • Date post published
Manakala di bloglist ini cuma ia ada :-
  •  Nama blog
  • Tajuk Artikle
  • Date post published
Sampai bila senarai ini akan berada di blogahbar.my ?

Selagi domain tu aktif selagi itu ia akan berada disitu dan juga blog yang tersenarai tu perlu aktif kalau dah last update 2 bulan akan diremove..

Memandangkan saya ada 4 domain .my ni jadi saya tergerak hati nak jadikan domain blogahbar.my ni sebagai list blogger Malaysia supaya senang sikit saya dan anda-anda nak blogwalking dan berkenalan antara blogger-blogger.

Mesti ada tertanya-tanyakan macam mana nak masuk diblog keutamaan?

Senarai Blog keutamaan ni adalah antara blog yang saya suka terjah baca post mereka.. Sebab post mereka ni menarik, berinfo, tuan blog pun peramah dan saya suka baca.. haha. kalo anda ada criteria ni insyallah akan dimasukkan dalam senarai blog keutamaan ni..


Oleh itu, saya ingin menjemput anda semua untuk sama-sama join senarai yang tengah saya buat ni dengan meninggalkan link blog anda di ruangan komen. 

Dan juga anda boleh buat artikle (linkkan ke post ni) diblog anda bagi tujuan menghebahkan kepada rakan-rakan anda yang lain... Lepas dah buat artikle tinggalkan url post tu disini ye..

Read More

Isnin, 19 Disember 2016

Siapa Admin Senarai Blogger Ni Eh ?

11 comments

Senarai Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Bila mood nak menulis dan update blog ni datang sampai dua article pun saya boleh menulis.. haha.. Maybe agak stress sikit nak menulis tesis, mencari jawapan yang tak jumpa.. hurmm.. 

Masa tengah tengok stats di blogger ni ternampak satu url http://senaraiblogger.blogspot.my/ macam kenal adminnye tu tapi biar la adminnye sendiri datang sini bagi tahu... :D :D 

Apa yang menariknye la kan serius punya banyak list blog yang ada disitu tak taw la ada berapa banyak, 294 blog list mungkin ada kalau saya tak salah kira la kan.. Fuh.. Banyak juga rupanya.. Puas kalo blogwalking ni... 

Disitu ia terbahagi kepada tiga section iaitu yang pertama priority blogger , kedua blogger family dan ketiga blogger. Blog ni termasuk dalam kategori priority blogger.. Dalam priority blogger kalau tak salah kira ada 29 blog dalam list tu.. 

Terima kasih kepada admin tersebut ye masukkan blog yang tak seberapa ni dalam priority blogger.. hehe.. 

Blog Senarai Blogger ini bagi idea dekat saya nak buat macam ni juga la, memandangkan ada satu domain yang dah lama terbiar tak berusik bagus buat senarai bloglist kan... hehe.. Okay nanti ada masa terluang boleh lah godek2 blog lama terbiar ni https://www.blogahbar.my/ 

Macam lagi senang pula saya lihat kalau nak blogwalking kan bila ada blog khas bloglist jer macam tu.. Nice idea admin senarai blogger.. Mohon benarkan guna idea admin senarai blogger ni yer.. Terima kasih.. :) 



Read More

Ahad, 18 Disember 2016

Makanan Bulan Ni Nasi Kerabu

8 comments

Nasi Kerabu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Apa khabar anda semua?? 

Lama tak update blog ni, agak sibuk sedikit bulan ni.. Almaklumlah dah last semester tinggal disini banyak benda nak kena urus sebelum pulang semula ke tempat asal di kuala lumpur tu, law tak nanti leceh nak datang sini semula kalo ada benda tak selesai.. Lagi pun sekarang ni tengah sibuk menulis tesis fuh.. plus next week dah mula final exam.. hurmm.. lagi la sibuk..

Memandangkan hari ini ada masa sedikit sebab dah seminggu ni asyik terfikir je lama bebenor tak hupdate blog ni.. Hari ini baru la ada kesempatannya nak update.. 

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai makanan feveret saya untuk bulan ini.. Iaitu nasi kerabu.. haha.. 

Dah beberapa minggu ni hari-hari makan nasi kerabu je bila lunch , nasib la sedap sebab yang masaknya tu orang kelatan so memang ada la rasanya tu kan.. harga dia pula RM5 sebungkus.. Tapi pada saya agak berbaloi la sebab sedap dan nasi dia banyak.. Cuma hari ni sayur dia pula habis... huhu.. Malas nak tunggu sayur tu siap sebab dah lapar makan je la tanpa sayur.. hmmm.. Itu la kan sebelum ni masa nasi kerabu ni meriah taknak pula amik gambar hari ni makan baru la sibuk nak amik gambar.. hehe.. 

Disebabkan bulan ni agak sibuk + musim panas disini sekarang ni, fikiran pun penat, perut asyik lapar je.. :D Fuh tak pasal2 bulan ni punya bajet makanan harian jadi RM20+ sehari.. RM20+ sehari belanja untuk makan bulan ni boleh tahan aku lapar bulan ni... Dek kala kebiasaannya hujung semester orang berjimat cermat duit nak beli makanan aku ni pula terbalik.. Sekarang ni disini musim panas sehari tu dua kali beli ais pek kecil  pada waktu tengahari dengan petang.. Itu yang bila panas ni nak menulis pun mood hilang ke laut..

Okay la cukup la disini dahulu, ada masa nanti saya sambung pula update blog ni ye.. Insyallah.. Aktiviti esok nak uruskan surat-surat rasmi dulu sebelum pulang ke kuala lumpur siap je urusan esok boleh la tarik nafas lega sedikit and next boleh fokus untuk final exam pula.. Doakan saya ye..

Tesis pula tinggal nak buat conclusion je lagi ni hope tesis pun dapat disiapkan esok atau lusa.. Tempat untuk praktikal pun dah dapat, alhamdulillah.. So far kesemuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam landasan dan flow yang saya inginkan.. Harap-harap tiada apa-apa masalah lagi lepas ni..

Adios.. See next article.. Assaalamualaikum.. 

p/s ada review mengenai kopi pak belalang ni dah sebulan lebih duk dalam draf tu.. Nanti la ada masa saya publish ye.. 



Read More

Khamis, 1 Disember 2016

Servis Claim Warranty SONY Laju

20 comments

USB UCB16 SONY
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai servis claim warranty SONY laju dan cepat. 

Minggu lepas saya ada masalah dengan cable usb untuk hp sony ni, dia macam tak detect nak caj gitu. Jadi saya call center sony bertanyakan masalah saya ini bagaimana nak diselesaikan ? Beliau maklumkan kepada saya untuk pergi ke Sony Servis Center untuk check dahulu jika masalah usb ni dapat diclaim warranty. 

Jadi pada hari tersebut iaitu minggu lepas hari selasa saya pergi ke Sony Servis Center di alamat yang diberikan kepada saya untuk check masalah usb itu.. Beliau check dan mengatakan ye memang ada masalah ni, jadi dia check hp masih dalam warranty dia meminta warranty card dan prove of purchased untuk claim warranty tersebut. 

Mula-mula saya sangkakan aksesori SONY ini tidak dicover warranty maybe kalau dicover pun below than 6 month. Tapi beliau beritahu kepada saya aksesori pun dicover sehingga 1 tahun sama dengan hp.. Fuh terkejut juga dengarnya.. Tak sangka pula dicover sehingga 12 bulan untuk aksesori..

Jadi ketika nak buat claim warranty tu beliau meminta prove of purchased iaitu resit.. Fuh mana la sy ada bawa resit tu kan ingatkan warranty kad je perlu disimpan.. Jadi explain la dekat dia resit takde yang ada warranty kad, ye la kan dah la jauh datang tak kan la nak pulang tangan kosong kan pastu kena datang semula.. Atas budibicara beliau menerima dan cuba untuk claim warranty itu, sebab dia bagitahu untuk aksesori perlu ada resit untuk tukar 1-1 kepada yang baru kalau takde resit dia tak bagi jaminan sama ada dapat tukar baru or tidak. Fuh.. 

Pastu pulang la kan, malam tu minta tolong dengan mak suh cari resit dirumah.. Alhamdulillah nasib la jumpa juga resit tu.. Terus sent di emel Sony Servis Center dan maklumkan kepada beliau selepas sent dan dia cakap okay terima kasih dan minta tunggu untuk barang sampai dari kl ke sini.. 

Selepas 7 hari dah dapat mesej beritahu barang dah sampai dan perlu dicollect.. Alhamdulillah penukaran usb cable baru berjaya.. 

Laju kan dalam masa 7 hari je proses terus dapat usb cable baru..

Usb cable baru
Ini dia usb cable yang baru sampai tu... Ini lepas di test tadi di Servis Center SONY sebelum sign mengatakan produk itu memuaskan.. So tadi dah test usb ni okay tiada masalah.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sony support dan sony servis center atas proses servis yang pantas dan laju.. Baru la dapat merasakan semula fast charging di Z5 Premium ni.. hehe.. Harap2 lepas ni tiada la masalah lain pula timbul.. Amin...


Jadi peringatan untuk anda juga sila pastikan 
  1. Resit
  2. Warranty kad
Perlu disimpan elok-elok, lagi bagus siap2 buat salinan softcopy, maklumlahkan resit tu lama2 akan hilang ink dia tu.. Ini untuk memudahkan urusan untuk claim warranty anda tu...





Read More